Dibukanya pintu itu. Belum sempat pun keseluruhan pintu itu terbuka, kebisingan yang teramat hingar menerpa ke luar daripada bukaan pintu yang selama ini membendung kegempitaan itu. Mulut Osman ternganga besar kehairanan. Bertentangan daripada apa yang benaknya persiapkan ketika pintu itu dibuka, yang dia akan dianggap sebagai penceroboh, mencabuli keharmonian kuliah yang sudah berlangsung, sebaliknya tidak sebiji mata pun memandangnya biarpun pintu itu ditutup dengan kuat. Bunyi dentuman pintu itu tenggelam dalam himpunan kekuatan suara dan hampir seratus dua puluh pita vokal yang rancak bergetar.
Sebahagian mahasiswa berdir dan sebahagian duduk di meja dan sebahagian kecil duduk di tempat yang sepatutnya. Ibarat pesta alumni yang pertama kali diadakan setelah sekian tahun tidak bersua. Mereka membentuk kumpulankumpulan kecil bertaburan di dewan itu. Apakah kuliah histologi dibatalkan. Dan kenapa Dia boleh bertanya kepada sesiapa saja di situ tetapi dia berasa keterangan yang lebih tepat boleh diperolehi dan Tengku Huzir. Kejituan cerita daripada Tengku Huzir sukar ditandingi. Selalu mengaku mendengar berita daripada mulut pertama.
Eh, apa dah jadi tanya Osman sambil menghinggut bahu Tengku Huzir yang sedang asyik bercakap dengan kumpulannya.
Tak dengar ke Pertanyaan Osman yang dibalas oleh pertanyaan juga daripada Tengku Huzir yang agak kehairanan.
Apa dia tanya Osman lagi dengan keghairahan ingin tahu yang mendesak.
Siswi klinikal kena rogol! jawab Tengku Huzir dengan nada yang sedikit menjerkah.
Di mana
Di Asrama Klinikallah, kata Tengku Huzir.
Dia dibunuh dengan kejam, tambah Husin dengan beliakan mata yang tersengkang luas.
Bunuh atau kena rogol tanya Osman.
Kedua-duanya, ini kes rogol-bunuh, jelas Tengku Huzir.
Takkan tidur tak kunci pintu sehingga orang luar dapat masuk, kata Osman dengan wajah kesal.
Katanya memang dikunci tapi pemulas pintu dipatahkan Kening Tengku Huzir terangkat-angkat bila menceritakan hal itu. Rakan-rakan yang lain hanya mendengar perbualan Tengku Huzir, Osman, Husin Radzi dan Junid.
Begitu banyak siswi di asrama, takkan tak ada dengar apa-apa bertanya lagi Osman.
Kawan ebiliknya tak ada. Katanya pergi usrah di luar, tambah Husin.
Tak adalah. Mereka kata dia on-call, sampuk Junid yang berketayap di kepalanya.
Saya baru saja sekejap tadi tanya Zanariah.
Alah, mereka selalu kata mereka on-call padahal mereka pergi usrah, bantah TengkU Huzir.
Lainlah kita, kalau tak balik asrama, mesti bermalam
di disko, jenaka Husin yang tidak disambut dengan ketawa yang dianggap tidak sesuai dengan suasana berkabung yang mulai menyelubungi ruang kuliah itu.
Pukul berapa kejadian itu tanya Osman.
Lebih kurang pukul empat pagi, jawab Tengku Huzir.
Kata Kak Sham, dia tidur sebelah bilik mangsa. Mulamula dia terdengar bunyi orang mendengkur kuat, kemudian terdengar pula macam bunyi orang mamai. Dia tak kisahlah. Tetapi bila dia terdengar jeritan kuat daripada bilik itu, semua penghuni asrama terbangun. Sebaik-baik selepas jeritan itu, mereka mendengar seolah-olah bunyi tapak orang berlari. Mula tak ada yang berani keluar tapi Kak Sham yang dulu keluar. Katanya dia nampak lembaga hitam lari ke arah Muzium Anatomi.
Muzium Anatomi Macam mana dia nampak tanya Osman.
Eh, Asrama Kiinikal kan menghadap kampus dan mereka berada di tingkat empat. Nampak semua. Jelas Tengku Huzir.
Katanya Kak Sham, perineum nya habis terkoyak. Perineumnya siapa tanya Osman lagi.
Kak Roselah. Kak Rose. Kau ingat tak, waktu orientasi dia bawa kumpulan kita ke perpustakaan dan pusat komputer.
Kak Rose yang besar tu.
Bercakap dalam suasana yang hingar-bingar memerlukan anak tekak yang lantang. Wakil mahasiswa tahun pertama sudah beberapa kali meminta rakan-rakannya memberi perhatian. Permintaannya supaya bertenang juga tidak diendahkan. Seorang pembantu wakil mahasiswa menguatkan pembesar suara daripada mikrofon. Akhirnya kelantangan yang maksimum daripada pembesar suara di dewan itu melenyapkan kebisingan yang dan sejak tadi bermaharajalela.
Saudara-saudara, assalamualaikum. Saya percaya saudara-saudara telah pun mendengar berita tentang tragedi yang telah menimpa salah seorang kakak kita dari tahun kelima. Jadi saya telah diberitahu oleh koordinator kurikulum supaya mengumumkan bahawa semua kegiatan akademik untuk hari ini dihatalkan. Sesiapa yang ingin mengiringi jenazah Allahyarhamah Kakak Roseyatimah, semua berkumpul di rumah mayat pada 2:30 petang. Jenazah akan dikebumikan di Seremban selepas autopsi selesai dijalankan. Bagi mereka yang sudi menyumbang derma kepada keluarga jenazah, kami akan edarkan sebuah tabung dan daftar penderma.
Sebelum terdengar wakil mahasiswa itu memberi salam, Osman berlari menuruni tangga dewan kuliah menuju ke pintu. Dia terus berlari ke arah Jabatan Anatomi. Di benaknya terdapat suatu kecurigaan. Semua peristiwa yang dialami dan didengarnya mempunyai rangkaian hubungan yang memperkuatkan teori kecurigaan tu. Prasangka buruk tentang penyelidikan Dr Jalani, suara dengkuran yang menakutkan di Stor Osteologi, penutupan Muzium Anatomi dengan keanehan sikap atendan mayat, pemerkosaan siswi di Asrama Kiinikal dan lembaga yang melarikan din ke arah Muzium Anatomi merupakan bukti-bukti berkait yang perlu diselidiki lebih lanjut untuk mencari bukti-bukti nyata yang lebih konklusif.
Dia mesti menemui Dr Rusdani. Hanya Dr Rusdani yang dapat menolongnya membuktikan kecurigaan itu. Selama ini Osman banyak bergantung pada nalurinya. Apa yang dirasakan benar, perkara itu menjadi benar kemudiannya. Pengalaman ini membuat Osman percaya pada kehalusan deria keenamnya. Yang perlu sekarang ini adalah untuk meyakini Dr Rusdani tentang kemungkinan penjenayah itu berselindung di Muzium Anatomi atau di makmal Dr Jalani.
Osman bernafas kencang ketika sampai di hadapan pintu bilik Dr Rusdani. Tangan kirinya diangkat tinggi memegang tebing pintu bilik itu dan tangan yang lain diletakkan di dada kiri sambil dia menghilangkan keletihan berlari. Ketukannya dibalas dengan persilaan masuk. Mereka saling bertukar ucapan selamat.
Apa kena ni Macam dikejar hantu saja, tegur Dr Rusdani yang tersandar di kerusinya. Osman duduk walaupun tidak sempat dipersilakan.
Saya berlari ke mari, jawab Osman.
Ya, saya tahu tapi kenapa sampai berlari
Doktor tahukan tentang pembunuhan di Asrama Klinikal
Ya, saya diberitahu oleh setiausaha jabatan.
Tapi apakah doktor tahu yang penghuni asrama nampak satu lembaga Ian ke arah Muzium Anatomi.
Betul ke
Waktu saya sedang mengukur tulang di stor, saya terdengar suara-suara aneh datang dan makmal Dr Jalani.
Barangkali suara daripada binatang percubaan di bilik kurungan haiwan.
Tapi suara ini lain sedikit, macam orang mendengkur dan sangat menggerunkan.
Bukan imaginasi awak tanya Dr Rusdani kepada Osman sambil menyedari dia adalah seorang siswa berlQ 120 yang mempufnyai kepekaan yang halus. Dan kecil kemungkinan yang dia mereka-reka cerita itu.
Semalam sewaktu saya ingin meneruskan pengukuran osteometri, saya dilarang masuk ke muzium atas arahan Mr Choong oleh Encik Rush. Dia mengatakan Muzium Anatomi ditutupi untuk mahasiswa.
Saya tak dengar tentang larangan itu, jawab Dr Rusdani yang hairan tentang penutupan itu padahal fungsi muzium untuk dipamerkan kepada seluruh mahasiswa perubatan terutama tahun pertama.
Mereka juga bersikap seolah-olah cuba melindungi sesuatu dan mereka membawa keluar yang curigakan. Mereka tu siapa tanya Dr Rusdani.
Enck Rush dan Encik Din. Saya nampak but-but mereka tercemar dengan percikan darah.
Bagaimana anda hubungkan perkara-perkara ini dengan pembunuhan di asrama
Secara kebetulan, saya terbaca buku catatan penyelidikan Dr Jalani, belum sempat Osman meneruskan, Dr Rusdani cepat mencelah.
Awak masuk bilik Dr Jalani tanpa kebenaran, herdik Dr Rusdani yang agak terkejut atas kelancangan Osman.
Bukan begitu doktor, saya terkurung dalam stor Osteologi dua minggu yang lalu ketika membuat kerja-kerja pengukuran, barulah rahsianya dibuka setelah sekian lama menyimpannya.
Bila terdengar bunyi bising di makmal saya pergi menyelidiki dan mendapati pintu makmal itu tidak berkunci. Saya tidak berani turun ke bilik kurungan haiwan di mana bunyi bising itu datang. Saya hanya tutup pintu bilik itu. Makmal Dr Jalani sungguh moden, saya tak sangka di Jabatan Anatomi ada komputer yang dapat berhubung dengan berbagai-bagai pusat komputer di Eropah dan Amerika.
Jadi dengan komputer itu dan buku catatan Dr Jalani yang awak baca ... tanpa kebenaran .... anda mengesyaki dia membuat percubaan semacam Dr Frankenstein, kata Dr Rusdani yang agak terhibur.
Memang kedengarannya lucu tetapi penyelidikan Dr Jalani menyangkut prosedur pemulihan kematian. Saya baca prosedur itu. Daripada laporan dalam buku catatannya, dia menulis tentang kejayaan memulihkan tikus dimatikan dengan proses pembekuan dan tikus itu hidup semula setelah diberi rawatan larutan kimia, terang Osman bersungguh-sungguh.
Kita tidak perlu terburu-buru membuat kesimpulan hanya kerana ada satu pembunuhan, walau bagaimanapun kita boleh berkunjung ke makmal untuk menghilangkan segala prasangka buruk di fikiran anda akibat peristiwa terkurungnya anda di stor itu. Saya akan perkenalkan anda kepada pekerja-pekerja di muzium agar anda dapat meneruskan tugas pengukuran osteometri tanpa ganggnan, kata Dr Rusdani menenangkan Osman yang disangkanya agak imaginatif.
Osman ingin memberitahu tentang kehilangan pita pengukurnya tetapi bila melihat Dr Rusdani sedang mendail telefon yang berada di atas meja Dr Rusdani, dia menunda natnya. Kesunyian bilik itu hanya dicemari oleh bunyi nada dail dan deru pendingin udara. Selepas menunggu beberapa ketika, Dr Rusdani berkesimpulan Mr Choong tidak berada di biliknya.
Dr. Rusdani mengatakan kepada Osman supaya mengikutinya ke blik pengawetan di belakang Dewan Diseksi untuk mencari Mr Choong. Di bilik pengawetan tidak ada telefon, jadi terpaksalah dia sendiri ke sana untuk menanyakan sebab penutupan itu.
Mereka meninggalkan bilik itu menuju ke bilik pengawetan. Cerita Osman menggerakkan minatnya untuk mengetahui tentang penyelidikan Dr Jalani. Semua pensyarah di jabatan itu kerap tertanya-tanya mengenai hasil kerja yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa kecuali Mr Choong selama penglibatannya dengan penyelidikan itu. Mr Choong sangat rapat dengan Dr Jalani. Ada baiknya kalau mengunjungi makmal Dr Jalani yang tersorok di belakang Muzium Antropologi itu dengan ditemani oleh Mr Choong. Seolah-olah diajak oleh Mr Choong. Dr Rusdani tidak mahu dianggap sebagai tamu yang tak diundang.
Dalam perjalanan ke bilik pengawetan, benak Dr Rusdani memikirkan keselamatan Murni. Walaupun sebenarnya Murni mewakili keselamatan semua mahasiswi yang mungkin menggunakan muzium itu bila-bila masa sahaja tetapi kekhuatiran nya itu menjadi begitu ketara sekali sehingga mempengaruhi keputusannya untuk menyelidiki kebenaran tuduhan Osman.
***
Sutrisno berada di atas meja bedah dalam keadaan terikat. Ikatan kali ini lebih banyak dan disertai dengan rantai besi yang digari pada kedua-dua pergelangan kakinya. Rantai besi dililit pada kaki meja itu dengan mangga besar yang memastikan kebelengguan mutlak. Dia tidak menampakkan kesiagaannya kerana telah disuntik Largactil untuk menenangkan dorongan dalaman untuk mengganas. Din berdiri di sisi Sutrisno dengan sebilah parang yang diberikan oleh Mr Choong.
Dr Jalani menemui Sutrisno tidur seperti seorang bayi di kandang kosong yang telah dibersihkan oleh Din dan Encik Rush. Pada pagi itu bila Dr Jalani sedar daripada tidurnya, Sutrisno tidak ada di dalam kamar bedah. Setelah menemuinya di bilik kurungan haiwan, Dr. Jalani menyuntik Largactil 100 mg seluruhnya ke dalam pembuluh vena Sutrisno. Dia akan mengulangi suntikan itu setiap delapan jam. Melihat bercak-bercak darah pada bahagian bawah baju dan bahagian atas seluar Sutrisno, dia memeriksa kawasan kemaluannya dan mendapati bekuan-bekuan darah yang kecil melekat di situ. Pada mulanya, difikirkannya Sutrisno mencederai dirinya tetapi tidak ada tanda-tanda kecederaan yang nyata. Kemudian dia fikir mungkin Sutrisno mengadakan hubungan seks dengan cimpanzi yang merupakan satu-satunya haiwan yang tinggal yang dianggap berkemungkinan dipaksa dengan perbuatan keji lagi nista itu. Tetapi setelah Mr Choong dalam keadaan berang memberitahu tentang pembunuhan seorang siswi klinikal, dia tidak syak lagi bahawa Sutrisnolah yang bertanggungjawab melakukan keganasan itu.
Sejak mendengar berita buruk itu, Mr Choong segera mendapatkan Dr Jalani. Dibawanya bersama sebilah parang yang kini dipegang oleh Din untuk mengawal haiwan itu.
Kita harus bunuh Sutrisno, kalau tidak bukan saja keselamatan mahasiswa terancam malah polis akan menyelidiki pembunuhan itu dan saya tidak mahu buktinya diketemui di Jabatan Anatomi, tegas Mr Choong untuk meyakini Dr Jalani risiko besar yang akan ditanggung.
Polis tak akan mengesyaki Sutrisno. Saban hari orang dibunuh di Kuala Lumpur, berapa peratus yang berjaya diselesaikan oleh polis bantah Dr Jalani.
Ada mahasiswi yang nampak orang berlari ke arah muzium selepas kejadian itu, kata Mr Choong lagi.
Itukan mudah disangkal. Malam hari, bagaimana mereka boleh nampak sesiapa, apalagi kawasan muzium memang gelap-gelita, tangkis Dr Jalani.
Memang benar tapi semalam bulan mengambang. Biar pun bulan tak mengambang bila ada laporan yang sedemikian, polis akan datang menyiasat.
Tidak! Tiga tahun lamanya saya bertungkus-lumus untuk percubaan ini, saya tidak akan memusnahkan segala usaha titik peluh saya, Dr Jalani tiba-tiba menjadi marah kerana Mr Choong yang tidak mahu berganjak daripada pendiriannya dan berkeras untuk rnenamatkan nyawa Sutrisno. Darah memerahkan mukanya menghilangkan hubungan erat yang terjalin selama perkongsian mereka.
Kita tidak ada pilihan, Dr Jalani, kata Mr Choong dengan nada yang menekan pada setiap perkataan yang dilafazkan tu.
Kita masih ada pilihan. Saya boleh meningkatkan dosis Largactil sampai empat kali sehari. Dia sudah menunjukkan kemajuan.
Kemajuan! Bagaimana pembunuhan siswi yang tidak berdosa itu doktor kata kemajuan, balas Mr Choong dengan lantang melihat absurditi yang tidak mungkin diterima akalnya.
Awak bukan seorang doktor. Awak tidak tahu menilai! teriak Dr Jalani.
Dr Jalani memang dah gila. Hampir semua binatang percubaan mati dimamah Sutrisno dan kemudian dia merogol mahasiswi kita dengan kejamnya. Hanya orang yang tak siuman saja yang menilai sebagai petanda baik, darah Dr Jalani menggelegak bila Mr Choong menyerangnya dengan kata-kata yang menghinakan itu.
Kalau awak faham Freud, awak tidak akan mengeluarkan kata-kata itu terhadap saya. Sutrisno sudah menunjukkan kemajuan. Bila dia membunuh binatang-binatang itu, dia melalui fasa oral daripada pemulihan perkembangan psikologi dan pemerkosaan itu menandakan Sutrisno telah beralih ke fasa falik. Sekiranya kita dapat mengawal dia dengan sedasi yang kuat, fasa falik ini akan berakhir dan proses identifikasi dapat dimulai.
Karut! Freud itu dah gila. Doktor Iebih gua daripada Freud! Mr Choong memandang tajam pada muka Dr Jalani yang merah padam sambil tangan kirinya mencapai pisau pernotong sampul yang terpacak di atas meja Dr Jalani.
Mr Choong segera meninggalkan meja Dr Jalani. Dr Jalani, sudah menduga maksud Mr Choong mengambil pisau tu. Cepat dia mengejar Mr Choong yang menuju ke kamar bedah. Dicekaknya tangan kiri Mr Choong yang rnenggenggam pisau dengan tangan kirinya. Kekuatan kidal tangan Mr Choong dengan mudah melepaskan pegangan itu. Dr Jalani tertolak ke belakang. Siku kanannya berlanggar dengan botol spirit yang tidak tertutup rapat. Bangun daripada jatuhnya, Dr Jalani terus mengejar Mr Choong yang sedang membuka pintu kamar bedah. Lelehan cecair spirit itu mengalir ke pembakar Bunsen yang digunakan untuk menyuling bahan kimia untuk kegunaan percubaan. Api merah kebiruan menyala jinak di atas botol spirit yang penuh berisi. Kehangatan botol itu tidak lagi menahan keutuhan gelas. Lantas pecah, diikuti dengan nyalaan yang lebih besar menyambar meja kayu di tengah-tengah makmal tu.
Dr Jalani meluru ke kamar bedah. Din berada dalam keadaan kebingungan melihat Mr Choong menggenggam pisau itu dengan kedua-dua tangannya. Dia mengayunkannya tingg di atas kepalanya tetapi sebelum sempat dia membenamkan ke dada Sutrisno, Dr Jalani mencekik dan belakang leher Mr Choong dengan menggunakan lengan kanan sambil membuat gerakan menarik ke belakang. Akibatnya tikamannya mengenai sedikit perutnya sendiri. Lukanya tidak dalam kerana Mr Choong secara refleksi cuba memberhentikan pada bahagian akhir tikamannya. Melihat darah keluar dan koyakan baju, tangan kanannya segera menutupi luka itu. Mr Choong meronta-ronta dengan gerakan-gerakan liar untuk membebaskan pencekikan itu. Din terpinga-pinga dengan tidak menentu tanpa menyedari asap tebal mulai masuk ke kamar bedah. Asap itu membuat Sutrisno terbatuk-batuk dan terjaga daripada tidurnya. Mr Choong menyiku dengan kuat sehingga Dr Jalani tersungkur jatuh. Sekilas Mr Choong berpusing dan menjunamkan pisau itu ke dada Dr Jalani yang sedang bangun daripada rebahannya. Melihat Dr Jalani tertikam, Din mengayun parang yang diberikan oleh Mr Choong pada leher tuannya. Begitu tubuh Mr Choong rebah ke lantai, kedua-dua biji mata Din menyaksikan semburan api terbesar dalam hidupnya tanpa sempat merakam bunyi letupan daripada bahan-bahan kimia di makmal tu.
Selepas letupan itu, Dr Jalani tampak cuba bangun dengan pisau yang masih terbenam di dadanya. Digagahi juga berdiri dan berjalan terhuyung-hayang menuju ke pintu kamar bedah yang bingkainya sedang menyala. Dalam panas yang membahang dan asap hitam yang melemaskan, dia memaksa juga dirinya bergerak sambil mengelak sambaran-sambaran api yang galak dengan tangan kiri berulang kali melindungi kepalanya. Akhirnya dia sampai pada satu penjuru, di penjuru lain tampak mejanya dijilat api. Buku catatan PVCnya terbuka sendiri dengan pinggiran yang mulai menjadi helaian arang dan berkecai berterbangan ditiup nyalaan api hijau kemerahan. Mata Dr Jalani tidak sanggup menyaksikan pembakaran itu. Kepiluan yang lebih pedih dirasakan daripada tikaman Mr Choong. Buku itu menjadi sahabat sejatinya selama tiga tahun kebelakangan ini. Otot-otot pipi dan kelopak matanya berkedip-kedip dengan bibir bawahnya menggeletar. Dengan helaan nafas yang terakhir, dia menerkam pada buku kesayangannya di atas meja yang membara. Bau daging yang dipanggang mulai keluar daripada tubuh Dr Jalani yang tidak bergerak lagi.
Letupan bahan kimia terdengar kuat sampai ke bilik pengawetan. Dr Rusdani dan Osman sedang bercakapcakap dengan Encik Rush setelah tidak menemui Mr Choong di situ. Encik Rush tidak lagi menyimpan rahsia kewujudan Sutrisno. Sebaik-baik saja mendengar letupan itu, mereka bertiga lari keluar. Mereka nampak kepulan asap hitam menjulang dan bumbung bahagian belakang bangunan Muzium Anatomi. Reaks benak Dr Rusdani untuk segera menelefon pasukan bomba. Belum sempat dia bergerak, terdengar bunyi semboyan yang menandakan kehadiran mereka.
Kesemua orang yang menyedari kebakaran itu menuju ke tempat letak kereta di belakang Dewan Diseksi. Empat buah kereta bomba tiba dalam perbezaan masa yang kecil. Belum pun kereta bomba itu berhenti, pegawai operasi terjun daripada keretanya yang masih bergerak. Dia terpaksa berlari beberapa Iangkah mengikut di sisi kereta bomba itu. Dengan walkie-talkie di tangannya, dia menghampiri kumpulan Dr Rusdani sebagai kumpulan penonton yang terkedepan.
Ada orang yang terperangkap tanya pegawai itu.
Ada, jawab Dr Rusdani.
Berapa orang
Tiga orang, jawab Dr Rusdani.
Tidak, ada empat orang dalam makmal itu, celah Encik Rush.
Ada empat mangsa terperangkap ... ganti, pegawai itu bercakap kepada walkie-talkie itu.
Dua pasukan penyelamat ... ganti.
Beberapa anggota bomba lengkap dengan alat pernafasan berlari pantas menuju ke pintu masuk Muziurn Anatomi. Anggota bomba yang lain sedang menghubungkan aliran hos ke pili bomba. Tangga dinaikkan dengan empat anggota bomba siap memegang nozel di puncak tangga masing-masing.
Seratus pound, teriak pegawai operasi setelah menilai tekanan air yang akan digunakan. Empat pancutan ditujukan ke bahagian yang sedang terbakar dan dua pancutan air menyirami bahagian yang belum terbakar daripada pancutan tambahan.
Tak perlu Morita ... ganti, terdengar suara pegawai operasi bercakap di radio set di dalam kereta bomba itu.
Bangunan rendah ... ganti.
Empat puluh kaki ... ganti.
Ya, tak perlu platform hidraulik ... ganti.
Hospital jauh, tak terlibat ... ganti.
Kebakaran terkawal ... ganti.
Osman rnemasang telinganya endengar percakapan pegawai operasi itu dengan balai. Bila dia berpaling ke belakang dia ternampak kereta BMWnya berada di belakang bangunan pejabat Jabatan Anatomi. Matanya mencari Vasu. Rupanya berada di antara pekerja-pekerja fakulti. Hampir semua kakitangan praklinikal menonton drama penyelamatan itu. Osman menghampiri Vasu dan menepuk bahunya.
Eh, boss. Saya ada baca itu Malay Mail terus saya mari.
Emak saya suruh ke tanya Osman.
Saya sendiri juga mari. Ada orang dalam ke
Ada.
Mana boleh hidup boss. Tadi jam saya mari, api banyak besar.
Anggota penyelamat tampak membawa keluar usungan pertama. Melihat usungan itu, Osman mengajak Vasu mendekati ambulans. Dia pasti dapat melihat dan jarak dekat bila usungan itu dimasukkan ke dalam ambulans. Dua lagi usungan nampak keluar dan pintu muzium. Api telah reda. Hanya nyalaan kecil yang masih degil di puing makmal Dr Jalani. Semua penonton terpaku melihat usungan-usungan itu terdiri dan mayat-mayat belaka. Orangorang yang mereka berselisih saban hari.
Anggota penyelamat mengesahkan hanya ada tiga mayat. Encik Rush memerhati ketiga-tiga mayat itu daripada dekat. Begitu juga Osman. Encik Rush tak dapat membezakan ketiga tiga mayat itu. Apalagi mengesahkan mayat Sutnisno. Tapi mata Osman dapat memastikan mayat Sutrisno tidak ada di situ. Sutrisno masih hidup.