Mencari Kiblat Cinta - 136
Kedai serba aneka itu segera dimasuki. Sebentar kemudian dia keluar bersama sebotol air mineral dan sebuku roti. Dengan wang yang hanya sedikit, dia harus berjimat cermat sehingga mendapat kerja baru. Meskipun Evelyn menolak wang pemberiannya yang mahu dititip kepada Joshua, namun dia harus menyimpan wang tersebut baik-baik. Mungkin akan sampai masanya dia membalas budi Joshua padanya nanti. Dan sebelum ianya berlaku, dia harus menyelesaikan satu urusan terlebih dahulu.

Ayah kamu dibunuh sebab dia menyimpan satu rahsia besar. Kata-kata Umar, lelaki separuh umur yang mengaku kawan ayahnya kini tergiang-giang di telinganya. Sejak pertemuan mereka, dia benar-benar kehilangan diri sendiri. Fikirannya tenggelam saling berbaur penyesalan.

Dia dibiayai untuk membuat kajian tentang sejenis daun yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit saraf. Malangnya ayah kamu dipergunakan dan ditipu oleh sebuah organisasi penjenayah yang mahukan ayah kamu menghasilkan satu formula dadah sintetik untuk mereka. Bila ayah kamu enggan, mereka mengugut akan membunuh seluruh keluarganya. Tapi sebaik formula dadah itu siap, ayah kamu menyorokkan formula tersebut serta diam-diam mengumpul semua maklumat tentang organisasi tersebut. Keengganan ayah kamu menyerahkan formula dadah baru itu membuatkan dia menjadi sasaran pembunuh. Jelas lelaki itu panjang lebar.

******

Sampai hati mereka bunuh ayah. Menitis jua airmata yang cuba ditahannya. Hatinya sebak mengenangkan nasib ayahnya.

Itulah sebabnya kenapa kamu diburu Danira. Sambung lelaki itu.

Dia terkejut. Pantas kepalanya didongak ke arah lelaki separuh umur itu.

Mereka semua fikir ayah kamu meninggalkan sesuatu pada kamu. Sesuatu yang boleh mengancam mereka jika bukti itu diserahkan pada pihak berkuasa.

Tapi pakcik, ayah tak pernah serahkan apa-apa pun pada saya. Ayah juga tak pernah ceritakan semua ini pada saya. Dia berkata jujur.

Dia memang ada tinggalkan sesuatu pada kamu dan adik kamu. Balas Umar.

Rantai yang kamu pakai itu, sebenarnya adalah pemberian pakcik pada ayah kamu. Ia bukan rantai biasa, tapi sebaliknya ia mengandungi cip yang boleh menyimpan maklumat. Sambung lelaki itu tenang.

Danira tersentak. Dia segera meraba-raba lehernya. Rantai inikah yang dimaksudkan lelaki itu Tapi mana mungkin!

Bila ayah kamu hubungi pakcik dan beritahu tentang hal ni, pakcik serahkan cip tu dan minta dia kumpulkan semua maklumat-maklumat tu dalam cip berbentuk rantai berplat. Tapi belum sempat kami bertemu, dia meninggal dunia. Selama ini pakcik mengawasi kamu dari jauh, sehinggalah kamu dua beradik menghilangkan diri entah ke mana. Cerita Umar sambil sesekali termenung panjang.

Dia terdiam mendengar cerita lelaki itu. Hatinya bergetar hiba. Rantai di lehernya segera ditanggalkan dan diberikan pada Umar.

Bukan saya seorang sahaja memiliki rantai begini pakcik. Adik saya Naufal juga memiliki rantai yang sama. Ujarnya.

Ya, pakcik tahu. Ada dua jenis rantai seperti ini. Salah satunya berplat emas dan satu lagi berwarna silver. Pakcik yang berikan kedua-duanya pada ayah kamu suatu ketika dahulu. Yang satu lagi masih ada pada adik kamu kan Tanya Umar ingin tahu.

Dia terdiam. Pertanyaan Umar membuahkan rasa sebak yang tiba-tiba bertandang. Air jernih mula mengalir di cerun pipi, lalu membangkitkan kerut di wajah Umar.

Kenapa Danira Soal Umar hairan.

Namun pertanyaan itu tidak dijawab, lantaran hatinya terus sayu. Wajah Naufal terus berlegar di fikiran. Entah apakah masih ada peluang dia bersatu dengan Naufal Dia benar-benar tidak ada jawapan untuk pertanyaannya sendiri. Ternyata hidup mereka semua pernah tercalar. Definisi kebahagiaan tidak pernah wujud dalam dirinya sejak ayah dan ibunya pergi mengadap Ilahi.

Prang! Botol air mineral yang dipegangnya jatuh ke atas lantai, sekaligus mengejutkan dirinya. Dia berpaling. Seorang gadis yang baharu sahaja melanggar bahunya, turut berpaling lalu memandangnya.

Maaf, saya tak sengaja. Ucap gadis itu serba-salah.

Danira sekadar tersenyum. Dia mahu segera beredar dari situ. Namun panggilan gadis itu segera mematikan langkahnya.

Kalau tak salah, akak yang kerja kat taska Kak Mila kan Tanya gadis itu lagi. Danira tersentak. Pantas dia melemparkan pandangan teliti ke arah wajah gadis comel berambut panjang di hadapannya. Bagaimana gadis itu tahu bahawa dia bekerja di taska Kamila sebelum ini

Maaf, adik ni siapa

Gadis itu tersenyum lebar. Saya Najla, adik abang Filman. Kita pernah jumpa sekali kat taska masa saya dan seorang lagi abang saya datang menjemput Melly. Ujar gadis itu lalu menghulurkan salamnya.

Danira tergaman. Adik Filman Dia cuba mengingati wajah manis gadis di hadapannya Ya, memang mereka pernah bertemu di taska tempoh hari. Tapi ketika itu matanya hanya mengawasi wajah Naufal seorang sehingga dia gagal mengecam wajah Najla dengan baik.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Najla datang berjumpa Danira