Mencari Kiblat Cinta - 137
Ketika teksi yang mereka naiki berhenti di hadapan sebuah rumah dua tingkat, Danira tercengang-cengang. Dia berpaling memandang Najla dengan wajah bingung. Bukankah anak gadis itu mahu mengajaknya ke restoran untuk berbincang sesuatu Tapi kenapa dia dibawa ke mari Dia masih ingat rumah itu. Itu rumah keluarga Filman! Rumah yang sama di mana dia pernah menghantar Melia pulang suatu ketika dahulu.

Najla keluar dari perut teksi. Gadis itu beredar ke arahnya lalu membuka pintu di sebelahnya.Jom kita singgah sekejap kak. Pelawa Najla lalu tersenyum.

Danira menarik nafas panjang. Dia merasa tidak sedap hati saat ini.

Najla, kakak tak berapa sihat. Err..kakak rasa kakak patut balik. Ujar Danira tergagap-gagap cuba memberi alasan. Dia mahu masuk semula ke dalam perut teksi yang masih belum beredar, namun tiba-tiba pandangannya tertancap pada sebuah kenderaan yang tiba-tiba berhenti di belakang teksi itu. Tubuhnya sudah menggeletar. Dia nampak jelas siapa yang berada di dalam kereta tersebut.

Filman bergegas keluar dari keretanya lalu meluru ke arah Danira. Gadis itu ditarik ke tepi pagar. Wajah Filman merah padam.

Saya baru balik dari taska Kak Mila. Kak Mila beritahu saya Nira tinggalkan hospital, tinggalkan taska tu. Kenapa Is it because of me Bisik Filman. Dia langsung tidak ambil kisah dengan Najla yang terpisat-pisat memerhatikan kedua-duanya.

Danira tunduk. Hatinya benar-benar gelisah. Dia mahu mengelak diri dari bertemu Filman, tapi Najla pula membawanya ke situ. Untuk apa dan kenapa dia sendiri tidak tahu.

Nira, please speak. Nira tahu apa yang Nira dah buat hari ni Nira buat saya dan Kak Mila risau. Kami nyaris-nyaris laporkan kehilangan Nira tadi, kalau bukan Kak Mila jumpa surat yang Nira tinggalkan tu. Keluh Filman seraya merenung ke dalam mata anak gadis itu.

Filman, saya

Nira marahkan saya Nira marah sebab apa yang saya cakapkan malam semalam Duga Filman ingin tahu.

Tak, bukan itu sebabnya Filman.

Habis

Saya dah kata saya tak layak untuk awak. Saya bukan gadis sempurna Filman. Danira cuba menjelaskan sebaik mungkin.

Saya tak perlukan gadis sempurna. Saya hanya mahukan gadis yang saya cintai. Cukup hanya itu, Nira. Bisik Filman seraya memegang bahu gadis di hadapannya.

Danira terpegun. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Sungguh bicara Filman membuatkan dia seperti di awang-awangan. Ya ALLAH! Sungguh aku mahukan perasaan indah ini berkembang dan mekar. Tapi siapa aku Siapa Filman Bagaimana dengan Naufal yang hadir di antara aku dan Filman

Macamana Danira boleh sampai ke mari Filman tiba-tiba teringatkan sesuatu.

Naj yang bawa Kak Nira ke mari. Sampuk Najla.

Filman dan Danira serentak berpaling. Wajah Filman keruh sebaik menyedari kehadiran Najla di situ. Wajah gadis itu selamba sahaja, sedangkan Filman jadi serba-salah. Dia pasti Najla sudah mendengar segala-galanya yang diucapkannya pada Danira.

Macamana Naj kenal DaniraSoal Filman ingin tahu.

Naj pernah nampak dia kat taska Kak Mila tempohari. Najla berterus terang.

Wajah Filman berkerut semula. Meskipun dia bersyukur berjaya menemui Danira semula, tapi hatinya tertanya-tanya tujuan Najla membawa gadis itu ke situ.

Naj jumpa Kak Nira kat Seven Eleven tadi. Terus Naj teringat ma ada cerita fasal apa yang berlaku pada Aliff tempohari. Dia merungut sebab abang buat tak layan sahaja bila dia suruh abang bawa dia ke hospital tempohari. Jadi sebab itu Naj bawa kak Nira balik. Jelas Najla panjang lebar bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran abangnya itu.

Filman memandang ke arah Danira. Kepala gadis itu terpanggung ke bawah, tidak berani diangkat memandangnya. Dia masih ingin bercakap-cakap dengan Danira, tapi kehadiran adiknya membantutkan segalanya. Muncul pula satu suara menegur mereka di situ. Tiga pasang mata segera menoleh. Di tepi pintu pagar, kelibat ibunya muncul dengan wajah hairan, memandang ke arah mereka semua. Namun tatapan mata Tengku Saida lebih lama di wajah Danira.

**********

Sewaktu Mak Mah menghidangkan lauk pauk di meja makan, Danira hanya berdiam diri di tempatnya. Dia diapit Najla, adik Filman serta Melia yang segera menerpa ke arahnya apabila melihat kehadirannya. Manakala Filman sengaja duduk di hadapannya bersama ibunya Tengku Saida.

Sesekali dia menoleh ke arah Tengku Saida. Entah kenapa, sejak mereka diperkenalkan tadi, dia perasan anak mata wanita itu tidak berganjak dari wajahnya. Meskipun bibir wanita itu tersenyum, namun pandangan wanita itu membuatkan dia gementar.

Danira orang sini Soal Tengku Saida ingin tahu.

Dia mengangguk. Saya dibesarkan di sini. Jawabnya.

Mak cik macam pernah tengok Danira ni. Tapi kat mana ya Kerut di wajah Tengku Saida semakin lebar.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Tengku Saida teringatkan sesuatu mengenai Danira