PELACUR KELAS PERTAMA - 14
Sudah tiga hari Shuhada ditinggalkan di rumah sendirian. Shuhada buntu kerana telefon tidak boleh digunakan. Fariha pula bercuti di luar kota selama seminggu. Tiada siapa dapat membantunya, tiada siapa juga dapat dihubungi untuk menghulurkan bantuan.

Shuhada terbaring di atas tilam, badannya lemah tak bermaya. Sudah tiga hari perutnya tidak diisi dengan apa-apa makanan.

Jika hari ini hari kematianku, aku redha, ya Allah, bisik Shuhada. Matanya dipejamkan erat - seakan-akan menanti saat malaikat datang untuk menjemput rohnya untuk pulang ke pangkuan Allah.

Keadaannya sangat lemah dan tidak berdaya. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta yang sangat dikenalinya. Dia masih diam tidak mahu dan tidak larat untuk bangkit melihat. Pandangannya semakin kabur, matanya dipejam.

Alias bersama Hamdan menuju ke rumahnya untuk melihat Shuhada. Jika bukan Hamdan yang bersungguh-sungguh ingin melihat Shuhada pasti rumah itu tidak akan Alias jejaki.

Pintu tombol dibuka, Alias melihat keadaan rumah masih sama seperti semasa ditinggalkan. Dia berjalan menuju ke bilik sembahyang, namun Shuhada tidak ada di situ kemudian kaki bergerak ke bilik tidur. Perlahan-lahan bilik tersebut dibuka. Keadaan bilik masih sama dan tidak ada apa yang berbeza. Alias memandang sekeliling dan kemudian melihat ke arah katil, kelihatan Shuhada sedang terbaring di atas katil. Wajahnya pucat. Dengan pantas Alias berlari ke arah katil dan mengusap badan isterinya, badan isterinya panas.

Alias mula gementar.

Hamdan!

Hamdan yang sedang duduk di atas sofa bingkas bangun dan berlari ke bilik tidur.

Tolong Hamdan. Badan Shuhada panas

Kenapa boleh jadi macam ni

Hamdan merapati Shuhada, dia duduk di sebelah jasad Shuhada. Nadi Shuhada diperiksa.

Nadi dia lemah, kita kena hantar dia ke hospital.

Tak. Kau buat apa sahaja asalkan di rumah.

Tolong Hamdan.

Kau dah gila Keadaan isteri kau tenat ni

Hamdan menarik selimut yang menutup badan Shuhada dan diletakkan ke bawah. Alangkah terperanjatnya beliau melihat keadaan badan Shuhada dipenuhi kesan lebam dan kesan lecuran di celahan peha Shuhada, mengalir cecair merah pekat.

Alias! apa kau buat ni

Astaghfirullahalazim

Badan Alias ditolak Hamdan ke belakang, Kepalanya digelengkan. Alias diam.

Aku tak kira. Dia kena dibawa ke hospital

Tak, aku kata di sini sahaja!

Degil lah kau ni. Isteri kau dah tenat ni. Kau faham tak kata Hamdan sambil berlalu pergi menuju ke arah keretanya.

Dia mencari segala alat perubatan di dalam keretanya. Menjadi resam seorang doktor seperti Hamdan. Beliau akan membawa alatalat dan ubatan ke mana sahaja beliau pergi sebagai persediaan hal-hal kecemasan.

Dibawa kesemuanya ke dalam bilik tidur. Di letakkan satu persatu di lantai.

Perkara pertama yang dilakukan adalah memeriksa degupan jantung kandungan Shuhada, sekali lagi wanita ini telah keguguran. Wajah Alias di hadapannya dipandang, hatinya sakit. Ingin sahaja ditumbuk Alias biar lelaki itu sedar yang perlakuannya tidak menggambarkan dirinya yang bekerja sebagai pendakwah bebas.

Dia keguguran.

Alias diam fikirannya kosong. Dia lebih risaukan Shuhada yang masih tidak sedarkan diri.

Selamatkan isteri aku, aku rayu kata Alias. kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Hamdan dan isterinya di bilik.

Hamdan menyeluk poketnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya, dia mendail nombor hospitalnya dan meminta Shima untuk datang ke rumah Alias dan membawa senarai ubat yang diberikan. Shima menurut, dia bersiap dan menuju ke destinasi menaiki ambulans.

20 minit kemudian sebuah ambulans sampai di perkarangan rumah Alias. Alias melarang pemandu ambulans masuk ke bilik tidurnya. Hanya Hamdan dan Shima sahaja dibenarkan berada di dalam bilik tersebut.

Alias menanti di luar rumah, dia berbual-bual bersama pemandu ambulans yang juga dikenal sebagai Ali.

Maaf Ali, ana bukan tak izinkan kamu masuk tapi banyak rahsia suami isteri yang patut dijaga.

Eh, tak apa ustaz. Saya faham. Ustaz macam mana sekarang Apa perkembangan terbaru Ustaz Ibu bapa saya minat sungguh dengan Ustaz. Rancangan ustaz di televisyen tak pernah sekalipun mereka ketinggalan kata Ali panjang lebar, Alias hanya tersenyum.

Terima kasih, harap dipraktikkanlah ya apa yang dinasihati. Semoga Allah merahmati kita semua. Insya-Allah. kata Alias sambil menepuk-nepuk belakang badan Ali.

Sebagai seorang manusia biasa yang tidak mengetahui latar belakang Alias, Ali berasa sangat bangga dapat bertemu lelaki di hadapannya itu. Mulutnya tidak henti memberikan senyuman lebar.

Setelah hampir dua jam menanti akhirnya Hamdan keluar dari bilik tidur tersebut. Dia mencari-cari kelibat Alias. Apabila melihat Alias di luar, dipanggilnya Alias untuk masuk dan berbincang.

Isteri kau lemah keadaan dia, aku harap kau bawalah dia nanti ke hospital. Kandungan dia aku letakkan di sebelah Shuhada. Kalau lihat pada janin aku rasa isteri kau sudah mengandung empat bulan. Sudah cukup sifat Alias bayi tu.

Alias diam. Kata-kata Hamdan tidak dijawab. Dia sememangnya kematian akal untuk menjawab setiap pertanyaan Hamdan.

Terima kasih Hamdan. Aku harap kau rahsiakan benda ni,

Aku buat kerana Shuhada. Bukan kerana kau. Tengok pada keadaan dia dah tiga hari tak makan. Aku tak mahu kata apa-apa. Kau fikir sendiri. Tapi aku dah beri IVD pada dia supaya dia bertenaga sikit. Air sangat penting

Baiklah, ini sedikit sagu hati,

Alias menghulurkan cek kosong seperti biasa dilakukan namun kali ini Hamdan menolak tangan Alias lembut.

Tak apalah, aku ikhlas bantu Shuhada. Ingat Alias, kali ni aku bantu kerana Shuhada. Jika lepas ini kau buat lagi begini aku tak teragak-agak buat laporan. Shuhada tu isteri kau, bukan perempuan simpanan yang boleh kau dera ikut suka hati. Tergamak kau dera perempuan yang sedang membawa benih kau sendiri di dalam perutnya Fikir sikit Alias. Aku tak mahu ingatkan kau siapa, kau lebih tahu siapa kau sebenarnya. Islam tak ajar kita bersikap kejam pada ciptaan Allah. Allah marah, kawan. Kau tahu benda tu kan Taubat Alias, hargai isteri kau. Kau patut sayang dan hargai dia.

Kau tak duduk di kaki aku, Hamdan, kau tak tahu apa aku alami dan apa yang Shuhada sudah buat. Kau takkan faham Hamdan. Kau hanya berjumpa dia sesekali bila dia sakit. Dan kau terus meletakkan andaian Shuhada seorang gadis yang naf dan mangsa dalam kisah hidup kami. Kau silap Hamdan.

Aku tak mahu tahu apa yang berlaku di antara kalian, tapi aku mahu nasihat pada kau. Hargai isteri kau Alias. Apa pun kisah silamnya itu perkara lepas. Tak adil jika kau menghukum dia kerana kesilapan lalunya. Apa guna berkahwin jika dipenuhi rasa benci dan dendam

Kau suka pada Shuhada

Kau tanyalah pada mana-mana lelaki di dalam dunia ini, siapa yang tidak simpati melihat keadaannya. Kita dah besar Alias. Bukan baru Darjah Lima yang asyik memikirkan tentang suka dan cinta. Ini masa untuk sama-sama bina kehidupan utuk hari tua. Jika aku suka pada dia pun, apa aku dapat Dia sudah menjadi milik kau. Tak perlu risau tentang itu. Tak apalah Alias, aku pulang dahulu. Bila Shuhada sedar nanti berikan dia makanan yang lembut seperti bubur atau roti yang dicecah air. Dia tak bermaya. Jangan lupa beli glukosa untuk diberikan padanya. Datang ke hospital, aku akan berikan ubat.

Alias hanya mengangguk, kemudian dia berjalan beriringan ke luar rumah. Hamdan mengambil keputusan untuk menaiki ambulans untuk pulang. Dia tidak mahu menyusahkan Alias lebih lagi keadaan Shuhada tidak sihat dan sangat memerlukan perhatian yang lebih.

Alias mengambil kunci kereta , Nissan Sentra miliknya dipandu ke Giant Shah Alam. Alias mencari bahan-bahan masakan untuk dimasak. Dia sedar akan kesilapannya yang tidak menyediakan makanan dapur semasa meninggalkan Shuhada. Wang juga tidak disediakan, Shuhada tidak ada sumber untuk keluar mencari pertolongan, tidak pula ada punca makanan. Keadaannya pasti tersepit.

Hatinya mula serba salah, selepas membayar barangan yang diambil, Alias berlalu pulang untuk menyediakan makanan supaya

Shuhada dapat mengisi perutnya apabila dia sedar nanti.

---

Janin di atas tilam dipandang lama. Fikirannya kosong, tidak pasti apa reaksi yang patut dia rasa. Tiba-tiba dia tertawa.

Bayi ni bukan milik aku, kau sayang pada Azam kan Hamdan juga Siapa pemilik benih ni Siapa bapanya Shuhada Beritahu aku Shuhada kata Alias. Suaranya ditinggikan. Matanya merah, air matanya merah menahan air matanya dari keluar. Shuhada masih terbaring tidak sedarkan diri. Rambut Shuhada diusap.

Aku sayang kau Shuhada, tapi kenapa kau buat macam ni pada aku Takkan tak ada ruang langsung untuk aku di hati kau Kenapa Shuhada Kenapa kau begitu kejam terhadap suami kau sendiri kata Alias teresak-esak menangis. Kemudian janin di sebelah Shuhada itu diangkat.

Kenapa aku harus bertanggung jawab pada janin yang bukan milik aku Ini tak adil Shuhada. Sangat tak adil. Kau kejam perempuan. Kau tengok ni, bila kau sedar aku akan pastikan kau menangis meronta meminta maaf pada aku.

Janin masih di tangan Alias, dia kemudiannya berjalan ke dapur dan mencari gunting. Kemudian dia berjalan pula ke tandas. Janin di tangan kiri digunting halus-halus. Dibiarkan janin itu hancur dan jatuh ke dalam mangkuk tandas. Alias seperti anjing gila yang tidak dikurniakan akal oleh Tuhan untuk memikir secara waras. Hatinya pedih, sakit dan hancur kerana Shuhada tidak mencintainya. Janin yang tidak bersalah itu menjadi mangsa. Seteleh puas dicincang janin kecil yang tidak berdosa itu, Alias kemudiannya menarik flush dan dibiarkan Janin itu hilang disedut air bertukar air yang lebih bersih dan suci. Hatinya puas, tangannya dipenuhi darah pekat dan hanyir.

Senyuman terukir pada wajahnya, air matanya dikesat dia kemudiannya menoleh ke belakang dan membasuh tangannya di dalam sinki sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Rokok di poket seluar di bawa keluar dan dinyalakan. Asap rokok ditarik dalamdalam sambil berjalan keluar rumah asap rokok dihembuskan sedikit demi sedikit. Hatinya terasa tenang, sakit di hatinya mula reda. Tengkuknya diurut perlahan-lahan. Badannya letih kerana kekurangan masa berehat. Dirinya terlalu sibuk menghadiri jemputan di majlis-majlis besar, Alias kemudiannya berjalan ke sofa empuk di ruang tamu. Dalam tidak sedar, dia tertidur.

---

Siang mula berganti malam, Shuhada mula terjaga, dia melihat sekeliling. Farajnya terasa pedih dan ngilu. Dia tidak mampu untuk bangkit berjalan. Tangan kanannya kelihatan jarum dan tiub air. Dia menghela nafasnya - keletihan dan kudratnya lemah. Perutnya juga lapar. Dia menanti dan mengharap akan ada sesiapa datang menjenguknya di bilik. Hampir sejam dia menunggu akhirnya penantiannya membuahkan hasil. Kelibat Alias mula jelas kelihatan. Lampu bilik dibuka. Wajah Alias berseri. Di tangannya ada dulang berisi makanan dan air susu. Alias berjalan dengan penuh berhati-hati menuju ke arah Shuhada

Dah bangun pun Shu, Abang tunggu. Nak makan dengan Shu,

Shuhada diam. Alias mengangkat badan Shuhada dan disandarkan ke dinding. Makanan yang diletakkan di meja lampu diambil.

Mari sayang, biar abang suap ya.

Shuhada menurut. Mulutnya dibuka. Bubur tawar yang dimasak oleh Alias dimakan dengan penuh selera. Shuhada sangat lapar.

Tiga hari tidak menjamah apa-apa. Kemudian perutnya diusap-usap. Mukanya memandang ke bawah, dan dia tersenyum seperti bahagia. Alias memandang gerak Shuhada. Matanya dipejamkan. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

Shuhada,

Ya,

Maafkan abang pasal tempoh hari. Anak awak dah tak ada.

Shuhada terdiam. Mulutnya seakan terkunci. Dia kebuntuan kata-kata. Wajahnya dipalingkan ke kiri. Air matanya mengalir. Dia cuba untuk senyum namun gagal. Alias meletakkan mangkuk bubur di atas meja lampu. Dia berlalu keluar dari bilik meninggalkan Shuhada yang sedang menangis. Perutnya diusap dan bajunya ditarik-tarik. Hatinya luluh hancur dan dia tidak menyangka hal seperti ini akan menimpa dirinya.

Puas hati aku bisik hati Alias.