Untuk sementara, saya boleh bekalkan suntikan vitamin B12 dalam darah untuk merangsang ingatan Puan Zahlia. Tapi dukacita saya nak ingatkan puan yang setakat ini penyakit ini tidak ada ubatnya. Terdapat sejenis ubat lagi yang dipanggil Tacrine yang berfungsi untuk menghasilkan acetylcholine dalam otak, tapi penggunaan ubat ini tidak berapa digalakkan.
Kalau tak ada ubat, bagaimana kita nak sembuhkan Zahlia doktor Zaharah kelihatan resah.
Saya rasa puan patut tumpukan pada kebajikan dan kawalan terhadap Puan Zahlia. Kalau menurut pemerhatian saya pada Puan Zahlia, beliau mempunyai kecenderungan physcosis. Loss of contact with reality. Dia tak ingat yang suaminya sudah meninggal. Dia juga tidak tahu apa yang telah dilakukannya dalam jarak masa dua hingga tiga jam sebelumnya. Macam puan kata tadi, dia juga tidak ingat dengan anak-anaknya. Ini semua adalah tanda-tanda awal psychosis. Dia sedang membuang semua realiti yang ada di sekelilingnya. Dalam kes seperti ini, pesakit biasanya kami rujuk pada pakar psikiatri.
Dia menghindar dari pintu itu perlahan-lahan. Perasaannya berbelah bahagi. Apa yang didengarnya dari mulut doktor itu membuatkan fikirannya celaru sekaligus bingung. Akalnya susah mahu mencerna kata-kata doktor itu. Benarkah ibunya sudah lupa siapa dia dan Naufal
Nira jangan bimbang, aunty dan doktor-doktor kat sini akan berusaha sedaya upaya kami untuk sembuhkan umi Nira. Zaharah memeluk bahunya ketika mereka meninggalkan bilik ibunya.
Dia tidak memberi sebarang reaksi. Matanya tertumpu ke arah sekawan merpati yang terbang di luar jendela bilik. Entah kenapa, matanya sengaja dilarikan. Dia tidak mahu wanita itu melihat airmata yang mula bertakung di kelopak matanya.
Naufal juga tidak banyak bercakap kali ini. Mata anak itu asyik memandang wajah ibunya yang pucat lesi dan asyik termenung di atas katil. Ketika Naufal disuruh mencium tangan ibunya, anak itu langsung tidak berganjak dari sisi Zaharah.
Pasangan suami isteri itu tidak putus-putus menjeling tatkala dia masuk sambil menatang sedulang minuman. Minuman sejuk itu lalu dihidang di hadapan tetamu yang baru sampai. Dia memandang pakciknya Kamal yang kebetulan memandangnya. Musliha di sisi pakciknya hanya dipandang sepintas lalu.
Jemput minum Pak Long, Mak Long. Pelawanya dengan suara hambar. Lelaki itu mengangguk dengan wajah serius. Musliha pula memandangnya acuh tak acuh.
Saya benar-benar berharap Encik Kamal dengan Puan Musliha setuju dengan permintaan saya. Kalau tak ada pengawasan orang dewasa, hidup Nira dan Naufal akan terabai. Mana mereka nak uruskan rumah, nak ke sekolah, nak makan lagi. Lagipun mereka ni masih anak-anak lagi. Ujar Zaharah.
Habis Puan Zaharah nak kami buat apa Pantas Musliha bertanya. Wajah ibu saudaranya itu sudah masam mencuka. Wanita itu bagaikan dapat menangkap maksud kata-kata Zaharah.
Puan Musliha, saya cuma nak minta puan suami isteri tolong tengokkan budak-budak ni. Sekurang-kurangnya sehingga Zahlia sembuh dari sakitnya, pinta Zaharah.
Eh mana boleh Puan Zaharah, anak-anak kami ni ramai. Susah kami nak jaga semuanya serentak. Balas Musliha pantas. Dia benar-benar tidak menyetujui permintaan wanita itu.
Tolonglah Puan Musliha, kasihankanlah mereka berdua ni. Rayu Zaharah. Matanya memandang Kamal seolah-olah memohon simpati. Lelaki itu termenung panjang. Beberapa ketika kemudian, Kamal mendongakkan wajahnya. Ada segaris senyuman bermain di bibirnya.
Rasanya tak ada masalah. Lagipun mereka berdua ni bukan orang lain, anak saudara saya sendiri. Takkan saya nak biarkan mereka begitu saja. Ujar Kamal sambil tersengih.
Dia tersentak. Hampir tidak percaya dengan kata-kata pakciknya. Bulat matanya memandang lelaki itu. Betulkah apa yang didengarnya Mustahil lelaki itu sudi menjaga mereka.
Diam-diam dia melirik ke arah Musliha yang terkejut besar. Ternyata wanita itu tidak bersetuju langsung dengan rancangan suaminya itu.
Baguslah kalau macam tu. Saya bukan apa Encik Kamal, kalau bukan sebab saya nak berhijrah ke New Zealand mengikut suami saya, mungkin saya dah bawa Danira dan Naufal tinggal bersama-sama saya kat sana. Ujar Zaharah seakan lega.
Sekali lagi dia terkejut besar mendengar kata-kata Zaharah. Aunty Zaharah mahu berhijrahkah Apakah wanita itu akan pergi meninggalkan dia dan Naufal sendirian
Maaf kerana aunty tak beritahu Nira awal-awal fasal hal ni. Sepatutnya aunty ikut suami aunty ke sana dua minggu lepas, tapi sengaja aunty tangguhkan sebab aunty risau dengan Nira dan Naufal. Beberapa hari lepas, dia call minta aunty datang segera ke New Zealand untuk uruskan rumah baru kami kat sana. Aunty tak ada pilihan lain Nira, aunty harus segera ke sana malam esok. Jelas Zaharah serba-salah.
Dia hanya mengangguk. Memahami situasi wanita itu. Selama ini, Zaharah sudah banyak bersusah payah membantu dia dan Naufal. Tentu tidak adil jika dia terus menyusahkan wanita itu lagi.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Danira mempunyai pilihan lain