Gadis Kebaya Merah - 14
BAB 14

PAGI lagi Ana Dahlia sudah ke pejabat TM Holdings. Dia mula melangkah ke arah ruang legar bangunan pejabat TM Holdings itu. Langkahnya terhenti sebaik terpandang Kusha yang sedang bercakap dengan seorang perempuan di bawah sebatang pokok. Nampak serius mereka berdua berbual. Lama dia memerhati ke arah Kusha. Satu sampul surat dihulur kepada perempuan itu. Dia segera mengambil foto mereka menggunakan kamera telefon bimbit. Langkahnya diatur semula ke ruang legar pejabat sebelum menaiki lif.

Sampai di pejabat, dia duduk seketika di mejanya. Meja Hetty di sebelah masih kosong. Komputer pula belum dibuka. Bermakna Hetty belum sampai ke pejabat. Dia mula buka komputer dan menaip sesuatu. Kemudian dicetak dan ditandatangani sebelum dimasukkan ke dalam sampul surat. Nama Kudin ditulis atas sampul surat itu.

"Notis ni aku akan bagi tengahari nanti." Ana Dahlia senyum dan mula menyambung kerjanya seperti biasa. Dia mendongak bila melihat Hetty sudah mula menapak ke meja. Dia hanya jeling perempuan itu yang tidak menegurnya. Biarlah.

Hetty melihat Ana Dahlia yang masih mengadap skrin komputer. Dia mencebik. Rajin konon. Dia berpaling ke bilik Kudin. Bilik itu masih gelap. Dia segera buka laci meja yang dikunci. Dokumen yang disimpan di situ dibelek sekilas. Dia jeling Ana Dahlia di sebelah. Hmm...nanti kau perempuan. Kau akan tahu nasib kau nanti.

Hetty segera ke bilik Kudin setelah melihat Kudin mula menapak masuk ke bilik. Pintu ditutup rapat.

"Ya Cik Hetty" Kudin letak beg kerjanya di atas meja. Dia melabuhkan punggung di kerusi. Pelik melihat Hetty tergesa-gesa mengekorinya tadi masuk ke bilik.

"Tuan...saya ada hal penting nak beritahu." Hetty duduk di kerusi di depan meja Kudin.

"Apa dia" Kudin sandar di kerusi.

"Saya ada maklumat penting tentang Ana Dahlia. Dia seorang pengkhianat syarikat ni." Hetty mula memberitahu hal itu.

"Hmm..apa maksud awak" Kudin sudah berkerut kening.

"Dia selongkar maklumat syarikat. Saya rasa dia ada agenda tersendiri." Hetty masih memandang Kudin yang tidak berkelip memandangnya.

"Awak ada bukti" Kudin teringat petang semalam, Ana Dahlia berada di dalam bilik fail.

"Ya! Ni buktinya!" Hetty menghulurkan dokumen kepada Kudin.

Kudin menatap seketika dokumen yang dihulurkan kepadanya.

"Hmm...macam mana awak tahu semua ni" Kudin letak dokumen dan mula memandang ke arah Hetty semula.

"Saya dapat tahu dari bahagian sumber manusia. Ana Dahlia minta semua nama pekerja di sini dan dia selidik termasuk saya dan tuan sekali. Bukankah itu satu kesalahan Dia hanya kerani dan pembantu saya di sini. Tak ada kaitan dengan bahagian sumber manusia." Panjang lebar Hetty menerangkan kepada Kudin.

"Kalau itu saya sudah tahu. Semalam dia sudah beritahu saya hal itu." Kudin merenung tajam Hetty yang sudah berubah riak.

"Dia beritahu apa" Hetty terperanjat.

"Itu bukan hal awak. Kalau tak ada apa-apa lagi, cik Hetty boleh keluar sekarang." Kudin mula buka komputer dan mula menyibukkan diri.

"Tapi tuan.." Hetty tidak berpuas hati.

"Ada masalah lain" Kudin mendongak. Hetty dilihat sudah bangun dan berdiri di depannya.

"Tak ada.." Hetty melangkah lemah keluar dari bilik Kudin.

Kudin senyum. Dia belek lagi dokumen yang diberikan oleh Hetty. Semua maklumat itu memang berkaitan dengan pekerja di situ.

Semalam dia juga ada menyiasat hal itu di bahagian sumber manusia. Tiada yang mencurigakan. Interkom ditekan dan menyuruh Ana Dahlia ke biliknya.

"Masuk!" Kudin pandang ke arah pintu sebaik pintu diketuk.

"Duduk!" Ana Dahlia disuruh duduk sebaik melihat gadis itu melangkah ke arahnya.

"Ada apa tuan" Ana Dahlia betulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.

"Tengok ni." Kudin hulur dokumen yang diberikan oleh Hetty tadi.

Ana Dahlia mengambil dokumen itu dan mula meneliti satu persatu. Keningnya bertaut. Maklumat dalam dokumen itu ternyata sama dengan maklumat yang diperolehinya dari bahagian sumber manusia.

"Apa yang awak siasat" Kudin menopang dagu, memandang tepat ke arah Ana Dahlia.

"Kan semalam saya sudah beritahu tentang ni. Saya kena kemaskini carta orginasasi. Jadi saya kena siasat semua nama ni." Ana Dahlia letak semula dokumen itu di atas meja.

"Termasuk saya" Kudin angkat kening. Ana Dahlia direnung lagi.

"Ya! Kan tuan adalah Tuan Pengarah di sini. Jadi tidak salah saya buat macam tu kan" Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah memandangnya tidak berkelip. Ada riak curiga di wajah lelaki itu.

"Hmm..baiklah. Mana carta organisasi yang awak telah update tu" Kudin mula minta bukti.

"Ni." Ana Dahlia hulur sekeping kertas saiz A4 kepada Kudin.

Kudin meneliti carta organisasi yang sudah siap dikemaskini. "Siapa yang arahkan awak buat semua ni"

"Bahagian sumber manusia..Encik Hamid. Dia yang suruh saya since saya pekerja baru di sini. Dia nak saya belajar di semua bahagian." Terang Ana Dahlia. Memang Encik Hamid ada menyuruhnya mengemaskini nama-nama pekerja di syarikat itu dulu.

"Okey.." Kudin berpuas hati.

"Oh ya. Ni notis berhenti saya. Disebabkan saya masih dalam tempoh percubaan, jadi saya boleh beri notis 24 jam." Sampul surat dihulur kepada Kudin.

"Kenapa nak berhenti Apakah disebabkan hal tadi" Kudin cepat-cepat mencelah.

"Tak..saya sudah dapat kerja baru." Ana Dahlia berdalih.

Telefon bimbit Kudin berdering. Dia menjawab seketika.

"Maaf..nenek tadi. Jadi awak betul-betul nak berhenti" Kudin menyambung semula topik perbualan tadi.

Ana Dahlia mengangguk

"Baiklah saya terima notis ni tapi saya nak awak tulis alamat awak di sini." Kudin hulur sekeping kertas kosong kepada Ana Dahlia.

"Alamat Untuk apa" Ana Dahlia sudah berkerut kening.

"Untuk saya kemaskini pekerja yang pernah bekerja di sini." Kudin senyum.

"Nanti saya beritahu tuan, saya hantar sms." Ana Dahlia mula minta diri.

"Sekejap, boleh saya tahu kes mayat reput dan rangka tu Dah tahu milik siapa" Kudin sengaja bertanya hal itu.

"Eh,manalah saya tahu. Saya hanya hantar je ke balai polis. Itu kes polis dan saya tak boleh masuk campur. Kenapa" Ana Dahlia cuba bersikap profesional.

"Mayat reput dan rangka tu sudah dikebumikan

Ana Dahlia terdiam. Dia juga tidak terfikir hal itu. "Entah la..nanti saya tanya kawan saya.."

"Bukan apa, bila dah selesai buat ujian forensik, elok dikebumikan segera dengan cara betul. Awak sendiri dengar perempuan tu merayu dan menangis kan" Kudin ingatkan Ana Dahlia.

"Ya..saya masih ingat." Ana Dahlia mengangguk. Memang mayat reput itu milik gadis kebaya merah yang selalu mengganggu dulu.

Ana Dahlia mula minta diri.