Arissa Daniel - 14
BAB 14

EDINBURGH. Di sebuah rumah banglo mewah yang terletak di tepi pantai, ramai tetamu dan kenalan yang datang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk James Brandon. Sebaik menghembuskan nafas terakhir di hospital Damansara Specialist, jenazah Datuk James diterbangkan terus ke London dan dibawa ke Edinburgh, tempat di mana dia dikebumikan. Itu pesan ayah dulu yang selalu berseloroh jika dia meninggal, dia mahu jenazahnya bersemadi di situ.

Daniel...please..dont be like this..

Daniel berpaling. Aunt Beth yang memakai baju serba hitam cuba memujuknya.

Aunty... Aunt Beth dipeluk seketika.

Majlis pengkebumian berjalan dalam suasana sedih. Daniel masih di sisi kubur ayahnya.Sejambak bunga ros merah diletakkan atas kubur.

Dad...you still alive in this world..still alive. And..as promised, I will take revenge for all these! Daniel mengesat air mata dengan sapu tangan.

Dia kembali ke kereta. Aunt Beth sudah menunggunya di situ.

Seminggu Daniel berada di Edinburgh. Seminggu juga dirinya tidak terurus. Puas Aunt Beth memujuknya. Makan dan minum tidak dihiraukan.

Arrrrgghhh!!!!

Aunt Beth meluru ke bilik Daniel. Jeritan Daniel tadi merisaukannya.Pintu bilik dibuka.

Daniel!!Aunt Beth terus memeluk Daniel yang sudah hilang pertimbangan. Daniel dilihat sedang menghentam tangannya ke dinding.

What a stupid thing are you trying to doMarah Aunt Beth.

Daniel tersandar di dinding dan rebah ke lantai perlahan-lahan. Dia meraup muka.Pemergian ayahnya tidak dapat diterima. Maruah ayah telah dipijak!!Daniel masih dalam pelukan Aunt Beth. Lama. Aunt Beth menenangkan Daniel yang nyata masih tidak boleh terima pemergian ayahnya.

Daniel! Look at me! The world is not end yet! Wake up! Aunt Beth pegang kedua pipi Daniel.

Daniel hanya pandang wajah tua perempuan yang begitu banyak berjasa kepada keluarganya selama ini sehingga dianggap sebagai keluarga sendiri.

I love dad..I love him so much.. Itu sahaja yang keluar dari bibir Daniel.

Aunt Beth mengusap lembut rambut Daniel. Daniel dibawa ke katil dan diselimutkan. Aunt Beth masih setia menjaga Daniel yang ternyata masih belum dapat menerima kenyataan kematian ayahnya. Setiap hari, Daniel hanya termenung di tepi laut.Segala makan minum sudah tidak dihiraukan.

Daniel lebih suka berkurung dalam bilik sekiranya ada orang yang datang menjenguk.

Daniel..please..you must be strong! You have a lot of work to take care of, your company, remember Aunt Beth sekali lagi memujuk. Entah kali ke berapa, dia pun tidak mahu ambil tahu lagi. Janji Daniel kembali kepada Daniel yang dia kenal dulu.

PAGI yang nyaman. Daniel mengambil udara segar di balkoni. Dia kemudian menapak keluar dari pintu cermin biliknya menuju ke gigi pantai.

Lama dia menikmati ombak yang menghempas pasir pantai. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Dia sudah nekad. Apa jadi sekalipun, maruah ayah perlu ditebus! Selesai sarapan, Daniel segera mengemas pakaian. Dia perlu pulang ke Malaysia semula.Urusan perniagaan perlu dibereskan walaupun tanpa ayah. Dia akan pastikan semua perniagaannya berjaya. Itu tekadnya!

Aunty..thanks a lot. Thank you very much!Air mata lelakinya tumpah juga saat ingin meninggalkan Aunt Beth seorang diri di rumah besar itu.

Now, thats my boy! Remember, be a good boy!Aunt Beth peluk erat Daniel yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Daniel hanya senyum. Sekarang ini, tiada apa yang dirasakan, melainkan perasaan dendam yang membara! Dia sempat ziarah kubur ayahnya sebelum bertolak ke lapangan terbang. Lama dia berteleku di kubur ayah. Sejambak bunga ros merah diletakkan di situ. Dad...I love you..

KACA MATA hitam ditanggalkan perlahan. Nafas ditarik perlahan. Satu perasaan lega mula menyelinap dalam hatinya. Daniel melangkah perlahan meninggalkan lapangan terbang KLIA. Mercedes hitam 7 series sudah lama menunggunya di depan pintu masuk lapangan terbang itu. Gagak segera mengambil beg pakaian Daniel dan diletakkan di dalam bonet.

Where to boss Gagak buka pintu kereta untuk Daniel.

My office!

Kerete dipecut laju menuju ke pusat bandaraya menuju ke Mid Valley. Sebaik tiba di pejabat, Daniel segera ke meja kerjanya. Gagak hanya mengikut dari belakang.

Please close the door.

Gagak menutup pintu dan mula duduk di sofa sebaik Daniel menyuruhnya.

Take this. You know what to do! Daniel bingkas bangun dan menapak ke arah Gagak di sofa tetamu. Dia hulur sekeping sampul surat kepada Gagak.

Ask Robin as well. Get the information from him.

Gagak hanya mengangguk.

Ada apa lagi bos Tanya Gagak ingin dapatkan kepastian.

Nope! Aku nak maklumat yang lebih details. Daniel bingkas bangun dan menapak ke meja pejabatnya semula.

Daniel bersandar di kerusi. Kepalanya terdongak melihat siling. Rancangannya perlu dilaksanakan. Suratkhabar yang berada di atas meja dibelek seketika. Terpampang berita kematian ayahnya. Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa turut merakamkan ucapan takziah dan rasa sedih di atas kehilangan seorang sahabat yang sama-sama berjuang dalam dunia perniagaan.

Mengarut!Suratkhabar dilempar ke lantai. Berterabur. Daniel menekup muka.

SEMENTARA itu, di kondominium Villa Indah di Sri Hartamas, Arissa masih menatap berita kematian Datuk James Brandon. Berita itu dibaca berulang kali.

Hmm...siapa lelaki ni Masa di rumah Tan Sri dulu, dia nampak gelisah dan sedih. Lepas tu rebah di lantai. Apa yang berlaku sebenarnya

Arissa berkerut kening. Masa di rumah Tan Sri Johari malam majlis keraian itu, tidak ada seorang pun yang menolong Datuk James Brandon. Dia dan Nelissa yang beria menelefon ambulans dan tiba-tiba datang seorang berbadan sasa mengangkat tubuh Datuk James yang sudah pengsan.

Hmm..hairan aku. Aku perasan muka Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa hanya senyum. Ada apa-apa yang tak kena ke Arissa garu kepala.

Memang dia tidak faham situasi pada malam itu.

Arissa mula mengemas. Dia lihat jam. Sudah hampir tiga petang. Hari itu memang dia tidak kerja. Dia sengaja ambil cuti. Sudah lama dia tidak bercuti.

Semalam, dia telah menghantar borang cuti kepada Syed Faizal.

Arissa senyum. Kunci kereta dicapai dari atas meja. Hari ini dia berkira-kira untuk membeli belah di Alamanda. Tidak sesibuk di MidValley atau KLCC. Kalau Nelissa, sudah sah-sah dia akan ke KLCC, tak pun ke Pavillion atau Bukit Bintang.

Terkial-kial Arissa membuka pintu kereta Fair Lady Putih Nelissa. Semalam kereta MyVi buat hal di tengah jalan masa perjalanan ke makmal.

Terpaksa panggil Nelissa. Nelissa pula selamba dek saja pinjamkan kereta sport dia tu. Dia sudahlah tak reti sangat pakai kereta mewah macam ni. Seminggu MyVi kena masuk bengkel. Jadi seminggu jugalah dia kena bawa kereta orang kaya ni. Haih...

Hmm..dapat pun. Arissa masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.

Fair Lady putih meluncur laju menuju ke pusat beli belah Alamanda, Putrajaya. Arissa sengaja mengambil jalan jauh. Ingin menikmati keindahan landskap Putrajaya yang cantik dan sentiasa berjaga. Dia menelusuri setiap Presint sebelum membelok ke bulatan besar menuju ke Alamanda.

TIBA di Alamanda, Arissa mula berjalan-jalan di sepanjang deretan kedai mengikut arah kaki. Dari satu kedai ke satu kedai. Dia singgah di sebuah kedai buku. Teruja melihat buku-buku baru yang tersusun kemas di situ. Dia capai salah satu buku genre motivasi karya Irfan Khairy.

Buku itu dibelek sekilas. Buku lain pula dicapai. Kali ini buku resepi pula. Arissa senyum. Dia mula berangan yang suatu hari nanti, dia juga akan menerbitkan buku resepi sendiri. Resepi yang sempat dipelajari dari ibu dulu sehingga kini masih diingati walaupun tidak ditulis. Ayam percik, dia hanya melihat saja ibu memasak semasa bertandang ke rumah kawan arwah ayah dulu di Kelantan.

Buku resepi itu dibelek penuh minat. Gambar menu yang terdapat dalam buku itu sungguh menarik minatnya.Sambil membelek, dia mula melangkah ke arah kaunter. Mata masih melekat pada buku resepi. Tersenyum-senyum Arissa melihat isi kandungan buku itu.

Ouch! Habis berterabur buku di tangan Arissa. Terasa kebas bahunya bila dirempuh kuat.

Err..sorry. Im sorry.

Arissa mendongak. Erk! Dia bingkas bangun. Lelaki itu sudah tersenyum padanya. Asyik jumpa mamat ni je. Dah tu, suka sangat langgar bahu aku. Gumam Arissa sambil memandang lelaki Inggeris itu yang tersenyum padanya sejak tadi.

Awak buat apa kat sini Daniel terus bertanya. Hatinya begitu teruja bertemu dengan gadis yang mula menghuni hatinya.

Arissa senyum. Soalan apa yang lelaki itu tanya padanya. Sudah tersadai di kedai buku, tentulah beli buku. Takkanlah nak beli sayur ke apa.

Senyuman Arissa semakin sinis. Dia membongkok mengambil buku yang jatuh tadi.

Oh..sorry, I know..its sounds stupid.. Daniel senyum kelat. Dia pandang Arissa yang cantik dengan baju kurung ungu.

Arissa mengukir senyum. Lelaki itu seolah boleh baca apa yang difikirkannya tadi. Dia mula melangkah ke kaunter bayaran, tidak menghiraukan Daniel yang terkebil-kebil di situ.

Daniel hanya memerhati tingkah Arissa. Dia segera capai mana-mana buku di atas rak dan mengatur langkah ke kaunter bayaran, beratur di belakang Arissa.

Hai, saya nak kenal awak boleh Daniel beranikan diri mulakan bicara perkenalan.

Arissa menoleh. Daniel sudah berada dekat di belakangnya. Dia pandang sekitar kaunter bayaran itu. Ada seorang perempuan cantik yang beratur di sebelah barisan di kaunter bayaran dua. Dia pandang gadis itu, rambut ikal mayang, seksi dan kulit putih melepak. Dia pandang pula Daniel yang asyik tersenyum. Hmm...nak berkenalan dengan minah seksi tu la tu agaknya..

Ehem!

Sekali lagi Arissa menoleh. Daniel dilihat memandang ke arahnya sambil tersenyum.

Miss!

Arissa mengalih pandang pada juruwang di kaunter. Buku yang dibeli tadi dihulur kepada juruwang .

Err..miss, rasanya buku ni display je ni. Boleh tak ambik buku lain, yang ada pembalut

Ya Sekejap. Arissa kembali ke rak buku yang diambil tadi. Dia kemudian kembali semula ke kaunter, terkocoh-kocoh. Buku diletakkan di situ.

Daniel hanya memerhati tingkah Arissa. Ternyata gadis itu tidak melayan sapaannya tadi.

Arissa tidak berani memandang ke arah Daniel yang masih tidak berkelip memandangnya dari tadi. Sesekali dia melihat jarum jam di pergelangan tangan. Sekejap lagi Tuah akan sampai di situ. Selesai membayar, Arissa cepat-cepat melangkah keluar dari kedai buku itu menuju ke medan selera.

Daniel hanya memerhati Arissa yang kelihatan kelam kabut. Dia senyum sendiri. Gadis itu sungguh mempesona di matanya. Entah kenapa dia begitu ingin mengenali dan memilik hati gadis yang sungguh asing baginya.

I will get you..one way or another..Daniel senyum sinis. Dia terus keluar dari kedai buku.

ARISSA merasa lega bila lelaki Inggeris itu tidak mengejarnya tadi. Dia mula merayap dari satu kedai ke satu kedai. Hari itu, dia perlu hiburkan hatinya sendiri. Penat membeli belah, dia berhenti di sebuah kafe dan menikmati capuccino ais di situ.

Assalamualaikum.

Arissa mendongak. Dia tersenyum. Waalaikumussalam

Boleh saya duduk Tuah turut melemparkan senyuman.

Arissa mengangguk.

Ini untuk awak... Sejambak bunga ros putih dihulur kepada Arissa.

Eh, kenapa tiba-tiba beri bunga ni Awak ni salah orang agaknya. Bunga itu dihulur semula kepada Tuah.

Awaklah orangnya..

Maksud awak Arissa berkerut kening.

Saya dah lama perhatikan awak. Tak sangka awak juga tinggal di kondo tu. Tuah berterus terang.

Macam mana awak tahu saya ada di sini Awak ni spy ke Arissa berseloroh. Dia gelak.

Ya..spy awak. Gurau Tuah.

Saya pun perasan awak tinggal di situ. Dengan famili ke Arissa mula ramah berbual dengan jejaka yang baru diketahui namanya walaupun sudah lama dia tahu lelaki itu tinggal di situ.

Tak..bujang. Saya menyewa di situ. Kan saya dah terangkan masa di telefon dulu. Hmm..baru sekarang ni saya berani bersua muka dengan awak. Tuah menopang dagu. Dia merenung gadis manis di depannya. Gadis yang sudah lama bertakhta di hati dan baru kini dia berani bersemuka.

Oh..minum Arissa pelawa Tuah mimum bersama. Segelas lagi capuccino ais dipesan. Renungan tajam lelaki itu terasa sudah meneroka setiap inci wajahnya. Terasa kekok bila direnung begitu.

Boleh juga. Tuah mengukir senyum.

Arissa tunduk. Terasa kaget dengan renungan Tuah. Lelaki itu, walaupun tidak sekacak Adam, dia mempunyai ciri-ciri yang dicarinya pada seorang lelaki. Baik, sopan dan yang pasti tidak mengambil kesempatan. Dia kembali mendongak. Tuah masih memandangnya tidak berkelip.

Ke..kenapa awak tengok saya macam tu Arissa mengalihkan matanya ke arah lain.

Tak ada apa..saya suka tengok awak, dari dulu lagi. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah atas kejayaan awak dulu. Tuah mengukir senyuman manis buat buah hati di depannya.

Oh..kan awak dah sms saya Arissa senyum.

Hmm..ya..tapi saya rindu kat awak. Saya serius ingin jadikan awak teman hidup saya. Awak dah berpunya Tuah beranikan diri bertanya hal peribadi Arissa.

Memanglah saya dah berpunya. Arissa sengih.

Oh..sungguh bertuah lelaki tu. Nampaknya saya yang terlambat. Suara Tuah sudah mula kendur.

Arissa mula gelak. Lucu melihat reaksi wajah Tuah.

Kenapa awak gelak Tuah pula bingung.

Tak ada apa..saya suka tengok awak. Arissa ulang semula ayat Tuah tadi.

Tuah senyum. Beranikah aku berterus terang dengan Arissa tentang hati dan perasaannya ketika ini

Oh ya..nama penuh awak apa ya Arissa mula ke topik lain. Tuah asyik memandangnya dari tadi.

Kenapa nak tahu Tuah sandar di kerusi. Capuccino ais yang dipesan sudah mula sampai. Dia teguk sedikit.

Tak boleh ke Ya la..siapalah saya ni kan. Sibuk nak tahu hal orang.. Arissa turut sandar di kerusi.

Macam merajuk je Awak istimewa pada saya. Awak akan tahu banyak benda tentang saya nanti tapi setelah awak sah menjadi hak saya. Tuah mengukir senyuman lebar.

Maksud awak

Hal peribadi saya hanya akan didedahkan kepada orang yang saya sayang saja dan saya harap orang itu adalah awak. Tapi yalah..awak pun dah berpunya. Jadi, saya rasa soalan awak tadi tidak lagi relevan untuk saya jawab. Tuah berkata hambar.

Arissa mula ketawa.

Kenapa Lucu ke Tuah hanya pandang tingkah Arissa yang sudah mengekek ketawa.

Awak ni macam peguam la! Hmm..lagak polis pun ada. Kata-kata awak tadi tu macam kata-kata seorang peguam atau seorang polis. Ketawa Arissa masih bersisa.

Betul apa Untuk apa saya jawab semua tu, when its not worth it. I dont get anything in return. Am I right Tuah hanya senyum.

Arissa diam seketika. Tuah dipandang tak berkelip. Awak suka saya

Tuah terdiam. Sukar untuknya mengiakan soalan Arissa. Bimbang cintanya ditolak gadis manis itu.

Of course I do! Awak kan kawan saya. Tuah tunduk. Aduh...kenapalah susah sangat nak luahkan

Hmm..sebenarnya saya dah muak dengan semua tu. Apa yang saya tahu, bukan suka, bukan cinta tapi ada makna di sebalik semua tu. Mungkin nafsu. Awak faham maksud saya kan Arissa mula serius.

Saya faham apa maksud awak tapi awak kena ingat, tak semua ada niat seperti itu. Kita hidup perlu ada landasan. Landasan yang perlu diikuti supaya tidak tergelincir. Tuah juga mula serius. Biar gadis itu tahu niatnya yang ikhlas.

Entahlah..apa yang saya alami dan lalui, lelaki suka ambil kesempatan. Kata-kata manis bermadah, janji menggunung. Bila si gadis sudah percaya dan tenggelam dengan pujian, si jejaka mula ambil kesempatan. Dalam hal ni, saya tidak salahkah lelaki saja. Keduanya bersalah.

Thats why, sampai sekarang saya masih berhati-hati. Maruah kena jaga. Perempuan tidak seperti lelaki, jika maruah sudah tergadai, tiada apa lagi yang tinggal. Arissa melepaskan keluhan panjang. Itulah yang berlaku pada kawan-kawannya dulu semasa di universiti.

Jadi..awak ada sejarah hitam Tuah memandang tepat ke anak mata Arissa.

Arissa turut pandang pada Tuah. Lama wajah lelaki itu ditatap. Ada riak keliru.

Kenapa Kalau saya ada sejarah hitam, jadi pada awak, saya ni perempuan jahat Arissa cuba meneka sikap Tuah.

Bukan itu maksud saya, saya tidak boleh buat kesimpulan hanya berdasarkan cerita awak tadi. Semua itu perlu pada bukti kukuh sebelum menuduh.

Arissa sekali lagi ketawa.

Saya faham. Kata-kata saya tadi, macam seorang pegawai polis kan Tuah turut ketawa. Arissa tidak perlu tahu tentangnya.

Tak..apa yang saya katakan tadi, itu adalah pengalaman kawan saya. Arissa sengih.

Jadi sekarang ni awak masih berhati-hati dengan lelaki Tuah pula menyoal.

Arissa angguk.

Kalau dengan saya Tuah kenyit mata.

Kalau betul caranya, mungkin akan dipertimbangkan. Arissa melemparkan senyuman manis. Walaupun setakat ini, hati dan jantungnya tidak ada rasa apa-apa pada lelaki itu tapi dia dapat merasakan Tuah adalah seorang yang baik.

Betul ni Tadi awak kata awak dah berpunya Tuah sengih namun dalam hati berbunga riang. Ada peluang untuknya menyelami dan menakluki hati gadis di depannya.

Ya. Mak dan ayah saya Arissa senyum lebar.

Tuah turut senyum.Oh..pandai juga awak buat lawak ya.

Tuah dan Arissa mula berbual mesra dari satu topik ke satu topik.

DARI satu sudut, Daniel masih memerhati tingkah kedua insan itu. Hatinya mula tidak keruan. Gadis itu adalah cinta pertamanya dan gadis itulah juga yang berjaya membuat hatinya terbuka hati untuk berubah.

Mungkin aku kena siasat siapa dia sebenarnya.. Daniel meraup muka. Dia segera beredar dari situ. Terasa sekarang ini, dia perlu bertarung.

Sebelum ini, perempuan yang datang menyerah padanya tapi kali ini, dia yang perlu berusaha mendekati gadis itu.