SEPERTI yang dijanjikan, Nurul membawa Anis ke pantai Port Dickson. Rasa syukur setelah dia berjaya meyakinkan Harlina yang dia ingin mengambil baju yang sudah ditempah. Kadang-kadang terfikir juga dirinya yang betul-betul sudah menjadi seperti orang gaji mereka. Ke mana sahaja langkahnya mahu pergi dikawal dan diperhatikan.
Nurul membawa makanan yang siap dimasak dari rumah. Teringat pula sudah lama dia tidak makan bersama Anis. Makanan kegemaran Anis, ikan keli masak lemak cili api cukup membuka selera anak gadis itu. Sampai dua pinggan Anis makan.
Nurul membawa Anis ke tepi pantai. Kerusi rodanya ditolak perlahan.
Anis suka
Suka kak. Lain kali kita datang sini lagi.
Nurul berhenti menolak Anis. Matanya memerhati kulit siput yang banyak bersepah-sepah. Dikutip kulit siput yang besar-besar. Rasa seronok bila Anis menjerit mengarah dia ke sana sini.
Kak, sana tu kak, jerit Anis. Kak, sana... sana...!
Nurul tersenyum melihat tingkah Anis. Alangkah bahagianya jika kebahagiaan ini milik mereka selamanya.
Suara Anis tidak kedengaran lagi. Nurul cepatcepat berpaling mencari Anis. Risau jika sesuatu berlaku padanya.
Nurul segera mendapatkan Anis. Rasa takut menguasainya apabila melihat seorang pemuda berdiri berdekatan Anis. Ada aiskrim di tangan Anis.
Anis, siapa bagi Nurul bertanya terburu-buru.
Anis tidak menjawab. Sebaliknya dia leka menjilat aiskrim tersebut. Berkerut-kerut dahi Nurul melihat perbuatan Anis.
Saya yang bagi.
Nurul spontan menoleh. Seorang pemuda berkemeja biru dan berseluar lusuh sedang merenungnya sehingga membuatkan Nurul berasa serba salah.
Hm... berapa harga aiskrim ni Tergagapgagap dia bertanya. Barangkali lelaki itu mahukan wangnya semula.
Ternyata soalan Nurul mengundang kelucuan pada lelaki itu. Jika tidak, masakan dia boleh ketawa berdekah-dekah.
Nurul terpinga-pinga. Hatinya mula terasa tidak senang. Gila apa!
Nurul sama sekali tidak menyangka bentakkan perlahannya didengari oleh pemuda itu.
Saya tak gila, pemuda itu membalas dengan tenang. Gigi putihnya yang cantik tersusun kelihatan apabila senyumannya semakin lebar.
Melihat Nurul yang hanya berdiam diri, dia memperkenalkan dirinya.
Maaf, puan. Saya ada lebih aiskrim tadi. Tu yang bagi pada anak puan. Dia menerangkan kedudukan sebenar. Nama saya Iwan.
Oh... iyalah, what ever. Thanks, Nurul membalas. Anak saya memang sukakan aiskrim.
Nurul hanya meneruskan lakonan yang telah dimulakan oleh lelaki yang bernama Iwan itu. Walaupun raut wajahnya nampak tenang, namun di dalam hati Nurul sedang menyumpah. Adakah patut Anis boleh disalah anggap sebagai anaknya Dia masih mudalah!
Berapa umur anak puan ni
13 tahun.
Dia kena demam panas atau sejak lahir
Oh, Anis kemalangan sewaktu berusia lima tahun.
Kasihan, Iwan mengeluh.
Simpati Iwan terhadap Anis semakin menebal. Gadis remaja itu terpaksa menghadapi dugaan hidup yang hebat.
Ujian Tuhan. Kita perlu terima dengan hati yang reda, Nurul berkata dengan tenang.
Iwan sekadar mengangguk. Lama matanya me merhati Anis. Entah apa yang sedang difikirkan.
Saya berkenanlah! Cetusan suara Iwan memeranjatkan Nurul.
Hah, sah gila, desis Nurul.
Dah saya katakan tadi. Saya tak gila. Iwan membantah.
Lidah Nurul kelu. Mukanya serta-merta merah menahan malu.
Maksud saya. Saya berkenan dengan Anis. Nurul semakin pening.
Begini. Saya teringin mengambil Anis menjadi adik angkat saya. Macam mana
Uh, ada hati nak angkat adik konon, Nurul berbisik perlahan. Dia tertawa jadinya.
Kenapa, salah
Ketawa Nurul terhenti. Dia menarik nafas panjang.
Sebelum tu, awak ni dah kahwin Dah ada anak Atau belum punya anak soalnya.
Mulut Iwan ternganga. Mungkin aneh mendengar soalan itu.
Maaf, saya masih bujang. Tapi, niat saya ikhlas. Apa salahnya Anis saya jadikan adik angkat
Masalahnya, kenapa tiba-tiba Kenapa mesti Anis Nurul masih belum puas hati.
Entahlah, bila melihat Anis, saya rasa simpati. Jika boleh saya mahu membantu Anis. Bantu apa
Iwan sekadar memandang jauh ke depan. Soalan Nurul dibiarkan seketika tanpa jawapan. Sebaliknya, Iwan mendapatkan Anis dan mengusap-ngusap rambut Anis.
Selagi saya boleh bantu, saya akan bantu. Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Iwan sebelum dia meninggalkan mereka berdua.
NURUL kembali ke rumah seawal pukul sebelas. Masa singkat yang diperuntukkan untuk Anis terasa begitu berharga. Saat bersama Anis terasa seperti bertahun lamanya. Entah sampai bila Nurul dapat membohongi Harlina. Lambat-laun pasti rahsia itu akan terbongkar. Kekerapan dia berjumpa Anis mungkin akan menimbulkan tanda tanya di hati Harlina.
Ah, biarlah masa yang menentukan, bisik Nurul, perlahan.
Tanpa berlengah, Nurul terus menyediakan ma kanan tengah hari. Sengaja dia memasak awal agar dapat merehatkan diri. Semalam, seharian dia mengemas rumah dan membasuh baju milik Harlina dan Khairul. Pasangan suami isteri ini suka benar mengumpul baju berhari-hari.
Nurul menjenguk ke belakang rumah. Pokok serai, lengkuas, cili dan daun kunyit yang ditanam nya di dalam pasu besar sudah menunjukkan hasil. Tinggal terung sahaja yang masih baru nak berbunga.
Nurul memindahkan serai yang sudah besar ke tanah. Serai yang sudah besar tidak sesuai di tanam di dalam pasu lagi. Daun serai yang panjang itu dikerat agar tidak menyemakkan pandangan dan memudahkan dia mengambilnya. Nurul memetik beberapa biji cili untuk dimasak. Benih cili yang diperolehi di kedai runcit berhampiran daripada jenis yang baik. Sebab itu daunnya tidak mudah dimakan serangga perosak.
Nurul kembali menyambung tugasnya di da pur.
Kedengaran bunyi kereta berhenti di halaman rumah. Nurul bergegas berlari menghala ke pintu utama. Langkahnya terhenti bila melihat Khairul keluar dari kereta. Dia segera kembali semula ke dapur.
Khairul pulang ke rumah kerana tertinggal fail mesyuarat yang akan diadakan pada petang itu. Kebetulan, hotel tempat bermesyuarat berdekatan dengan rumah. Dia mengambil peluang untuk makan sahaja di rumah dan terus pergi ke hotel itu pada pukul tiga petang nanti.
Bau harum menerpa ke hidungnya tatkala kakinya menjejak masuk ke dalam rumah. Perutnya seakan tidak mampu menahan. Dia ke dapur melihat-lihat makanan yang boleh dimakan.
Awak masak apa tegur Khairul.
Nurul terkejut mendengar suara Khairul. Tidak perasan kelibatnya sudah ada di dapur.
Hm... asam pedas, encik.
Asam pedas saja tapi kenapa baunya wangi Selalunya orang masak taklah wangi macam ni. Khairul mencedok kuah asam pedas menggunakan senduk. Dia mencium bau kuah itu.
Asam pedas ni wangi sebab perencahnya ditumis lama. Ada sesetengah orang yang tak suka tumis, mereka rebus saja. Bau kuahnya kuat kerana saya letak halba. Itu yang membuatkan baunya naik. Saya turut letak lada hitam, terang Nurul dengan panjang lebar.
Hm, mana awak belajar
Arwah mak saya yang ajar.
Awak dah tak ada mak
Nurul hanya mengangguk. Iya, ayah saya pun dah tak ada.
Khairul meletakkan semula senduk ke singki selepas beberapa kali menghirup kuah asam pedas itu.
Cepat sikit masak, arahnya.
KHAIRUL naik ke bilik bacaannya untuk mencari fail yang tertinggal. Dia duduk di kerusi me mikirkan kata-kata wanita itu.
Ah, aku tak boleh simpati padanya, ge rutunya.
Perasaan bencinya pada wanita itu lebih tinggi berbanding rasa simpatinya. Empatinya berubah menjadi dingin. Wanita mata duitan memang pandai berlakon, sumpahnya. Mereka akan buat apa sahaja sehingga niat mereka berjaya.
Khairul menghidupkan komputer dan melayari internet. Dia membuka website syarikatnya dan mula membaca. Angin yang bertiup dari jendela yang terbuka membuatkan dia mengantuk. Tanpa disedari Khairul terlelap.
Khairul terjaga dari tidur ketika terdengar bunyi kucing bergaduh di luar. Dia terlena beberapa minit. Segera kemejanya dibetulkan. Rambutnya disikat rapi. Dia melangkah ke bilik air untuk men cuci muka.
Di atas meja makan sudah terhidang lauk-pauk berserta nasi dan air. Khairul duduk termenung melihat bermacam jenis lauk yang ada.
Kalaulah Lina pandai masak, beruntungnya aku, desisnya. Dia agak kecewa mengenangkan perihal isterinya yang tidak suka ke dapur.
Gadis itu datang lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Mata Khairul memerhatikan setiap perbuatannya. Dia meneliti raut wajah gadis itu. Kulit mukanya cerah dan tidak disapu dengan secalit pun solekan. Kecantikannya semulajadi, tidak seperti gadis-gadis di pejabatnya. Jemput makan, pelawa gadis itu.
Setelah menuangkan segelas minuman, dia berlalu dari situ menuju ke dapur semula. Khairul memerhatikan pergerakannya yang senyap dan sopan itu. Sesuatu menyelinap ke sudut hatinya. Dia rasa bersalah kerana berusaha membenci gadis itu setiap hari. Pada hal setiap hari juga, makanan yang masuk ke perutnya dimasak oleh gadis itu.
Kenapa aku harus mengalah Hati Khairul tertanya-tanya.
Tiba-tiba sahaja selera makannya menjadi tum pul. Seleranya terus mati.
Ini tak boleh jadi!
Khairul kembali ke ruangan hadapan mengambil beg dan failnya. Tanpa memberitahu Nurul, dia bergegas meninggalkan rumah itu.
Di dalam kereta, kepalanya masih terus memikirkan tentang gadis itu. Rasa bersalah semakin menjadi-jadi.
NURUL kembali ke ruang makan apabila mendengar bunyi kereta menderum keluar dari garaj. Di atas meja makan, makanan yang dia sendukkan sebentar tadi langsung tidak disentuh.
Benci sangat ke dia pada aku soal Nurul sendirian.