KAU nak buat apa ni soal Airish pelik melihat Afiqa yang siap menyarungkan baju figura Mickey Mouse itu. Wah, memang comel!
Bila masa kau kerja dekat funfair ni Airish sudah terangkat keningnya.
Afiqa yang baru sahaja siap menyarungkan pakaian ala-ala badutnya, mencebik.
Sibuklah.
Memanglah sibuk. Ni rumah aku. Kau main redah masuk keluar, masuk keluar memang menyusahkan aku.
Saya bawaklah kunci.
Airish terdiam pula. Tak jadi pula taktiknya.
Tak! Aku tak nak bagi. Aku ada satu kunci saja. Kalau hilang, macam mana Kau bukan boleh percaya sangat.
Airish, Afiqa tersenyum seraya terus mendekati Airish yang berdiri di ruang tamu itu.
Hari ni, hari special tahu. Saya akan sambut birthday Rayhan.
Apa suara Airish daripada tenang terus berubah nadanya ke arah intonasi yang lebih tinggi.
AFIQA pantas menyarungkan kepala Mickey Mouse itu. Terjengul wajah Rayhan di ruangan mata Afiqa di sebalik mata luas kostumnya. Tangannya dilambai. Berat betul kostum ni. Dah lama dia tak pakai patung ni. Kali terkahir masa pesta ulangtahun Rayhan beberapa tahun lepas. Tapi tak apa. Yang penting, lelaki pujaan hatinya ini masih lagi gembira.
Fiqa
Surprise!
Rayhan tergelak kecil. Lebar senyumannya.
Fiqa datang Untuk sambut hari lahir abang
Afiqa mengangguk laju, Happy birthday, abang!
Thank you, Fiqa. Masuklah!
Afiqa lantas memasuki ruang rumah banglo yang besar gedabak itu. Cantik yang amat. Tapi, rasa bagaikan kosong. Sunyi. Itu yang paling tepat untuk menggambarkannya.
Kek keju yang dibawanya, diletakkan ke atas meja di ruang tamu.
Afiqa pantas menggayakan aksi comelnya melalui kostum Mickey Mouse itu.
Abang rindu betul dengan Mickey Mouse ni. Tak sangka Fiqa masih ingat lagi, Rayhan mengusap perlahan pipi Mickey Mouse itu. Comel betul. Ini kartun kegemarannya, tahu!
Afiqa kemudiannya membuka kepala kostum itu. Wajahnya dimaniskan.
Fiqa tak akan lupalah, abang. Rumah abang sunyi sangatlah. Kenapa tak buat party komen Afiqa.
Rayhan pantas menggengam tangan Afiqa.
Jom. Abang nak tunjuk sesuatu.
Tubuh Afiqa yang diiringi Rayhan dibawa menuju ke arah pintu sliding yang menampakkan kolam renang di halaman banglo itu. Afiqa menganga luas. Cantiknya. Begitu banyak belon yang terapung-apung di permukaan kolam itu. Pelbagai warna menghiasi kolam renang tersebut. Afiqa diburu rasa teruja. Adakah Rayhan tahu akan kedatangan dirinya Sebab itulah dia siapkan ini semua awal-awal
Pantas, pintu sliding itu dibuka. Bergema segenap inci telinga Afiqa sebaik sahaja pintu itu ternganga. Bunyi dentuman demi dentuman irama muzik yang beralun tanpa henti begitu mengilukan telinganya. Kuat benar muzik itu dipasang.
Rayhan.
Terkejut Afiqa saat terperasankan begitu ramai gadisgadis yang berada di hujung kolam renang sana. Dengan pakaian yang super seksinya. Berbikini! Masya-Allah, terasa macam bukan di Malaysia. Saat langkah Afiqa dibawa ke hadapan sedikit, irama muzik yang mengilukannya digantikan pula dengan gelak tawa yang berderai sana sini. Gelak tawa itu semakin ketara kedengarannya apabila muzik yang rancak itu dihentikan dengan sengaja.
You bawak badut mana ni
Bertambah kuat tawa mereka. Gadis-gadis seksi ini semakin enak mentertawakan dirinya. Ada juga beberapa lelaki di sana. Itu pun, disambut dengan gelak tawa daripada mereka juga. Afiqa terasa seperti dimalukan dengan sengaja.
Apa semua ni pandangan Afiqa melekat kemas pada Rayhan.
Ternyata abang betul. Fiqa masih sayangkan abang! sinis sekali ayat Rayhan itu bersama dengan senyumannya.
Kenapa abang buat Fiqa macam ni
Sebab Fiqa buat-buat tak kenal abang! Berlagak macam tak pernah cintakan abang!
Habis semalam
Rayhan tergelak sinis. Fiqa percaya Abang sayangkan, Fiqa. Fiqa percaya
Panas rasanya kolam air mata Afiqa tika itu. Terasa cukup terhina apabila dipermainkan sebegitu rupa. Kali ini dia benar-benar terluka.
Parah.
Fiqa sangat naif. Langsung tak berubah. Hey, girls!
Mata gadis-gadis seksi itu berpaling menghadap Rayhan. Afiqa menundukkan wajahnya. Kostum Mickey Mouse itu benar-benar dirasakan bebal baginya.
Korang rasa perempuan ni layak ke bersama I kata-kata Rayhan itu menyebabkan seisi tetamu di kolam renangnya bergelak tawa sakan.
Ada yang siap merenjis-renjiskan air kolam itu ke wajah Afiqa. Sempat satu-persatu wajah itu disoroti Afiqa sebelum dirinya hanya menunduk sayu, memalingkan wajahnya ke sisi yang lain.
Diam!
Senyap.
Wajah Rayhan jelas terkejut. Siapa Semua yang ada di situ tergamam melihat Airish yang tegak berdiri di hadapan mereka semua.
Kau okey
Airish terus merangkul Afiqa dalam pelukannya. Afiqa yang sebak tidak mampu mengeluarkan sebarang suara.
Dah, jom.
Tangan kanan Airish memeluk bahu Afiqa. Mahu membawa gadis itu pergi. Di tangan kirinya, dipegang erat pakaian Mickey Mouse itu.
Woi!
Afiqa dan Airish berhenti. Tapi, wajah mereka tidaklah pula dipalingkan ke belakang. Afiqa masih setia menunduk sayu.
Kau ingat Airish sayangkan kau, Fiqa Kau ingat dia perlukan kau Kau cuma dipergunakan, tahu Rayhan bersuara tenang tapi masih ada nada tegasnya.
Airish mengetap giginya. Segera tubuhnya dipusingkan ke belakang. Langkahnya yang mahu ke hadapan terhenti apabila Afiqa memeluknya erat. Airish menunduk memandang wajah Afiqa yang tidak putusputus menggeleng.
Aku bukan macam kau. Jantan dayus! Airish tergelak sinis.
Bahu Afiqa dipeluk kembali Airish membawa gadis itu jauh dari pandangan Rayhan. Semua orang hanya diam, memandang pemergian Airish dan Afiqa yang bagaikan seorang putera datang menyelamatkan si puteri.
Seperti dalam kisah dongeng.
KAU ni memang bodoh ke marah Airish sebaik sahaja kereta Audi S4 berhenti di perkarangan rumah mereka.
Afiqa masih memeluk erat kepala Mickey Mousenya.
Dia cakap sayang, kau terus lari tinggalkan semua benda dan melompat dalam pelukan dia!
Afiqa masih tidak memalingkan wajahnya. Tidak mahu air matanya dilihat Airish. Sepanjang dalam kereta tadi, dirinya hanya menunduk sayu. Menangisi nasib dirinya. Airish memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seraya bergerak ke belakang Afiqa.
Kau tak ada harga diri ke
Dada Airish segera dipukul Afiqa sekuat mungkin. Tumbukannya kuat dilepaskan di situ, berkali-kali. Melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Airish hanya membiarkan sahaja. Tangan gumpalan kecil gadis itu tidak akan menjejaskan banyak mana pun rasa sakit di dadanya.
Kenapa saya bodoh sangat sesak sekali tutur kata Afiqa.
Kata-katanya jelas tidak teratur dengan nafasnya yang tersekat-sekat akibat hingusnya yang menyekat proses pengudaraannya. Merah mata gadis itu. Pasti sudah banyak air mata dibazirkan demi lelaki durjana itu.
Kenapa layan saya macam sampah Jawablah, Airish. Kenapa semua lelaki buat saya macam ni
Kenapa kau tak tanya diri kau dulu, kenapa kau lemah sangat
Bahu Afiqa ditarik agar berdiri tegak menghadapnya. Wajah Afiqa dipaksa agar menatapnya.
Afiqa terdiam. Tubuhnya melorot jatuh tersembam jatuh bersimpuh di atas bumi. Setia sekali air matanya menjadi peneman sejati. Tidak henti-henti air matanya mengalir.
Saya tak mampu nak tipu perasaan saya. Tapi, tak sangka cinta itu membunuh saya. Saya saya.
Airish meraupkan wajahnya. Tubuhnya menunduk dan mengusap belakang gadis itu.
Im sorry.
Tangisan itu tidak reda, sebaliknya semakin menjadi-jadi pula. Menyesal pula Airish rasanya. Inilah padahnya apabila memujuk orang yang menangis. Makin dipujuk makin kuat tangisannya.
Dah. Berhentilah menangis! Aku belanja kau makan ais krim.
Apa ni Awak buat lawak ke tangisan Afiqa beransur reda.
Saya bukannya budak-budak nak makan ais krim segala.
Banyak songeh pulak budak ni. Tak naklah ni
Nak!
AIRISH dan Afiqa sedang duduk di ruang tamu sambil menikmati ais krim. Walaupun Afiqa sudah kelihatan lebih tenang, namun wajahnya masih mendung. Airish menghentikan suapannya apabila suasana di antara mereka bertukar sunyi sepi. Terasa canggung apabila keadaan dalam sebegitu. Wajah Afiqa yang menekur pada permaidani itu ditenung.
Hei.... Airish menyiku lembut lengan Afiqa.
Bila difikirkan balik. Macam mana awak boleh ada dekat sana
Airish menghembuskan nafasnya. Kau ni nyanyuk ke Kau yang bagitahu aku, kan
Oh, ya ke
Kau tak sepatutnya cuba menggapai tangan yang kau dah lepaskan.
Afiqa tersentak dengan kata-kata Airish yang secara tiba-tiba setelah suasana suram menemani mereka tadi.
Tapi semua orang berhak dapat peluang kedua, kan Afiqa membalas perlahan.
Malangnya terluka untuk kali kedua, oleh orang yang sama, jauh lebih menyakitkan dari yang pertama.
Rasa sakit tu mampu membunuh kau. Cinta ni buat Fiqa tak berdaya....
Cinta soal Airish sinis.
Cinta boleh jadi racun dan boleh jadi penawar. Tapi, kadang-kadang penawar itu akan ditempuhi dengan penuh kepahitan. Satu kepahitan memberi satu kegelapan. Cinta memerlukan pengorbanan.
Afiqa terkebil-kebil memandang Airish. Ais krim milo di tangan Airish dicuri senyap-senyap lalu disudu ke mulutnya.
Awak berpuisi ke
Hish! Kau takkan faham punya bahasa Melayu taraf tinggi ni, sinis Airish memerli Afiqa. Melayan minah ni memang membazir air liurnya saja.
Matanya tiba-tiba membuntang apabila melihat bekas putih yang sudah kosong itu. Segera pandangan dialihkan ke arah Afiqa di sebelah. Gadis itu kelihatan mengigit sudunya sambil mengangkat lambang peace.
Pantas Airish berdiri, lalu dibuangkan bekas kosong itu ke dalam tong sampah. Dahlah. Aku nak naik dulu. Penat melayan kau ni.
Tunggu!
Airish terhenti. Suasana menjadi sunyi.
Segala perbuatan yang dilakukan itu pasti akan berbalas. Dan segala halangan yang ditempuhi dengan penuh kepahitan pasti akan bertukar menjadi satu titik permulaan ke arah kemanisan hidup, Afiqa menjawab kembali kata-kata madah Airish itu tadi.
Airish berhenti. Tubuhnya kaku, tidak bergerak.
Betulkan, apa saya cakap, Airish
Walau bagaimanapun, segala titik permulaan ke
arah kemanisan itu akan kekal di situ apabila tiada sesiapa yang menyambung titik yang kedua.
Giliran Afiqa pula terdiam. Memandang pemergian Airish yang memasuki ke dalam biliknya. Afiqa terduduk. Peristiwa petang itu, terimbas kembali dalam ingatan. Segera, kepalanya digelengkan. Tidak! Dia tak mungkin sedih lagi. Cukuplah air matanya berakhir di situ untuk Rayhan. Cukuplah! Azam Afiqa meninggi.