DIARI CINTA ROMEO - 14
Put : Kau nak gerak pukul berapa ni

Aku : Put, apa kata kau amik aku dekat kolej Sebab takkan aku nak usung helmet ni naik tren. Lepas tu nak bawak masuk PWTC. Orang ramai kot. Dengan sesaknya lagi.

Put : Erm, okay. Pukul 10 aku datang.

Aku : Okay, thanks Put =)

Aku senyum. Dia ni memang suka tolong kawan. Sampai kadang-kadang aku rasa bersalah sebab rasa aku pulak menyusahkan dia. Kadang-kadang rasa macam aku mempergunakan dia pulak. Aku bukan jenis yang suka amik kesempatan okay. Sebenarnya kitorang dah plan nak tengok The Avengers. Tapi dah alang-alang keluar, aku ajak dia pergi pesta buku. Dia pun cakap okay je. Then baru pergi tengok The Avengers.

Aku dapat mesej lagi. Takkan Put dah sampai kot baru pukul 8. Aku bukak inbox. Dari CapitalM

CapitalM : Awak, bangun. Dah pagi. Hee =)

Aku : Dah bangun okay. Cuma belum mandi je. Hee =P

CapitalM : Eeee, bunchuk!

Aku : Hey, mandi ke, tak mandi ke tetap wangi okay.

CapitalM : Tak tak, busuk! Hee

Aku : Yela, Fiz jela busuk. Dia je yang wangi. Dekat mana ni Syg ada kelas k

CapitalM : Dekat kelas. sekarang kelas dekat blok B. Nanti pukul 10 kelas dekat kolej kediaman.

Aku : Awak dah makan

CapitalM : Dah. Awak

Aku : Belumlah syg. Lapar =(

CapitalM : Dah tu, pergilah makan.

Aku : Hm okay. Nanti Fiz nak g PWTC, ada pesta buku.

CapitalM : Wah bestnya. Nak ikut. Hee.

Aku : Amboi. Boleh. Selit tengah. Fiz g dengan member. Haa

CapitalM : Eee, awak tak senonohlah. Hee. Dahlah, gurau je. Pergilah mandi sana. Busuk.

Aku : Yela, Fiz je yang busuk. K

CapitalM : Alalalala, xla. Awak wangi. Kita sama-sama wangi. Janganlah merajuk.

Aku tak balas. Saja mahu manja-manja dengan dia. Berpura-pura merajuk. Biar dia risau. Jahatkan aku Tidak. Saja aku mahu menguji cinta dia dekat aku. Membela rindu yang kian menyatu. Lagipun aku ada kerja sikit nak buat. Aku nak kemas bilik yang dah macam sarang tikus. Masing-masing malas nak mengemas. Jadi sementara aku free ni, baik aku kemas. Musim assignments baru je lepas. Walaupun ada dua lagi yang belum kena submit, at least sekarang ni aku dah boleh menarik nafas lega.

Tak lagi sesibuk sebelum ni. Walaupun jadual kelas aku dah tak padat macam masa foundation dulu tapi bebanan kerja pula yang semakin bertambah. Lebih-lebih lagi aktiviti luar kelas. Masa foundation dulu, setiap hari ada kelas petang. Kalau ada gerko, memang menjamah maghriblah jawabnya. Tapi sekarang, semua kelas sampai pukul 1.30 petang. Kalau sampai petang pun sebab kelas ganti. Tapi kerja jangan cakaplah. Satu je tips, jangan buat kerja last minute. Kalau tak memang naya.

Lepas bilik dah bersih, agaknyalah, aku terus mandi. Dah pukul 9.30. Dah lewat ni beb. Satu lagi tentang Put ni, dia seorang yang punctual. Kalau lambat, siaplah kau kena sindir dengan dia. Jangan tanya kenapalah kalau telinga kau bernanah lepas tu. Aku yang dah faham dia macam mana, pun kadang-kadang terlajak. Dia memang okay tapi seganlah kot. Yela, aku yang ajak dia kelaur. Siap dia amik aku dekat kolej lagi. So respectlah sikit dekat dia. Kan Kan Kan

Macam yang aku cakap, tepat pukul 10 Put mesej aku.

Put : Aku dekat bawah dah

Aku : Okay aku turun

Aku jenguk dari tingkap bilik. Betul. Dia dah tunggu depan pagar kolej. Nasib baik aku sempat siap. Kalau tak, segan sikit je dengan dia. Kebetulan, aku turun je, CapitalM lalu dengan kawan dia. Aku pandang je dia tapi dia terlampau sibuk berbual dengan kawan dia sampai tak perasan aku. Aku pandang je sampai dia hilang dari pandangan. Biarlah.

Nak pergi mana dulu ni Put

Kita pergi PWTC dulu. Takut orang ramai. Ni pun aku rasa dah sesak Aku

Okay. Aku pun nak tengok-tengok apa yang menarik Put

Kami pun bergeraklah ke PWTC. Jalan tak sesak. Tak juga lengang. Kira selesalah nak jalan. Aku mesej CapitalM.

Aku : Awak suka warna ungu ek

CapitalM : Ha Kenapa Kenapa awak tanya

Aku : Awak pakai baju kurung warna ungu hari ni. Tu la,sibuk sangat berbual dengan kawan.

CapitalM : Eh mana awak nampak Tak perasan awak pun.

Aku : Ada tadi masa Fiz nak keluar dari pagar. Dia tu sibuk sangat sampai tak pandang orang sekeliling dah.

CapitalM : Hee, sorry2. Tak perasan. Awak dah ke PWTC

Aku : Dah dengan kawan tadi. Ingat nak tegur tapi awak sibuk berbual tadi. Biarlah. Malas nak tegur.

CapitalM : Ala, sorry k. Bestnya pergi pesta buku. Awak jangan lupa makan tau. Jangan nakal-nakal okay.

Aku : Jangan risau k. Eh hari tu cakap ada nak beli novel. Apa tajuknya

CapitalM : Eh awak nak buat apa

Aku : Ala cakap jela.

CapitalM : Lafazkan Kalimah Cintamu Siti Rosmizah

Aku : Okay

CapitalM : Kenapa wak

Aku : Nanti awak amik novel tu dari Fiz k. Fiz belanja.

CapitalM : Awak, jangan. Saya tak nak. Kalau awak beli, saya tak nak.

Aku : Kalau awak tak nak amik, Fiz buang. Senang. Awak nak macam tu kan

CapitalM : Tak nak. Bukan macam tu wak. Saya bukan tak sudi. Tapi tak nak menyusahkan awak. Saya malu, seganlah. Nanti biarlah saya cari sendiri novel tu okay.

Aku tak balas. Lepas park motor dekat Hentian Putra, aku terus masuk PWTC. Aku cari booth PTS dulu. Nak belikan buku untuk Abah aku. Dia nak naik haji. So apa salahnya belikan dia buku tentang haji. Put pun beli satu untuk emak dia. Emak dia nak pergi umrah katanya. Ala, beli pun guna voucher buku. So apalah sangatkan Lepas tu, pergi Lejen Press. Amik kau, rambang mata aku. Rasa macam nak beli semuanya je. Setengah jam jugak aku dekat situ. Aku tengok Put dah blur. Yela, buku-buku macam ni bukan genre dia. Last-last, aku rembat Awek Chuck Taylor, Kopi, Nakal dan Travelog Rabak. Dalam hati niat nak pergi lagi. Pesta buku seminggu. Ada masa lagi.

Nasib baik masa tu PWTC tak sesak lagi walaupun aku rasa orang macam dah ramai. Selagi kau jalan tak berlanggar-langgar atau kau kena jalan selangkah demi selangkah ikut orang depan, itu belum dikira ramai kalau dekat pesta buku. Sebab kalau betul-betul ramai dekat pesta buku, korang kena pergi hari Sabtu atau Ahad sebelum pesta buku tu tamat. Dekat situ baru korang tahu apa definisi ramai orang tu kalau dekat pesta buku. Lepas beli novel CapitalM, kitorang cabut.

Nak sembahyang jumaat dekat mana ni Put

Dekat kolejlah. Senang Aku

Tiket The Avengers macam mana Put

Macam ni. Sekarang pun awal lagi kalau nak balik. Baru 11.30 kot. Kita pergi Mid dulu. Usha tiket. Lepas tu, baru balik kolej, sembahyang Aku

Okay Put

Atas jalan ke Mid, aku mesej CapitalM

Aku : Awak, saya dah beli. Nanti amik novel tu okay

CapitalM : Hm kenapa awak buat macam ni. Saya seganlah =(

Aku : Awak, saya cuma nak buat awak gembira. Fiz cuma nak bagi apa yang sayang nak. Sekurang- kurangnya nanti kalau takde jodoh antara kita, Fiz tak menyesal sebab Fiz dah bagi yang terbaik untuk awak.

CapitalM : Awak jahat.

Aku : =(

CapitalM : Awak jahat. Awak dah curi hati saya.

Aku : Ye, memang Fiz jahat. Apa lagi salah Fiz

CapitalM : Awak pencuri, perompak, penyamun. Hee

Aku : Baik, memang salah Fiz. Fiz perogol, pencabul, pembunuh semua.

CapitalM : Ish tak baik cakap macam tu. Baik, saya amik novel tu. Tapi bukan sekarang. Nanti-nantilah okay.

Aku : Okay, Fiz nak bagi buku tu sebagai hadiah tunang awak nanti.

CapitalM : =(

Aku : Okay-okay jangan sedih. Fiz bagi sempena birthday awak ye sayang.

CapitalM : Okay.

Aku : Okaylah, pergi sambung study. Sorry ganggu tau. Fiz nak g Mid jap. Teman kawan.

CapitalM : Okay, take care.

Aku : Take care too. Miss you

Sampai Mid, terus ke GSC. Cantik, ada tiket pukul 2.50 petang. 3D lagi. Demi Put, aku sanggup. Yela, dia layan aku sampai PWTC, sekarang turn aku pulak layan dia. Lepas beli, aku lupa yang aku tak makan lagi dari pagi. Put pun sama. Teruja punya pasal.

Jam pun dah pukul 12.15. Kami makan McD. McValue Lunch. Siap makan, kitorang balik kolej. Solat jumaat. Lepas tu pergi Mid balik. Gila sehari sampai dua kali pergi Mid. Dah macam rumah kedua pulak. Nasib baik The Avengers best. Kira berbaloilah kitorang bayar parking dekat Mid semata-mata nak tengok cerita ni. Habis tengok, pergi MPH jap. Beli box untuk novel CapitalM. Tak elok pulak nak bagi novel tu togel j. Balik tu singgah pasar malam. Beli makanan untuk dinner. Tapaukan sekali untuk floormate. Diorang mesti tak keluar ni.

Sampai bilik, baru aku teringat. esok aku ada kursus Pengenalan Manik Kayu. Buku Log Pengakap tak siap apa lagi. Argh! Satu lagi aktiviti perosak hujung minggu.

Untuk hari ni, terima kasih Put. Kau memang awesome.