EPILOG KITA - 14
HARI minggu! Hani mengeluh bosan. Dia duduk di tengah-tengah pintu sambil main game di dalam telefon bimbitnya. Sesekali dia menjeling Ryan yang sibuk menghadap komputer ribanya.

Gila kerja! Gila duit! Gila otak! Cukup pakej!

Kau tengok-tengok apa Benda apa lagi kau tak puas hati Kau nak makan, aku bagi. Siap bagi kau buat hak, BMW aku tu. Apa lagi tak kena Ryan menyoal walaupun mata masih terhala ke arah skrin komputer.

Awak... tak bosan ke asyik kerja... Kerja dan kerja. Bosan tahu tak!

Kau yang bosan, aku tak.

Hani ketap bibir. Terdera betul jiwa raganya. Terasa dipenjara dalam diam.

Awak, kalau saya nak pergi rumah mama saya boleh tak

Rumah mama kau Ryan letak komputer ribanya di tepi sambil menggeleng. Kau jangan nak pandai-pandai. Ingat perjanjian kita. Selagi kau tak buat apa aku suruh, selagi tu kau tak boleh keluar jumpa mama kau. Kalau kau bosan, apa kata kau pergi bermain dengan Nenek Kebayan tu.

Semakin geram Hani dibuatnya. Dia ingat seronok main dengan nenek perengus tu. Huh!

Kau terperap dalam bilik ni, bila masa kau buat Nenek Kebayan tu sakit hati Kalau macam ni, kau rasa tahun bila kau nak dapatkan hidup kau yang dulu tu

Hani mengeluh. Betul kata Ryan tapi dia tak ada hati nak sakitkan hati orang yang tak bersalah pada dia. Semua tu melebihi tahap keperimanusiaan dirinya.

Ryan, awak tak rasa ke saya ni duduk sini macam tak ada fungsi. Saya tak rasa boleh sakitkan hati nenek awak. Sakitkan hati dia seperti mana dia sakitkan hati awak dan arwah kekasih awak. Lagipun...

Lagipun apa Suara Ryan kedengaran sedikit kasar.

Bengang bila Hani cuba mengalah dalam tindakannya. Dia masih belum puas tengok Datuk Fatimah sakit hati. Tapi, aneh! Kenapa Datuk Fatimah tak berusaha menyakiti Hani sebagaimana dia lakukan pada Riana dulu

Lagipun dia nenek awak. Kematian kekasih awak tu saya rasa bukan salah dia. Semua tu dah takdir. Tak boleh ke awak terima

Tegang terus seluruh urat Ryan mendengar nasihat Hani. Dia berdiri tanpa sedar. Wajahnya mula bengis sehingga Hani gerun sendiri. Topeng Raksasa sudah kembali.

Kau cakap senang yang hadapi semuanya tu aku. Aku yang tanggung rasa bersalah pada Riana. Aku yang terpaksa simpan sendiri kesakitan aku. Nenek aku sendiri jadi punca kematian Riana. Kalau dia tak jumpa Riana hari tu, Riana tak kan mati! Kau tahu apa Kau tak pernah hilang orang kesayangan kau! sekelip mata saja Ryan mula emosional.

Hani bangun dengan wajah bersalah. Dia sudah mematikan mood Ryan ke Tapi, dia cuma cakap benda yang betul!

Habis tu apa awak nak saya buat Awak nak saya sakitkan hati dia, tapi nenek awak tu nak cari gaduh dengan saya pun tak. Tak kan saya nak pergi cari gaduh dengan dia Saya tak boleh! Saya tak boleh sakitkan hati orang lain lebih-lebih lagi dia lagi tua dari saya. Saya tak kan mampu jadi seperti yang awak suruh. mendatar suara Hani meluahkan perasaannya.

Dia berharap sangat Ryan sedar. Menjadikan dia sebagai bahan untuk menyakiti hanya satu benda yang sia-sia. Dia tak mampu menjadi api kerana dia tak dilahirkan berpesonaliti seperti itu.

Kau tak mampu Ryan mendekati Hani. Jelas kesinisan di dalam matanya.

Hani mendongak. Dia tak mahu lari lagi. Dia perlu beritahu apa yang dia rasa.

Selagi kau tak mampu, selagi tu kau akan terkurung di sini dan kau tak kan jumpa dengan mama dan kak long kau lagi.

Kalau saya tetap jumpa dengan mereka Hani seakan mencabar.

Kau boleh tengok kemusnahan kehidupan orang yang kau sayang tu.

Hani pejam matanya. Entah kenapa jiwanya terasa sesak. Tak adil bila dia terperangkap dalam dunia lelaki ni, tapi dia sudah terkunci tanpa sedar. Terkunci dengan seorang manusia yang personalitinya membingungkan. Orang yang tak mampu ditebak sikapnya.

Itu je modal awak kan Ugut, ugut dan ugut.

Sampai bila awak nak ugut saya

Sampai kau buat apa yang aku suruh!

Hani menggeleng kesal. Hatinya sangatsangat merindukan Puan Maizurah dan Sarah, tapi janji mengikat dirinya. Dia tak mahu apa-apa terjadi pada orang kesayangannya.

Aku dah tak ada mood sekarang! Kau ni saja kan nak matikan mood aku. Ryan mula menyalahkan Hani.

Malas melayan rasa marahnya, Ryan menapak ke arah pintu. Bila melibatkan arwah Riana, dia pasti akan mejadi manusia yang berlainan dengan dirinya. Sejujurnya memang apa yang Hani cakap itu betul! Tapi, setiap kali dia cuba membuang dendam itu, dia seakan terbayang Riana yang kesedihan. Datuk Fatimah bersikap tidak adil buat gadis itu!

Mungkin kadang-kadang kau tengok aku baik dengan kau. Layan kau, tapi tu tak bermakna aku lupa apa yang aku suruh kau buat. Jangan cabar aku sebab kau belum kenal aku sepenuhnya. Ryan memberi amaran sebelum langkahnya dibawa terus disebalik pintu. Dia hilang!

Kembang-kempis dada Hani. Entah kenapa hatinya sakit melihat sisi Ryan yang penuh kemarahan. Perlahan-lahan dadanya disentuh. Dia perlu tamatkan semua ni! Tapi, bagaimana

HANI duduk di taman bunga milik Puan Laila. Ibu mertuanya, tak pernah sekali pun berbual dengannya. Tapi, ada sesuatu yang dia tahu tentang Puan Laila. Wanita itu sangat sukakan bunga. Selalu dia nampak ibu Ryan menghabiskan masa di taman itu.

Ryan... Sikap lelaki itu buat dia pening. Dia penat! Dia penat menahan sakit. Menahan pedih dan rindu. Kenapa Ryan menderanya seperti ini

Teringat mesej yang diterimanya dari lelaki itu.

Ryan:

Anggap saja kau ada di situ sebab membayar kontrak sepuluh juta aku yang hilang disebabkan oleh kau!

Hani panggung kepala. Kadang-kadang nak saja dia berterus-terang pada Datuk Fatimah namun sikap wanita tua itu seakan tak membenarkan. Wanita tua itu asyik menyakiti hatinya. Tapi, kalau dia betul-betul beritahu kebenaran pada Datuk Fatimah untuk melarikan diri dari Ryan, adakah keluarganya akan selamat

Hani...

Hani terpanar bila namanya diseru. Suara itu bukan milik kak Zah mahupun kak Zu. Jadi siapa

Dengan hati sedikit berdebar, dia berpusing.

Puan Laila

Puan Laila yang cantik berjubah unggu, melangkah ke arah Hani. Dari tadi dia melihat Hani keseorangan. Dia nampak gadis itu menangis dan dia nampak bertapa keruhnya wajah itu.

Er.. Puan.. Saya...

Ibu... Panggil saya ibu.

Hani terpanar. Inikah wanita yang dikatakan pak turut oleh anak sendiri. Puan Laila menghadiahkan satu senyuman pada Hani sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Hani. Wajah menantunya direnung dalam.

Er... Kenapa er... I... ibu pandang saya macam tu Hani mulai tak selesa.

Macam mana dengan Ryan Happy hidup dengan dia

Soalan Puan Laila, buat Hani membuang pandang. Bahagia Dia tak berkahwin untuk bahagia, tapi dia berkahwin supaya bahagia kembali menjadi miliknya.

Kamu tak perlu berpura-pura dengan ibu. Berapa Ryan bayar kamu untuk sakitkan hati Datuk Fatimah

Kali ni Hani benar-benar tersentak. Laju matanya menikam mata Puan Laila.

Mesti Ryan ada cakap saya ni ibunya. Seorang

ibu yang hanya menurut kata mak mertuanya kan Puan Laila tetap dengan senyuman manisnya.

Hani keliru. Wajah cantik milik ibu Ryan, ditenung lama. Ibu Ryan tahu semuanya

Jangan risau, ibu tak kan beritahu Ryan apa-apa. Cakap, berapa Ryan upah kamu untuk sakitkan hati nenek dia

Teragak-agak Hani ingin menjawab, tapi akhirnya dia sekadar menggeleng lemah. Dia tak tahu kenapa, melihat Puan Laila buat hatinya sebak. Wajah keibuan itu mengingatkan dia pada Puan Maizurah.

Ibu bukan nak marahkan kamu. Ibu tak kisah kalau kamu dibayar oleh Ryan, tapi... Puan Laila tiba-tiba mencapai tangan Hani hingga tubuh gadis itu seakan mengalami kejutan. Tolong jangan buat apa yang Ryan suruh. Jangan sakiti hati Datuk Fatimah. Dia tak salah.

Permintaan Puan Laila buat tubuh Hani mengalami kejutan. Dahinya berkerut. Kenapa ibu sendiri lebih backup ibu mertua dari anak sendiri Tak tahu kah bahawa Ryan dah banyak makan hati selama ni.

Kenapa saya tak boleh sakiti dia Kenapa ibu lebih pentingkan perasaan mertua ibu daripada anak sendiri ibu tahu kan apa yang Ryan lalui Hani cuba menduga.

Melihat dari riak muka Puan Laila, seakan ada sesuatu yang tak terluah oleh wanita tua itu. Tapi, apa

Ya... ibu tahu, tapi kematian arwah kekasih Ryan bukan disebabkan nenek. Semuanya dah takdir.

Tapi, Datuk Fatimah halang cinta mereka. Buat Ryan menderita. Bukan sepatutnya dia menerima balasan

Kedengaran keluhan berat dari bibir Puan Laila. Wanita itu menunduk seolah-olah menahan kesedihannya.

Ibu tersepit di tengah-tengah. Antara anak dan mertua. Ibu tahu salah nenek menyebabkan Ryan menderita, tapi percayalah nenek dah terima balasan atas perbuatannya. beritahu Puan Laila perlahan.

Ibu tahu, Hani bukan perempuan jahat. Ibu merayu pada Hani, pergilah. Jangan sakiti hati nenek. Dia dah terima balasan pada perbuatannya. Jangan turutkan perasaan dendam Ryan tu. Jangan biarkan Ryan lebih bersemangat untuk menyakiti hati neneknya. Ibu minta tolong pada Hani. Rayu Puan Laila kemudiannya.

Terdesak sangat kah sampai merayu begitu Sayang sangatkah dia pada mertua sampai sanggup membela

Ibu tahu, Hani mungkin fikir Ibu ni membela nenek, tapi sebenarnya tak. Ibu tak nak Ryan jadi lebih teruk. Ibu tak nak Ryan menyesal atas perbuatan dia. Tolong la Hani. Ibu minta Hani pergi. Jangan teruskan rancangan Ryan tu.

Simpati hati Hani dibuatnya. Walaupun dia tak mengerti, namun dia percayakan cakap Puan Laila. Kasih sayang yang terpancar di wajah itu menyakinkan dirinya.

Maaf Ibu. Hani tak mungkin berpatah balik. Walaupun simpati, dia tak boleh biarkan keluarganya dalam kesusahan.

Kenapa Sebab duit Jangan risau. Cakap berapa Ryan bagi pada Hani. Ibu akan bagi duit tu dan Hani boleh bayar kembali pada Ryan. Tolong

Ibu...

Duit bukan masalahnya. Perjanjian kami bukan melibatkan duit, tapi kebahagian keluarga saya. Saya tak boleh nak tolong.

Apa maksud kamu

Hani tak tahu sama ada dia perlu beritahu atau tidak. Tapi, dia tak mampu melihat Puan Laila merayu begini.

Saya tak teringin nak kahwin dengan anak Ibu. Saya pun tak pernah ada niat nak sakitkan hati Datuk Fatimah, tapi saya terpaksa. Ryan ugut saya. Dia akan musnahkan keluarga saya kalau saya tak ikut apa yang dia suruh.

Terbutang biji mata Puan Laila dibuatnya. Ryan mengugut Tak sangka Ryan sudah menjadi lebih teruk. Salah dia ke Didikannya tak bergunakah

Maaf, tapi saya tak boleh tolong. Saya perlu lindungi keluaga saya. tolak Hani sebelum bangun ingin berlalu.

Tapi, tangan Puan Laila menghalang dirinya.

Datuk Fatimah menghidap kanser tulang. Hayatnya dah tak lama. Tolong jangan sakiti hati tua tu. Dia dah terima balasannya. beritahu wanita separuh abad itu.

Terkejung seluruh tubuh Hani bagaikan menerima kejutan yang tak disangka-sangka. Datuk Fatimah menghidapi kanser tulang. Dia beristighfar perlahan.

Sebab tu Ibu tak pernah sokong Ryan. Sebab tu Ibu ikut cakap nenek Ryan. Apa lagi yang Ibu mampu buat selain berada di sisi orang yang menderita disebabkan penyakit Patutkah Ibu sebelahkan anak ibu dan biarkan wanita tua tak berdaya tu menghitung hari akhirnya sendiri lirih suara itu menyoal.

Hani terduduk tanpa kata. Teringat saat dia melawan kata-kata Datuk Fatimah. Dia memberi tekanan pada orang tua itu. Patutlah wajah itu seakan tak berdaya. Apa yang telah dia buat ni

Ibu tak tahu nak buat apa lagi. Ryan dengan dendamnya dan...

Kita bagi tahu penyakit Datuk Fatimah pada Ryan. Mungkin dengan cara tu, dia tak kan berdendam lagi. potongnya dengan cadangan.

Nenek Ryan tak benarkan dan Ibu sendiri dah berjanji untuk simpan rahsia ni.

Hani mengeluh. Aduh! Tak nak bagi tahu pula. Patutlah Puan Laila hanya menurut. Kalau dia di tempat ibu mertuanya pun, dia akan bertindak begitu. Membahagiakan orang lain di saat akhirakhir mereka. Hani...

Ye Hani angkat muka.

Hani tak ingat Ibu soal Puan Laila tiba-tiba hingga menimbulkan teka-teki di hati Hani.

Melihat Hani terpinga-pinga, Puan Laila mengangkat tangan kanannya yang mengenggam sesuatu ke atas meja. Matanya galak memerhati Hani. Dia yakin, dia tak salah orang.

Hani sekadar mendiamkan diri. Dia tak faham maksud Puan Laila. Mereka pernah berjumpa ke sebelum ni Memang, pertama kali dia melihat wanita itu, dia seakan mengenali, tapi dia tak tahu di mana. Dalam mimpi kah

Hani ingat benda ni Genggamannya dibuka. Terkilau seutas kalung dari emas putih.

Mata Hani terhala pada rantai di dalam genggaman Puan Laila. Dahinya berkerut seribu sebelum dia menangkap perkataan yang bergantung di situ.

R-Y-N

Mata Hani terbeliak tiba-tiba. Tak mungkin!

Tak mungkin!