Sengih Hakimi melihat nama Arissa dan Julien di bahagian bawah kertas bersaiz A4. Proposal berketebalan 20 muka surat itu penuh dengan pelan promosi resort yang pernah dibincang dan dirancang oleh Encik Razali dahulu.
Proposal ini siap dengan salinan pelan resort yang direka khas oleh syarikat arkitek yang telah menjadi konsultan arkitek tetap mereka sejak mula Hotel Sweet Arena dibina di Kuala Lumpur sehinggalah ke Doha. Walidnya mahu membina sebuah resort bertaraf tiga bintang yang mampu dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah. Dia juga mahu mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk sebuah percutian keluarga.
Terperinci sungguh pelan dan proposal Arissa dan Julien. Patutlah Encik Razali begitu sayang dengan projek tak menjadinya itu. Namun menjadikah projek ini kelak Nampaknya dia akan sentiasa ke Langkawi untuk meninjau kembali projek ini nanti. Hakimi kembali membelek setiap helaian proposal itu.
Ini baby kesayangan, Encik Razali.
Teringat ucapan Arissa beberapa hari yang lalu. Lebar senyumannya dan ini juga adalah baby Arissa. Jika begitu maksudnya nampaknya dia harus merealisasi projek Walidnya. Mampukah dia
Matanya beralih ke telefon bimbit yang sedang berbunyi. Terjojol biji matanya sebaik membaca mesej daripada Hazami.
Hazami:
Umi on her way to Malaysia at 1.20 am. Sampai KLIA 2.10 pm. Flight to Penang at 6.20 di Bayan Lepas. Harap Kimi dapat ambik Umi nanti.
Tiba-tiba kepalanya berasa pening. Dadanya kembali berdebar-debar. Nampaknya malam ini bermulalah rancangannya dengan Arissa. Wafa ada ke Kalau tak ada, untuk apa dia merancang mengahwini Arissa. Cepat-cepat dia membalas mesej Hazami.
Hakimi:
Wafa ikut sekali ke
Cepat-cepat dia menghantar mesej itu kepada Hazami.
Hazami:
Ya.
Sepatah balas mesej Hazami membuat tubuhnya rasa sejuk semacam.
Hakimi:
Kenapa
Dia pula menghantar sepatah soalan kepada Alongnya.
Hazami:
Tanya dia sendiri. Along tak ambik tau!
Macam marah je si Along ni, Hakimi bersungut sendiri.
Hazami:
By the way, tunang Kimi tu Walid transfer ke KL mulai 1 hari bulan depan.
Apa!
Terkejut dia melihat mesej terakhir Hazami. Baru tempoh hari dia mendengar cerita sebegitu dan kini ia benar-benar menjadi kenyataan. Hakimi menyandarkan tubuhnya yang tegap di kerusi empuknya. Terasa pusing kepalanya mendapat tahu yang Wafa akan bertukar ke Kuala Lumpur.
Tak apa... KL, Penang jauh. Dia tak akan rajin nak ke sininya! Hakimi cuba memujuk dirinya sendiri.
Tolak ke tepi dulu hal Wafa. Apa pun dia kena hubungi Arissa untuk memberitahu gadis itu yang Puan Hanim akan sampai malam nanti. Dia pula yang berasa takut dan cemas kini.
Hello. Kedengaran suara Arissa di sebelah sana.
Awak tidur ke
Mana ada. Saya baru lepas cuci lampu.
Lampu Lampu mana awak cuci bulat mata Hakimi.
Chandelier Encik dekat ruang tamu. Ruang makan. Esok nak buat kat atas pula. Letak lampu kalimatang je tak boleh ke Arissa sudah bersungut di sebelah sana.
Yang awak susah payah cuci tu buat apa Kan saya upah orang! Tiba-tiba dia rasa hendak marah dengan Arissa. Tapi, kenapa nak marah pula. Bukan Arissa buat salah pun. Nampak sangat fikirannya sedang bercelaru.
Dia tak cuci pun Chandelier Encik tu. Dah bersawang tau tak! keras suara Arissa membalas di sebelah sana.
Ooo... ya ke Nanti saya suruh dia cuci semua. Arissa senyap.
Tak apalah... ni, Arissa!
Ya, saya dengar!
Hakimi sengih. Dia tahu Arissa bengang dengannya.
Umi saya tiba di Penang malam ni, beritahunya seperti orang lelah.
Memang dia berasa penat sebaik membaca mesej dari Hazami. Disandarkan badannya di bangku yang di duduki. Ditarik nafas dalam-dalam agar dia dapat bertenang.
Apa Sungguh! Arissa kedengaran terkejut.
Takkan saya nak tipu awak pula, keras suara Hakimi.
Arissa tidak bersuara.
Lagi satu.
Apa dia suara Arissa kedengaran tenang sahaja. Wafa datang ke sini dengan Umi saya.
Kan Encik pernah bagi tahu dulu... tu yang Encik nikah dengan saya kan Arissa ketawa.
Gediknya awak ni! Hakimi senyum lebar.
Nampaknya dia betul-betul tak nak lepaskan Encik, kan
Hakimi masih senyum mendengar tutur Arissa. Awak pun jangan lepaskan saya pada dia, balas Hakimi.
Arissa tidak membalas dari sebelah sana.
Hakimi berdehem beberapa kali bila Arissa terus membisu. Nampaknya dia perasan sendiri. Gadis itu tiada apa-apa rasa terhadap dirinya. Ya Allah, malunya dia dengan apa yang dicakapnya tadi.
Awak okey ke soal Hakimi ingin tahu.
Saya nervous sikit, akui Arissa di sebelah sana.
Apa-apa pun bertenang, kata Hakimi. Padahal dia sendiri sedang diserang resah gelisah.
Relaks... tak ada apa-apa tu. Buat macam biasa. Apa-apa barang yang tak ada untuk masak pergi ke Tesco dengan Mak Cik Ruhaya, ya. Saya mungkin tak balik sebab terus ke airport nanti. Tapi masaklah untuk makan malam kita semua. Hakimi terus berpesan.
Ya.
Jangan takut saya ada. Buat macam biasa nanti, nasihat Hakimi. Padahal dia sendiri dah tak keruan.
Arissa senyap.
Okey, apa-apa saya akan call awak nanti. Saya nak turun ni. KM ada buat meeting dan lunch di sini pula, keluh Hakimi sebagai meminta diri.
Ya. Lemah suara Arissa.
Okey, bye, ucapnya sebelum memutuskan talian.
Kimi! KM dah sampai kat hotel! jerit setiausahanya.
Ya, ya... Hakimi segera bangun. Kot yang tersangkut di kerusi ditarik lalu melangkah keluar dari biliknya menuju ke lobi lif.
Mak Cik, panggil Arissa yang sudah bergegas masuk ke dapur basah di
bahagian belakang. Terasa melekit-lekit tubuhnya dengan peluh kerana memanjat tangga untuk mencuci chandelier dan khabar yang baru diterimanya tadi.
Ya! sahut Mak Cik Ruhaya sedikit lantang.
Dia sedang mengacau ayam masak merah. Arissa yang meminta dia masak lauk itu. Kata gadis itu Ayam Masak Merahnya sedap. Tetapi serasanya Arissa masak lagi sedap daripadanya dan diakui oleh Badrul.
Puan Hanim sampai malam ni.
Berlenting sudip jatuh di dalam kuali. Mak Cik Ruhaya memandang Arissa dengan mata bulat seakan tidak percaya. Bukan tidak percaya apa, itu perkara biasa. Tapi, kehadiran Arissa di dalam keluarga Hakimi secara rahsia itu yang membuat dia bereaksi begini. Apakah yang bakal akan berlaku kepada keluarga Hakimi
Mujur Mak Cik masak banyak ayam ni.
Arissa senyap. Dia boleh nampak perubahan di wajah Mak Cik Ruhaya.
Kenapa Mak Cik Seakan dia faham dengan perubahan di wajah wanita itu tetapi tidak pasti.
Mak Cik Ruhaya menggeleng dan kembali mengacau Ayam Masak Merah di dalam kuali. Beberapa ketika dia menutup api tungku dan memandang Arissa.
Mak Cik bimbang kan Arissa je. Mak Cik Ruhaya melepaskan keluhan beratnya.
Arissa senyum tawar. Insya-Allah... tak ada apaapa Mak Cik.
Puan Hanim tu lain sikit kalau dia tak suka.
Jantung Arissa tiba-tiba bergerak laju sebaik mendengar tutur Mak Cik Ruhaya tentang Puan Hanim.
Ada nada cemas di setiap penjuru hatinya.
Lain macam mana
Mak Cik Ruhaya menunjuk bibirnya.
Bisa! tekannya dan dia harap Arissa faham dengan maksud dan isyaratnya.
Ya Allah, bagai nak terkeluar jantungnya mendengar penjelasan sepatah dari wanita di hadapannya. Harap-harap dia dapat bertahanlah dengan apa yang dikatakan oleh Mak Cik Ruhaya. Arissa kena banyak-banyak bersabar dengan dia. Arissa mengangguk.
Wafa balik soalnya masih berdiri di tempat tadi dan memandang Arissa.
Gadis itu tak reti nak duduk diam. Ada sahaja yang hendak dilakukannya di dalam rumah itu. Bersih rumah itu dikerjakannya. Lebih bersih dari tukang cuci yang datang membersihkan rumah Hakimi.
Aah.
Itu lagi satu. Dia tidur sini
Tak tahu pula. Tentang Wafa tidur di rumah ini tidak pula diberitahu oleh Hakimi. Dia selalu datang ke sini ke teringin juga dia tahu tentang itu.
Ada sekali masa mula-mula bertunang. Tapi, keluarga dia sombong . Perlahan suara Mak Cik Ruhaya seperti berbisik. Agaknya orang kaya-kaya ni kena berlagak sombong ya Mak Cik Ruhaya ketawa kecil.
Arissa menarik nafas dalam-dalam. Gambaran secara tidak langsung dari Mak Cik Ruhaya membuat dia mula rasa cemas. Nampaknya ia tidak semudah yang disangka.
Dah jangan bimbang sangat. Kimi ada, Mak Cik pun ada.
Arissa senyum lagi tetapi kali ini terasa pahit sangat senyumannya.
Pergi kemas-kemas bilik Puan Hanim tu. Mak Cik Ruhaya menepuk bahu Arissa beberapa kali.
Ya.
Arissa mula melangkah meninggalkan dapur basah dan mengemas ruang tamu dahulu. Tangga tadi dibawa kembali ke belakang kemudian membersihkan ruang tamu yang berhabuk
Selesai mengemas ruang makan dan ruang tamu, Arissa melangkah menuju ke bilik yang sekarang dihuninya. Semua baju-bajunya yang ada diangkat naik ke bilik persalinan Hakimi. Mujurlah dia sudah mengangkat sebahagian pakaiannya sebelum itu. Sekarang dia hanya perlu mengemas bilik itu seperti sebelum dia mendiaminya.
Mula-mula keluar mulut naga, kemudian masuk mulut buaya, sekarang ni terjah mulut harimau pula. Bilalah nak sudahnya hidup aku macam ni, keluhnya sendiri sambil melipat baju-bajunya yang dihumbannya di atas stool di dalam bilik persalinan Hakimi.
Bilik Puan Hanim sudah pun dikemasnya dan bilik lagi satu pastinya untuk Wafa. Tak apa kemas je. Tidur atau tidak itu perkara kedua. Yang penting buat apa yang disuruh.
Macam mana si Wafa tu ya Lawa ke dia Mungkin Tetapi kenapa Hakimi tak terpikat. Macam mana, kalau tiba-tiba Hakimi terpikat kali ini. Parah! Sia-sia je dia memegang status isteri Hakimi.
Haish! lantaklah kalau Hakimi nak terpikat dengan tunangnya. Yang dia fikir pasal tu untuk apa. Ini semua hanya lakonan je! Arissa cuba mengingatkan dirinya akan apa yang sedang dia lakukan.
Suami sementara je, Arissa! Sedar-sedarlah diri tu sikit! Cemuhnya sambil mengetuk kepalanya sendiri.
Selepas Hakimi siapakah akan menjadi suaminya Adakah lelaki yang mahukan dirinya Atau dia akan terus membujang sampai ke tua Tak apalah, kalau itu sudah kehendak Allah. Harap-harap di syurga nanti adalah lelaki terlebih handsome, gagah, perkasa daripada Hakimi.
Ya Allah... apa saja yang aku merepek kan ni! keluhnya sambil memandang telefon bimbitnya. Shima! Sebutnya sendiri
Hello!
Free tak esok Teman aku ke tanah besar Malaya. Shima ketawa kuat di sebelah sana. Ada kerja kat sanalah. Aku tak berani nak bawa kereta sorangsorang, jelasnya.
Sorrylah, Mak mentua aku sampai malam ni. Ya! Shima kedengaran seperti orang terkejut.
Aah... aku nervous ni kau, adu Arissa. Terhenti dia dari melipat bajunya.
Banyak-banyak istighfar. Shima memujuk dari sebelah sana.
Aku dah buat benda tak betul, keluhnya. Rasa berdosa sangat-sangat kepada Allah. Itulah padan dengan muka! Kan dah takut sendiri.
Kau pernah niat nak tolong Encik Kimi kan Jadi anggap ini niat kau nak menolong dialah... lain-lain
kau kena redhalah. Arissa senyap.
Insya-Allah... tak ada apa-apalah. Aku tahu kau boleh tempuh semua ni.
Entahlah, keluh Arissa semakin bertambah resah.
Kenapa
Tadi Mak Cik Ruhaya tu cakap... Umi Kimi ni mulut bisa sikit, jelas Arissa.
Kau lawanlah balik. Shima ketawa lagi.
Mana bolehlah. Ini mentua aku, ibu kepada suami aku. Berdosa melawan orang tua tau! Ya, walaupun wanita itu ibu kepada Hakimi, dia tetap bertaraf seorang ibu. Dan walaupun ia hanyalah lakonan, sesudah akad dilafazkan, wanita itu tetap mentuanya.
Wah... ibu kepada suami aku, usik Shima mengulangi ayat-ayat yang disebut oleh Arissa.
Yalah... aku dah kahwin dengan Encik Kimi, masakan aku nak melawan cakap Umi dia kan
Walaupun ini hanya lakonan. Dia dah lafaz akad hari tu! Baru kini dia rasa amat takut. Tiba-tiba dia rasa menyesal dan seperti hendak diputar masa seperti sebelumnya.
Ya... apa pun kau kena hadapi dengan tenang, sabar dan redha.
Tulah... tapi aku rasa takut sangat-sangat. Sekali lagi disuarakan rasa yang sedang meraung-raung di hatinya.
Itulah aku beritahu tadi... banyakkan beristighfar. Insya-Allah... Allah akan melindungi kau. Sekali lagi Shima menasihati temannya.
Ya... Insya-Allah.
Okeylah...
Aku minta maaf tak dapat nak temankan kau.
Tak apa... aku seret Mak aku nanti. Shima ketawa di sebelah sana. Okeylah... apa-apa aku telefon kau malam esok, ya. Bye...
Ya, bye, ucap Arissa walaupun Shima tidak mendengar suaranya setelah diputuskan talian. Telefon bimbit diletak bersebelahannya. Memandang baju-baju yang sudah berlipat. Tidak tahu apa yang patut difikirkan sekarang. Rasa tepu fikirannya.