MY PRETTY BOY - 14
SUASANA di dalam kelab malam ini seperti biasa disajikan dengan lagu-lagu yang menggegarkan otak. Tambahan pula dengan penangan pil Ecstasy dirasakan seperti berada di awang-awangan. Alunan lagu disko I Know You Want Me - Pitbull yang dimainkan oleh DJ Loop mengundang pengunjung memenuhi ruang lantai dansa. Dia juga ligat menggoyang-goyang punggung mengikut rentak lagu.

I know you want me, you know I want cha puas dah hati you jumpa budak kolot tu bisiknya perlahan ke telinga Datuk Zackry yang sedang duduk di sofa empuk sambil bersilang kaki.

Rokok yang diselit di celahan jari disedut sedalamdalam dan kemudian dilepaskan hingga berkepulkepul asap ke udara. Datuk Zackry leka mendengar sambil mengangguk-gangguk kepala mengikut rentak lagu terhenti seketika. Terus dia berpaling muka ke arah empunya suara yang tanpa segan silu merangkul lehernya dari arah belakang.

Datuk Zackry memandang dari atas ke bawah. Berlainan pula penampilan bini peliharaan belaannya malam ini. Casual dress paras atas peha, sedikit lagi menampakkan tempat larangan yang sepatut dijaga aurat oleh kaum hawa.

Rasanya dah berbuih mulut I cakap kat you, jangan dress up begini depan I! I tak suka! bentak Datuk Zackry namun disebabkan lagu di dalam disko kuat menenggelamkan terus suaranya.

Sejak bila you tukar tune ni Bukan ke, you suka I dress up macam ni Kata you, bila I pakai begini you rasa ghairah dan I seksi di mata you. You jangan macam-macam, Zack! jarinya mula merayap perlahanlahan di sekitar wajah lelaki yang berkumis nipis itu dan berakhir dengan kedua-dua belahan bibir.

Datuk Zackry yang terasa jijik dengan perilaku perempuan itu cepat-cepat menepis jari runcing yang hampir menjolok mulut.

I tak ada mood malam ni, leave me alone! Oh, Wow! Biar I teka Ni mesti pasal Qamra, kan Cepatnya you insaf, setahu I Datuk Zackry, lelaki buaya KL yang ketagih belaian mistress seperti I berubah jadi alim You baru aje jumpa sekali dah jadi kolot bagai. Agaknya kalau hari-hari you jumpa confirm you berjubah kopiah. Come on lah, Zack! You bukannya suci lagi. You tak layak dipanggil teruna, takkan you dah lupa

Qamra tak layak disakiti. I nak berhenti dari buat kerja-kerja setan ni dengan you. I I nak you nikah dengan I jadi isteri I yang sah. I jadi daddy pada anak yang you kandungkan tu. Anak tu anak I, kan pujuk Datuk Zackry.

Apa Jadi isteri you! You ingat I benar-benar cintakan you ke I hanya layak jadi isteri Hardie, bukan you! I hanya nak Hardie!!

Datuk Zackry menghela nafas panjang. Dia mengelus lembut rambut yang hitam bersinar di bawah cahaya neon disko. Baru pertama kali bersua muka dengan Qamra Ain, terus hatinya terusik. Gadis itu tak layak dilukai, jauh benar perwatakannya dengan sesusuk tubuh yang tanpa rasa malu meneguk laju air setan sehingga habis di dalam gelas.

Sudahlah, sayang. Biarkan mereka. Tak cukup lagi ke dengan apa yang I berikan pada you Duit Kondo mewah Kereta dan teruna pun dah I serahkan pada you. Please, sayang. I nak bawa you keluar dari dunia jahiliah ni, kita sama-sama taubat nasuha dan bina hidup baru ye, sayang

Gelas berkaki dalam pegangan dihentak kuat ke atas meja. Patah dibuat kaki gelas itu. Dia bangkit dari sofa, diangkat sedikit dress hingga ke paras peha lalu duduk bertentangan. Wajahnya didekatkan betul-betul di hadapan Datuk Zackry yang hanya seinci jaraknya. Kecut perut dirasakan kerana berani sungguh bini peliharaannya bertindak sejauh ini dek kemaruk cinta pada lelaki bernama Tunku Hardie.

Datuk Zackry membiarkan tangan yang berjari runcing itu membelai rambutnya, kemudian merayap di setiap inci wajah dan berakhir pada tengkuk. Di situ, tangan itu mencengkam kuat lehernya sehingga kesukaran untuk bernafas. Nampaknya malam ini bini peliharaannya bagaikan dirasuk hantu dan beria-ia mahu menghancurkan hidup Qamra Ain.

Anak dalam kandungan ni yang akan menjayakan rancangan aku untuk miliki Tunku Hardie, faham bisiknya perlahan ke telinga Datuk Zackry.

Cengkaman dilepaskan. Datuk Zackry menelan liur, terasa sakit leher dek kerana kuku yang menyucuk dengan kuat. Dia bangun dari duduk atas peha tadi dan berlalu pergi.

Di situ, Datuk Zackry melihat gelagat bini peliharaan itu berpelukan dengan entah lelaki mana yang sempat dipaut menari bersama di lantai dansa. Sambil menghenjut-henjut badan mengikut rentak lagu, anak matanya sempat melirik tajam ke arah Datuk Zackry di kala tangan memaut tengkuk lelaki yang dipilih secara rawak.

Aku takkan biarkan kau hancurkan kebahagiaan gadis tu! Tekad Datuk Zackry.