SAAT AKU BERPALING - 14
SUHU maksimum penghawa dingin di dalam Nissan Skyline yang dinaiki Imran seperti tidak berfungsi. Mukanya merah dan peluh gemuruh mula kelihatan. Imran cuba sedaya upaya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Sudah merata-rata Imran memandu mencari Nadhirah namun usahanya masih gagal. Butang baju melayunya sudahpun dilonggarkan. Dia lemas tika ini.

Nadhirah menghilang tanpa jejak. Setiap panggilan yang dibuat sejak beberapa jam lalu langsung tidak dijawab begitu juga dengan pesanan ringkas yang dihantar langsung tidak berbalas. Imran mula menggelabah dengan apa yang terjadi.

Setelah majlis pertunangannya dengan Adelia selesai, Imran terus mendapatkan keretanya dan meluncur laju. Dia langsung tidak menyangka akan kehadiran Nadhirah pada malam itu di rumah Tan Sri Malik. Hatinya terkejut bukan kepalang lagi.

Imran langsung tidak nampak sebarang alasan yang memungkinkan Nadhirah untuk berada di dalam rumah agam berkenaan. Dia benar-benar cuak dan masih belum percaya bahawa Nadhirah lebih awal tahu tentang apa yang terjadi.

Mata Imran terus meliar mencari Mini Cooper kuning milik Nadhirah, namun kereta berkenaan tidak kelihatan di mana-mana. Mujurlah keretanya sudah pun mempunyai pelekat pelawat SP Utama yang membolehkan dia terus masuk tanpa perlu disoal selidik oleh pengawal keselamatan. Senang sahaja Imran dibenarkan untuk masuk ke kawasan parkir.

Macam mana Nadhirah boleh ada di situ Soalan sama berlegar-legar di fikirannya sejak tadi. Dia mengeluh. Awak pergi mana waktu-waktu macam ni belum balik Nad

Imran amat yakin bahawa ke mana pun Nadhirah pergi, Nadhirah tetap akan menapak juga ke rumah. Biarlah sampai pagi pun, Imran tekad yang dia akan terus menunggu. Ketika jam sudah melewati angka dua pagi barulah Imran ternampak sebuah kereta yang diyakini sebagai milik Nadhirah masuk ke kawasan berkenaan. Kelibat Nadhirah yang masih lagi berbaju kurung lengkap kelihatan sugul keluar dari perut kereta. Dengan sepantas kilat Imran keluar dan cuba mendapatkan kekasihnya.

Nadhirah! Imran memanggil dengan nada yang agak tinggi.

Nadhirah yang baru menyedari akan kehadiran Imran bertindak untuk berjalan dengan lebih pantas.

Nad, tunggulah dulu. Dengar dulu apa saya nak cakap ni. Imran berlari anak untuk mendapatkan Nadhirah.

Dia yang telah lama menunggu di dalam kereta kekalutan sebaik sahaja terpandangkan kelibat Nadhirah yang baru keluar dari perut kereta. Langkah yang disusun Nadhirah juga kelihatan tergesa-gesa mungkin mahu mengelak dari bertemunya.

Wait for me, please. Kita perlu berbincang. Imran memintas langkah Nadhirah dan memaksa wanita bertubuh kecil ini berhenti.

Just go away Imran. Saya tak nak dengar apaapa, saya penat. Hanya itu yang mampu dituturkan Nadhirah kerana jika diikutkan hatinya yang panas mahu sahaja muka Imran dihenyak ke lantai.

Nadhirah hanya terus berjalan sambil memandang lantai. Wajah Imran langsung tidak dipandang. Dia benar-benar terpukul dengan apa yang terjadi. Langsung tidak pernah terlintas di hati yang semua ini akan jadi begini.

Nad. Please beri peluang pada saya untuk bercakap. Kita leraikan kekusutan ini. Imran yang masih lagi menyarungkan baju pertunangannya separuh merayu. Tangannya mula mencari tangan Nadhirah untuk dicapai.

Tak ada apa yang kusut pun Imran. Tak ada! Nadhirah menghentikan langkahnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Imran.

Dia memejamkan matanya rapat-rapat bagi menenangkan diri. Sebolehnya Nadhirah benar-benar ingin mengelak daripada berbincang di saat emosinya bercelaru begitu.

Saya tak nak dengar apa-apa. Pada saya, semuanya jelas. Awak ada banyak masa untuk sekurangkurangnya berterus terang pada saya. Kata-kata Nadhirah kedengaran bergetar.

Saya letakkan sepenuh kepercayaan saya pada awak. Saya harapkan awak. Tapi ini yang awak hadiahkan pada saya Sampai hati.

Semua ni dah berada di luar kawalan saya. Saya tak boleh hampakan harapan kedua ibu bapa saya. Tolonglah bagi saya peluang. Takkanlah awak tak nak dengar langsung apa yang saya nak cakap

Saya memang tak nak dengar, sebab saya dah tengok semua yang awak buat dengan mata kepala saya sendiri. Saya bukan sekadar dengar gosip murahan dari orang lain. Semuanya dah jelas dan terang Imran. Tak ada apa lagi yang kusut.

Tapi, saya ada alasan saya sendiri Nad Saya cuma cakap sekali aja. Kita dah putus. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Nadhirah memotong sahaja percakapan Imran.

Tubuh Imran di hadapannya ditolak perlahan. Langkah Nadhirah kembali diatur laju. Dia mahu segera meninggalkan kawasan parkir dan berlalu ke kawasan lobi apartmentnya.

No, saya nak awak dengar apa yang saya nak cakap. You need to hear everything. Apa yang awak nampak. tak sama macam awak sangkakan. Please Nad. Listen to me... Tangan Nadhirah disambar laju.

Nak dengar apa lagi Awak suruh saya dengar apa lagi Imran Mendidih hati Nadhirah tatkala dia terpaksa berdepan dengan kedegilan Imran yang enggan juga berganjak dari situ.

Dia yang nyata kecewa dengan apa yang terjadi. Tangannya yang berada dipegangan Imran direntap kuat. Hati Nadhirah terasa hancur berkeping-keping.

Semua ni bukan atas kehendak saya. Saya terpaksa buat semua ni hanya untuk puaskan hati parents saya. Imran mati akal. Dia terus mengekori Nadhirah bagi memberikan penjelasan.

Sebagai seorang anak, dia telah dipaksa. Namun, dia tetap hairan apabila kelibat Nadhirah kelihatan di dalam majlis yang sepatutnya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Rahsia yang mahu disimpan kini bukan rahsia lagi.

Terpaksa Perkataan terpaksa tak sesuai Imran. Sinis sekali setiap ucapan yang keluar dari mulut Nadhirah. Awak lelaki, awak tak sepatutnya gunakan perkataan tu.

Nadhirah berpaling semula. Dia tidak berpuas hati dengan apa yang didengarnya. Hati yang sedih mula bertukar marah.

Patutlah sejak kebelakangan ni, awak asyik mengelak aja dengan saya kan. Nadhirah melemparkan senyuman sinis. Sibuklah, meetinglah, tak sihat lah. Semua tu cuma alasan yang awak guna untuk terus main-mainkan saya. Nadhirah terus memandang tepat wajah Imran.

Imran kelihatan serba-salah.

Saya tunggu awak, percaya pada awak, saya terima bulat-bulat setiap alasan yang awak bagi, saya maafkan awak setiap kali awak cakap sorry dan akhirnya awak khianati saya macam ni je.

Nad, selama ni saya ingat my parents will just let me choose my own bride. Tapi, saya tersepit bila saya terpaksa memilih. Dia orang akan singkirkan saya kalau saya tak ikut kehendak dia orang. Saya tak ada pilihan. My parents yang paksa saya pergi ke sana. Imran masih enggan berputus asa.

Apa yang saya tengok tadi langsung tak sama dengan apa yang awak ceritakan. Tak ada sesiapa yang heret awak masuk ke rumah tu, tak ada sesiapa yang gertak awak sarungkan cincin pada jari Adelia.

Sepanjang majlis, awak ketawa, bergurau dengan semua orang. Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri, macam mana gembiranya awak tadi. Nadhirah mencabar Imran dengan kata-katanya. Dia marah bila Imran masih mahu menegakkan benang basah.

Nad, saya...

Awak cuma nampak terganggu lepas nampak muka saya, kan Susah nak cakap, tapi malang bagi awak bila saya lebih percayakan mata saya sendiri daripada dengar apa yang awak cuba sampaikan. Nadhirah tahu apa yang terjadi. Kalaupun benar apa yang Imran katakan sekalipun, Imran lebih dari mampu untuk mengelak pertunangan ini.

Saya dah buntu. Saya tak tahu apa nak buat. My parents takkan tolerate kalau saya buat perangai. Saya cuma ikutkan kehendak dia orang, Nad. Please faham saya, saya akan dibuang keluarga kalau saya tolak pertunangan ni. Imran separuh merayu.

Awak nak suruh saya yang tolerate dengan apa yang terjadi Awak nak suruh saya abaikan sahaja apa yang dah termeterai tadi antara awak dengan Adelia Awak ingat semua ni boleh jadi semudah tu

Saya tak boleh tolak permintaan parents saya, Nad. My father akan buat apa sahaja untuk pastikan saya ada di sana or else saya akan kehilangan hak saya sebagai pewaris keluarga. Awak faham tak apa yang saya cakapkan ni Nad

Saya nak tanya awak tentang sesuatu

Apa

Pernah tak awak cakap dengan parents awak pasal kita Pernah tak awak sebut nama saya pada mereka Pernah tak sekali awak cuba bangkang idea mereka untuk satukan awak dengan Adelia Pernah tak awak bangkitkan tentang hubungan kita depan mereka

Nadhirah mahukan jawapan dari Imran dan kebisuan Imran akhirnya menjadi jawapan yang paling menyakitkan buat Nadhirah. Dia cuma mampu menggelengkan kepalanya.

Tengok, awak tak berusaha sedikit pun untuk saya. Awak langsung tak ada niat nak kenalkan saya pada mereka. Awak cuma fikirkan pasal diri sendiri, saya tak rasa hubungan kita boleh diselamatkan lagi.

Sia-sia. Awak tahu apa yang saya faham dari cerita awak sekarang ni Imran Awak buang saya sebab awak takut kehilangan harta awak. Awak tinggalkan saya hanya kerana harta keluarga awak.

Wait, jangan bayangkan yang benda ni sampai macam tu sekali Nad. Please! Imran masih berusaha untuk memperbaiki keadaan yang sudah pun pincang.

Awak tukar saya dengan harta keluarga awak. Setakat ini, itu sahaja yang saya boleh tafsirkan. Mata Nadhirah mula berkaca. Saya tak tahu yang kekasih saya boleh jadi setamak ni. Yang jelas pada saya sekarang, awak tinggalkan saya sebab saya perempuan yang tak ada apa-apa. Nadhirah cuba menarik nafas dalam-dalam.

Dia berusaha untuk menenangkan diri. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Nadhirah memejamkan matanya memohon sedikit kekuatan.

Saya yang bodoh, sampai sekarang baru saya faham dengan perangai awak. Selepas lapan tahun bersama awak, baru saya tahu yang saya sebenarnya bercinta dengan seorang lelaki tamak. Awak pilih harta daripada saya. Jerit Nadhirah.

Adelia cuma tunang saya dan saya langsung tak ada hati pada dia. She will remain as an outsider for me Nad. Even kalau ditakdirkan yang perkahwinan kami terjadi, saya tetap takkan lepaskan awak. Awak tahu saya paling cintakan awak kan

Imran secara tiba-tiba mula mengeluarkan ideaidea yang boleh dikira sebagai tidak masuk akal.

Tangan kirinya kuat mencenggam bahu Nadhirah.

Awak dah gila dan kita berdua dah tak ada apaapa. Nadhirah membuat kesimpulannya.

Saya belum gila dan awak belum tengok lagi macam mana saya gila. Awak takkan boleh tinggalkan saya macam ni Nad. Imran memberi amaran. Hatinya geram bila Nadhirah berterusan meminta untuk putus. Tangan kanan Nadhirah digenggan kuat.

Lepaslah. Kalau awak tak nak saya jerit, baik awak lepaskan saya sekarang. Nadhirah berasa kurang selesa dengan apa yang dilakukan Imran.

Tangannya terasa begitu sakit diperlakukan begitu. Nadhirah jadi takut kerana selama ini dia tidak pernah melihat Imran bertindak begini. Imran yang dikenali cukup lembut dan bertimbang rasa.

Saya tahu awak marah, fine we stop talking about this matter right now. Awak naiklah, saya tahu awak penat, awak rehat dulu nanti kita bincang balik pasal isu ni. Imran berdiplomasi setelah melihat riak Nadhirah yang sedikit ketakutan.

Dia tidak sampai hati apabila memandang mata Nadhirah. Tangan Nadhirah yang kemas dalam genggamannya dilepaskan. Imran sedar, dalam keadaan marah, tidak ada apa yang boleh dibincangkan lagi. Biarlah hati Nadhirah sejuk dahulu.

Tak ada apa yang boleh dibincangkan lagi Imran, its over. Setelah tangannya dilepaskan, Nadhirah berjalan menjauhkan diri.

Tolonglah, jangan buat keputusan sendiri. Saya tahu saya khianati awak, tapi sekurang-kurangnya beri saya peluang sekali lagi, Imran memujuk lagi.

Nothing left for us in this relationship. Hubungan ni dah tamat lepas Adelia jadi tunangan awak. Saya tak nak tengok muka awak lagi. Nadhirah berlalu pergi. Dia kepenatan dan kecewa. Patah hatinya memikirkan apa yang telah terjadi.

No, its not over yet dan kita akan bercakap lagi pasal perkara ni. Imran masih berdegil dan terus tercegat di situ.

Nadhirah sudah pun berjalan laju menuju ke lif meninggalkan Imran terkontang kanting sendirian. Kita takkan putus. Saya takkan benarkan semua ini terjadi pada kita. Imran tekad. Dia perlu meraih semula kepercayaan Nadhirah. Dia perlu selamatkan hubungan ini walau apa pun yang terjadi. Mungkin benar apa kata Nadhirah tadi. Dia tiba-tiba sahaja jadi begitu tamak dalam meraih cinta Nadhirah dan restu orang tuanya.

M

ATA yang cuba dilelapkan sejak semalam enggan menurut kata. Nadhirah tidak dapat tidur walaupun sepicing. Dia sedar, istilah putus yang keluar dari mulutnya sendiri semalam memang amat mudah untuk diucap, tetapi bagaimana dia mahu mendidik hatinya untuk mengerti Bayangan Imran ada di mana-mana sama ada matanya pejam atau celik.

Sejak pulang daripada menemui Alana semalam, semua perkara serba tak kena. Air matanya yang selama ini begitu mahal, mengalir tanpa henti tatkala dia bersendirian. Dia patah hati.

Imran. Menyebut nama itu sahaja berjaya membuatkan kaki Nadhirah lemah. Dia terduduk di dalam bilik air sendirian sambil memandang kosong. Nadhirah sedar yang betapa pemilik sepotong nama yang begitu ringkas itu telah mencalarkan hatinya dengan begitu teruk.

Segala-galanya serba tidak kena. Otaknya seakanakan lari meninggalkan tubuhnya terkontang-kanting. Jiwa kosong tanpa rasa. Lapan tahun dia hidup bertemankan Imran dan kini Nadhirah benar-benar merasa keseorangan. Dia benci perasaan ini. Perasaan sama yang dirasakan apabila dia hidup di rumah agam Papanya dulu. Keseorangan, kesunyian, kehampaan.

Buka mata, pejam, tidur, senyum, tidur balik and after a few days living like that everything will be fine. Nadhirah cuba memujuk diri sendiri. Yang pasti, dia kini bergelut dengan hatinya sendiri.

Siapa cakap berpisah itu mudah Siapa cakap yang bayangan dia akan hilang selepas apa yang dia dah buat Tiada perpisahan yang mudah didunia ni dan tak ada perpisahan yang tak menyakitkan. Tabah lah Nadhirah!!!

Nadhirah membiarkan dirinya begitu sahaja selama beberapa hari. Dia mengabaikan sahaja setiap panggilan telefon yang berdering, dia biarkan sahaja kotak-kotak susu segar yang dihantar basi di depan pintu rumah, dia biarkan sahaja emel-emelnya penuh tidak dibaca. Beratus-ratus pesanan ringkas yang dihantar Imran diabaikan, panggilan telefon dari lelaki ini turut dibiar sepi malah beberapa kali juga pintu rumahnya disapa dengan kedatangan Imran namun Nadhirah tetap melayan rasa kecewanya sendiri.

Kehadiran Imran di depan pintu rumahnya memburukkan lagi keadaan. Nadhirah tekad mengurung diri. Dia enggan berganjak ke mana-mana. Dia tidak menghiraukan langsung apa yang terjadi di sekeliling. Semua yang dah berubah, tak mungkin akan kembali seperti sedia kala.

Nadddd! Buka pintu ni! Jerit Imran di hadapan pintu rumahnya.

Dingin pagi yang menyelimuti dirinya terasa menusuk hingga ke tulang. Nadhirah tidak menghiraukan jeritan lelaki itu. Hampir setiap hari Imran bertandang ke rumahnya dan cuba mencuri peluang untuk bertemunya. Nadhirah sekadar membiarkan sahaja Imran berdiri sendirian di depan pintu tanpa sebarang respon.

You nak I robohkan pintu ni ke Ugut Imran.

Dibiarkan sahaja. Ah, sampai masanya nanti Imran akan beredar juga. Itulah kata-kata yang seringkali Nadhirah gunakan tatkala jiwanya meronta mahu mendapatkan Imran. Hatinya terus berdegil mahukan perpisahan. Pengkhianatan Imran terlalu besar untuk dimaafkan. Dia cuba menguatkan diri bagi merelakan perpisahan ini. PAHIT!!!

Nadhirah... tolonglah, Nad. I miss you so much! Jangan dera diri sendiri Nad... rayu Imran. Kterdengar sayup-sayup di hujung talian.

AU dah makan ke Suara Alana

Panggilan dari Alana seawal pagi begini membangunkan Nadhirah daripada terus melayan perasaan.

Dah makan dah. Baru tadi aku makan. Jawab Nadhirah. Dia tahu Alana bimbang akan keadaannya. Kau kerja kan hari ni Kenapa call

Kerja tapi sekarang tak ada patient. Boleh lah duduk-duduk sekejap. Saja la aku call nak tahu juga keadaan kau.

Kau okey Tengah buat apa Alana bertanya lagi.

Okey. Jangan risau. Aku tengah mengelamun je tadi. Tak ada buat apa pun.

Kau langsung tak keluar rumah ke

Dibiarkan sahaja soalan Alana tanpa jawapan dan terus dimatikan talian tersebut. Nadhirah akhirnya bangun dari katil dan mencapai tuala mandinya untuk ke bilik air. Dia perlu bersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Dia atas sejadah Nadhirah menangis semahunya, dia mengadu dan terus mengadu. Dia mahu mencari secebis ketenangan untuk dirinya sendiri. Dia sedar apa yang dia lakukan kepada dirinya sendiri beberapa hari ini agak keterlaluan. Dia terlalu mengikut perasaan.

Pakaian-pakaian kotornya dimasukkan ke dalam mesin basuh dan dicuci. Pingan mangkuk yang terbiar dibersihkan dan disusun ke tempat asal manakala kotak-kotak susu segar yang sudah rosak dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk dibuang.

Sebelum menapak keluar, Nadhirah sudah beberapa kali menghendap melalui interkom yang terpasang di tepi pintu rumahnya. Setelah dia pasti bahawa kelibat Imran tiada di depan rumahnya barulah dia berani mahu menjejakkan kaki ke luar. Sehingga semalam, Imran tetap datang menjenguknya untuk memujuk. Namun kehadiran Imran hanya dibiarkan sahaja.

Sebaik sahaja tali kasutnya diikat kemas dan sepasang headphone dilekapkan di telinga, Nadhirah memulakan kayuhan basikalnya bertemankan lagulagu kegemarannya. Setelah berasa lega, Nadhirah akhirnya mengayuh basikalnya pulang.

Dua buah kotak bersaiz agak besar diletakkan di tengah-tengah rumah. Mujurlah dia masih belum membuang kotak yang digunakan waktu berpindah masuk. Kali ini Nadhirah tekad. Tak mungkin dia berpaling. Tak mungkin dia akan membiarkan biarpun secebis kenangan bersama Imran ada di sekelilingnya lagi. Barang-barang yang diberikan Imran dibawa keluar dan diletakkan di ruang tamu. Setiap satu yang bakal mengingatkannya pada Imran dikutip semua.

Teddy bear besar hadiah dari Imran, beg tangan pemberian Imran, kad-kad ucapan yang dihantar Imran, beberapa buah bingkai gambar berisi foto kenangan mereka bersama, kimono yang dibeli bersama Imran saat mereka ke Tokyo, sebalang origami berbentuk hati yang dibentuk sendiri oleh Imran, baju-baju, jambangan bunga yang sudah kering. Setiap satu ada kenangannya, setiap satu meruntun hatinya dan setiap satu menyebabkan hatinya terusik. Segala-galanya dimasukkan ke dalam kotak.

Rasanya memang inilah yang sepatutnya. Dah putus buatlah cara putus. Dia menenangkan hati sendiri. Terlalu banyak rupanya kenangan mereka bersama sehinggakan Nadhirah jadi sebak. Semua bakal tinggal kenangan baginya. Imran akan kekal sebagai cebisan memori buat Nadhirah. Lama masa yang diambil untuk mengemas semuanya.

Setelah ke semua barang-barang yang masih elok dimasukkan ke dalam kotak, Nadhirah menulis perkataan boleh digunakan lagi. Diletakkan sahaja kotak-kotak berkenaan di luar tempat pembuangan sampah. Semoga ada insan memerlukan yang mahu mengambil barangan tersebut.

Sejurus selepas itu, Nadhirah terus berjalan kaki menuju ke sebuah surau kediaman SP Utama yang berada di bangunan berasingan. Cincin emas pemberian Imran dimasukkan ke dalam tabung surau. Tak sanggup dia membuat perkara bodoh dengan membaling barang berharga sebegitu ke dalam tasik mahupun laut. Alang-alang kecewa, jangan sampai jadi bodoh. Sedekahkan aja lah semua barang-barang tu buat beli barang. Itu lebih bijak padanya.

Dia capai telefon bimbitnya. Nombor Alana di dail.

Aku dah okey, ringkas sahaja sapaan yang diberikan pada Alana.

Good! Kau kat mana ni

Kat rumah. Kau jangan risau ya Just focus dengan kerja-kerja kau. Tak payah fikirkan sangat pasal aku.

Nad, jangan buat kerja bodoh ya

Al, aku ada kau aje. Jangan risau ya Kalau aku tak tahan lagi, aku akan cari kau. Jadi kau jangan risau. Nad Panggil Alana. Susah kan putus cinta

Hurmm, susah sangat. Tapi, aku okey.

Kau jangan fikir banyak sangat nanti sakit pula. Eh, kerja tak

Macam biasa Al. Petang nanti ada meeting.

Rasanya aku nak kena balik Australia sekejap.

Kau sambut Ramadhan dekat Aussie

Tak. Aku sambut dengan kau. Kan kita dah janji nak masak sama-sama masa first Ramadan nanti. Cuti kau dah lulus ke belum Walaupun kusut Nadhirah tetap ingat janji yang termeterai antara dia dan Alana.

Dah lulus. First Ramadan kita iftar macam selalu.

Nadhirah dan Alana sememangnya mempunyai cara sendiri bagi menyambut Ramadan. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berdua sejak beberapa tahun lepas untuk bersama-sama menyambut kedatangan bulan mulia. Pada hari pertama Ramadan mereka berdua pasti mencuri masa untuk berbuka bersama walaupun seringkali dikekang kesibukan.

Aku cuma takut kau tak dapat cuti je.

Eh, kita nak masak sendiri ke nak makan luar

Tengoklah nanti. Kenapa kau nak masak ke

Ada resepi baru aku nak cuba buat. Kalau kita masak pun macam sedap juga.

Mana-mana pun boleh. Kalau nak memasak

sendiri pun bagus juga. Kita buat ikut selera kita.

Okey set. Kita masak sendiri nanti. Habis tu, lama ke kau balik sana

Dalam seminggu rasanya.

Tak payahlah balik cepat sangat. Kau bercutilah dekat sana sekali.

Tak nak. Bukan ada apa pun. Bosan aku.

At least dekat sana tak ada Imran, Nadhirah.

Betul juga cakap kau. Tengoklah macam mana.

Nad, aku letak phone dulu okey. Ada pesakit. Nanti kita sembang lagi. Jaga diri. Jangan skip makan.