JAGUH DEKLAMASI - 14
Ketika membuat persembahan baca puisi dalam majlis yang santai, cukuplah dengan mengenakan pakaian yang biasa-biasa sahaja. Janganlah terlalu berlebihlebihan kerana itu pasti akan mengundang kelucuan dan kesinisan dalam kalangan penonton. Pandangan serong sebegini sudah pasti akan menjatuhkan nilai serta kredibiliti disiplin deklamasi.

Bagaimanapun, sekiranya persembahan itu untuk sayembara, pastikan pakaian yang dikenakan adalah sesuai. Contohnya, sut baju Melayu atau seragam sangat sesuai untuk sayembara puisi patriotik. Kesesuaian juga bermaksud pakaian mestilah sesuai dengan khalayak. Ada deklamator yang mengenakan jeans lusuh dan koyak di lutut untuk persembahan Hari Guru di sekolah. Ini adalah tidak sesuai sama sekali.

Ada juga sesetengah deklamator yang suka meniru gaya pakaian orang lain. Menyangkut selempang di leher sudah tidak melambangkan entiti kerana Herman Tino dan ramai lagi sudah berbuat demikian.