TRAVELOG FAGHUZI - 14
HOLA SENORITA!

Jogjakarta, Indonesia

Wherever you go becomes a part of you somehow.

- Anita Desai

Pagi ini kelihatan cerah namun hati masih berduka sehingga terbawa ke dalam mimpi semalam. Penyesalan tidak meminta apa-apa contact dengan Natalie membuatkan aku tidak keruan. Terfikir juga kenapa aku boleh kaku semalam. Haeri yang sedang bersarapan di sebelah pelik dengan kelakuan aku.

Oi, pehal ko ni Dari semalam pelik je, Haeri bertanya sambil menyumbat pancake ke dalam mulut. Takde apa. Ngah fikir nak buat apa hari ni, aku membalas setelah terjaga dari lamunan. Pak Agus sedang membaca suratkhabar sambil ditemani isteri di sebelah. Sebelah mejanya pula Bu Enya bersama anaknya serta ditemani oleh seorang lelaki botak tidak dikenali. Kemudian kelihatan dua gadis bule duduk berhampiran meja kami untuk bersarapan sambil menyapa good morning. Kami membalas sapaan sambil tersenyum. Aku syak suara merekalah yang aku dengar semalam dari luar. Kalian berdua mau ikutin kami ke Goa Pindul tanya Bu Enya yang memalingkan kepalanya ke arah kami.

Ada apa di sana aku membalas.

Bisa tubing di sungai ya, Haeri yang menjawab. Mungkin ini gua yang dimaksudkan Haeri ketika bersembang dengan aku dalam perjalanan ke sini dari Bandung.

Kami mau ikutin! aku bersuara.

Goa Pindul itu baru aja menjadi tempat untuk berwisata di sini. Bagus juga jika kalian dapat pergi, Pak Agus menyampuk menyarankan kami pergi.

Hey there, good morning. Both of you want to join them for tubing at Pindul Cave kali ini Pak Agus memalingkan kepalanya ke dua orang gadis bule itu. Bu Enya juga tersenyum ke arah mereka.

Yes, sure. We would love to. Balas seorang gadis bule itu sambil seorang lagi gadis bule berbisik kepadanya lalu diangguk-angguk kepala.

Then you guys should introduce yourself to each other! Bilang Pak Agus kepada kami semua yang berada di situ.

Panggil saya Botak aja. Saya punya mobil yang dipinjam dari seorang teman. Nanti kita berbagi uang bahan bakar minyak. Bentar lagi kita bertolak. Ujar lelaki tidak dikenali kepada kami.

Ops, sorry. My name is Botak. Hehe. Botak sekali lagi memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris setelah terlupa ada dua gadis bule.

My name is Mary Jane and she is Noelia. We are from Spain, Mary Jane bersuara memperkenalkan diri dan rakannya. Memang benar tekaanku semalam suara yang bising berbunyi seperti Bahasa Sepanyol dari dalam bilik adalah angkara mereka.

Hi Mary Jane and Noelia. I am Faghuzi and this is Haeri. We are from Malaysia, aku menyahut pengenalan mereka. Haeri mengangkat tangan tanda menyapa.

Its not Mary Jane, its Mu-ree-Chel in Catalan, Mureechel membetulkan sebutan aku mengenai namanya. Susah juga nak sebut nama dia. Kemudian dia mengeja namanya di atas sehelai kertas dan ditunjukkan kepada aku.

M-E-R-I-T-X-E-L-L. Meritxell (Mu-ree-chel)! tempiknya lagi mengajar aku menyebut namanya dalam bahasa Catalan. Haeri sudah tergelak di tepi. Aku ingat nama aku saja yang pelik, rupanya ada lagi pelik. Kalau awal-awal dia tunjuk ejaan namanya pasti aku sudah salah sebut serta-merta kerana hukum-hakam dalam Bahasa Melayu dan Sepanyol adalah berbeza. Katanya itu nama bagi etnik Catalan yang banyak berada di Barcelona dan dia berasal dari sana. Rakannya Noelia pula dari Madrid.

So, you two are friends Traveling from Spain to here tanya Haeri kepada Noelia.

No. Me, Meritxell, Espana, no amigo. Thailand, si amigo! terang Noelia kepada Haeri. Aku tergamam. Rojak sungguh pertuturannya. Apa yang hendak disampaikan adalah mereka mula berkenalan dan berkawan ketika di Thailand sebelum mengembara bersama ke Indonesia. Perkara itu diperkukuhkan lagi dengan penerangan oleh Meritxell dan Noelia tidak fasih berbahasa Inggeris.

So you two can speak Indonesia Looks like you dont have a problem to talk with them, Meritxell bertanya kepada kami.

Actually Malaysian and Indonesian language is quite similar but still have some differences. However, its still not really a problem for both Malaysian and Indonesian to understand each language, aku pula memberi penerangan bajet diri ini seorang guru bahasa.

Oh, okay. Thats good, balasnya ringkas.

Ayo, kita bersiap dan terus berangkat. Semua udah berkenalan. Lets go, ladies! Botak tiba-tiba bersuara setelah lama kami bersembang. Kami balik ke bilik untuk membawa pakaian lebih sebagai pakaian basah di sana. Kami akan berrafting dengan tayar di sungai.

Beberapa ketika, semua sudah bersedia. Kami semua menuruti langkah Botak menuju ke mobilnya yang terletak di luar. Sebuah mobil Kijang berwarna hitam didekati lalu disumbatkan kami untuk memenuhi kenderaan tersebut.

Botak mencucukkan smartphonenya ke radio kereta dan memainkan sebuah lagu dangdut techno. Aku dan Haeri tergelak. Dalam kereta, Botak dan Bu Enya duduk di hadapan manakala ruangan tengah adalah aku, Haeri dan anak lelaki Bu Enya. Meritxell dan Noelia duduk di ruang seat belakang kenderaan. Sekali-sekala kelihatan dua gadis Sepanyol itu menari mengikut rentak lagu dangdut techno.

Akhirnya kami tiba di kaunter tiket Gua Pindul. Botak meletakkan kenderaan di tempatnya. Langit cerah kini sudah gelap menurunkan hujan yang lebat. Teringat pepatah ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah nasib kami. Berdasarkan penerangan oleh penjaga kaunter, ada dua course saja untuk kami waktu ini. Ini kerana hujan lebat yang turun menyebabkan beberapa course lain menjadi bahaya kepada pengunjung malah ada paras air sungai sudah memenuhi gua. Dua course yang boleh diadakan adalah tubing Gua Pindul dan Sungai Oyo. Harga untuk tubing Gua Pindul adalah Rp30,000 seorang manakala Rp45,000 untuk Sungai Oyo.

Kami diarahkan bersiap dengan mengambil kasut getah yang disediakan dan memakai life jacket. Melihat keadaan hujan yang lebat itu sebenarnya agak mengecewakan kami kerana kini kami hanya terbatas melakukan aktiviti ini kepada dua laluan sahaja. Apakan daya, ini semua ketentuanNya. Kami sudah pun sampai di sini, maka diteruskan saja menikmati keindahan ketika bertubing. Usai memakai semua kelengkapan yang disediakan, kami beramai-ramai menaiki sebuah lori pick-up menuju ke checkpoint Gua Pindul. Walaupun hujan lebat, kami semua teruja ketika menaiki lori tersebut meredah hujan sambil melalui kawasan-kawasan hutan yang berada di sekeliling.

Noelia sudah mula menyanyi dalam Bahasa Sepanyol. Kami yang lain tidak tahu berbahasa Sepanyol hanya membuat bunyi seakan sama dan sekali-sekala kedengaran perkataan seorita, porque dan que pasa berselang-seli.

Checkpoint permulaan untuk Gua Pindul pun sampai. Beberapa longgokan tayar besar ada di situ. Kami mengambil tayar mengikut pilihan hati masing-masing. Sebentar lagi kami akan memegang tayar antara satu sama lain membentuk sebuah barisan ketika meredah sungai. Tak tahulah bagaimana keadaan sungai ini dalam keadaan hujan lebat. Berdebar juga.

Usai mengambil tayar, kami dibimbing oleh dua orang guide. Seorang akan menjaga di bahagian hadapan manakala seorang lagi di bahagian belakang. Ketika memulakan tubing itu hujan tidak reda walau sedikit namun aku tetap berasa teruja. Aku persetankan saja hujan yang turun. Selama ini pun aku memang suka berjalan dalam hujan. Dua orang guide ini sekali-sekala bertukar posisi ketika membimbing kami meredah sungai yang melalui Gua Pindul.

Dalam mengharungi course ini, kami disajikan dengan pemandangan alam semulajadi. Kebanyakannya adalah tebing-tebing sungai yang pelbagai bentuk. Terdapat tiga zon dalam meredah Gua Pindul dan kami akan memasuki zon pertama. Zon pertama atau zon terang adalah di mana bahagian gua ini masih boleh disinari cahaya matahari. Namun di kala ini, kami tidak disinari cahaya matahari cuma adakala dibasahi hujan lebat yang turun menepek tepat ke atas kami. Pada masa sama juga stalaktit dan stalagmit yang penuh dengan lumut boleh ditemui. Selepas itu, kami memasuki zon kedua iaitu zon yang sedikit kelam. Walaupun ianya zon kelam, masih terdapat imbasan cahaya matahari dari zon terang. Itu adalah penerangan tourist guide kami. Tapi kerana hujan, maka zon ini pada ketika itu kurang mendapat imbasan cahaya matahari dari zon terang seperti selalu. Namun, cahaya lampu suluh yang diikat di kepala oleh guide kami memberi sedikit pencahayaan di dalam gua. Dalam zon ini stalaktit dan stalagmit kebanyakannya serupa dan tidak berlumut. Bagi zon terakhir, dibilangnya zon gelap abadi. Dahsyatnya bunyi. Terasa macam hati yang gelap takkan dapat diselamatkan lagi. Memang terpaksa berharap lampu di kepalanya. Jika tiada lampu suluh, memang tiada langsung cahaya. Zon ini dikatakan memang tiada sedikit pun cahaya matahari boleh menyelinap masuk.

Ketika mengharungi Gua Pindul ini aku dapat melihat stalaktit dan stalagmit bersatu serta membentuk suatu tiang yang sungguh lebar. Tiang itu memerlukan lebih kurang lima atau enam orang di sekeliling untuk memeluknya. Selepas itu aku melihat stalaktit yang tersusun cantik kesan dari titikan air di gua persis membentuk seakan tirai. Dikatakan juga itu adalah stalaktit keempat terbesar di dunia. Aku terpesona saja dan tergelak melihat gelagat mereka yang lain. Dua gadis Sepanyol pula muka macam blur setiap kali guide tersebut memberi penerangan dalam Bahasa Indonesia dan tidak berbahasa Inggeris. Beberapa bentuk seakan lukisan juga kelihatan di dinding gua sambil kehadiran kami diperhatikan oleh sekumpulan kelawar yang banyak menetap di dalam gua.

Guide memberitahu, untuk menikmati keindahan Gua Pindul adalah ketika pagi sehingga menjelang petang dan jika tidak hujan. Air tidak begitu dingin. Jika cuaca cerah pengunjung boleh melihat sinar mentari yang menyelinap masuk di celahan atap gua. Kami masih merasai suasana itu pada waktu hujan ini. Mungkin cahaya yang kelihatan itu lebih indah jika suasana tidak hujan. Setelah lama menyusuri Gua Pindul, kami akhirnya tiba di pintu keluar gua. Sepatutnya pada waktu ini pengunjung dimanjakan dengan cahaya matahari yang cantik masuk dari atas tapi kami dimanjakan dengan air hujan yang mencurah turun dengan sedikit cahaya siang hari. Beberapa titik air hujan termasuk dalam mulut aku waktu ini. Tempat ini boleh dijadikan tempat berenang dan kita boleh melompat tinggi dari pinggir dinding gua. Tapi guide tidak membenarkan kami untuk berbuat demikian kerana cuaca tidak mengizinkan.

Kami meneruskan perjalanan ke course yang seterusnya dengan menaiki lori tadi. Perjalanan ke Sungai Oyo dihiasi landskap pemandangan menghijau yang memukau. Hujan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti, namun ia tetap mengujakan kami semua yang berada di atas lori sambil ditemani tayar masing-masing. Sedang kami teruja, tanpa sedar sebatang dahan pokok hinggap ke muka dan aku terpelanting ke belakang. Mujur tak kena sesiapa. Melihat aku terpelanting, semua cuak. Namun selepas itu aku tergelak memikirkan nasib sendiri. Semua turut tertawa bersama. Terasa pedih juga pipi yang dihinggapi dahan pokok tadi. Tengok! Bahaya ada di mana-mana. Beberapa minit perjalanan kami tiba di tempat permulaan Sungai Oyo. Sungai ini panjangnya 5 km. Hujan lebat menyebabkan arus sungai menjadi deras namun masih selamat untuk menjalankan aktiviti ini. Hujan yang turun telah menambah keseronokan kami mengharungi Sungai Oyo. Adakala aku rasa hujan ini membawa masalah yang boleh membantut sesuatu perancangan, tapi orang selalu kata hujan itu rahmat. Di sungai ini aku rasa ianya rahmat kerana ia menggandakan keseronokan kami. Hujan boleh jadi satu malapetaka dan juga rahmat.

Dalam mengharungi sungai yang deras itu, kelihatan wajah ceria terpampar di wajah masing-masing. Kelihatan Botak dengan selamba mengeluarkan sebatang rokok dan merokok ketika meredah sungai. Sungai yang kami harungi ini juga melalui sebuah air terjun. Kerana air begitu deras dan berbahaya, kami diarahkan untuk naik ke tebing untuk sedikit jungle trekking. Kami kembali tubing selepas halangan air terjun yang deras. Setelah beberapa ketika kami pun habis mengharungi sungai yang deras itu. Kami kembali ke tempat berehat pusat tarikan pelancongan ini. Kami melepaskan lelah sebelum pulang ke Jalan Malioboro. Mereka yang lain memesan mi segera untuk mengalas perut. Meritxell dan Noelia menghulurkan makanan mereka kepada aku dan Haeri untuk mencuba. Kami pun cuba sambil Haeri menghantar gambar yang diambil tadi kepada anak lelaki Bu Enya. Botak membuka makanan ringan yang berupa belut goreng seperti kerepek. Aku cuba dan rasanya boleh tahan juga.

Malam ini sepatutnya kami pergi ke karaoke dangdut seperti yang dirancang Botak dan Bu Enya namun tidak jadi kerana mereka terpaksa pulang ke Jakarta malam ini juga. Katanya ada hal yang tidak boleh dielakkan. Memikirkan penat yang masih terasa dengan aktiviti di siang hari, kami cuma melepak di homestay bersama dua gadis Sepanyol itu. Aku masih teringatkan Natalie juga. Makan malam kami hanya sate Malang dan bakso yang dibeli di gerai tidak jauh dari homestay. Kami berborak-borak. Bu Enya juga turut serta melepak bersama kami sambil menunggu waktu untuk pulang ke Jakarta. Mas yang memakai iket itu namanya Hadi. Aku tahu namanya kerana mendengar Pak Agus ada memanggilnya dengan nama Hadi.

Bu Enya memberikan beberapa paket serbuk teh jahe buat kami. Selepas itu dia memanggil Mas Hadi untuk memesan bir.

Mas Hadi, aku mau memesan dua Bir Bintang, besar ya. Bawa sekali gelasnya, ujar Bu Enya kepada Mas Hadi. Mas Hadi pun membawa dua botol bir dan empat buah gelas untuk kami berempat. Bir dituangkan ke dalam setiap gelas dan diberikan kepada kami. Noelia hanya mahu berkongsi gelas dengan Meritxell kerana dia tidak berapa mahu minum bir. Haeri hanya berdiam meminta izin kepada Mas Hadi untuk bermain gitar kepunyaannya. Enggak minum tanya Bu Enya kepada Haeri sambil meneguk bir. Haeri menggeleng saja. Aku serba salah pula kerana aku sangkakan Bu Enya memesan untuknya dan dua gadis Sepanyol itu saja. Namun aku sekali lagi tewas dan minum bir yang telah dituangkan.

Minum sekali yang dia punya, Bu Enya mengarahkan aku untuk minum juga bir yang dituangkan kepada Haeri. Aku memandangnya sambil menghirup bir. Waduh, ibu habiskanlah. Mengapa saya pula aku berseloroh kemudian kelihatan Mas Hadi menuangkan air yang jernih ke dalam gelasnya lalu diteguknya sekali harung.

Waduh, minum arak ya! tempik Bu Enya kepada Mas Hadi. Mas Hadi yang selesai minum pun tersengih. Iya! Arak Bali! kata Mas Hadi. Kandungan alkoholnya mencecah 90 peratus. Sekejap saja kelihatan Mas Hadi sudah kemabukan. Dia sudah mula tersengih dan menari-nari di hadapan kami semua. Kami yang lain pun mula gelak melihat gerak langkahnya yang semakin ligat menari. Ditambah pula Bu Enya memasang lagu di fonnya merancakkan lagi gelagat Mas Hadi.

Usai bergelak-tawa, Bu Enya meminta diri kerana Botak sudah memanggil untuk bertolak ke Jakarta malam ini juga. Mas Hadi pula keluar mengikut kawannya yang datang memanggil tadi entah ke mana. Lalu tinggallah aku, Haeri dan dua gadis Sepanyol. Haeri sibuk bermain gitar sambil berborak mengenai muzik dengan Meritxell. Aku pula melayan Noelia dengan menggunakan bahasa isyarat sambil sekali-sekala menggunakan perkataan-perkataan basic untuk berkomunikasi. Dia tunjuk gambar-gambar famili serta anjing peliharaannya.

Mi familia! ujarnya kepada aku sambil menunjukkan gambar keluarga. Aku tersenyum dan mengangguk. Mukanya dan Meritxell sudah kemerahan mungkin kerana kesan mabuk.

Your dog What is his name aku bertanya kepada Noelia. Namun dia seakan macam terfikir.

El perro! Nombre aku menggunakan beberapa perkataan Sepanyol yang aku tahu sikit-sikit sebab dulu mak aku selalu menonton telenovela. Ada beberapa perkataan Sepanyol yang aku hafal secara tak sengaja dan aku tahu maksudnya. Lagipun waktu tu aku turut tertonton sama kerana pelakon-pelakon wanita telenovela begitu menggiurkan. Kembali kepada perkara asal, perro bermaksud anjing dan nombre bermaksud nama.

Felicita! Noelia membalas. Selepas itu, Meritxell mengeluarkan buku dari begnya lalu diserahkan kepada aku. Dia meminta aku untuk menyenaraikan tempattempat di Malaysia yang boleh mereka kunjungi. Selepas Indonesia, mereka juga mahu ke Malaysia. Satu senarai panjang ditulis memenuhi satu muka surat buku terbabit. Buku itu juga merangkumi jurnal peribadi Meritxell yang ditulis dalam Bahasa Sepanyol. Dalam senarai nama itu Haeri menyarankan aku untuk menulis rumah kami berdua sebagai yang teratas di dalam senarai tempat untuk dikunjungi di Malaysia. Aku bersetuju dengan idea Haeri dan menulisnya di kedudukan teratas sekali.

Setelah beberapa ketika dan menjadi kawan di Facebook, gadis-gadis Sepanyol meminta diri untuk pulang ke kamar. Aku dan Haeri pula kembali kelaparan. Mungkin tidak puas hanya makan sate dan bakso. Kami bergegas ke Indomaret untuk membeli mi segera sahaja memandangkan waktu malam begini, gerai-gerai di luar sana sudah pun tutup.