Setiap kali diadakan pertandingan dia selalu mengajak anaknya untuk ikut serta. Namun, si anak selalu enggan untuk memasuki pertandingan. Kalaupun terpaksa menyertai, anak ini selalu kalah atau berada pada kedudukan terakhir dalam pertandingan.
Ibu yang penuh cita-cita ini berasa kecewa dengan tingkah laku anaknya. Lalu dia menceritakan betapa hebatnya dia ketika seusia anaknya dulu. Dia bercerita bahawa dahulu dirinya selalu berani mengikuti pertandingan, selalu menang dalam setiap kejohanan. Dia terus sahaja bercerita dan selalu membandingkan kehebatan dirinya dengan anaknya. Dengan harapan agar anaknya boleh menjadi sehebat dirinya sewaktu kecil.
Akhirnya, pestapun berakhir. Ketika hendak pulang tiba-tiba tuan rumah menghampirinya dan menyapa, Hello sayang... Terima kasih kerana hadir dalam pesta ini. Oh iya, ini sebelum pulang ambillah gula-gula ini. Ayuh silakan ambil. Ambillah dengan keduadua tanganmu agar kamu dapat lebih banyak. Namun, si anak diam sahaja sambil menatap gula-gula itu.
Ibunya mulai gusar dan meminta anaknya untuk mengambil gulagula dengan kedua-dua tangannya. Namun, si anak tetap diam sambil menatap gula-gula itu. Akhirnya tuan rumah mengambilkan gula-gula itu dengan tangannya sendiri. Setibanya di rumah, ibu tadi kecewa dan mengeluh sambil mengomel. Kamu ini, cuma diminta ambil gula-gula sahajapun tidak berani. Mahu jadi apa kamu nanti
Di luar dugaan, anaknya tiba-tiba menjawap, Mami tahu atau tidak Aku bukan tidak berani mengambil tapi aku ingin mendapatkan gula-gula lebih banyak. Tanganku kan kecil sedangkan tangan mak cik tadi jauh lebih besar, jadi aku tunggu biar dia yang memberikan kepadaku.
Begitulah, kita ibu bapa sering kali menghakimi anak dengan andaian dan persepsi kita yang sering kali sangat dangkal, walhal di sebalik semua perilaku anak kita, sering kali terdapat alasan yang luar biasa hebat dan kritis yang terkadang membuatkan kita kagum. Bagaimana anak sekecil ini boleh berfikir kritis itu
Mari kita berhenti untuk menghakimi anak-anak kita. Sebaliknya, tanyalah mengapa mereka melakukan ini atau melakukan itu. Kelak anda akan berasa kagum dengan jawapan si kecil.
Di sebalik semua perilaku anak, sering kali terdapat alasan yang luar biasa hebat dan kritis yang membuatkan kita kagum.