Mencari Kiblat Cinta - 149
Awak buat apa ni bang Soal Tengku Saida dengan wajah hampir tidak percaya. Kenapa dengan suaminya kali ini Apa yang telah merasuk lelaki itu sehingga sanggup menampar Danira

Siapa benarkan perempuan ni masuk ke mari Siapa Jerkah Tengku Amar berang. Matanya mencerlung tajam ke wajah gadis itu yang kelihatan takut-takut.

Sabar bang, kenapa dengan awak ni Marah Tengku Saida.

Awak nak suruh saya sabar Awak tahu tak siapa perempuan ni Herdik Tengku Amar seraya memandang isteri dan anak-anaknya.

******

Tengku Saida kelu lidah. Pertanyaan suaminya membuatkan dia tidak mampu meneka. Malah dia tidak faham langsung apa maksud suaminya!

Kalau awak nak tahu, perempuan inilah yang bunuh anak awak. Dialah yang menikam mati anak kesayangan saya. Awak sedar tak

Kata-kata Tengku Amar bagai halilintar yang membelah bumi. Wajah Tengku Saida pucat lesi. Filman tersentak mendengar bicara ayahnya. Begitu juga dengan Najla.

Aliff terduduk lemah. Kata-kata ayahnya bagaikan belati tajam. Dia menoleh ke arah Danira yang jelas masih bingung dan keliru. Ada air jernih mengalir di pelupuk mata gadis itu. Dia ingin bangkit dan membela kakaknya, anehnya dia langsung tidak berdaya. Sebaliknya dia seperti Danira, bingung memikirkan tuduhan Tengku Amar. Ya ALLAH! Semua ini tak mungkin berlaku! Tak mungkin lelaki yang mati itu anak sulung ayahnya, Firdaus. Tak mungkin! Aliff menggelengkan kepalanya, enggan percaya dengan apa yang didengarinya.

Danira memandang ke arah Filman. Lelaki itu memandangnya dengan mata yang merah menyala. Untuk pertama kali dia merasakan pandangan Filman padanya penuh dengan kebencian. Begitu juga dengan sorotan mata Tengku Saida dan Najla. Mereka semua menatapnya dengan pandangan jijik, bukan lagi dengan pandangan penuh mesra yang diperolehinya sebelum ini.

Ya ALLAH! Kenapa begitu berat ujianMU Kalau aku tahu lelaki yang mati itu abang Filman, tak mungkin aku akan berada di sini. Tak mungkin aku akan melibatkan diriku dengan Filman dan keluarganya!

Betul ke apa yang ayah saya cakap Nira Betulkah awak yang bunuh abang saya Soal Filman ingin tahu. Tubuhnya bergetar menahan pelbagai rasa yang mencengkam jiwanya saat ini.

Filman, saya

Jawab ya atau tidak! Herdik Filman tiba-tiba. Marahnya memuncak kali ini.

Danira tersentak. Air matanya semakin lebat gugur. Dia tidak tahu bagaimana harus menjawab pertanyaan Filman. Sungguh dia tidak tahu!

Kenapa diam Kamu sangka bila kamu lepas dari hukuman penjara, kamu sudah bebas Jangan fikir Joshua berjaya bebaskan kamu kerana kamu tak bersalah. Saksi yang kamu bawa tu takkan mampu mengelabui mata aku. Tengking Tengku Amar lagi. Suaranya bernada keras dan melengking, membayangkan hati yang benar-benar mendidih. Sudah lama dia mencari perempuan itu, dan kini pembunuh anaknya tiba-tiba muncul di rumahnya tak diduga.

Enam tahun dahulu kamu bunuh anak aku. Anak yang aku hargai dan aku sayangi. Kalau ikut hati aku, aku bunuh aje kamu. Tapi aku masih waras. Pergi sekarang dari rumah aku sebelum aku tak mampu kawal diri aku lagi. Pergi!

Ayah.. Aliff bersuara. Dia ingin menjelaskan sesuatu, namun kata-kata Danira membuatkan suaranya tenggelam.

Ya. Memang saya pembunuh. Saya yang bunuh anak tuan. Danira mengakui dengan suara sebak. Dia berpaling memandang ke arah Aliff. Bibir anak muda itu bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu, namun dia menggelengkan kepalanya. Memberi isyarat agar Aliff berdiam diri. Matanya beredar ke wajah Filman yang kelihatan kusut.

Ya Filman, saya yang bunuh abang awak. Soalan awak dah terjawab.

Kenapa Nira Kenapa Filman kelihatan sukar mahu meneruskan kata-katanya. Sungguh dia tidak mampu menerima kejutan ini. Dia masih boleh menerima hubungan antara gadis itu dengan Aliff. Tapi hakikat kali ini paling sukar mahu ditelan. Siapa yang sanggup menerima gadis yang dicintainya rupa-rupanya pembunuh abangnya sendiri

Danira menoleh ke arah Tengku Saida. Wanita itu sedang menitiskan airmata. Dia mengigit bibir. Hatinya benar-benar perit kerana terpaksa menyakiti hati wanita sebaik Tengku Saida.

Mak cik, maafkan saya. Saya bersalah pada mak cik dan keluarga mak cik. Kalau boleh saya nak pohon maaf untuk berjuta-juta kali atas dosa yang telah saya lakukan, tapi saya faham kalau mak cik tak mampu maafkan saya. Tapi tolonglah halalkan makan minum saya sepanjang saya berada di sini. Bisik Danira sebak.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah lemah ke arah muka pintu. Tempatnya bukan di sini. Dirinya lebih hina dari anjing kurap di mata keluarga Filman. Hatinya teringin mahu memandang Naufal lagi buat kali terakhir, namun dia menahan diri. Airmata yang gugur semakin lebat. Dia ingin meraung tapi dia tidak sanggup melihat wajah anak muda. Saat ini hatinya benar-benar rapuh dan terluka.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Danira mengaku bahawa dia yang membunuh Firdaus sedangkan itu bukan perbuatannya