PELACUR KELAS PERTAMA - 15
Tahap kesihatan Shuhada semakin pulih. Alias pula semakin sibuk dengan jemputan ceramah dan mesyuarat. Dr. Hamdan seakan pandai mencari peluang untuk bersama Shuhada, dia sering melawat Shuhada di rumah. Semakin lama hubungan Dr. Hamdan dan Shuhada semakin akrab. Tidak dinafikan Shuhada lebih selesa berkomunikasi dengan Dr. Hamdan berbanding dengan suaminya sendiri.

Shuhada dah okay sekarang. Lega hati saya, kata Hamdan yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat Shuhada keluar dari dapur memakai baju tshirt putih, berkain batik dan berselendang hitam. Auratnya ditutup sempurna. Shuhada tersenyum manis apabila mendengar Dr. Hamdan memberitahu tentang kesihatannya dikhabarkan semakin memberangsangkan.

Alhamdulillah Doktor. Terima kasih banyak membantu saya. Saya tak tahu apalah nasib saya kalau Doktor tak bantu saya, tak beri semangat pada saya dan kalau doktor tak jadi penawar saya tak tahu apa jadi pada saya.

Saya bantu mereka yang memerlukan.

Sesiapa sahaja, kata Hamdan ringkas.

Wajah Shuhada direnung dalam, sememangnya wanita di depannya itu sangat cantik. Lirik mata Shuhada sahaja mampu memikat hatinya.

Shuhada tahu Hamdan sedang memerhatikan dirinya. Dengan sengaja dia memegang perutnya yang sudah tiada isi itu. Senyuman tawar diukir seakan meminta simpati Hamdan. Hamdan pula cepat-cepat melihat jam di tangannya, perasaan bersalah mula menyerang dirinya. Dia sering sahaja bersubahat dengan Alias untuk menggugurkan bayi dalam kandungan Shuhada dan dia sedar dirinya punca kesengsaraan Shuhada.

Eh, dah jam 3.30 saya pulang dulu ya, tak sembahyang lagi ni,

Kata Doktor Hamdan sambil bangun dari sofa namun langkahnya mula terhenti apa bila namanya dipanggil oleh Shuhada

Doktor Hamdan, Imamkan saya

Baik.

---

Dr.Hamdan dan Shuhada menunaikan solat secara berjemaah. Hati Hamdan semakin tertawan dengan isteri teman baiknya itu, semasa sembahyang bersama, Hamdan tidak dapat fokus mengadap Tuhan. Hatinya benarbenar tertarik pada Shuhada. Hamdan akur bahawa perasaannya itu tidak dapat dibendung lagi, dia tidak kuat untuk terus menipu dirinya sendiri.

Selesai sahaja solat berjemaah, Hamdan terus berjalan keluar, Shuhada mengiringinya dari belakang.

Shuhada jaga diri ya, semoga akan semakin pulih dan kuat, kata Hamdan dan terus berjalan ke arah keretanya tanpa memandang ke wajah Shuhada.

Keretanya dipandu laju dan semakin hilang daripada pandangan. Shuhada dapat merasakan sesuatu yang aneh pada diri Doktor Hamdan. Dia tidak pernah berkelakuan begitu. Ini kali pertama dia pergi tanpa berbual dahulu atau mungkin memandang wajahnya biar hanya sebentar.

Biarlah dia, kata Shuhada yang kemudian terus ke tempat kegemarannya. Loteng rumah dinaiki. Keadaan di sana sudah berhabuk. Shuhada berjalan dengan penuh teliti. Baju Azam dicari antara celahan kotakkotak yang bersusun, diambil dan diletakkan di atas ribanya.

Awak, dah terlalu lama saya kurung awak dalam hati saya, mungkin awak dah lemas dan mungkin awak tersiksa. Tapi hari ini saya akan lepaskan awak. Semoga awak akan tunggu saya di pintu syurga. Jangan pernah penat tunggu saya, ya.

Kata Shuhada sendirian. Baju tersebut dilipatkan semula dan diangkat kotak-kotak yang dipenuhi dengan kenangan bersama Azam ke bawah. Dia kemudian berjalan ke belakang rumah. Api dinyalakan, kotak yang mengandungi barangan pemberian Azam dibakar. Tangannya diletakkan ke dada, tak henti-henti mulutnya membaca al-Fatihah, air matanya pula berlinangan dan jatuh membasahi bumi.

Semoga awak tenang di sana, ya sayang.

Shuhada seakan berbisik. Tidak lama kemudian angin yang melalui ke telinganya seakan berbisik kembali,

Saya takkan lepaskan awak.

---

Malam itu Alias pulang lewat, Shuhada sengaja mematikan semua lampu kecuali lampu luar dan lampu dapur. Lilin dinyalakan pada setiap laluan. Keadaan rumahnya suram dan sunyi. Shuhada sedang duduk di kerusi meja solek sambil menyikat rambutnya. Wajahnya disolek dengan solekan nipis namun sudah terlalu anggun untuk wanita sepertinya. Rambutnya dibiarkan mengurai kemas, bibirnya dioles dengan gincu berwarna merah. Badannya disapu losyen dan minyak wangi.

Tepat jam 12 malam, kedengaran bunyi kereta Alias memasuki perkarangan rumah. Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka oleh Alias. Dirinya benar-benar keletihan. Namun apabila terpandang wajah Shuhada dirinya terkesima, Shuhada sangat berbeza hari ini.

Perlahan-lahan Alias berjalan ke arah Shuhada, badan isterinya dipeluk kuat.

Maaf, aku mengantuk dan letih,

Kata Alias.

Alias berlalu memasuki tandas, meninggalkan Shuhada yang masih di meja solek. Senyuman terukir pada wajah

Shuhada.

Alias kehilangan tenaga untuk beraksi bersama isterinya, beberapa hari kekurangan rehat menjadikan dia sangat keletihan. Jika diikutkan hati, ingin sahaja dia baring dan tidur di dalam tandas. Selesai mandi Alias terus merebahkan badannya di sebelah Shuhada yang sedang tidur menghadap meja sisi katil. Alias memejamkan matanya.

Alias

Ya

Kau mahu aku

Kenapa

Kau cinta atau kau hanya mahu seksa aku

Aku terlalu letih untuk bergaduh, dan jangan paksa aku untuk sakiti kau pada waktu seperti ini, kata Alias dan terus memalingkan wajahnya ke arah bertentangan. Dirinya sangat keletihan.

Aku tak mahu bersama kau, kata Shuhada.

Kemudian kepala Alias ditikam beberapa kali. Shuhada tertawa puas.

Kau yang tak mahu berikan aku kebebasan, aku dah minta. Kau yang bersalah! kata Shuhada menjerit-jerit.

Pisau di tangan dicampak ke bawah katil. Tangannya yang berlumuran darah dikesat pada baju, perlahan-lahan dia berjalan menuju ke tandas. Apabila sampai di tempat yang dituju Shuhada terduduk di hadapan mangkuk tandas. Tangannya diletakkan pada sisi mangkuk tersebut. Wajahnya dilentokkan ke kanan mangkuk tersebut.

Aku tahu Alias, kau kuburkan bayi aku di sini. Apakah layak kau terus disanjung sedangkan kau sebenarnya pembunuh! kata Shuhada teresak-esak. Semakin lama. Tangisannya menjadi semakin kuat dan sesekali terdengar Shuhada tertawa riang seperti seorang hamba yang mendapat kebebasan.