Arissa Daniel - 15
BAB 15

DANIEL mundar mandir di bilik pejabat. Apa yang dilihatnya semalam benar-benar membuat hatinya memberontak. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangan. Hari ini, selepas waktu kerja, dia akan berjumpa Gagak.

Daniel kembali duduk di kerusi. Hari ini segala kerja tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Serba tidak kena.

Oh my..kenapa aku asyik teringat kat dia Daniel meraup muka. Wajah gadis itu melekat kuat di benaknya.

Dia bingkas bangun semula. Kunci kereta dicapai dari dalam laci meja. Bergegas Daniel melangkah keluar dari pejabat.

DI sebuah restoran, Gagak sudah menunggunya di situ. Laju langkahnya menuju ke tempat Gagak.

Any news Daniel segera melabuhkan punggung di kerusi.

Ada bos. Ni. Gagak hulur sampul surat pada Daniel.

Pantas Daniel membuka sampul surat itu dan meneliti isi kandungannya. Ada beberapa foto dan juga maklumat lain.

Hmm...good. Kau siasat siapa lelaki yang cuba dekat dengan perempuan ni. Daniel memberi arahan baru. Foto itu diperhatikan lagi. Nampak begitu mesra.

Gagak mengangguk. Dia segera beredar dari situ.

Daniel masih meneliti maklumat yang diterima. Maklumat Tan Sri Johari, Datuk Mustafa dan juga anak gadis Tan Sri Johari.

Hmm..jadi anak orang tua keparat tu, best student in business study. Not bad. Daniel senyum. Dia perlu mengatur rancangan untuk membalas dendamnya dengan berhati-hati.

Maklumat mengenai Datuk Mustafa juga turut diteliti. Dia senyum sinis. Datuk Mustafa rupanya ayah Sharif. Betapa kecil dunia ini.

No wonder..Sharif pun ada perangai sama dengan Datuk Mustafa.

Daniel bingkas bangun. Sempat dia membeli sejambak bunga ros merah bila melewati sebuah kedai bunga di situ.

ARISSA mula berkemas-kemas. Dia jeling jam di dinding. Jarum jam sudah menghampiri lima petang. Sehari suntuk dia membuat analisa dan juga memeriksa laporan ujian analisa.

Ehem!

Arissa mendongak. Syed Faizal sudah tersengih di muka pintu. Ada sejambak bunga ros merah di tangan lelaki itu.

Ya Muka Arissa sudah berkerut. Matanya jatuh pada bunga ros. Nak tayang bunga pemberian makwe la tu.

Wah..dalam diam awak dah ada secret admirer.. Syed Faizal menapak ke meja Arissa. Bunga itu dihulur kepada Arissa.

Bunga siapa ni Teragak-agak Arissa menyambut bunga yang dihulur Syed Faizal.

Kan ada nama awak tu! Syed Faizal sengih. Dia menapak keluar dari bilik Arissa.

Arissa masih melihat bunga di atas mejanya. Ros merah sejumlah sepuluh kuntum itu begitu cantik. Kad yang terselit di celah bunga dibelek seketika.

Siapa yang hantar niKad itu dibelek lagi. Hanya ada namanya sahaja.

Hmm...ni tentu dari Tuah tapi kenapa ros merah Dia kan sudah tahu yang aku suka ros putih.. Arissa meneka sendiri. Dia cium bau harum bunga itu berkali-kali.

Saat ini, dia mula terbayang wajah lelaki yang hanya dikenali sebagai Adam. Pertama kali melihat lelaki itu, hati dan perasaannya seperti tidak keruan. Ada rasa pelik bertapak di hati. Ada rasa aneh menerjah ke setiap sudut hati.

Ya Allah..kenapa aku asyik ingat pada dia Arissa meraup muka. Bunga yang diterima tadi ditatap lagi.

Alangkah indahnya jika bunga ini pemberian dari dia. Ah! Aku dah gila agaknya. Dia kan bukan muslim! Arissa senyum hambar. Bunga itu diletak semula di atas meja. Kerja yang tertangguh tadi dihabiskan segera. Tadi Nelissa menghubunginya dan ingin berjumpa di Alamanda.

SENYUMAN terukir indah di bibir. Nelissa dilihat sudah menunggunya di sebuah bangku mengadap ke kolam air pancut. Perlahan dia mendekati Nelissa yang asyik merenung kolam itu.

Assalamualaikum!

Nelissa berpaling ke kiri. Dia sengih.

Waalaikumussalam. Datang pun kau! Nelissa mengensot sedikit memberi ruang kepada Arissa duduk di sebelahnya.

Ada apa kau nak jumpa ni Arissa melabuhkan punggung sebelah Nelissa.

Amboi saintis muda ni! Mentang-mentanglah dah naik pangkat, nak jumpa aku pun susah Nelissa mencebik.

Alah Nely..aku tanya macam tu je pun, kau dah buat kesimpulan macam tu. Aku bukan hidung tinggi. Tak ada maknanya nak sombong ni. Gaji aku ciput je. Arissa kenyit mata.

Mulalah tu!Nelissa sengih lagi.

Arissa mula ketawa.

Arissa..aku keliru sekarang ni. Aku rasa pelik.

Keliru Pelik Kau cakap apa ni Arissa pandang Nelissa yang kelihatan mula serius.

Semalam..aku..aku.. Nelissa pandang Arissa yang masih memandangnya tidak berkelip. Dia senyum.

Aku apa Arissa semakin tidak sabar. Geram dengan Nelissa yang suka membuat kejutan.

Adam..dia...dia..

Dia apa Arissa tidak berkelip memandang Nelissa.

Dia ajak aku keluar. Kau percaya tak Nelissa tunjuk sejambak bunga ros merah pada Arissa.

Arissa terdiam. Dia menelan liur. Terpaku mendengar kata-kata Nelissa tadi.

Ajak kau keluarNada Arissa sudah kendur. Dia beralih melihat ke arah kolam.

Ya. Aku macam tak percaya je. Tengok ni! Nelissa hulur sekeping kad yang diambil dari celah bunga.

Arissa membaca perlahan bait ayat yang tertulis di atas kad. Hatinya bagai terasa ditikam. Kad itu dihulur semula kepada Nelissa.

Kau macam mana Arissa pandang Nelissa yang masih menatap bunga ros merah.

Maksud kau Nelissa mendongak.

Ya la..mamat tu dah confess yang dia suka kau. Kau suka ke dia Arissa menjeling Nelissa di sebelah.

Nelissa diam seketika. Jauh di sudut hati dia masih rindu dan cintakan kekasih hatinya. Ya..kekasih hati yang telah meragut kesuciannya dulu. Air matanya mula bergenang.

Nely..kenapa ni Maaf, kalau soalan aku tadi buat kau rasa sedih macam ni. Arissa sentuh bahu Nelissa.

Tak..aku hanya teringat kat seseorang. Seorang yang aku sangat sayang. Dan Adam..aku pun tak tahu nak buat macam mana. Aku ingat dia suka kau. Sejak bertemu dulu, dia asyik pandang kau. Tak sangka pula dia.. Kata-kata Nelissa terhenti. Dia perasan Arissa dari tadi sudah berubah riak.

Weh! Kan aku dah cakap. Kau memang suka mamat Inggeris tu kan Nelissa cuba usik Arissa.

Eh, mana ada! Untuk pengetahuan kau, aku dah ada secret admirer aku sendiri. Kan dulu aku ada cakap, aku tak suka lelaki asing dan aku suka pada lelaki yang ada keturunan pendekar. Arissa cepat-cepat menangkis.

Ya Siapa lelaki bertuah tu Nelissa pula teruja.

Kau masih ingat pada lelaki yang ada motorsikal besar tu

Nelissa berkerut kening kemudian dia mengangguk.

Rupanya selama ini dia sukakan aku. Semalam dia confess depan aku dan beri aku sejambak bunga. Arissa mula buka cerita. Kisah cinta lelaki itu yang baru bermula.

Really Siapa nama dia Nelissa semakin teruja.

Tuah.

Wow! Your dream comes true! Nelissa senyum lebar.

Arissa senyum hambar. Baginya, dia tiada sedikitpun ada rasa pelik atau aneh seperti mana yang dirasai pada Adam. Apakan daya, Adam memilih Nelissa. Kecewa mula menebak jiwa.

Tahniah! Aku rasa Tuah tu seorang lelaki yang baik. Aku sokong kau dengan dia. Semoga kau dan Tuah ada jodoh. Nelissa peluk Arissa seketika.

Aku juga harap Adam tu akan memeluk Islam dan menikahi kau.. Arissa tunduk. Rasa aneh yang bertapak dalam hatinya untuk lelaki bernama Adam terpaksa dilupakan.

Arissa..pandang aku. Nelissa pegang bahu Arissa. Kini wajah mereka bertentang. Kedua pipi Arissa disentuh lembut.

Aku tak cintakan Adam. Aku tahu kau ada hati pada Adam. Kenapa kau terima cinta Tuah Nelissa memandang tepat ke mata Arissa.

Arissa tunduk.

Kau jangan menidakkan perasaan kau Arissa. Aku tahu kau dan Adam sama-sama suka. Apa yang aku tak tahu, kenapa dia ajak aku keluar, beri bunga dan kad cinta tu pada aku

Arissa mendongak. Lama wajah Nelissa ditatap. Mata kawan baiknya ditatap seketika. Ketawanya mula pecah.

Kau ni kenapa Ketawa pula! Nelissa mencebik.

Kau ni. Aku gurau je la. Aku tak pernah percaya pada lelaki tambah lagi lelaki macam Adam. Dah la bukan muslim. Kau percaya dia sukakan aku Kau percaya dengan lakonan dia tu Arissa ketawa lagi, cuba sembunyikan rasa kecewa di hati.

Nelissa diam. Dia perhatikan tingkah Arissa. Arissa cuba sembunyikan riak kecewa. Dia faham sangat dengan sikap Arissa.

Sudahlah. Dah nak maghrib ni. Jom balik. Arissa bingkas bangun.

Nelissa turut membuntuti Arissa yang sudah melangkah ke tempat letak kereta.

PULANG dari Alamanda tadi, Arissa tidak singgah di mana-mana. Tadi niatnya ingin membeli majalah dan novel namun terpaksa dilupakan.

Entah kenapa dia merasa sesuatu kehilangan bila mendengar cerita Nelissa tadi.

Arissa menapak ke balkoni bilik. Bintang yang berkerlipan di langit dipandang seketika. Fikirannya melayang pada perjumpaannya dengan Nelissa siang tadi. Sudah jelas Adam sukakan Nelissa.

Apa dah jadi pada aku ni Kenapa aku rasa macam ni Arissa sekali lagi meraup muka. Wajah Adam sering berlegar di ruang fikirannya.

Arissa berpaling. Telefon bimbitnya berdering kuat. Dia menapak semula ke arah katil. Nama yang tertera di skrin dilihat sekilas.

Tuah Arissa mula menjawab.

Lama mereka berbual. Hilang sedikit rasa kecewa di hati.

Hmm...aku perlu beri peluang kepada Tuah. Dia jujur dengan aku. Arissa letak semula telefon bimbitnya di atas katil.

Tubuhnya direbahkan ke atas katil. Esok, lepas kerja Tuah ingin bertemu di sebuah restoran.

Adam...mengapa jantung aku berdegup kuat.. Arissa sembam muka ke bantal. Dia perlu lupuskan wajah Adam dari benaknya. Tuah sepatutnya yang perlu difikirkan sekarang ini.

SEMENTARA ITU, Daniel berehat di balkoni biliknya sambil menikmati pemandangan malam di bandar KL. Dia teguk coklat panas yang dibancuh tadi. Surat khabar dibelek sekilas.

Huh! Kau dah tipu ayah aku, berani lagi kau canang makmal tu milik kau! Daniel hempas suratkhabar atas meja kopi. Hatinya mula panas.

Dia bingkas bangun ke palang balkoni, mendongak melihat keindahan malam yang diterangi bintang berkerlipan dan bulan yang terang bersinar.

Saat ini wajah gadis yang dicintai dalam diam mula bermain di ruang mata.

Aku harap dia suka bunga tu.. Daniel senyum. Matanya masih menala pada langit sambil menopang dagu.

Siapa pula yang call aku ni Daniel menyeluk saku pajamas dan melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia senyum. Lama dia berbual dengan Gagak.

Aku akan rampas semula makmal tu tapi sebelum tu, aku akan teruskan rancangan aku. Daniel senyum sinis. Rancangannya perlu dilaksanakan juga. Itu untuk memudahkannya memiliki semula makmal yang sepatutnya menjadi milik mendiang ayah. Maruah ayah perlu ditebus!

Maklumat yang diperolehi dari Gagak tadi cukup untuknya bertindak dan membalas dendam pada Tan Sri Johari dan juga Datuk Mustafa.

Rancangannya mesti diatur sebaik mungkin. Dia lihat pada tarikh di kalendar. Minggu depan, dia akan keluar dengan anak gadis Tan Sri Johari.

Rancangannya mesti dipastikan berjaya.