Lukisan Asmara - 15
Keempat Belas

YANG mendatang telah kembali seperti biasa. Kegusaran semalam telah pun melabuhkan tirainya. Benaknya kini, agak kurang memikirkan Alyssa. Kepulangan Alyssa kelmarin telah berjaya menyembuhkan duka hatinya. Pelukan erat Alyssa telah menyejukkan kalbunya dan membenamkan sengsaranya. Akhirnya, hari ini, dia telah kembali tersenyum.

Hai Rozi, ceria saja engkau hari ini. Kelmarin bukan main monyok lagi,

tegur Sabtu, rakan sekerja yang sentiasa mengikuti perkembangan Roziana dengan setianya. Satu pejabatnya tahu, bahawa Sabtu bin Jiwa, fasiliator unit amanah di bank tempat Roziana bekerja, telah lama menaruh hati pada wanita itu. Sabtu mula meminati Roziana sejak dia ditukarkan ke cawangan tersebut, dan semenjak itu hari-harinya sering diisi dengan senda gurau dan bual bicara dengan bunga idaman hati. Namun, isi hati lelaki itu sering disangkal oleh Roziana yang masih senang bersendirian itu. Status Sabtu sebagai duda anak satu yang kematian isteri lebih kurang sepuluh tahun lalu, hanya mampu merintis simpati dari sanubari Roziana tetapi bukan untuk mengisi hatinya.

Sabtu, Sabtu, engkau kalau sehari tak menyakat aku, memang tak sah hidup engkau, ya

sambut Roziana dalam senyuman manisnya yang sudah cukup mencairkan Sabtu.

Sudah hobi aku, nak buat macam mana. Ha, apa cerita adik angkat engkau yang keluar dari rumah hari tu Dia dah balikkah

tanya Sabtu yang teringatkan kisah yang mengundang duka di hati wanita pujaannya itu tempoh hari.

Alhamdulillah Sabtu, dah ada di rumah. Senang sangat hati aku sebab dia dah balik. Bukan apa, dia tu kan budak muda, berbagai-bagai perkara buruk boleh terjadi padanya di luar sana.

Keceriaan Roziana, membungakan kegembiraan di hati Sabtu yang amat gemar melihat senyumannya yang disertai dengan garisan halus di tepi pipinya. Bagi Sabtu, garisan itu bukanlah petanda dimamah usia, tetapi sebagai satu tanda yang menjadi saksi pengalaman yang pernah dilalui wanita cekal itu. Sedang Roziana asyik bekerja, telefon bimbitnya berbunyi. Setelah selesai berbicara dengan sang pemanggil, dia terus mencapai beg tangannya dan menghayun langkah untuk keluar. Sabtu yang hairan dengan sikap Roziana ketika itu, kelihatan termanggumanggu. Suatu penjelasan dinantikannya dari mulut Roziana.

Sabtu, aku ada hal penting nak kena keluar sekarang. Kalau bos tanya, engkau tolong beritahu dia, ya Andai kata aku tak balik lepas pukul dua ni, kira aku ambil off lah, hari ni,

pesan Roziana yang sempat menoleh seketika kepada Sabtu. Selepas itu, kelibatnya terus hilang dari pandangan Sabtu. Ke mana sahaja tujuannya, hanya Tuhan yang tahu. Sementara itu, Roziana yang sedang meluncur lancar dengan keretanya, masih teringat-ingat tentang panggilan telefon yang baru diterimanya, sebentar tadi. Dia tidak mengerti bagaimana mereka boleh mencarinya untuk diberikan perkhabaran itu.

Hello, ini Cik Roziana ke Maafkan saya, jika mengganggu cik. Sebenarnya, saya adalah Puan Suzana, dari Yayasan Kebajikan Nur Ihsania. Ada berita yang hendak saya sampaikan kepada cik mengenai Puan Mariana,

jelas Puan Suzana memperkenalkan dirinya.

Begini cik, Puan Mariana sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur, di dalam Unit Rawatan Rapi. Dia perlu sangat nak berjumpa dengan Cik Roziana dengan kadar segera. Harap-harap cik dapat datanglah, ya

Pesanan Puan Suzana itu mula membuatkan perasaannya jadi tidak enak. Jiwanya tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi kepada Mariana. Mariana hilang tanpa sebarang khabar berita sebaik sahaja Alyssa selamat dinikahkan dengan Tuan Fahreen tempoh hari. Ke mana dia selepas itu, tiada sapa yang tahu. Dari dahulu, hidup Mariana penuh dengan tanda tanya. Roziana tidak begitu mengenalinya dengan mendalam kerana dia tidak punya kesempatan itu. Namun, jauh di sudut hatinya Roziana tahu, ada sesuatu yang dipendam oleh wanita itu yang terus menyeret dirinya menuju kehancuran itu. Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Mariana sejak akhir-akhir ini dan berharap tiada lagi ujian kritikal untuknya. Ketibaan dia di lobi Hospital Kuala Lumpur disambut mesra oleh Puan Suzana dan pembantunya, Ochah. Roziana tidak tahu bagaimana mereka boleh mengenalinya lalu menyapanya. Apa yang penting sekarang ialah mengetahui keadaan Mariana yang dimasukkan ke ICU itu.

Cik Roziana, kan Saya Puan Suzana, orang yang menghubungi cik sebentar tadi. Kenalkan, ini Ochah, pembantu yang bertanggungjawab menjaga Puan Mariana selama dia di bawah seliaan kami. Kami minta maaf kerana terpaksa menyusahkan cik sehingga terpaksa datang ke sini. Sebenarnya, ini adalah permintaan Puan Mariana sendiri dan dia hanya memberikan nombor telefon cik untuk kami hubungi sekiranya terjadi sesuatu kepadanya,

jelas Puan Suzana yang melihat Roziana yang masih dalam tanda tanya itu.

Apa sebenarnya yang telah terjadi pada Puan Mariana, puan Bagaimana dia boleh berada di sini Tadi, puan ada beritahu saya bahawa puan ini dari Yayasan Nur Ihsania, yang bertanggungjawab menyelia Puan Mariana. Boleh saya tahu, apa masalah Mariana sehingga dia dikawal selia sebegini

Puan Suzana faham dengan situasi bingung yang masih membelenggu Roziana ketika itu. Siapalah yang tidak berasa cuak, andainya sudah beberapa lama tidak berhubungan dengan kenalannya itu, akhirnya dihubungi untuk dikhabarkan berita seaneh itu. Dia sudah biasa menangani masalah kekeliruan keluarga pesakit seperti itu kerana ramai pesakit yang merahsiakan penyakit merbahaya mereka dari pengetahuan keluarga mereka.

Begini Cik Rozi, sebenarnya yayasan kami bertanggungjawab untuk menjaga dan menyelia pesakit-pesakit HIV Aids, yang tidak berwaris, ataupun yang dihantar oleh keluarga mereka secara sukarela,

ujar Puan Suzana membuka cerita. HIV Aids Apakah Mariana sudah ditimpa bala penyakit merbahaya itu Muka Roziana berubah menjadi merah padam apabila mendengar nama penyakit itu disebut oleh Puan Suzana. Walau bagaimanapun, dia cuba menahan kesabarannya bagi memberi ruang kepada Puan Suzana untuk menerangkan kepadanya dengan lebih mendalam lagi.

Puan Mariana telah disahkan menghidapi penyakit Aids lebih kurang dua tahun yang lalu. Namun, keadaannya jadi bertambah kronik sejak akhir-akhir ini. Dia diserahkan di bawah jagaan kami oleh pihak hospital, tak sampai beberapa bulan yang lalu. Itupun setelah mereka memberikan rawatan kepadanya, apabila dia didapati tidak sedarkan diri di rumahnya. Semalam pula, dia diserang sawan dan kejang di pusat kami. Bila kami bawa dia ke sini, dia terus ditempatkan di ICU,

beritahu Puan Suzana dengan suara perlahan. Roziana melopong mendengarnya.

Cik Roziana, doktor beritahu kami yang harapannya untuk bertahan lama, amat tipis sekali. Sekarang ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu selama mana usianya. Pihak hospital telah mengarahkan kami untuk bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan dalam tempoh terdekat ini. Semangatnya hancur dan dia hidup dalam tekanan yang menyebabkan kesakitannya bertambah teruk.

Melihatkan wajah Roziana semakin cemas, Ochah pun mencelah,

Cik Roziana, Mak Cik Mariana pernah beritahu saya yang dia punya seorang anak perempuan, tetapi dia tak mahu kami maklumkan kepada anaknya itu mengenai keadaannya sekarang. Hanya Cik Roziana sahaja, dia mahu kami hubungi sekiranya penyakitnya jadi tambah teruk atau sudah tidak punya harapan lagi. Kasihan dia, hidup dan fikirannya tidak tenteram semasa dia mula-mula masuk ke yayasan kami hari itu.

Ya Allah, getirnya cubaan hidupmu, Kak Mariana,

keluh Roziana di dalam hatinya. Akhirnya, Roziana dibenarkan masuk untuk menemui Mariana setelah mendengar penjelasan Puan Suzana dan Ochah. Dia juga diberikan butiran terperinci oleh doktor yang bertugas. Pelbagai nasihat dan pesanan diberikan kepadanya sebelum masuk ke bilik yang menempatkan wanita malang itu, sebagai langkah berjaga-jaga mengikut peraturan yang ditetapkan pihak hospital. Perlahan-lahan daun pintu wad ICU ditolak Roziana, bagi mengelakkan Mariana dari tersentak. Mariana sedang tidur dengan nyenyaknya, namun keadaannya amat mengharukan sekali. Roziana tidak pernah melihat Mariana terdampar sakit sebegini teruk sekali. Segala nikmat dan keindahan dirinya, seolah-olah sudah ditarik balik oleh Yang Maha Kuasa. Cuma tinggal sisa-sisa untuk dihabiskan, sebelum meneruskan perjalanan ke alam barzah kelak.

Dalam tenang, Roziana dapat mendengar pernafasan Mariana yang tidak teratur, seakan-akan mengalami sesak nafas. Hujung jari-jari dan bibirnya sudah mula kebiruan, manakala kerangka tubuhnya mengalami kesusutan yang amat ketara sekali. Kulitnya yang melepuh dan pecah akibat dijangkiti kuman itu sudah merebakkan kudis yang mengeluarkan nanah yang berbau busuk. Itu tidak termasuk keadaan anggota bahagian dalamannya lagi. Doktor ada memaklumkan bahawa terdapat jangkitan yang teruk di bahagian kemaluannya yang diberi nama vaginal candidiasis iaitu keputihan yang menyebabkan kesakitan yang teruk dan gatal. Keadaan itu menyebabkan ia berbau kuat. Roziana pun tidak begitu mengerti sangat dengan istilah perubatan itu. Walau bagaimanapun, dia dapat juga menghidu bau yang dimaksudkan itu. Namun demi Mariana, ditahannya juga. Simpatinya terhadap Mariana jadi begitu mendalam lagi. Mariana sekarang sedang bergelut dengan takdir hidupnya sendiri. Dia sedang berjuang di saat-saat akhirnya. Penderitaan yang dialami Mariana membuatkan Roziana insaf dan merasakan bahawa, tiada satu pun umat di dunia ini akan terlepas dari hukuman terhadap segala kesalahan yang telah dilakukannya.

Semoga azab yang sedang ditanggung oleh Mariana akan meringankan beban dosanya, doa Roziana. Roziana lantas terkenangkan Alyssa, satu-satunya waris Mariana yang masih ada di muka bumi ini. Dia tidak dapat membayangkan bagaimanakah perasaan Alyssa, jika mendapat tahu perihal penyakit yang dideritai oleh mamanya itu. Kalau difikir dari sudut positif, Alyssa pasti boleh menerima keadaan mamanya itu, malahan mungkin juga perasaan bencinya bakal bertukar menjadi simpati dan kasih. Tetapi, jika diambil kira sudut negatif, pastinya Alyssa akan menjadi lebih kecewa dan marah dengan keaiban yang sedang ditanggung mamanya itu, atas keterlanjuran dan dosa-dosanya. Pandangan orang muda seperti Alyssa agak berbeza. Fikiran mereka lebih drastik dalam menyatakan kesalahan dan kesilapan, sehingga mereka terkadangnya lupa, bahawa segala penyakit datang dari Allah. Kita sebagai hamba, kena reda dengan segala takdirnya.

Pening kepala Roziana memikirkan, bagaimana untuk dia menyampaikan perkara tersebut ke telinga Alyssa. Dia bimbang, berita itu akan menambah tekanan di dalam jiwa dan fikiran remaja itu. Dalam sibuk melayani perasaannya sendiri, Roziana terlihat Mariana mula menggerak-gerakkan tangan dan kepalanya, seolah memberi isyarat bahawa dia mahu membuka matanya bagi melihat dunia yang bakal ditingalkannya tidak lama lagi. Perlahan-lahan kelopak matanya yang longlai itu diangkat. Sejurus dia membuka mata, dia terus ternampak Roziana sedang terpaku merenung ke arahnya.

Rozi, dah lama sampai Maaf, akak tak sedar tadi,

ujar Mariana perlahan.

Tak apalah Kak Mariana, saya faham keadaan akak sekarang. Akak jangan banyak bergerak sebab kondisi akak sekarang tidak begitu baik,

ujar Roziana cuba menegah Mariana dari cuba untuk bangun. Namun, Mariana tetap juga mahu menggagahkan dirinya untuk bangkit, sekurang-kurangnya untuk menegakkan kepalanya. Tiada banyak yang boleh dibicarakan dengan Roziana jika dia kekal dalam posisi berbaring itu. Silap-silap, dia bakal terlena semula kerana matanya terasa amat berat sekali. Dia harus menahan kelemahan itu seketika, demi menunaikan hasratnya untuk menceritakan suatu perkara yang dianggap begitu penting, kepada Roziana. Dia mahu, matinya nanti dalam keadaan tenang, setelah dia meleraikan segala apa yang terbuku dan tersirat, selama ini.

Rozi, terima kasih sebab sudi datang untuk berjumpa dengan akak di sini,

ucap Mariana dengan suara yang terketar-ketar. Roziana hanya terdiam sambil tersenyum. Dia tidak mahu mengganggu fokus Mariana. Biarlah Mariana sahaja yang bercerita. Tugasnya di situ hanya mendengar. Mungkin itu perkara yang boleh dilakukannya bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung Mariana.

Mula-mula, maafkan akak, sebab keadaan akak sekarang membuatkan Rozi jadi tidak selesa dengan akak. Akak tahu, akak busuk, hanyir dan hina. Tentu Rozi jijik dengan akak, kan

ujar Mariana yang masih tidak sudah-sudah dengan ucapan maafnya.

Kak Mariana, saya tak salahkan akak dengan keadaan akak ini. Penderitaan yang akak tanggung, lebih teruk lagi dari bau-bau yang saya hidu ini. Ini dugaan dari Allah kak, saya harap akak tabah menghadapinya. Saya terus sahaja datang ke sini sebaik sahaja menerima panggilan telefon dari Puan Suzana, tadi. Maaf kak, saya tak sempat nak beritahu pada Alyssa,jelas Roziana dengan penuh rendah hati. Sejurus mendengar nama Alyssa, Mariana tersentak dan terus berkata,

Tidak Rozi, tolonglah jangan beritahu apa-apa pada dia lagi. Akak tak mahu dia tahu keadaan akak sekarang, sebab akak tak mahu rosakkan perasaannya lagi. Cukuplah dengan derita yang telah akak ciptakan untuk dia selama ini.

Roziana hanya dapat mengangguk tanda akur dengan permintaan Mariana itu. Dia sendiri sudah terfikirkan perkara yang sama tadi. Dia belum terasa untuk mengheret Alyssa ke kancah masalah mamanya lagi. Alyssa baru sahaja kembali semula ke rumahnya dan dia tidak mahu berita itu merobek sanubarinya semula.

Kalau dah macam tu permintaan Kak Mariana, saya menurut sahaja. Saya percaya, akak punya sebab akak yang tersendiri. Tapi, saya percaya, suatu hari nanti, Alyssa pasti akan memahami keadaan akak sekarang, dan dia harus menerimanya dengan hati terbuka.

Ro..ro..zi, tujuan akak panggil Rozi ke mari adalah kerana akak hendak menceritakan tentang hal yang belum pernah Rozi, mahupun Alyssa mengetahuinya. Ianya berkenaan dengan Alyssa dan siapa dia yang sebenarnya,

beritahu Mariana dengan suara terketar-ketar. Kali ini, Roziana benar-benar rasa terkejut. Mengapa dengan Alyssa dan siapakah dia yang sebenarnya Apakah ada rahsia tersembunyi yang telah mencetuskan segala kecelaruan, selama ini Apa yang Mariana simpan tanpa pengetahuan anaknya itu Sedang dia sibuk memikiri jawapan kepada setiap persoalan itu tadi, Mariana hanya merenungnya lesu. Tetapi pandangannya sudah cukup untuk menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk menjawab segala persoalan yang sedang tercetus di benak Roziana, kerana memang itulah tujuan sebenarnya menyuruh wanita itu untuk datang bertemu dengannya.

Dia ingin menceritakan sesuatu tentang Alyssa, yang sudah bertahun-tahun menjadi rahsia mereka sekeluarga, terutama sekali Mariana dan suaminya, Sulaiman Bakhtiar. Sementara itu, suasana tegang masih lagi menyelubungi Puan Suzana dan Ochah, di luar ICU itu. Mereka sudah menjadi penunggu setia wad tersebut sejak tengah malam semalam, ketika Mariana diserang kekejangan yang melampau. Mereka setia menanti perkembangan Mariana dan tidak sedikit pun berniat untuk beranjak dari tempat tersebut, sebelum memastikan keadaan Mariana. Mujurlah mereka masih punya ramai sukarelawan yang setia bersama pihak yayasan untuk membantu pesakit-pesakit lain yang ditinggalkan ketika itu. Informasi terbaru yang mereka terima dari doktor sebentar tadi, bahawa Mariana bakal mengalami kekejangan lagi pada bila-bila masa, yang boleh menjurus kepada kematiannya. Badannya juga sudah terlalu lemah dan sukar untuk menerima segala ubatubatan yang cuba dibekalkan ke dalam tubuhnya.

Dalam erti kata lain, mereka harus bersiap sedia menghadapi pemergiannya dalam waktu terdekat. Nampak gayanya, tidak lama lagi segala penderitaan yang ditanggung Mariana bakal berakhir. Tidak berapa lama kemudian, kelihatan Roziana akhirnya melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Mariana. Dia berjalan longlai dengan matanya merah dibasahi hujan air mata. Di tangannya, tergenggam sepucuk surat putih untuk disampaikan kepada Nurul Alyssa. Itu adalah amanat yang dititipkan oleh Mariana kepadanya.

Rozi, tolong beritahu Alyssa tentang segalagalanya, bila akak sudah tiada lagi kelak. Di sini pula, ada sepucuk surat yang telah akak tulis untuk tatapan Alyssa. Tolong serahkannya pada Alyssa sebaik sahaja akak dikebumikan nanti. Tolong ya, dik,

pinta Mariana sambil mengenggam erat tangan Rozi yang memegang suratnya itu. Nafasnya semakin tercungapcungap. Inilah akhirnya ketentuan untuk Mariana. Selama ini, ramai yang telah meletakkan kesalahan terhadapnya seorang sahaja. Roziana tidak menyangka, bahawa Mariana menyimpan satu rahsia yang selama ini merobek kebahagiaannya. Jesteru itu, dia juga turut berasa kasihan kepada Alyssa kerana telah dinafikan haknya untuk mengetahui hal sebenar tentang dirinya. Bercelaru sungguh perjalanan hidup keluarga itu. Akhirnya mengundang kemarau kasih yang berpanjangan hingga sepanjang hayat. Namun, amanat tetap amanat. Roziana perlu melaksanakan amanat itu nanti dengan sebaik mungkin, agar Alyssa dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Dia juga turut berharap agar surat Mariana yang sedang berada di tangannya itu, dapat membantunya untuk berhadapan dengan tuntutan penjelasan Alyssa kelak. Apa yang penting nanti, Alyssa dapat menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka.

Woi, janganlah buat muka macam tu. Macam minah senget saja, aku tengok,

sapa Alyssa apabila melihat Elly menjuihkan bibirnya, sambil terus menjelirkan lidahnya dengan mata terbeliak. Ada sebabnya, mengapa Elly berkelakuan sedemikian. Dia baru sahaja merenung memo yang diserahkan kepadanya sebentar tadi. Memo itu, turut diterima seluruh warga kerja Tajul Holdings. Ianya berkaitan dengan agenda percutian atau lebih dikenali sebagai Hari Keluarga untuk seluruh pekerja Tajul Holdings yang akan diadakan di Genting Highlands, tidak lama lagi.

Penganjur acara, Che Ros Che Gerin, penyelia acara dan permainan, Che Ros Che Gerin, juru acara majlis makan malam dan sukaneka, Che Ros Che Gerin, pengurus hadiah dan cenderamata, Che Ros terlukis. indd 341 11/2/2012 8:58:01 AM 342 lukisan asmara Che Gerin, pegawai disiplin dan tatacara, Che Ros Che Gerin. Dei, berapa banyak nama Che Ros Che Gerin di sini, daa Apa, nama orang lain tak ada ke

getus Elly yang bengang membaca memo yang diterimanya itu. Seloroh Elly itu sudah cukup untuk menggamatkan seluruh aras itu. Bukan dia sahaja yang bengang dengan arahan di atas memo itu, malah rata-rata rakannya yang lain juga turut berasa bengang. Begitu juga Alyssa, yang terus mendapatkan Elly, sebaik sahaja dia menerima benda yang sama. Boleh dikatakan, setiap agenda yang direncanakan sempena Hari Keluarga itu nanti, pasti akan tertera namanya.

Huh, betullah perempuan ni memang gila kuasa. Mentang-mentanglah management dah lantik dia sebagai salah seorang penaung acara-acara tahunan pekerja. Kalau boleh, semua acara dia nak monopoli. Banyak cantik muka dia,

sungut Arul, kerani penghantar atau lebih dikenali sebagai despatch syarikat berkenaan. Sesungguhnya, tiada siapapun yang berkenan dengan sikap dan peribadi Che Ros itu. Sifat sombong dan bongkaknya menjadi perencah dalam umpatan dan kejian rakan-rakan sepejabatnya. Hanya orangorang dekat atas sana sahaja yang tidak tahu betapa Che Ros dibenci kerana sifat perasan bagus dan gila kuasanya itu. Tiada siapa pun yang berkenan pada anak gadis yang bakal mencatat status andalusia tidak berapa lama lagi itu.

Aku dah agak, macam tahun-tahun dulu juga, mesti tak berubah punya,

sambung Atikah pula.

Aku nak hantar notis bantahanlah. Aku nak sack dia dari position ini. Eh, apa hak dia nak arah-arah kita pula,

ujar Ibnu, juga salah seorang kerani di situ. Dia juga membantah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Che Ros. Setiap tahun, Che Ros Che Gerinlah yang menetapkan segala peraturan Hari Keluarga, baik dalam aturcara majlis formal, santai dan acara permainan atau sukaneka. Mereka sebenarnya, tidak kisah jika peraturan yang ditetapkannya itu logik dan boleh diterima pakai. Tetapi apa yang digariskannya itu, tidak boleh diterima akal langsung. Mereka hairan, bagaimana pihak pentadbiran boleh meluluskan usul bangangnya itu. Antara perkara tidak masuk dek akal yang ditetapkannya ialah etika berpakaian ketika menghadiri majlis makan.

Mereka dikehendaki sentiasa berpakaian formal, di mana lelaki perlu berpakaian kemeja dan berseluar panjang, ala-ala imej mereka ketika ke pejabat. Mereka tidak boleh terima itu semua. Ini adalah Hari Keluarga yang diraikan khas dalam keadaan santai. Jadi, terserah pada mereka untuk mengenakan pakaian yang mereka suka, asalkan ianya tidak menjolok mata. Peraturan lain yang menjelakkan mereka lagi ialah ketika sukaneka atau permainan sedang diadakan, mereka tidak dibenarkan terkinja-kinja, bersorak atau mengganggu ketenteraman awam. Ianya hendaklah dijalankan dalam suasana yang tenang dan aman.

Kalau begitu, lebih baik buat kita kenduri bacaan Yasin sahaja, dah tentu aman. Jangan buat sukaneka kerana acara itu kita semua tentu akan terkinja-kinja dan bersorak-sorak,

kata Mira sambil melihat memo yang diterimanya.

Elly, agak-agak engkaulah ya, tahun ini akan jadi kecoh lagi tak, macam tahun-tahun lepas tu Aku ingat lagi, tahun lepas, Group Abang Din bertekak besar dengan Che Ros, sampai Puan Imah, Head of HR kita tu, kena masuk campur untuk tenangkan keadaan,

tanya Atika.

Mestilah, silap-silap lagi kecoh punya. Engkau tengoklah memo ni, boleh dikatakan semua agenda ada tertulis nama dia. Boleh jadi perang dunia ketiga tau. Che Ros tu ingat, semua orang setuju dengan apa yang dia buat, kut,

terang Elly pula. Keriuhan yang tercipta dari kehadiran memo itu, telah menggamatkan suasana pejabat yang tenang sahaja, sejak dari pagi itu. Ramai yang mengomel sesama sendiri, tidak kurang pula yang mengoyak memo itu kerana tidak berpuas hati. Rata-rata mereka mengutuk apa yang tertulis di dalam memo itu, secara terang-terangan. Dalam suasana kehangatan yang kian membara itu, tiba-tiba muncul Che Ros yang kononnya mahu memberi penjelasan lanjut mengenai memo yang diedarkan tadi. Dia tahu, mereka pasti membantah apa yang disampaikan melalui memo itu. Malahan dia sedar, ramai yang tidak sebulu dengannya. Namun, dek kerana muka temboknya itu, dia buat tak tahu sahaja dan kekal dengan imej dan sikapnya yang sombong itu.

Well, guys, Im sure you all dah baca isi memo, yang you all baru dapat tukan So, I harap you all faham dan akan mematuhi segala apa yang tertera dalam memo tersebut. No further explaination will be given to you, because it is clearly stated in there, in a very simple manner. Sesiapa sahaja yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan, akan diambil tindakan,

katanya meniup lagi api kebencian rakan-rakannya, kepadanya.

Ingat, Tuan Fahreen akan turut serta dalam program Hari Keluarga kali ini. So, I tak mahu terjadi sebarang kekecohan kelak.

Ala Che Ros, kalau terjadi apa-apa kekecohan atau perbalahan sekali pun, semuanya itu berpunca dari Che Ros juga. Kami semua tak berpuas hati dengan apa yang Che Ros dah tetapkan. Che Ros sahaja yang syok sendiri,

sampuk Encik Din seorang arkitek, yang sayup kedengaran suaranya dari kejauhan. Che Ros hanya tersenyum walaupun dia tidak dapat mencari dari mana datangnya suara itu, dan berkata,

Well, management yang elect I untuk jadi yang berusaha di sini. So, ada I kisah, kalau you all tak agree So, you all better watch out, okay.

Dengan lagaknya yang sinis itu, dia pun mula berlalu dengan menghentakkan kasut tumit tingginya dengan agak kuat, sebagai arahan untuk mereka semua mematuhinya. Dia tidak mahu ambil peduli dengan soal jawab mereka kerana segala-galanya telah dimaktubkannya. Mereka hanya perlu mematuhinya sahaja.

Korang tengoklah tu, berlagak punya betina. Dia ingat company ni, bapak dia yang punya ke

celoteh Mira yang masih tidak berpuas hati. Di ruangannya pula, Che Ros berasa sungguh puas kerana dia telah berjaya membuktikan kuasanya kepada mereka semua. Biar semua orang sedar bahawa Che Ros adalah salah seorang orang kepercayaan syarikat dan punyai masa depan yang baik untuk bergelar pengurus suatu hari kelak. Sedang dia sibuk melayani perasaan syok sendirinya itu, dia telah dipanggil oleh Tuan Fahreen.

Yes, anything tuan

tanya Che Ros dengan lenggok manjanya, namun sedikit pun tidak menarik perhatian Tuan Fahreen.

Saya baru sahaja baca memo yang telah kamu edarkan kepada semua staff,

jelas Tuan Fahreen pula.

Macam mana, tuan Okey ke Any comment

tanyanya pula. Hatinya meronta-ronta kerana ingin menagih pujian dari bos kesayangannya itu kerana baginya dia sudah melaksanakan segala tugasnya dengan begitu sempurna sekali.

Lantaklah apa orang lain nak kata, yang penting bos suka,

bisik hatinya.

Patutlah saya dengar bising-bising di bawah tadi. Jikalau dah begini ceritanya, saya pun tak puas hati,

komen Tuan Fahreen pula. Cis! Bagaimana cerita tentang ketidakpuasan hati mereka semua boleh sampai ke pengetahuan Tuan Fahreen Berani sungguh mereka menyampaikan bantahan terus kepada orang atas. Mereka tentu tidak kenal siapa Che Ros lagi, agaknya. Tersentap seketika, hati Che Ros ketika itu.

Boleh tak awak design peraturan Hari Keluarga ni, in a logical manner, Che Ros. Saya tengok, garis panduan yang awak letakkan di sini, lebih keras berbanding dengan tahun-tahun lepas. Awak tak rujuk dengan sesiapa ke, sebelum awak keluarkan memo ni

tanya Tuan Fahreen yang juga kelihatan tidak bersetuju dengannya. Perlukah dia lakukan itu Bukankah dia sudah dilantik oleh pihak pengurusan sendiri, untuk menyelia segala hal berkaitan Hari Keluarga itu. Jadi, mengapa perlu dia melakukan perbincangan dengan sesiapa lagi Pendapatnya sendiri, sudah memadai untuk dijadikan akta.

But, why tuan Saya rasa, memo dan peraturanperaturan yang telah saya tetapkan, tidak ada cacat celanya. Saya buat semua ini, bagi memastikan kelancaran perjalanan acara Hari Keluarga, itu sahaja. Jika semua berjalan menurut apa yang telah saya gariskan di situ, saya percaya pasti tidak akan timbul sebarang kekecohan,

jawab Che Ros dengan yakinnya.

Kamu lupa dengan apa yang telah terjadi tahun lepas Nasib baik tak jadi pergaduhan antara kamu semua. Saya tak mahu perkara yang sama berulang kembali. Saya anjurkan acara tahunan ini, sebagai penghargaan kepada semua pekerja saya. So, saya lebih suka dengan konsep yang santai dan relax sahaja. Kasihan dengan mereka sebab mereka sudah berhempas pulas bekerja demi kemajuan syarikat ini.

Saya tengok konsep yang cuba kamu ketengahkan ini, terlalu formal. Che Ros, kita ni semua nak pergi Family Day, bukannya Majlis Anugerah. Tak perlulah awak design terlalu banyak peraturan. Yang pentingnya, mereka jaga tingkah laku dan tidak melanggar undangundang negara, cukuplah. Kamu jangan lupa Che Ros, keluarga para pekerja juga, turut serta dalam percutian ini. Siapa kita, untuk beri arahan kepada mereka

terang Tuan Fahreen lagi. Kelat sahaja muka Che Ros mendengar komen dari Tuan Fahreen itu. Dia tidak menyangka bahawa bosnya itu sependapat dengan pekerja-pekerja di bawah sana. Nampak gayanya, dia terpaksa menarik balik memo yang telah diedarkan itu. Tentu mereka semua akan mentertawakannya nanti. Oh tidak, dia tidak sanggup untuk menghadapi cemuhan dan sindiran mereka nanti. Apa-apa yang terjadi sekali pun, dia harus lebih dalam segala-galanya dari mereka semua kerana dia adalah pembantu peribadi Tuan Fahreen.

Please Che Ros, jangan rumitkan keadaan yang simple macam ini. Saya nak kamu re-design balik memo ini dan tolong dapatkan pengesahan Puan Imah, mengenai perkara ini. Saya tak mahu kamu pandai-pandai sendiri, faham

tegas Tuan Fahreen seterusnya. Che Ros hanya menganggukkan kepalanya, lalu mencapai kertas yang dihulurkan oleh Tuan Fahreen, sebelum kembali ke mejanya. Panas membara hatinya dengan komen-komen yang diutarakan oleh Tuan Fahreen, tadi. Dia bengang kerana Tuan Fahreen tidak menyokong tindakannya terhadap pekerja-pekerja Syarikat Tajul Holdings itu.

Huh, tak guna betul. Tak fasal-fasal aku kena buat semula benda ni. Tuan Fahreen pun satu, apa nak diambil kisah sangat tentang perasaan mereka tu semua. Pedulikan sajalah. Hi, bencinya aku!

bentak Che Ros lagi sambil menghentakkan mejanya. Tanpa diduga, satu fail tebal yang terletak betulbetul di bucu meja, tiba-tiba terjatuh dan dan menimpa hujung jari kakinya.

Aduh, Sakitnya!

jerit Che Ros. Tengah hari itu, Elly menikmati makanan tengah harinya bersama Alyssa di warung biasa kesukaan mereka. Dia tidak berapa berselera untuk makan. Dia sekadar memesan semangkuk kecil bubur chacha untuk dijadikan pengalas perutnya. Alyssa hairan dengan sikap Elly itu.

Selalunya, minah ni kuat melantak. Tapi hari ini, lain pula,

bisik hatinya.

Beb, engkau ni kenapa Engkau sakit Sikit saja engkau makan. Entah-entah, engkau ni on-diet kot,

usik Alyssa, dalam gelisah. Elly yang hanya memerhatikan senyuman Alyssa itu, akhirnya bersuara,

Aku bengang dengan betina tu sampai tak lalu makanlah, beb. Aku baru merancang nak enjoy masa family day di Genting nanti, datang pula memo karut dia tu. Hai, potong stim betullah.

Nak buat macam mana beb, dia kan punya kuasa untuk buat benda tu. Lagi pun, dia penaung acara tahunan ni. Mestilah dia design program itu ikut selera dia,

ujar Alyssa seolah-olah sudah tidak kuasa lagi nak bercerita pasal Hari Keluarga itu.

Beb, kalau rasa tak suka, tak payah pergi. Akupun sebenarnya, tak ada mood nak pergi Family Day tu, tambahan lagi dengan adanya orang itu,

beritahu Alyssa. Elly hanya mampu merenung Alyssa yang masih marah dan bencikan Tuan Fahreen. Walaupun keadaannya kini sudah agak tenang, namun dia masih belum mampu memaafkan Tuan Fahreen dan menerima suratan hidupnya dengan rela. Jika setakat kecelaruan Che Ros, dia tidak ambil peduli sangat. Dia masih tidak mampu untuk berdiri dan berhadapan dengan Tuan Fahreen lagi. Dia sentiasa mengelak dari terserempak dengan suaminya itu.

Janganlah macam tu, beb. Sekurang-kurangnya engkau temankanlah aku. Jika tidak, aku mesti jadi boring gila punya,

pujuk Elly yang benar-benar mengharapkan kehadiran Alyssa semasa Hari Keluarga di Genting Highlands, kelak. Alyssa hanya mengeluh mendengar permintaan Elly. Hatinya benar-benar berat untuk mengikuti program tersebut.

Beb, engkau ingat tak pada Abang Bob, pelukis dan pereka yang bekerja di luar negeri tu Aku dengar cerita, dia dah balik dan nak set-up business di sini. Sekarang ni dia on the preliminary stage nak buka business interior designer. Dia nak cari pelukis-pelukis yang berbakat untuk bekerja dengan dia,

jelas Elly.

Apa kena-mengena dengan aku Aku bukannya designer,

jawab Alyssa, cuak.

Di samping jadi interior designer, dia turut buat gallery art dia sendiri yang akan beroperasi di bawah satu bumbung. Lukisan-lukisan dari galeri itu nanti, akan turut ditawarkan kepada bakal-bakal pelanggannya, untuk diselaraskan dengan konsep yang diketengahkan untuk sesuatu hiasan dalaman. Jadi, tak perlulah dia ambil dari pelukis luar, sebab dia dah ada pelukisnya sendiri yang boleh menyesuaikan konsep yang diperlukannya. Designer dah ada, cuma pelukis sahaja yang belum. Kalau engkau berminat, aku akan dapatkan nombor telefon dia,

terang Elly lagi. Berbunga-bunga hati Alyssa mendengarkan penjelasan Elly itu. Jika sudah ada peluang, mengapa tidak dicuba Kalau dah rezeki dia dalam bidang itu, baguslah. Dapatlah dia melakukannya dengan sepenuh jiwa raga nanti kerana kecintaannya dalam bidang itu amatlah besar sekali.

Baiklah beb, aku akan cuba,

jawabnya, spontan. Harapan Alyssa begitu tinggi untuk menjawat jawatan yang bakal dipohonnya dari Abang Bob itu nanti. Walaupun, dia agak kurang mengingati Abang Bob, namun Elly begitu yakin untuk membantunya bagi menghubungi Abang Bob. Sedikit masa lagi, dia bakal menggenggam impiannya untuk direalisasikan menjadi kariernya. Maka, Abang Bob harus ditemuinya dengan segera, supaya jawatan itu tidak terlepas ke tangan orang lain. Sudah hampir seminggu Mariana terlantar di katil wad ICU di Hospital Kuala Lumpur. Dia sudah tidak mampu untuk bergerak lagi.

Keadaannya semakin kritikal. Jika sebelum ini, dia masih mampu untuk makan, namun sekarang tekaknya langsung tidak mampu menerimanya. Hanya air dan oksigen sahaja yang bersilih ganti menemani dan cuba membekalkan tenaga kepada tubuh yang terlalu uzur itu. Segala kudisnya sudah bertukar biru dan hitam, seakan-akan menunggu masa untuk berulat. Kesakitan yang amat perit dirasakannya, setiap kali pembantu hospital harus mencuci segala luka-luka kudisnya. Seolah-olah mahu bercerai isi dengan kulit dan badan dengan nyawa. Hanya Tuhan sahaja yang tahu, keperitan yang amat sangat, dilaluinya.

Sepanjang berada di bawah pengawasan pihak hospital, cuma Puan Suzana dan Ochah yang setia mengunjunginya, bagi memberikannya semangat dan kekuatan untuk menempuhi segala-galanya. Setiap kali datang berkunjung, air mata tidak jemu-jemu bertamu di mata mereka. Perasaan kasihan yang amat sangat, apabila mereka terpaksa menjadi saksi akan segala kesakitan yang ditanggung oleh Mariana itu. Doktor memberitahu bahawa, kesakitan itu akan berterusan sehingga ke akhir hayat Mariana. Tiada lagi ubat untuk menyembuhkannya kerana setiap hari pasti akan ada kudis baru yang tumbuh. Jika ada pun, sekadar pil penenang untuk menghilangkan derita sakit, buat sementara waktu. Keadaan ini menambahkan luluh di hati Puan Suzana dan Ochah. Tiada banyak yang boleh mereka lakukan, hanya sekadar membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan Surah Yasin, setiap kali bersama Mariana.

Malam itu, alam meniupkan bayu yang cukup dingin sekali. Seluruh alam dirasakan sedang dibuai dengan kesejukan malam yang mendamaikan. Tetapi, di katil sepi, seorang penderita sedang menggelupur kepanasan dan keseorangan. Kehangatan yang dirasakan malam itu, amat berbeza sekali. Dia merasakan setiap inci tubuhnya dicucuk dengan jarum, lalu dicucuh dengan api yang marak menyala. Dia cuba untuk menjerit meminta bantuan sesiapa sahaja supaya dapat memadamkan api kehangatan yang sedang marak membakar tubuhnya, namun dia gagal. Dia tidak boleh bangun, berkata-kata, apalagi meminta pertolongan. Seluruh tubuhnya, seperti terpasak kuat di katil tersebut.

Apakah sakaratul maut sudah berada di hujung kakiku Aku dapat merasakan bahang, di hujung tapak kakiku. Ya Allah, apakah engkau sudah pun mengirim Izrail untuk menjemputku sekarang Andai benar, masaku telah tiba, aku reda, ya Allah!

Mengalir air mata Mariana, mengenangkan bahawa dia bakal pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Kali ini, dia dapat merasakan sakaratul maut sudah memasuki rongga kakinya kerana kakinya sudah tidak berasa lagi. Kemudian ia terus menjalar sehingga ke perut dan kemudiannya, akan menghentikan denyutan jantungnya, sebelum direntap keluar untuk diceraikan roh dari badan. Mariana cuba untuk memanjatkan doa dengan sedikit kesempatan yang tinggal untuknya,

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, Tuhanku sekelian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau berikanlah aku petunjukMu dan belas kasihMu, semoga aku dapat menghembuskan nafas terakhirku dengan berbekalkan kalimah syahadahMu. Janganlah engkau biarkan syaitan laknatullah, merosakkanku lagi, seperti mana yang telah ia lakukan terhadapku, sebelum ini. Aku sedar, aku tidak layak untuk ke syurgaMu, namun aku tidak mahu dihumban ke nerakaMu. Terimalah taubat terakhirku ini, dan Engkau tempatkanlah aku, ya Allah, dalam kalangan umat-umatMu yang Engkau berkati dan redai.

Kenangan-kenangan hidupnya yang indah dan punah, silih berganti mengisi kotak memorinya. Sedikit masa lagi, kenangan itu akan tinggal dan reput ditelan masa. Banyak yang buruk dari indah, banyak yang rosak dari terpelihara dan banyak yang hitam dari putih. Hanya satu kenangan yang paling indah, yang bakal kekal bersemadi bersamanya, iaitu kenangan bersama Arwah Sulaiman Bakhtiar, suaminya. Kini penglihatannya telah gelap. Mariana tergapai-gapai sendirian. Bahang panas semakin menjalar ke segenap inci tubuhnya. Telinganya juga telah pekak. Suasana di sekeliling tiba-tiba sahaja sunyi sepi. Mariana meronta-ronta sendirian. Akhir sekali, nafasnya seperti tidak boleh ditarik lagi. Dia menjerit, melaungkan,

Allah Hu Akbar

dan diiringi dengan ucapan dua kalimah syahadah. Maka, bercerailah nyawa dari badan mengikut perjanjian yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Pergilah Mariana untuk selamanya, membawa deritanya. Suasana kelam menyelubungi di sebelah paginya pula. Cuaca yang redup itu, memberi petanda bahawa hujan bakal kunjung tiba. Berita kematian Mariana sudah dimaklumkan kepada pihak Yayasan Ihsania dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menghubungi waris Mariana bagi memberi perkhabaran duka ini. Pihak hospital merekodkan kematian Mariana tepat jam satu tiga puluh satu minit pagi. Beberapa jam telah diperuntukkan untuk menguruskan mayat Mariana.

Sesiapapun tidak dibenarkan untuk melihatnya, selagi kerja-kerja penyelenggaraan mayat belum selesai dilakukan. Lagi pun, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian kerana terdapat luka, kudis dan cecair yang masih keluar dari rongganya yang terbuka. Pihak hospital harus mematuhi segala garis panduan khusus yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam menguruskan jenazah penghidap penyakit HIV/Aids seperti Mariana. Selesai sahaja jenazahnya dikafankan, dia telah dibawa ke masjid berdekatan untuk disembahyangkan. Di situ, anaknya Alyssa, Roziana, Elly, Tuan Fahreen dan ramai lagi, telah sedia menunggu untuk samasama memberi penghormatan terakhir kepada arwah Mariana. Mereka semua bergegas ke situ setelah dimaklumkan tentang kematian tersebut. Alyssa hanya terduduk lesu, betul-betul dipenjuru masjid itu. Dia tidak mampu menahan deraian air matanya, ketika jenazah mamanya diusung memasuki masjid. Dia hanya berpeluang menatap wajah mamanya untuk kali terakhir tetapi tidak dibenarkan untuk mencium wajah mamanya. Sebagai anak, sudah tentu nalurinya mengkehendakkan dia mendakap dan memeluk mamanya untuk kali terakhir, namun apakan daya keadaan mamanya tidak seperti mayat biasa. Alyssa baru sahaja tiba di pejabat, ketika dihubungi oleh Roziana untuk menyampaikan berita kematian mamanya itu.

Sebaik mendengar khabar duka itu, Alyssa tidak dapat berkata apa-apa lagi, lalu terus terduduk di atas kerusinya. Tubuhnya longlai serta-merta. Walaupun Mariana tidak pernah memperdulikannya selama ini, namun sebagai anak, dia tetap bersedih. Pemergian Mariana melengkapkan statusnya sebagai yatim piatu. Tuan Fahreen turut memberi pelepasan kepada Elly, untuk menemankan Alyssa. Sebagai menantu, Tuan Fahreen turut bersedih, walaupun Mariana hanya sempat bergelar ibu mertuanya hanya selama beberapa bulan sahaja. Sejak dari mula lagi, Tuan Fahreen tidak pernah membenci Mariana, sungguhpun dia tahu segala kesalahan dan kejahatan yang telah terpalit pada diri ibu mertuanya itu. Baginya, tiada seorang pun umat Allah di muka bumi ini terlepas dari melakukan dosa dan sebagai sesama insan, kita wajar memberikan pertimbangan semula kepada yang bersalah. Urusan pengebumian Mariana berjalan dengan lancar, walaupun keadaan ketika itu hujan renyai-renyai.

Tiada sebarang peristiwa pelik ataupun kesulitan yang berlaku, sehinggalah jenazah selamat diturunkan ke liang lahad. Suasana pilu terus menyelubungi, apabila talkin dibacakan dengan terang dan jelas sekali. Selesai sahaja upacara pengebumian, orang ramai mula beransur-ansur pulang. Satu per satu bangkit untuk menyambung kembali perjalanan hidup masing-masing, yang terhenti seketika untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhumah Mariana. Cuma Alyssa seorang yang perlu dipapah untuk bangun. Jiwanya terlalu sarat membuatkan kakinya tidak terdaya untuk berdiri. Ini adalah kehilangan yang kedua dalam hidup Alyssa, selepas kematian papanya, arwah Sulaiman Bakhtiar. Berat mata memandang, berat lagi jiwanya yang memikul.

Alyssa berasa agak terkilan kerana tidak berkesempatan untuk bertemu dengan mamanya untuk kali terakhir. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana perasaan sedih dan simpati terhadap mamanya itu boleh timbul secara tiba-tiba, sedangkan dia teramat membenci wanita itu. Pada mulanya, dia berasa kesal kerana mamanya meninggal kerana penyakit HIV/Aids. Perkiraannya, tentu mayat mamanya itu tidak sempurna. Apa lagi setelah dia mengetahui mengenai penyakit-penyakit kulit kronik yang dideritai Mariana sebelum meninggal. Namun begitu, tekaannya itu meleset sama sekali, apabila dia sendiri menjadi saksi kepada kejernihan wajah mayat mamanya itu. Mayatnya langsung tidak berbau dan luka kudisnya yang kelihatan kering, langsung tidak mencacatkan wajahnya. Ini semua kuasa Allah S.W.T. dan mungkin juga taubat Mariana telah diterima olehnya.

Dari jauh, Roziana terlihat Tuan Fahreen mendekati kumpulan yayasan tersebut dan mengeluarkan sekeping cek dari sakunya untuk dihulurkan kepada Puan Suzana. Dia tidak pasti, untuk apa cek itu diberi kepada mereka. Mungkin sebagai bayaran di atas segala penat lelah mereka menjaga Mariana selama ini. Atau mungkin juga sebagai sumbangan ikhlas untuk yayasan yang telah berkhidmat untuk arwah ibu mertuanya itu kerana ramai yang sedia maklum bahawa Tuan Fahreen merupakan salah seorang tokoh koporat dan jutawan yang amat suka menderma dan menyumbang. Kemudian, Tuan Fahreen mendekati Roziana, Elly dan Alyssa, namun renungan matanya banyak tertumpu kepada wajah Alyssa yang kelihatan masih tidak berdaya. Dia berasa teramat simpati kepada isterinya itu. Jika diturutkan hati, mahu sahaja dipeluknya Alyssa ketika itu juga, untuk membantu menenangkan perasaannya.

Kak Rozi, biarlah orang saya tolong hantar akak bertiga pulang,

beritahunya ringkas, kepada Roziana. Roziana dan Elly hanya menganggukkan kepala mereka, tanda bersetuju dengan pelawaan Tuan Fahreen itu.

Alyssa, akak dan Elly tunggu di kereta, ya

pesan Kak Rozi pada Alyssa pula, apabila dia melihat Tuan Fahreen masih tercegat di hadapan Alyssa, seperti mahu membicarakan sesuatu kepada isterinya itu. Alyssa turut menganggukkan kepala tanda faham. Tiada satu pun perkataan yang keluar dari mulutnya sejak tadi. Namun, dia juga tidak berganjak dari situ seolah-olah mahu menunggu dengan penuh minat apa yang bakal diperkatakan oleh Tuan Fahreen kepadanya nanti.

Alyssa, abang turut bersedih dengan pemergian mama. Abang harap, Alyssa tabah menghadapi ujian Allah ini. Tolong beritahu abang, jika Alyssa perlukan apa-apa,

ujarnya sambil memandang Alyssa dengan penuh harapan. Alyssa pula seperti tiada perasaan apabila mendengar kata-kata tuan Fahreen.

Oh ya, abang dah uruskan kenduri tahlil untuk arwah mama, di masjid berhampiran dengan rumah abang dan juga rumah Alyssa dan Kak Rozi. Alyssa bolehlah luangluangkan masa untuk menghadiri salah satu darinya. Kalau Alyssa nak datang ke masjid yang berhampiran dengan rumah abang pun boleh, nanti abang uruskan orang untuk ambil Alyssa. Lagi pun, kenduri tahlil tersebut akan diadakan selama tiga malam berturutturut,

beritahu Tuan Fahreen lagi. Tidak terdaya rasanya untuk Alyssa memandang tepat ke muka Tuan Fahreen ketika itu. Dia tidak rela jika Tuan Fahreen melihat matanya yang merah, kerana terlalu banyak menangis itu. Apa lagi untuk berhadapan dengan orang yang dibencinya. Setelah puas berdiam, akhirnya Alyssa bersuara juga,

Kenapa tuan mesti bersusah payah begini Sepatutnya, saya yang harus mengadakan kenduri tahlil ini, bukannya tuan, sebab yang meninggal itu adalah mama saya.

Alyssa, Puan Mariana adalah ibu mertua abang. Jadi, abang berhak untuk melakukan ini semua, demi kebajikannya,

jawab Tuan Fahreen, tegas.

Abang tahu, Alyssa tidak pernah mengakui abang ini adalah suami Alyssa. Tetapi, Alyssa tidak berhak untuk menghapuskan hak abang terhadap ibu mertua abang kerana Islam sendiri mengiktiraf hubungan istimewa yang terjalin antara menantu dan mertuanya.

Tegas sahaja bunyinya lelaki itu mempertahankan haknya sebagai menantu. Alyssa sendiri tidak faham mengapa Tuan Fahreen terlalu mengambil berat soal arwah mamanya itu. Dia mula mengesyaki sesuatu dalam hubungan mereka. Tetapi, dia tidak berdaya untuk menyuarakan fikiran jahatnya itu. Dia tahu, jika tersilap kata nanti dia pasti menerima padah. Dia tidak mahu kata-katanya nanti, dijadikan bahan oleh orang yang berpengaruh seperti Tuan Fahreen itu. Dia tidak mahu tersilap langkah, seperti arwah mamanya.

Terserahlah pada tuan, nak buat apa sahaja. Tetapi satu sahaja yang perlu tuan ingat. Walau apa pun yang tuan lakukan demi arwah mama, itu semua tidak akan mengubah sedikit pun pendirian saya terhadap tuan. Harap tuan faham,

ujar Alyssa akhirnya sebelum berlalu pergi.

Ya Allah, kerasnya hati hambamu itu,

rintih Tuan Fahreen di dalam hatinya. Tidakkah dia terasa walau sedikit pun, perasaan kasih yang tersemai dalam jiwa Tuan Fahreen untuknya. Sampai bila Alyssa mahu membenci Tuan Fahreen, sedangkan lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan, keselamatan dan kebahagiannya. Secubit kasih pun, tidak rela dia serahkan kepada lelaki yang bergelar suaminya itu. Dari jauh Tuan Fahreen memandang hiba, kenderaan pelbagai gunanya itu bergerak membawa bersama Alyssa, Roziana dan Elly, untuk dihantar pulang. Alyssa sedikit pun tidak menoleh ke arah suaminya itu, seolah-olah dia terlalu benci untuk memandang wajah lelaki itu.

Sabarlah tuan, suatu hari nanti Puan Alyssa akan sedar segala kesilapannya itu,

pujuk Mak Chom ketika dia menghidangkan minuman petang untuk Tuan Fahreen, sekembalinya dia dari tanah perkuburan. Tuan Fahreen hanya mengerutkan dahinya kerana keliru dengan kata-kata orang gaji kesayangannya itu. Senyuman Mak Chom, sudah cukup membayangkan bahawa dia tahu segala apa yang telah terjadi antaranya dan Alyssa di kawasan perkuburan tadi.

Mak Chom tahu, sebab Mat yang beritahu Mak Chom tadi. Sabarlah tuan, tuan dah lakukan yang terbaik untuk memenangi hatinya. Suatu hari nanti, Puan Alyssa pasti akan bangkit dari mimpinya dan menyatakan dia adalah hak tuan untuk selamalamanya.

Malam itu, Alyssa hanya mampu menyepikan dirinya di kamar tidur. Dia tidak menjamah walau sedikit pun makanan sejak dari pagi lagi. Perasaan hampa dan kecewa masih tebal bertamu di ruang hatinya. Dia masih tidak mengerti, mengapa mamanya harus pergi sebegitu awal. Masih banyak lagi persoalan mengenai mamanya yang belum lagi terjawab dan bermain-main di fikirannya. Kealpaan mama dalam menerajui hidupnya telah membawa padah pada kehidupannya sendiri sehingga maut datang menjemput. Bagi Alyssa, mamanya tidak perlu mati dalam keadaan begitu. Dia tidak perlu mengaibkan dirinya sendiri. Mengapa jalan itu yang dipilihnya Mengapa dia perlu meredah belukar kemusnahan, sedangkan lautan kebahagiaan sudah terbentang di hadapan matanya Alyssa tidak faham, apa sebenarnya yang dicari oleh mamanya selama ini. Mengapa dia perlu memusnahkan dirinya sendiri kerana dia punya banyak ruang untuk menempatkan kasih sayang di sudut hatinya

Ya Allah, aku buntu dengan perihal yang berkaitan dengan mama. Buntu sekali. Tolonglah tunjukkan jalan akan perihal-perihal sebenarnya tentang mamaku. Aku tidak percaya, bahawa mama sengaja memilih kejahatan untuk mengatur cara kehidupannya. Aku tak percaya dan tidak boleh menerimanya,

desisnya di dalam hatinya. Sedang Alyssa sibuk melayan persoalan yang terkumpul di benaknya itu, Roziana tiba-tiba muncul di kamarnya. Ternyata dialah yang bakal menjawab segala persoalan yang terbuku di hati Alyssa itu. Dia sedar, sekarang adalah masanya untuk dia melaksanakan apa yang telah diamanahkan oleh arwah Mariana kepadanya. Dan, yang paling penting, dia perlu menyampaikan surat yang dititipkan kepadanya untuk dibaca oleh Alyssa.

Alyssa tak nak makan ke, dik Sehari suntuk, akak tengok Lyssa langsung tak menjamah makanan. Makanlah sikit, dik. Kalau tidak, perut masuk angin nanti,

nasihat Roziana. Alyssa hanya menggelengkan kepalanya.

Tak mahulah, Lyssa tak ada seleralah, Kak Rozi.

Roziana hanya mengusap-ngusap belakang Alyssa, apabila mendengar jawapan adik kesayangannya itu. Dia tahu, walau dipaksa sekali pun, Alyssa pastinya tidak akan menjamah makanannya itu.

Lyssa, sebenarnya ada perkara penting yang Kak Rozi nak beritahu. Akak harap, Lyssa tabah menerima apa yang akak nak perkatakan ini. Akak tak bermaksud untuk menambah kesedihan dan kehampaan Lyssa, tetapi akak terpaksa nyatakannya, demi amanah, dik,

ujar Roziana yang sudah bersedia untuk menyampaikan pesanan buat Alyssa. Alyssa mengangkat kepalanya seraya matanya merenung tepat ke mata Roziana.

Ada apa, kak Tolonglah beritahu Lyssa, apa-apa yang belum Lyssa tahu, kak. Lyssa bersedia mendengarnya.

Alyssa berharap sangat agar Roziana punya butiran mengenai mamanya, yang sangat-sangat diperlukannya. Dia perlu tahu, apa sebenarnya yang telah terjadi pada mamanya. Jika pihak Yayasan Ihsania boleh menghubungi Roziana bagi menyampaikan berita kematian mamanya, bererti dia tentu tahu banyak lagi perkara yang Alyssa sendiri tidak tahu.

Terlebih dahulu, Kak Rozi ingin memohon maaf kepada Lyssa kerana merahsiakan segala-galanya. Ini semua adalah permintaan dari arwah Mariana. Sebenarnya, seminggu lalu akak ada pergi menemui mama Lyssa. Ketika itu, dia sedang terlantar sakit,

ujar Roziana memulakan cerita.

Apa, Kak Rozi ada pergi berjumpa dengan mama tanpa pengetahuan Lyssa Dari mana Kak Rozi tahu di mana mama berada ketika itu Siapa yang beritahu pada Kak Rozi Kenapa Alyssa tak tahu langsung pasal hal ni

sentak Alyssa sambil mengoyangkan bahu Roziana. Roziana yang pada mulanya, tertunduk seketika akhirnya menjawab,

Akak sendiri tak tahu. Tibatiba sahaja, akak dapat panggilan dari pihak yayasan yang menjaga Mariana. Mereka minta akak datang ke hospital dengan kadar segera, atas permintaan mama Alyssa sendiri. Akak tak berniat nak rahsiakan pertemuan kami darimu, tetapi ini semua adalah permintaan arwah. Dia sendiri yang serahkan nombor telefon dan alamat akak pada pihak yayasan, untuk mereka hubungi sekiranya keadaannya menjadi bertambah kritikal. Bila sampai di hospital pula, dia bersungguh-sungguh pinta kakak rahsiakan semua ini, selagi dia masih bernafas di muka bumi ini. Takkan akak nak hancurkan kepercayaaan yang dia berikan kepada akak. Lagi pun, ketika itu, akak lihat keadaannya sudah agak nazak, sebab itu akak tak berani menambah kesengsaraannya dengan memungkiri segala janji-janji akak pada dia.

Alyssa mengerti mengapa mamanya lebih mempercayai Roziana dari anaknya sendiri. Memandangkan hubungan mereka yang tidak baik dan retak sejak akhirakhir ini, pastinya arwah Mariana tidak sanggup untuk berhadapan dengannya lagi. Alyssa sendiri kurang pasti sama ada dia bersedia untuk bertemu arwah mamanya itu, jika diminta untuk berbuat demikian. Oleh itu, keputusan untuk menghubungi Roziana adalah tindakan yang baik untuk bagi Mariana, ketika itu. Itu sahaja pilihan yang ada untuk dirinya.

Kak Rozi tahu, selama ini hubungan Lyssa dan mama tidak baik, dan sering timbul pertengkaranpertengkaran yang mengeruhkan lagi hubungan kamu berdua. Arwah Mariana kesal kerana sepanjang kehidupan Lyssa dia tidak pernah mencuba untuk berbaik-baik denganmu, dik. Bukan dia sengaja, tetapi hatinya tersentap dengan peristiwa yang mengguris perasaannya, sejak kelahiran Alyssa dahulu.

Itu Lyssa tahu, Kak Rozi. Arwah mama memang tak suka Lyssa lahir ke dunia ini. Dia bencikan Lyssa sebab kehadiran Lyssa ini banyak membebankan dia. Bukan Lyssa tak tahu, dia cuba menggugurkan Lyssa, ketika awal-awal kehamilannya. Semua itu, papa dah ceritakan pada Alyssa dahulu.

Alyssa, sesungguhnya hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu, betapa mama sayangkanmu, dik. Segala apa yang dilakukannya padamu, sekadar sebagai satu tindakan protes kerana dirinya yang tertipu. Arwah papa sekadar bercerita kepada Lyssa, bahawa mama tidak sayangkan Lyssa, tetapi pernahkah dia beritahu sebab-musababnya, mengapa mama jadi begitu

tanya Roziana pula. Alyssa hanya mengerutkan dahi sambil menggelengkan kepalanya, tanda tidak begitu faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Roziana itu. Dia tidak tahu, ada rahsia yang disimpan begitu rapi oleh arwah papanya dahulu. Baginya, jika mama yang melakukan kesilapan, mengapa arwah papa yang harus dipersalahkan

Alyssa sayang, sebenarnya Alyssa bukan anak kandung arwah Mariana. Bayi yang dikandung oleh arwah, sebenarnya telah mati ketika kandungannya berusia lapan bulan!

Terperanjat besar Alyssa mendengarkan pembukaan cerita Roziana itu, lantas bertanya,

Apa maksud Kak Rozi ni Kak Rozi nak katakan, yang Lyssa ni bukan anak kandung papa

Tidak dik, Alyssa memang anak kandung arwah papa, tapi bukan anak kandung Mariana,

jawab Roziana.

Tak faham, Lyssa tak faham langsung dengan maksud kata-kata Kak Rozi ini. Kak Rozi kata Lyssa bukan anak kandung arwah mama, tetapi Lyssa memang anak kandung arwah papa. Macam mana ini semua boleh terjadi, sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri dan ibu bapa kepada Alyssa. Surat beranak Lyssa sendiri ada mencatatkan bahawa nama ayah Lyssa ialah Sulaiman Bakhtiar dan nama ibu yang melahirkan Lyssa ialah Mariana Idham. Takkanlah surat beranak tu, boleh tipu, Kak Rozi

ujar Alyssa yang tampaknya sukar untuk mempercayai kenyataan yang cuba diberitahu oleh Roziana itu.

Akak sendiri pun tak mempercayainya, ketika mula-mula mendengarnya dari mulut arwah Mariana. Tetapi, apabila arwah menunjukkan segala buktibuktinya pada akak, barulah akak percaya. Kalau Lyssa tak percaya, cuba lihat ini. Ini adalah surat beranak Alyssa yang asal,

ujar Roziana sambil menghulurkan satu salinan dokumen lama kepada Alyssa. Memang benar, itu adalah dokumen asal, surat beranak Alyssa. Di dalamnya tertera segala butiran yang sama dengan surat beranak yang ada dalam simpanannya, termasuklah tarikh dan masa kelahiran, tempat kelahiran dan nama bapa bayi. Namun, apa yang membezakannya, hanyalah nama ibu yang tertera sebagai Siti Fatimah binti Abdul Rahman.

Maknanya, Kak Rozi nak beritahu yang Siti Fatimah inilah ibu kandung Lyssa yang sebenarnya Tetapi, di manakah dia sekarang ni Mengapa dia tak pernah muncul dalam hidup Lyssa, selama ini

Siti Fatimah dahulu adalah pembantu kepada arwah papa Lyssa. Walaupun Mariana tidak berapa suka dengan kandungannya, malah cuba untuk menggugurkannya pada peringkat awal kandungan tersebut, namun naluri dan kasih sayang seorang ibu adalah mukjizat istimewa yang diberikan Tuhan kepada umatnya yang bakal bergelar ibu. Ibu mana yang tidak jatuh cinta kepada bayi yang membesar dan tumbuh di dalam rahimnya Setelah kandungannya mula membesar, Mariana dapat merasakan hubungan istimewanya bersama bayi yang dikandungnya itu. Akhirnya, dia jadi sayang sangat kepada kandungannya, malah tidak sabar-sabar untuk menunggu kelahiran bayi sulungnya yang dijangka seorang perempuan.

Tetapi malang telah menimpa Mariana. Ketika kandungannya mencecah usia lebih tujuh bulah, dia mengalami tumpah darah. Akhirnya doktor dapati bayinya telah meninggal dalam kandungannya. Dia terpaksa dibedah untuk mengeluarkan bayi yang mati itu. Semenjak itu, Mariana mengalami trauma dan gangguan mental. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayinya itu telah tiada lagi. Baginya, bayi itu tetap hidup dan berada di dalam rahimnya.

Arwah papa Lyssa, tidak sanggup untuk melihat isteri kesayangannya itu terus-menerus menderita dan tertekan sebegitu. Pada mulanya, dia bercadang untuk mengambil anak angkat sahaja sebagai pengganti bayinya yang meninggal itu. Tetapi, atas nasihat beberapa orang rakannya, dia akhirnya mahu anak dari zuriatnya sendiri untuk dipelihara bersama isterinya, Mariana. Dia akhirnya, menikahi Siti Fatimah, pembantunya sendiri dan atas persetujuan mereka bersama, Siti Fatimah telah bersetuju untuk menyerahkan anak yang dikandungnya kepada Mariana, sebagai ganti bayinya yang meninggal itu. Tetapi, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Siti Fatimah, ibu kandung Alyssa, meninggal dunia sebaik sahaja melahirkanmu, dik. Mungkin, Tuhan tidak mahu terjadinya satu lagi kekecewaan yang bakal terbit dari ibu yang akan kehilangan anaknya, sekali lagi,

cerita Roziana. Alyssa hanya merengus hampa setelah menyedari peluangnya untuk menemui ibu kandungnya, sudah tiada lagi.

Jadi, maksud Kak Rozi, mama kandung Lyssa pun, sudah meninggal dunia Ya Allah, apalah malangnya nasib Lyssa ni, kak. Baru sebentar tadi, Lyssa terasa peluang untuk merasai kehangatan kasih sayang seorang ibu sejati, tetapi sekarang, Lyssa rasa hampa semula apabila mendengar cerita Kak Rozi ini,

ujarnya sambil mengalirkan air mata yang bertamu tiada hentinya itu.

Patutlah Mama Mariana benci sangat dengan Lyssa kan, kak Rupa-rupanya, Lyssa ini bukan anak kandung dia.

Roziana hanya menggelengkan kepalanya, lalu berkata,

Tak baik Lyssa fikir begitu, dik. Bukannya Mariana tak sayangkan Lyssa tetapi dia kecewa sangat dengan apa yang telah berlaku. Dia rasa tertipu dengan segala sandiwara yang telah dicipta oleh arwah papa. Jikalau dia dimaklumkan sejak mula lagi, tentu perkara sebegini tidak akan terjadi.

Jadi, sekarang, mama nak salahkan arwah papalah

tanya Alyssa pula.

Bukan begitu, Lyssa. Kak Rozi yakin, keduadua mereka punya sebab yang tersendiri, mengapa mereka bertindak mengikut fikiran masing-masing. Arwah papa Lyssa hanya mahu mengubati luka akibat tekanan emosi yang dialami oleh Mariana, disamping nalurinya sebagai seorang lelaki yang inginkan anak dari zuriatnya sendiri. Kerana itulah, dia menikahi arwah Siti Fatimah. Silapnya, dia tidak pernah berterusterang dengan Mariana, bahawa Alyssa adalah anaknya dengan Siti Fatimah. Dia telah memberitahu Mariana, bahawa Lyssa adalah anak Mariana, yang sebenarnya tidak mati.

Apabila Mariana mendengar bahawa anaknya masih hidup dan dia melihat sendiri kehadiran Lyssa di sisinya, dia jadi sangat gembira dan semangatnya hidup semula. Semenjak itu, kehidupan mereka bahagia sekali sehinggalah umur Lyssa mencecah usia tiga tahun. Mariana, dengan tidak sengaja telah terjumpa dokumen asal sijil kelahiran Lyssa yang akak tunjukkan pada Lyssa ini. Dia jadi sungguh marah dengan suaminya, lantas menuntut penjelasan dari arwah Sulaiman mengenai perkara ini. Namun, arwah Sulaiman hanya membisu, sehinggalah ke akhir hayatnya. Alasannya, dia tidak mahu Mariana terlalu mempersoalkan siapa Alyssa kerana dia hanya mahu Mariana tahu bahawa Alyssa adalah hak mutlaknya. Tiada siapa yang boleh merampas Alyssa dari tangannya, dik,

ujar Roziana lagi.

Kemarahan Mariana memuncak apabila dia terpaksa mencari sendiri bukti dan kesahihan yang menunjukkan Alyssa ini bukan anak kandungnya. Akhirnya, dia ketemui juga, apabila dia berjaya menjejaki peguam yang membantu arwah Sulaiman untuk menukarkan identiti ibu kandung Lyssa. Sejak itulah, rumahtangga mereka tidak pernah aman dan Mariana semakin menjauhi Lyssa yang dahulunya, amat dia sayangi. Arwah papa Lyssa tidak jujur padanya dan tidak mahu berterus-terang tentang perkara yang sebenarnya. Sebab itulah, segala-galanya jadi berantakan sebegini.

Alyssa tidak tahu bahawa perkara ini begitu rumit untuk dirungkaikan. Kini, dia tidak tahu mahu meletakkan kesalahan itu kepada sesiapa. Benarlah seperti kata Roziana masing-masing punya sebab tersendiri, mengapa mereka bertindak sedemikian.

Semua ini tak adil, Kak Rozi. Mengapa mama mesti salahkan Lyssa, sedangkan Lyssa tak pernah pinta, perkara ini terjadi. Mengapa mama tak pernah mahu berterus-terang dengan Lyssa mengenai perkara ini, selama ini

persoal Alyssa yang begitu sedih sekali dengan kenyataan hidupnya itu.

Mama Mariana tak pernah salahkan Lyssa, sayang. Malahan dia sayang sangat pada Alyssa. Cuma, dia keliru dengan kenyataan hidupnya sendiri. Dia menyisihkan Alyssa, sebagai suatu tindakan boikot terhadap arwah papa Lyssa yang tidak pernah mahu berterus-terang dengannya. Tetapi, akhirnya dia sedar, dia telah salah dalam membuat perhitungan, terutama sekali setelah kematian papa Lyssa.

Dan, apabila dia tersedar, keadaannya sudah terlambat. Dia malu sangat pada Alyssa, terhadap apa yang telah dilakukannya terhadapmu selama ini. Keadaannya jadi bertambah teruk, apabila dia telah didiagnos menghidapi penyakit HIV/Aids. Dia tak sanggup untuk bersemuka dengan Alyssa kerana perasaan malu yang teramat sangat. Tetapi, percayalah dik, dia beritahu pada Kak Rozi bahawa dia betul-betul sayangkan Lyssa dik, cuma, tak terungkap dengan kata-kata.

Alyssa masih lagi meragui keikhlasan arwah Mariana dalam menyayanginya. Kalau benarlah dia ikhlas, mengapa dia cagarkan Alyssa kepada Tuan Fahreen, untuk menyelesaikan segala masalahnya, tempoh hari.

Mustahil dia sayangkan aku,

bentak hatinya.

Kak Rozi faham, jika Lyssa tidak mahu mempercayai segala cerita ini dan masih meragui mama Mariana. Malahan, arwah sendiri pun ada beritahu yang dia tidak yakin Lyssa akan mempercayai segala kata-katanya, apa lagi memaafkannya. Tetapi dik, akak yakin, Lyssa sudah cukup dewasa dan matang dalam memikirkan yang mana benar dan yang mana salah. Gunakan akal fikiran dengan waras, jangan bertindak mengikut perasaan marah.

Alyssa hanya mampu berdiam dengan segala nasihat yang diberikan oleh Roziana itu. Dia sendiri keliru dan tidak tahu sama ada tindakannya dan tafsirannya terhadap arwah mamanya selama ini, benar atau tidak. Hanya, dia rasa tidak cukup kuat untuk menghadapi dugaan demi dugaan tentang kenyataan hidupnya itu. Dan hari ini satu lagi kenyataan pahit diterimanya, apabila firasatnya selama ini yang merasakan dirinya bukan anak mamanya, ternyata benar sama sekali. Apakah Tuhan seolah-olah memakbulkan segala apa yang berada difikirannya selama ini Hanya Tuhan sahaja yang tahu dan dia sebagai hambanya harus merungkai segala persoalan yang dijadikan Allah S.W.T itu.

Lyssa, akak harap Lyssa bersabar sahajalah. Akak yakin, segala apa yang terjadi pada Lyssa hari ini ada hikmatnya yang kita sendiri tidak tahu. Buka perasaanmu dengan akal dan bertindaklah mengikut nalurimu yang sejati, bukan nafsu yang membunuh.

Di sini, ada sepucuk surat, yang arwah Mariana amanahkan pada Kak Rozi untuk Alyssa. Menurutnya, di dalam surat inilah, tercatat segala isi hatinya, untuk disampaikan pada anaknya. Bacalah ia dengan fikiran yang terbuka, semoga surat ini dapat memberi satu jawapan yang pasti pada Lyssa,

ucap Roziana lagi. Roziana mengambil keputusan untuk meninggalkan Alyssa bersama warkah terakhir dari mamanya itu. Dia tidak mahu mengganggu kosentrasi Alyssa dalam menghayati bait-bait kata dari mamanya itu. Surat arwah mamanya itu, direnungnya berkalikali di dalam genggamannya. Alyssa tidak pasti sama ada dia sudah bersedia untuk menerima kata-kata di dalam surat itu pula, selepas fikirannya masih dalam keadaan kusut dengan cerita Roziana sebentar tadi. Tetapi, lambat laun dia harus juga membaca warkah itu, kerana itu adalah amanah dari mamanya. Tentu mamanya di sana itu kecewa, jika dia mendapati, anaknya itu tidak sudi untuk membaca luahan hatinya. Akhirnya dengan perlahan dan berhati-hati, lembaran berwarna biru itu dibukanya juga. Dia sempat membawa warkah itu ke dadanya seketika, lantas dipeluknya warkah itu kerana perasaan rindu yang teramat sangat terhadap mamanya, di kala itu. Kemudian, dengan hati-hati dia membawa warkah itu ke hadapan mukanya untuk ditatapi dan dihayati jiwa sang penulisnya.

Kehadapan puteriku Nurul Alyssa, yang sangat mama sayangi dan rindui selalu, Terlebih dahulu, mama ingin memohon ribuan maaf seandainya kehadiran warkah ini mengganggu ketenteraman hidup Alyssa. Mama tidak pernah berniat untuk menyusahkan Alyssa, apa lagi mendatangkan kemarahan tetapi mama sedar bahawa mama punya hak untuk bercerita dan menagih kemaafan darimu, sayang. Sayangku Alyssa, sebaik sahaja warkah ini berada dalam genggamanmu, mama mungkin sudah pergi jauh, jauh sekali dari duniamu. Tentu Alyssa sudah tahu bahawa mama menghidap penyakit HIV/ Aids Mama tidak akan berkecil hati jika Alyssa mahu mentertawakan dan memadankan muka mama kerana ditimpa bahana penyakit yang tidak ada ubatnya ini. Mama sedar, ini semua adalah balasan Allah S.W.T. terhadap segala dosa dan keangkuhan mama sebagai hambanya di muka bumi ini. Mama reda dengan apa yang ditimpakan kepada mama ini, jika dengan cara ini sahaja yang mampu mendekatkan mama dengan-Nya.

Alyssa, selama ini, mama hidup dengan penuh dendam dan air mata, sehingga mama telah mengabaikanmu, sayang. Ternyata, mama begitu kecewa apabila harus berhadapan dengan kenyataan bahawa Alyssa bukannya darah daging mama. Mama jadi begitu marah sehingga mama lupa bahawa Allah berhak menurunkan dugaannya kepada sesiapa sahaja. Mama terlalu menyalahkan arwah papa dan sanggup melanggar segala tatasusila yang patut ada dalam diri mama, sebagai isteri kepada seorang suami. Kekecewaan ini telah memakan diri mama sendiri. Mama memberontak dan nekad mempertaruhkan masa depan mama sendiri hingga akhirnya, diri mama rosak dan jadi seperti sampah yang terbiar. Jiwa mama kosong selama ini, sayang. Harihari terakhir mama ditemani dengan air mata yang tidak jemu datang bertandang.

Mama hanya mempu merinduimu dari jauh dan mendambakan pelukanmu sebagai seorang anak, hanya dalam mimpi. Mama terlalu kepingin sekali, untuk menemuimu, memelukmu, menciummu dan membawa kamu ke dakapan dada mama, namun itu hanyalah serpihan mimpi yang tidak mungkin diraikan dengan kenyataan. Kita telah terpisah dalam dunia kita yang nyata sekali berbeza. Alam Alyssa, suci dan penuh dengan warnawarni, tetapi alam mama, kotor dan penuh dengan kudisan-kudisan noda yang tidak mungkin dapat diterima olehmu, sayang. Sayang, rentetan hidup mama penuh dengan ranjau dan onar. Tiada satu pun yang indah, selama mama menjadi penghuni dunia yang fana ini. Namun Allah Yang Maha Kuasa telah menitipkan dua perkara yang cukup cantik untuk mama lukiskan di dalam diari kehidupan mama ini. Pertama, ketika arwah papa hadir dalam hidup mama dan mempersunting diri ini untuk menghiasi taman hatinya.

Papa telah saluti mama dengan kemegahannya sebagai seorang suami. Dia juga telah mengisi hari-hari mama yang indah dengan tawanya, jenakanya dan keprihatinannya terhadap mama. Ada suatu ketika, mama merasakan bahawa tiada seorang pun wanita di dunia ini yang sebertuah mama kerana mama memiliki seorang suami yang ternyata begitu ikhlas dan tulus dalam mencintai mama. Tetapi, sifat mama yang tamak dan angkuh, telah menghancurkan segala-galanya. Mama jadi tamak dengan kasih sayang papa, yang telah ditakdirkan, bukan untuk mama seorang. Mama berasa amat marah dan cemburu sekali apabila menyedari bahawa papa telah menikahi perempuan lain, iaitu ibu kandung Alyssa sendiri.

Mama tidak boleh menerima suratan takdir bahawa diri mama telah dimadukan dalam diam, walhal mama tahu tujuan arwah papa berbuat demikian, hanyalah untuk memberi sinar baru dalam kehidupan mama yang menghadapi kemurungan ketika itu. Mama telah menolak mentah-mentah naluri dan keinginan papa, sebagai seorang suami. Yang nyata, mama tidak pantas untuk menerima, bahawa papa sanggup menikahi perempuan lain. Keadaan ini telah menimbulkan benci yang amat mendalam sekali terhadap arwah papa. Masya-Allah, betapa besarnya dosa mama terhadap arwah papa kerana apa yang mama lakukan sebagai balasan terhadapnya, terlalu berat dan hebat dari apa yang dilakukannya. Mama telah menconteng arang ke mukanya dan mempermainkan maruahnya sebagai seorang lelaki dan suami. Alyssa sayang, kamu adalah salah satu antara dua perkara indah yang terjadi dalam hidup mama.

Mama berasa amat kecewa apabila mengetahui bahawa Alyssa bukannya anak kandung mama, sedangkan mama sudah sayangkan Alyssa, separuh nyawa. Kepedihan ini telah mencincang lumat hati mama apabila menyedari bahawa Alyssa tidak tumbuh dalam rahim mama, sebaliknya wujud dari ehsan wanita lain. Hati wanita ini jadi hancur, apabila kasih sayang keibuannya dipermainkan. Mereka fikir, mama tidak akan menyayangi dan mencintai Alyssa, sekiranya mama tahu bahawa Alyssa bukannya dari darah daging mama. Akhirnya, mama telah bertindak untuk membenarkan tafsiran salah mereka itu terhadap mama. Akibatnya, Alyssa yang tidak berdosa jadi mangsa. Semua ini terjadi, akibat dari kebutaan mama dalam melihat pengorbanan kasih orang lain. Namun, percayalah Alyssa, bahawasanya mama sedikit pun tidak membencimu, sayang.

Segala kesedihan yang dirasai olehmu akibat perbuatan mama sebelum ini, adalah tindakan salah mama yang paling bodoh sekali. Mama tidak sedar bahawa, sebenarnya ikatan kita lebih kukuh dari ikatan seorang ibu dan anak kandungnya. Ikatan kita adalah satu rantaian perasaan yang diasaskan oleh Yang Maha Kuasa untuk dikongsi bersama. Ikatan kita akan jadi lebih kental jika kita pupuk dan semainya dengan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi dan disertai dengan kemunajatan terhadap-Nya. Mengapakah mama gagal untuk melihat itu semua Mengapakah mama patuh dengan bisikan syaitan untuk mensia-siakan rezeki yang telah dikurniakan Allah ini Mama telah gagal sayang, gagal melaksanakan amanah yang dititipkan untuk mama ini.

Alyssa sayang, di kesempatan ini mama ingin memohon jutaan maaf dari hujung rambut mama hingga hujung kaki atas segala dosa yang telah mama lakukan kepadamu, yang menjuruskanmu ke lembah penderitaan ini. Andainya, masih ada rasa kasihmu terhadap mama, walaupun secebis, mama berasa amat bersyukur dan bahagia sekali. Mungkin dengan cebisan kasih Alyssa itu, sudah cukup untuk menjadi peneman hidup mama di alam barzah nanti. Cuma satu yang mama pinta, janganlah dosa mama ini diwarisi olehmu. Serikanlah kehidupanmu dengan cahaya kebenaran dan jangan sesekali menyerah kepada hasutan syaitan. Mama berdoa agar puteri mama ini, sentiasa diberkati dan dianugerahkan kebahagiaan sejati dari Yang Maha Esa. Jagalah dirimu baik-baik sayang serta sayangilah orang-orang sekelilingmu, yang menyayangimu. Semoga hidupmu sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Sekian, salam sayang dari mama yang jauh.

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkannya ketika itu. Hanya kewajaran dalam berfikir akan maksud bait-bait kata yang ditinggalkan oleh arwah Mariana itu. Sepahit mana sekali pun kenyataaanya, dia harus terima dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya Allah telah merencanakan hidupnya lebih awal darinya. Siapalah dia, untuk menidakkan hak Allah terhadap hamba-Nya. Tiada kuasa untuknya berbuat sesuatu yang melangkaui kebesaran-Nya. Sedikit demi sedikit, api kemarahan Alyssa terhadap arwah mama mula lebur. Perasaan benci yang bersarang, hampir berubah menjadi simpati yang mendalam. Sebagai wanita, dia mengerti sengsara perasaan yang dialami oleh Mariana, walaupun dia belum lagi bergelar ibu.

Namun, jiwa keperempuanannya terguris dengan keperitan yang ditanggung Mariana selama ini. Jika ditanya pada hatinya sendiri, dia juga tentu sukar untuk menerima kehadiran wanita lain untuk sama-sama bertakhta di hati lelaki kesayangannya. Hati wanitanya terlalu sensitif dan telah diduga dengan pendustaan, sehingga melahar kemelaratan dan penderitaan. Itulah yang dialami oleh Mariana yang turut mengheret Alyssa untuk menghuni dunia kesengsaraan. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Alyssa, hanyalah mengiringi doa seorang anak untuk ketigatiga orang tuanya yang sudah pergi mengadap Ilahi itu. Arwah papanya, Mama Mariananya dan ibu Siti Fatimahnya, memerlukan doa dari anak yang soleh. Hanya Alyssa sahaja yang ada untuk membantu memanjatkan doa demi keberkatan mereka di sana. Jika selama hayat mereka, Alyssa telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak, kini, beban itu tetap akan digalasnya walaupun dalam dua alam yang berbeza.