Tika Cinta Berbisik - 15
Bab 14

HARLINA mengeliat melepaskan rasa penat. Matanya masih dipejamkan.

Melihat isterinya yang masih tidur, Khairul turut sama memasang niat. Dipeluknya Harlina seerat mungkin. Dahi Harlina dicium.

Khairul amat menyayangi Harlina. Seingatnya, tak pernah sekalipun mereka berpisah jauh. Malah sewaktu berada di Universiti Malaya pun, mereka berdua seperti belangkas. Di mana ada dia, di situlah ada Harlina. Semua aktiviti kolej disertai mereka bersama. Bila sudah kahwin, dia dan Harlina merancang cuti yang sama. Jadi tidak timbul masalah berjauhan antara satu sama lain.

Harlina, sayang, bisik Khairul. Dikucupnya telinga Harlina. Tergeliat Harlina menahan geli. Mata Harlina pula menjadi mangsa kucupan

Khairul.

Abang! Harlina menjerit kecil.

Ternyata Khairul tak pedulikan langsung jeritan Harlina. Harlina memukul perlahan dada Khairul.

Sudah, bang. Gelilah macam ni.

Hm, dah lama abang tak bermanja-manja dengan sayang. Marilah sayang, peluk abang lagi, rayu Khairul.

Harlina membiarkan saja Khairul berbuat sesuka hatinya. Sebenarnya, dia juga amat merindui belaian daripada suaminya. Harlina akui dia seorang yang suka dibelai dan dimanja. Khairul pula jenis yang suka membelainya. Mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Tangan Khairul mengelus lembut rambut isterinya.

Jangan potong lagi, tegas Khairul. Harlina menganggukkan kepala.

Khairul memang tak suka jika rambut Harlina dipotong pendek. Dia lebih berminat pada rambut yang panjang kerana rambut Harlina memang jenis yang lurus dan lembut. Berkali-kali dia memarahi Harlina apabila mendapati rambut Harlina digunting pendek. Dia rela mengguntingkan ramb ut isteri nya daripada mendapatkan khidmat orang lain.

Mata Harlina terpejam rapat. Tangannya menjalar meraba bibir milik Khairul. Khairul menggigit jari isterinya dengan lembut. Harlina merengek kegelian.

Khairul semakin rancak menyakat Harlina.

Daripada jari, dia sudah berani menggigit tangan

Harlina. Gigitannya sudah hampir mengenai leher bila Harlina menjerit.

Abang!

Hm, ada apa sayang. Khairul buat-buat tak tahu.

Janganlah...!

SELESAI mengemas di bawah, Nurul naik ke tingkat atas. Dia memasuki bilik air tengah untuk mengambil pakaian kotor mereka. Bilik tidur pasangan itu tidak jauh dari bilik air itu. Ketika sedang membuka pintu bilik air, Nurul terdengar suara rengekan manja dan ketawa. Dia pasti itu suara Harlina dan suaminya. Nurul membatalkan hasratnya dan segera turun ke tingkat bawah. Berdebar-debar dadanya. Dia tidak mahu dituduh mengintai mereka.

Ish, diorang ni. Nak buat itu ini pun diam- diam sudahlah, desis Nurul. Dia mengomel- ngomel sendirian. Terbayang perkara yang bukan- bukan di minda.

Masya-Allah, Nurul beristighfar. Menyesali sikapnya yang berfikiran tidak baik. Biarlah, dah suami isteri.

Nurul terus ke dapur dan menyambung kerja-kerja mengemasnya. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil tangan ligat mengelap pinggan. Habis semua barang-barang dapur digilap.

Nurul mengambil kerusi plastik dan memanjat almari. Pintu-pintu almari yang kotor berhabuk dilapnya sehingga bersih. Pada waktu itulah mata Nurul dimasuki habuk. Kakinya menggeletar menahan sakit. Dia tiba-tiba tidak dapat menyeimbangkan diri lalu terjatuh.

Nurul mengurut kakinya yang seakan terseliuh. Sakitnya bukan kepalang. Kerusi plastik itu terpatah dua. Rasa menyesal datang bertimpa-timpa.

Mata Harlina membulat besar melihat Nurul terperosok di tepi dinding. Wajahnya nyata memperlihatkan rasa tidak puas hati.

Nurul, macam mana awak kerja

Nurul mendiamkan diri. Takut hendak menerangkan hal sebenar. Kalau dia terangkan pun bukannya diterima.

Bulan ni saja, dah tiga kali awak buat hal. Pasu pecahlah, mesin rosaklah. Harlina menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Khairul hanya melihat dengan pandangan kosong. Malas mahu bertegang urat. Dibiarkan sahaja Harlina menguruskan hal itu.

Maafkan saya, Kak Lina. Hm... akak tolaklah gaji saya untuk bayar barang-barang tu semua. Lepas ni saya akan lebih hati-hati, janji Nurul.

Baik. Gaji Nurul akan saya potong. Jangan pulak menyesal. Harlina memerli Nurul.

Setelah Harlina berlalu pergi, perlahan-lahan Nurul mengutip serpihan kerusi plastik yang patah itu. Dadanya sebak menahan pilu. Belum apa-apa lagi, dia sudah diperlakukan seperti anjing kurap di rumah ini.

KENAPA sayang Soal Khairul bila melihat wajah Harlina yang masam.

Tak habis-habis cari masalah. Satu, satu benda dalam rumah ni pecah, ngomel Harlina.

Sayang juga yang pilih dia. Dulu kata dia ni baik budi pekerti, hah sekarang sindir Khairul.

Abang jangan tambahkan petrol pula.

Taklah. Harga petrol sekarangkan dah mahal. Nanti kejap, abang pergi ambil air. Nak minum ke nak siram

Abang! Harlina mencampak bantal ke arah Khairul.

Aduh, garangnya. Sejak bila dah bertukar perangai ni. Abang bergurau saja. Khairul menghampiri Harlina.

Sabar sayang, pujuk Khairul. Nak abang urutkan

Harlina tidak langsung menjawab sebaliknya kembali berbaring di katil. Perlahan-lahan tangan Khairul memicit lembut bahu isterinya. Melihat tiada tindak balas, tangannya semakin rancak bergerak.

Harlina takut, bang, keluh Harlina. Harlina tak mahu hati abang beralih arah. Harlina tak dapat terima jika abang berubah.

Kenapa mesti abang berubah Khairul hairan mendengar keluhan Harlina.

Abang dah tengokkan perempuan tu. Dia cukup segalanya. Walau dia tak berpelajaran ting gi macam Lina tapi dia juga ada kelebihan yang Lina tak ada. Dia pandai menguruskan hal rumah tangga. Abang selalu puji masakan dia sedap. Padahal Lina tak pernah sekalipun masak untuk abang.

Siapa kata sayang tak pernah masak Khairul memicit hidung isterinya.

Lina memang tak pernah masak. Paling pandai pun buat roti bakar, goreng telur. Nak buat air kopi pun kadang-kadang terlebih pahit.

Itu semua boleh belajar.

Tapi Lina tak ada masa. Sibuk dengan kerja, balik pun lewat.

Harlina, abang tak pernah persoalkan kenapa Lina tak pernah masak untuk abang. Abang faham

Lina sibuk. Jadi, takkan ada masalah yang timbul.

Sampai bila, bang. Takkan sampai tua abang masih boleh tahan kalau Lina tetap tak masak untuk abang!

Isy, takkanlah sampai tua pun isteri abang ni masih tak pandai masak.

Hah, tengok tu. Lina tahu abang memang nak sangat Lina masak untuk abang, kan Tapi abang sengaja tak mahu kecikkan hati Lina, rajuk Harlina.

Lah, ke situ pula. Sayang, sekarang ni kita sama-sama bekerja. Kita saling faham memahami tugas dan beban kerja. Abang nak tanya, Lina nak kerja ni sampai umur dah tua ke

Maksud abang

Maksud abang, takkanlah Lina dah umur 65 tahun pun masih nak bekerja kat pejabat lagi. Siapa nak jaga anak dan cucu kita Bila umur Lina dah masuk 40, abang nak Lina berehat di rumah. Tak payah kerja. Jadi, daripada Lina tak buat apa-apa, kan Lina boleh belajar masak. Ambil kursus ke.

Boleh ke, bang. Pandai ke Lina masak Dahi Harlina berkerut. Dia langsung tak yakin pada dirinya.

Semua orang boleh. Abang ni lelaki tau. Tak pernah jenguk dapur. Tapi abang tahu cara nak masak nasi dan air. Tu dah memandailah bagi abang.

Iyalah, Lina akan usahakan. Apa yang penting, abang kotakan segala kata-kata abang. Lina nak tengok sejauh mana abang boleh teguhkan cinta abang pada Lina. Lina nak tengok juga sejauh mana abang boleh tahan jika Lina tak masak untuk abang.

Sayang cabar abang ke

Eh, taklah. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.

Tak payahlah nak kenakan abang. Nak cabar abang konon, balas Khairul. Sayang, abang nak cakap sesuatu boleh

Apa dia

Sayang janganlah asyik marahkan perempuan tu. Diakan ada hati, ada perasaan macam kita juga. Cuba sayang fikir, sayang juga yang cari dia, merayu pada dia. Bila dia dah setuju, sayang pula yang berubah perangai. Marah dia tak tentu pasal. Abang tengok kesalahan yang dia buat tu kecik saja tapi marah sayang tu lebih-lebih pula. Nanti apa dia kata...

Entahlah, bang. Lina pun tak sedar. Mungkin Lina takut dia rampas abang dari Lina agaknya.

Harlina cemburu pada dia

Mungkin juga. Harlina mengiyakan katakata Khairul.

Lina masih nak teruskan rancangan tu ke

Harlina terpana mendengar soalan yang tak disangka itu. Setakat ni, Harlina masih nak teruskan. Tapi tak tahulah kemudian hari. Kena tengok orang yang terlibat tu juga. Kalau kena gaya, jalan terus. Tapi, kalau tak kena gaya, alamatnya selamat tinggallah.

Eh sayang ni. Abang tanya betul-betul dia main-main pula.