Setibanya Zed dan Qaseh di Kota Baharu pada awal pagi itu, Muiz terus membawa mereka menuju ke rumah orang tuanya, di Utara Kelantan, di sempadan Golok, Thailand. Ianya sebuah kampung pendalaman yang kecil dan jauh dari dunia kemodenan. Patutlah sejak mula berkenalan dengan Muiz, Zed terus memesrakan dirinya dengan Muiz. Mungkin sejak awal lagi Zed sudah menyimpan niat hendak menetap di kampung Muiz. Memang licik akal Zed, daya pemikirannya sentiasa maju kehadapan.
Setelah keletihan hampir 7 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, Zed dan Qaseh harus menyambung perjalanan selama 2 jam lagi sebelum mereka tiba di rumah ibubapa Muiz, di salah sebuah kampung di daerah Mukim Jejulok, Pengkalan Kubor. Setibanya Zed dan Qaseh di sana, mereka disambut baik oleh Mak Teh, ibu Muiz dan Pak Jan, ayah Muiz. Walaupun Zed dan Qaseh sangat keletihan, mereka tetap berbudi bahasa menghormati orang tua. Mereka bersengkang mata melayan segala pertanyaan Mak Teh dan Pak Jan, sehingga Qaseh tersengguk-sengguk, tertidur di kerusi. Mak Teh, tersenyum melihat gelagat Qaseh, sambil menanam penuh rasa simpati pada anak gadis yang disangka yatim piatu.
Muiz memberitahu ibubapanya bahawa Zed ialah anak yatim piatu. Tetapi Mak Teh dan Pak Jan menyangka Zed dan Qaseh kedua-duanya anak yatim piatu. Bukan itu sahaja, mereka juga menyangka Zed dan Qaseh sebaya dengan Muiz, 18 tahun. Mujurlah orang tua berdua itu langsung tidak bertanyakan usia Zed atau Qaseh, memandangkan mereka bukan sahaja berfikiran matang, tetapi penampilan Zed dan Qaseh juga dilihat lebih matang dari usia sebenar mereka.
Muiz dan Zed berasa lega, kerana mereka tidak perlu memberi penjelasan panjang lebar tentang hasrat Zed dan Qaseh ke situ. Jauh sekali untuk diceritakan kepada orang tua itu, bahawa Zed dan Qaseh sebenarnya lari dari rumah. Mak Teh mengiringi Qaseh ke bilik tidurnya. Qaseh yang keletihan, tanpa segan silu terus terlena di atas katil usang yang disediakan. Zed pula berkongsi bilik tidur dengan Muiz.
Sebaik sahaja kepalanya bertemu bantal, Zed terus hilang dari dunia nyata dibuai lena. Sehinggalah berkumandangnya azan Maghrib, kembali ke alam nyata. Pak Jan mengajak mereka semua berjemaah Maghrib, tanda dia telah menerima Zed dan Qaseh sebagai keluarga. Bergenang airmata Zed di setiap rokaat dia bersolat. Tersentuh perasaannya mengenangkan kali terakhir dia berjemaah dengan keluarga, adalah ketika arwah ibubapanya masih hidup. Rindunya dia kepada kedua-dua arwah orang tuanya ketika itu, samalah rindunya kepada Allah.
EXT. KAWASAN RUMAH IBUBAPA MUIZ / MALAM.
KITA LIHAT SEBUAH RUMAH KAYU USANG, TETAPI INDAH DIPENUHI KEHIJAUAN POHON-POHON DI KELILINGNYA.
DISINARI PULA DIK CAHAYA BULAN TERANG DARI LANGIT MENAMPAKKAN KEINDAHAN BUMI YANG ASLI DAN MASIH SUCI.
CUT TO.
INT. RUMAH IBUBAPA MUIZ / MALAM.
RUANG MAKAN; DAPUR YANG SERBA KEKURANGAN. DI SATU SUDUT KITA NAMPAK DAPUR KAYU TUA. DI ATASNYA BERTENGGEK CEREK BURUK SEDANG MENJERANG AIR.
ZED, QASEH, MUIZ, IBU MUIZ DAN BAPA MUIZ SEDANG BERBUAL SAMBIL MAKAN MALAM.
ZED
Pakcik, makcik, terima kasih banyak sudi tumpangkan kami,
buat sementara di rumah ni.
MAK TEH
Anok ni mudo lagi, asal KL pulok.
Napo nok duduk tempat kampung hok lagu ni
ZED Err...err...ergh.
TIBA-TIBA MUIZ MENYAMPUK MENYELAMATKAN ZED YANG SEDANG TERGAGAP-GAGAP HENDAK MENJAWAB SOALAN IBU MUIZ ITU.
MUIZ
Dio dapat kijo di Golok, mak.
Itulah dio maqi sini. Di KL tu, orang muzik supo kami nih rama.
ZED Err...betul...betul tu makcik.
PAK JAN Jadi bilo anok berduo ni nok kawin
ZED
Tak lama lagi, InsyaAllah. Hajat kami tu nak kawin di Golok aja.
PAK JAN
Molek lah. Kalu di sini mace-mace proses nok keno lalui, deh.
Hok peting kawin. Bior soh...deh.
ZED TERUS MENJELING PADA MUIZ; MINTA BANTUAN JIKA ADA LAGI BERTANYAAN TENTANG PERKAHWINAN DARI IBUBAPANYA.
Tetapi nampaknya tiada lagi pertanyaan yang datang dari kedua-dua orang tua itu. Zed dan Muiz merasa lega. Oleh itu, mereka masih ada masa untuk memikirkan alasan yang sesuai jika kedua orang tua itu bertanya lagi perihal perhubungan Zed dan Qaseh. Yang penting Pak Jan dan Mak Teh sudah tahu bahawa Zed dan Qaseh akan berkahwin, tidak lama lagi. Mereka terpaksa berbohong kepada Pak Jan dan Mak Teh mengatakan bahawa, Zed ada kenalan di Golok yang akan menguruskan acara pernikahan Zed dan Qaseh di sana. Kedua-dua orang tua itu percaya bulat-bulat segala yang diberitahu kepada mereka.
Tetapi hakikatnya Zed dan Muiz sedang kebingunan, memikirkan apa caranya Zed dan Qaseh boleh berkahwin. Mereka ada memiliki pasport antarabangsa, tetapi tidak boleh digunakan untuk keluar dari Malaysia, kerana sudah pasti polis akan dapat mengesan mereka melalui maklumat dari pihak imigresen. Menyebut tentang polis, Zed teringatkan tentang wang simpanannya di bank. Kebetulan Muiz akan ke Kuala Lumpur selama tiga hari. Zed pun meminta bantuan Muiz membuka akaun bank baharu atas nama Muiz. Dari situ Muiz akan keluarkan wang simpanan Zed yang masih ada sebanyak RM9,000 lebih, dan pindahkan ke dalam akaun baharu atas nama Muiz itu. Tetapi Muiz dipesan agar tidak mengeluarkan wang tunai itu dari mesin ATM yang sama. Dan hanya dilakukan pada sebelah malam sahaja. Ya...aku faham. Nanti di Pahang aku keluarkan 3,000 ringgit. Jelas Muiz penuh iklas. Lepas tu bila sampai Kuala Lumpur, lagi 3,000 ringgit. Muiz berkata sambil tersenyum. Hari ketiga, kau keluarkan di mana-mana pun tak apa, asal jangan di Kuala Lumpur. Zed berkata sambil menghulurkan kad ATM miliknya kepada Muiz. Tiba-tiba ada satu lagi pesanan dari Zed, Jangan lupa pakai topi, untuk elak cctv nampak muka kau yang handsome tu. Zed bergurau. Muiz menggangguk sambil mereka bertepuk tampar bahu masing-masing. Walaupun Zed dan Muiz baharu berkenalan tetapi siapa dapat melarang, ketentuan Tuhan bahawa mereka telah menjadi sahabat yang sangat akrab dalam masa yang singkat. Ternyata Muiz seorang yang jujur. Sekembalinya dari Kuala Lumpur, dia terus menyerahkan kedua-dua kad ATM kepada Zed. Satu kad yang baharu yang berdaftar atas nama Muiz, dan satu lagi kad asal milik Zed. Jumlah dalam akaun baharu ada RM9,000 seperti yang diamanahkan. Dan jumlah dalam kad asal Zed, kekal ada beberapa ratus ringgit baki.
INT. RUANG TAMU RUMAH IBUBAPA MUIZ / SIANG.
KELIHATAN ZED DAN MUIZ SEDANG BERBUAL DI MEJA TAMU, SAMBIL MUIZ MENGHULURKAN KAD ATM DAN KAD TALIFON BIMBIT.
MUIZ
Itu kad bank lu. Yang ini pulak kad pre-paid phone, nama aku jugak. Heehee...
DI TANGAN ZED ADA DOMPET DAN TALIFON BIMBITNYA. KAD-KAD DI MASUKKAN DALAM DOMPET. KEMUDIAN KAD PRE-PAID BARU PULAK DIMASUKKAN KE DALAM TALIFON BIMBITNYA.
ZED
(ketawa-ketawa kecil)
Adus! Aku rindu gila phone aku ni.
Terima kasih, Muiz. Kesian gua... semua harta gua guna nama lu.
ZED MENGHULUR TANGAN BERSALAM DENGAN MUIZ; WAJAHNYA TERHARU DAN BERKATA-KATA LAGI, LEBIH SERIUS.
ZED
Terima kasih sangat-sangat. Tak tau macamana gua nak balas budi lu dan famili lu yang banyak tolong gua ni.
Jasa lu besar, bro...
ZED KELUARKAN WANG TUNAI 100 RINGGIT; DIBERI KEPADA MUIZ.
MUIZ MENOLAK PERLAHAN TANGAN ZED; WAJAHNYA TENANG.
MUIZ
Wowow...takpa, aku tolong kau iklas. Jasa lu kat gua lagi besar, bro.
ZED Apa la sangat jasa gua tu
MUIZ
Lu ingat konsert kat Bukit Jalil hari tu.
Kalau lu tak guide gua main, mungkin satu band kantoi, ualls. Brother-brother band
gua masa tu pun cakap, nasib baik lu ada.
(geleng kepala)
Giler, bayangkan kalau kitorang satu band kantoi. Mana nak taruk muka...!
MUIZ TERUS MEMELUK ZED TANDA BERSAHABAT DUNIA AKHIRAT.
TIBA-TIBA PAK JAN DATANG MENGHAMPIRI MUIZ DAN MENEPUK-NEPUK BAHU ANAKNYA DENGAN PENUH KASIH SAYANG.
PAK JAN
Molek tindake mu dok ambik duit tu.
Sejak Zed duduk sini, dio bewi duit selalu ko mok mu.
SAMBIL ITU KITA LIHAT, QASEH MUNCUL HIDANGKAN MINUMAN, KEMUDIAN KEMBALI KE DAPUR.
ZED MENATAP WAJAH PAK JAN DAN MUIZ DENGAN PENUH RASA BERSYUKUR, TUHAN TELAH MENEMUKAN DIA DENGAN MEREKA.
Di bawah pohon rendang di tepi rumah Pak Jan ada sebuah pangkin tempat Pak Jan dan Mak Teh sering duduk brehat menikmati pemandangan hijau di keliling mereka. Tetapi sejak kebelakangan ini, di situ telah menjadi tempat kegemaran Muiz, Zed dan Qaseh melepak. Pada suatu petang yang dingin, burung-burung bernyanyi riang mengiringi deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa, Zed, Qaseh dan Muiz turut bernyanyinyayi sambil bermain gitar dan menikmati rojak buah yang dijamu oleh Mak Teh. Damai sungguh suasana di pangkin di bawah pohon rendang itu. Setelah kekeyangan makan rojak dan puas bernyanyi, mereka termenung seketika. Masingmasing memerah otak mencari jalan, agar Zed dan Qaseh dapat berkahwin.
Tidak lama kemudian, Qaseh mendapat satu idea. Zed dan Muiz melonjak gembira tidak sabar mendengarnya. Qaseh menyatakan mereka boleh berkahwin melalui internet. Katanya ada sesawang dari negara Thailand. Di sesawang itu, pasangan yang berjauhan boleh dinikahkan melalui khidmat skype di internet, tidak kira bangsa atau agama. Tapi kita orang Malaysia, boleh ke Tanya Zed kepada Qaseh. Entah, tapi kita tengok dulu. Jawabnya. Qaseh pun bergegas masuk ke dalam rumah, ambil notepad milik Muiz. Notepad itulah selama ini menjadi sahabat Qaseh di rumah itu, selain Mak Teh. Dengan pantasnya mereka pun membuka laman sesawang yang dikatakan itu.
Ternyata laman sesawang yang disebut sebagai Marry Me itu wujud. Mereka pun melayari laman itu sepenuhnya. Dan alangkah gembiranya Zed dan Qaseh, kerana laman sesawang itu tidak termaktub untuk rakyat Thailand sahaja. Bagaimanapun, ada syarat-syarat tertentu yang harus dipatuhi sebelum setiap pasangan diterima untuk berkahwin melalui laman sesawang itu. Selain syarat-syarat bembayaran, salah satu syarat yang ditentukan ialah, bakal pengantin perempuan harus berusia 15 tahun ke atas. Dan bakal pengantin lelaki pula harus berusia 18 tahun ke atas. Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing mengetahui apa yang terkandung di dalam fikiran masing-masing. Tidak menjadi masalah buat Qaseh untuk bernikah, tetapi Zed, bagaimana pula. Zed kebingungan memandang wajah Muiz dan berkata, tak akan nak guna nama Muiz lagi Kemudian Zed tersenyum-senyum tanda menyakat. Jangan buat gila, Qaseh jadi bini aku pulak. Muiz pula bergurau. Dalam gurauan itu sebenarnya mereka bertiga kerisauan.
Rupa-rupanya ramai anak-anak gadis di Thailand, bernikah seawal usia 15 tahun. Mungkin kerana kesempitan hidup yang mendesak ibubapa mengawinkan anak-anak gadis mereka secepat mungkin. Di negara ini juga, di kala dahulunya, ramai anak-anak gadis yang berusia seawal 15 tahun telah dikahwinkan oleh ibubapa mereka, dengan bakal suami yang berusia jauh lebih tua dari si anak gadis itu. Tetapi belum pernah terdengar lagi ada pasangan yang sebaya usia 15 tahun berkahwin. Mungkin ada, tetapi jarang-jarang berlaku. Namun, itu semua bukan penghalang buat Zed. Baginya dia sudah bersedia, biarlah apa orang hendak kata.
Sekali lagi mereka terpaksa memerah otak untuk mencari jalan bagaimana Zed dan Qaseh boleh berkahwin. Tidak semena-mena Zed ketawa terbahak-bahak. Muiz dan Qaseh tercengang, kenapa kau gelak, cakaplah. Tanya Qaseh. Apa hal, cakaplah. Muiz juga ikut teruja ingin tahu apa yang sedang Zed fikirkan. Zed pun menjelaskan, tiada yang mustahil jika melibatkan internet. Syaratnya pun mudah, mereka hanya perlu hantar salinan kad pengenalan diri, salinan gambar terbaharu dan wang upahan, kepada laman sesawang Marry Me itu. Maka itu Zed terfikir, tidak mustahil jika dia akan menukar satu angka pada tarikh kelahirannya yang terdapat dalam kad pengenalan dirinya itu. Tahulah nanti bagaimana dia hendak melakukannya. Pada pendapatnya, asalkan nama kedua-dua tuan badan yang hendak bernikah itu nama sebenar, dan dilafaz dengan betul, sudah cukup untuk mengesahkan pernikahan mereka kelak. Ternganga mulut Muiz dan Qaseh mendengar penjelasan Zed itu. Mereka kagum dengan kepintaran akalnya berfikir. Sebulat suara Muiz dan Qaseh bersetuju. Proses melafaz nikah akan dibuat melaui teknologi skype, sudah tentu-tentunya Zed dan Qaseh yang akan berdepan dengan juru nikah dari laman sesawang itu. Lagipun masa lafaz nanti, bukannya kena sebut umur pun. Yang penting muka aku ni, nampak macam 18 tahun. Panjang lebar Zed meyakinkan Muiz dan Qaseh nampak 16 tahun. Mereka bertiga tersengeh gembira, memandang antara satu sama lain. Betul...betul! Kata Qaseh sambil bertepuk tangan. Tiba-tiba terkeluar sikap keanak-anakkannya tanpa disedari. Zed dan Muiz pula bertepuk tampar, tanda gembira.
Suara Azan berkumandang mengiringi bunyi deruan angin yang sedang bertiup perlahan mendinginkan suasana di bawah pohon besar di tepi rumah Pak Jan itu. Mereka bertiga tibatiba terdiam, menyambut suara azan. Kemudian mereka dikejutkan dengan suara Mak Teh pula, memaggil mereka masuk menunaikan solat Asar.
EXT. POHON BESAR - TEPI RUMAH IBUBAPA MUIZ / SIANG.
KELIHATAN ZED, MUIZ DAN KASEH, SEDANG
BERJALAN KE ARAH RUMAH. QASEH JAUH DI DEPAN ZED DAN MUIZ. KITA PERGI PADA MUIZ DAN ZED YANG SEDANG BERBUAL SAMBIL BERJALAN.
MUIZ
Aku lega kita dah ada jalan... korang berdua dapat kawin.
ZED
Alhamdulillah...aku pun rasa lega.
Tapi webside tu charge mahal juga.
MUIZ
Eh..duit saving kau ada banyak, apa. Lebih dari cukup untuk buat bayar.
ZED
Betul...tapi gua taknak bila lepas kawin nanti duit takda pulak. Gua rasa,
kita kena start kerja, cari duit dulu...
MUIZ MENGANGGUK SAMBIL MEREKA SAMA-SAMA MELANGKAH MASUK KE DALAM RUMAH.
Hampir sepurnama berlalu, hubungan Muiz dan Zed, dua sahabat kini makin rapat seperti adik beradik. Sama juga antara mereka dengan gitar mereka masing-masing, bagai hempedu lekat di hati, terlalu erat dan tidak boleh dipisahkan. Muiz kini tidak lagi tinggal bersama bapa saudaranya di Kota Baharu. Dia kembali menetap bersama orang tuanya. Kerinduan Muiz dan Zed hendak terus berkarya dan membuat persembahan makin mendalam. Sejak hari itu, Zed dan Muiz telah membentuk satu kumpulan muzik jalanan, yang dinamakan Muzed Busker, sempena nama mereka berdua. Muzed Busker terdiri dari empat orang pemain. Zed, pemain gitar utama, Muiz bermain gitar bass, Jerry bermain cajon, Syukri bermain keyboard dan juga penyanyi. Syukri dan Jerry masing-masing berusia 24 tahun, pemuzik jalanan yang berpengalaman.
Pucuk dicita, ulam mendatang, baharu beberapa minggu kumpulan Muzed Busker aktif sebagai pemuzik jalanan, mereka terus mendapat tawaran kontrak bermain di salah sebuah kelab malam berprestij di Golok, Thailand. Memangdangkan Golok, Thailand dan Pengkalan Kubor tidak jauh, maka tidak mustahil pemilik kelab malam dari Golok itu telah beberapa kali menyaksikan persembahan Muzed Busker dan terus tertarik menawarkan peluang itu kepada mereka.
Pada awalnya Zed agak keberatan menerima tawaran itu, kerana dikuatiri pihak polis akan mengesannya yang terpaksa melalui imigresen untuk berulang alik dari Pengkalan Kubor ke Golok, Thailand. Mujur ada Pakcik Bajak, teman baik Pak Jan, membantu membawa Zed berulang alik masuk dan keluar Golok tanpa perlu melepasi imigresen. Pakcik Bajak seorang saudagar kain yang berpengaruh di Pengkalan Kubor dan di Golok. Hampir setiap hari selama lebih 35 tahun, beliau berulang alik antara Pengkalan Kubor dan Golok, menjalankan perniagaannya sejak usianya 21 tahun. Laluan Sungai Golok itu sudah menjadi seperti tempat bermainnya sahaja.
Alang-alang berminyak, biar licin. Zed pun bersetuju untuk bersama Muzed Busker menerima tawaran itu. Ternyata pengaruh Pakcik Bajak di sekitar kawasan perairan Sungai Golok sangat besar. Hampir dua minggu Zed berulang alik secara haram dari Pengkalan Kubor ke Golok, Thailand, Zed langsung tidak menghadapi masalah. Bagaimanapun, Zed sadar sepandai-pandai tupai melompat suatu hari akan jatuh ke tanah juga. Maka itu, Zed tidak mahu kehidupan hariannya terus menjadi pelarian. Setelah berbincang dengan Qaseh, akhirnya Zed membuat keputusan untuk tinggal di Golok. Zed menyewa sebuah bilik di bandar Golok, dengan bantuan pemilik kelab tempat dia berkerja. Qaseh diminta bersabar buat sementara tinggal di rumah orang tua Muiz dahalu, sehingga Zed selesai menyusun perancangan seterusnya. Aku janji..paling lama aku di Golok, sebulan. Zed menyakinkan Qaseh. Bila dah ready semua kat sana, kita kahwin, ya. Kata Zed lagi. Qaseh tersenyum mengangguk. Dia yang amat mencintai Zed, patuh sahaja akan segala rancangan Zed, satu pun tiada halangan. Bak kata pepatah bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.
Zed merancang, apabila persiapan seperti tempat tinggal sudah diatur di Golok nanti, Zed akan menikahi Qaseh, dan akan membawa Qaseh menetap bersamanya di Golok, Thailand. Apa-apa pun, Pengkalan Kubor dan Golok hanya dipisahkan oleh Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok yang berukuran 109.73 m sahaja.