KAMU SANG PENCULIK - 15
KETUKAN di cermin Iriz benar-benar mengejutkanku. Kepala kuangkat dan kudongak ke arah cermin. Senyuman nipis kuukir saat melihat Kak Rozi di luar. Tangannya yang digenggam masih melekap di cermin Irizku. Pasti dia yang mengetuk cermin tadi.

Kak Rozi, hai, tegurku setelah cermin diturunkan.

Kenapa tak balik lagi Kak Rozi kecilkan matanya.

Saja panaskan enjin dulu. Jawapan selamat dariku.

Panaskan enjin ke tunggu boyfriend datang Hobi Kak Rozi memang suka memerliku agaknya.

Kalau saya tunggu boyfriend, saya tak duduk dalam ni dan bazirkan minyak kereta. Saya akan tunggu boyfriend datang jemput dekat luar. Kali ini mulutku lancar membalas. Penat jaga hati orang. Tambah pula dengan masalah yang sedia ada. Memang tiada mood untuk bergurau-senda dengan orang.

Yalah, mana tahu ada date dengan boyfriend, tapi drive kereta asing-asing. Nampaknya Kak Rozi tak faham dengan perlianku.

Taklah Kak Rozi, saya tengah fikir nak makan apa malam ni. Itu yang tak drive lagi. Takut juga drive sambil fikir menu dinner, sila-silap saya masuk longkang atau langgar bontot kereta orang pula. Kucuba elak lagi.

Eh, tadi cakap nak panaskan enjin, sekarang fikir nak makan apa pula. Cepat Kak Rozi menjeratku.

Dua-dua sekali. Kak Rozi ni kenapa tak nak balik lagi Akhirnya kusoal juga.

Bunyi macam halau kita aje.

Memang pun. Aku jujur menjawab dalam hati.

Nak baliklah ni. Kereta akak parking dekat situ. Jari telunjuk Kak Rozi dihalakan ke arah Perodua Axia miliknya sebelum dia beredar. Aku sambung kerjaku yang terbantut tadi. Kepala kuletakkan semula ke atas stereng kereta.

Ya Allah, apa yang aku dah buat ni Monologku mula tercetus.

Sejak tahu hakikat dari Munirah tadi, memang aku tidak senang duduk. Sudah lima kali aku cuba menghubungi Niel, semuanya berkata, This is the voicemail message for...

Sampai naik geram aku dibuatnya. Entah kenapa Niel matikan telefonnya. Atau jangan-jangan Niel ikut umminya ke Mekah Proses permohonan visa bukannya sampai berhari-hari jadi sempat sangat jika Niel hendak ikut umminya di saat-saat akhir.

Haih, sudah-sudahlah dengan tekaan mengarut Aliya Shaqina. Disebabkan sibuk buat kesimpulan yang entah apa-apalah aku sampai ke tahap melukakan hati seseorang yang sepatutnya kuucapkan terima kasih.

Galaxy A tiba-tiba berdering. Mujur juga aku tidak meloncat terkejut. Sebelum skrin Galaxy A kulihat, dalam hati sibuk berdoa agar ianya panggilan Niel.

Namun hampa kerana Kak Zila rupanya.

MEMPELAM epal yang sudah kelihatan sedikit menguning kuusap berulang kali. Buahnya elok-elok sahaja terjuntai separas daguku. Pokoknya tidaklah terlalu tinggi, lebih kurang empat meter sahaja tingginya dari aras tanah. Tetapi memang setiap tahun ia kerap berbuah lebat.

Tuan rumah sewa kami, Kak Nina dari dahulu lagi sentiasa suruh kami makan serta sedekahkan pada jiran-jiran sahaja. Memang itulah yang kami buat. Malah Niel juga sudah berkesempatan merasa mempelam epal ini cicah dengan kicap campur gula. Oh, kenapa budak itu juga yang kukenang. Tanpa sedar mempelam epal kupicit kuat.

Yang pergi picit buah yang tak bersalah tu kenapa Geram pasal apa pula adik akak seorang ni Teguran Kak Zila benar-benar membuatku tersentak sampai tertarik kuat mempelam epal. Terpisah terus dari tangkainya. Badan kupaling ke belakang. Kelihatan Kak Zila lengkap dengan t-shirt dan track bottom serta sneakers.

Kak Zila nak ke mana Aku tersenyum nipis.

Ingat nak ajak Sha pergi taman. Boleh jogging sekali petang-petang ni. Tapi, nampak macam mood tengah swing pula. Mata Kak Zila dikecilkan.

Kalau Kak Zila nak suruh teman, boleh aje.

Tak apalah. Akak pergi sorang aje. Sha okey tak ni Nampak macam ada masalah. Pandai betul Kak Zila meneka.

Aku pamer sengihan lebar. Punggung kulabuhkan ke atas pangkin. Mempelam epal aku pusing-pusingkan di tangan.

Dah telefon homestay Tiba-tiba soalan ini Kak

Zila ajukan.

Homestay Aku soal kembali dengan dahi yang berkerut.

Haaa, ini memang sah tengah fikir benda lain sampai tak dapat tangkap apa yang akak maksudkan, balas Kak Zila lantas duduk di sebelahku. Wajahnya kurenung dengan penuh tanda tanya.

Kan Sabtu ni majlis pertunangan sepupu Sha. Homestay untuk family dan saudara-mara Sha nanti dah telefon ke Penjelasan Kak Zila memadamkan tanda tanyaku.

Oh, homestay yang dekat Klang tu. Dah telefon dan still available untuk tarikh yang Sha minta tu. Terima kasih Kak Zila sebab bagi nombor telefon tu.

Alhamdulillah, dapat. Akak memang ada nombor dia dan kawan akak dulu pun pernah duduk situ. Katanya selesa. Tapi, sekarang ni bukan isu homestay tu, tapi Sha ni. Cuba cerita apa yang berlaku sampaikan Sha boleh jadi blur tadi. Kak Zila masih cuba untuk menyelami masalah yang melandaku.

Hendak berterus-terang atau tidak

Kak Zila, pernah tak Kak Zila salah faham pada seseorang Lepas tu bila Kak Zila dah tahu hakikatnya dan nak cari orang tu untuk minta maaf, orang tu hilang tanpa dapat dikesan. Aku pilih untuk berlapikkan soalan dahulu.

Erm, salah faham tu pernahlah tapi selalunya selesai cepat sebab bila tahu terus minta maaf. Tak pernah lagi jadi kes orang tu hilang. Ini pasal Munirah dengan tunang dia tu ke

Eh, bukan akak. Lupa nak bagitahu akak. Mun dengan tunang dia dah berbaik. Semua salah faham dah terlerai. Tak sempat nak cerita dekat akak lagi pasal ni. Sempat aku selitkan kisah Munirah dan Faiz. Oh, baguslah macam tu. Jadi tak perlulah Sha fikir masalah dia orang lagi. Tapi, masalahnya sekarang ni Sha ni kenapa Makin berkerut Kak Zila saat wajahku direnungnya.

Hmmm... Aku mengeluh.

Tak apalah, kalau Sha tak nak cerita masalah Sha, akak tak paksa. Cuma ingat satu perkara, akak sentiasa sedia jadi kaunter aduan Sha. Lembut sekali suara Kak Zila. Bahuku Kak Zila gosok sedikit.

Sebenarnya akak, Sha dah buat salah pada Niel. Sha nak cerita lanjut pun susah sebab panjang, tapi memang Sha dah buat salah pada dia. Sha dah cuba berkali-kali telefon dia sejak Jumaat lepas, tapi sampai Ahad ni masih voice mail. Tak tahu nak cari dia dekat mana. Akhirnya kupilih untuk diluahkan.

Dah cuba tengok Facebook dia Mungkin dia update lokasi dekat situ. Cadangan Kak Zila memang munasabah dan dah kubuat semalam.

Dah, tapi dia deactivate Facebook.

Cuba hubungi kawan-kawan dia atau keluarga dia. Mesti Sha ada nombor telefon atau sekurangkurangnya Sha kawan dengan dia orang.

Cadangan Kak Zila hanya mampu kubalas dengan gelengan. Mustahil untuk aku bertanya pada Mak Cik Ruqayyah dan Inayah yang jauh di Mekah.

Hendak tanya ahli keluarganya yang lain dan kawan-kawannya, aku pula langsung tiada maklumat tentang mereka. Yang kukenal hanyalah Nelly, Bad, Tom, Nek Timah dan mak tiri Niel. Hanya Nek Timah yang kukenal agak rapat. Yang lain-lain hanya sekadar sekali dua bertemu.

Sha rasa dah tahu mana nak cuba cari Niel. Ada satu gerai nenek ni yang Niel selalu pergi. Mana tahu boleh jumpa Niel dekat situ. Terima kasih akak sebab bagi hint pada Sha. Kalau tak, memang buntu sampai ke sudah. Aku tersenyum lebar kali ini. Lega kerana jalan penyelesaian seakan-akan sedikit terbuka.

Yalah sama-sama. Cuma satu aje yang akak pelik. Takkan Sha langsung tak kenal dengan orang-orang yang ada kaitan dengan Niel Maksudnya kenal dan tahu macam mana nak berhubung dengan orang tu. Yalah, contohnya dengan Munirah. Sha siap boleh kawan dengan adik dengan tunang dia. Dengan akak dan Miza pula, Sha kan rakan Facebook dengan adikberadik kita orang. Niel tu kan adik angkat Sha, jadi maksudnya dia tu antara orang yang terdekat dengan Sha. Ini macam kau orang ni ada dua dunia yang berbeza dengan tembok tinggi melangit. Panjang lebar pula Kak Zila menyatakan curiganya.

Aku tidak terus menjawab, sebaliknya tangan kembali sibuk memusingkan mempelam epal.

Okey, akak minta maaf sebab terlalu masuk campur. Yang penting, sekarang ni Sha dah lega sikit kan. Kalau dah okey sikit, akak nak pergi taman dah. Jangan lupa kunci pintu nanti. Anak dara duduk seorang bahaya biar pintu tak berkunci. Akak dah bawa kunci siap-siap. Sempat Kak Zila berpesan sambil bangun dari duduknya. Miza balik kampung minggu ini jadi tinggal aku dan Kak Zila sahaja.

Terima kasih banyak akak. Hati-hati ya. Aku turut berpesan.

Setelah Kak Zila beredar, aku terus masuk ke dalam rumah bersama mempelam epal yang tak sengaja dipetik. Sambil itu, sempat aku berkira-kira untuk ke gerai Nek Timah.

Tetapi, esok hingga Khamis aku sibuk berkursus di Shah Alam dan Jumaat pula mama, abah dan saudaramaraku tiba dari Kelantan. Jadi nampak gayanya Ahad nanti barulah aku boleh ke gerai Nek Timah. Hendak datang selepas waktu kerja, Nek Timah pula hanya buka gerai dari pagi hingga waktu makan tengahari sahaja. Tidak mengapa, yang penting aku harus sabar menanti kehadiran Niel semula.

DEKAT tempat kerja kakak tak ada kerja kosong ke Kalau ada boleh Kak Ngah minta dekat situ. Mak Andak sempat bertanya ketika kami berkumpul mengadap hantaran. Kak Ngah yang dimaksudkannya ialah anaknya merangkap sepupuku yang baru tamat pengajian.

Insya-Allah, kalau ada nanti kakak bagitahu. Sekarang ni dekat unit kakak masih cukup kakitangan, tapi dekat unit lain tak pasti pula. Aku menjawab sopan sambil tangan sibuk melekatkan telur rebus pada reben di bunga telur. Pagi esok bunga telur ini akan dicucuk pada pulut kuning yang kini berada di atas dapur. Baunya kadang-kadang nakal menjengah hidungku.

Nanti kalau dapat sama tempat dengan kakak, senanglah nak balik kampung. Lagipun, bakalnya Kak Ngah kerja dekat KL. Dekat dah dengan sini, tambah Mak Andak dan aku terus kerutkan dahi.

Sempat memandang mama yang duduk di sebelahku sambil jongketkan kening.

Bakal tunang Kak Ngah. Mama membunuh tanda tanyaku. Kerutan kuganti dengan senyuman manis.

Oh, dah nak bertunang Kak Ngah. Alhamdulillah. Dengan suara ceria aku membalas.

Insya-Allah, tak ada aral lepas Kak Ngah konvo nanti. Mak Andak nak buat kecil-kecil aje. Kakak jangan tak balik pula masa tu. Wah awal-awal lagi Mak Andak menjemputku.

Insya-Allah Mak Andak. Aku balas dengan senyuman dan anggukkan.

Kakak pula bila lagi Tak akan tak ada calon Sepupuku, Kak Yana sempat mengusik.

Belum lagilah Kak Yana. Lambat lagi kut. Tak ada perancangan lagi. Tapi, andai dah tertulis jodoh, bulan depan pun boleh. Entah-entah esok jumpa dekat majlis pertunangan Abang Hakim. Sengaja aku berseloroh.

Amboi, nak ke Boleh aje abang kenalkan dengan kawan-kawan Kak Suria. Tak pun dengan adik-beradik Kak Suria. Ada tiga orang calon yang bujang. Yang tak bujang pun ada juga seorang. Kuota kosong lagi tiga. Entah dari mana sepupuku, Abang Hakim muncul tiba-tiba. Siap mengusik lagi. Tadi rasanya elok sahaja berbual di laman rumah dengan abahku serta pakcikpakcik kami dan suami Kak Yana.

Kakak bergurau ajelah Abang Hakim. Janganlah ambil serius. Aku menolak sambil tergelak kecil. Buatnya Abang Hakim betul-betul kenalkan aku dengan calon-calon itu, buat malu aku sahaja.

Alah, Abang pun gurau aje. Tapi, tak salah kan. Kalau kakak tiba-tiba terjatuh suka dekat sesiapa dekat majlis esok, terus bagitahu abang ya. Jangan sorok-sorok. Abang boleh adjustkan. Makin banyak pula rencah menyakat Abang Hakim. Patutnya dia yang disakat kerana dia yang akan bertunang esok. Ini aku pula yang kena.

Abang Long ni tak baiklah usik kakak. Kesian kakak dah merah muka dia. Hakimah, adik Abang Hakim mencuit lengan abang sulungnya. Aku lega kerana ada juga yang menyelamatkanku.

Suasana ceria kami berterusan hinggalah selesai kerja-kerja menyusun dan menghias semua hantaran. Tinggal pulut kuning sahaja pagi esok. Kak Yana pulang ke Shah Alam dengan suaminya lebih kurang jam sepuluh malam. Aku dan mama pula pulang ke rumah sewaku lebih kurang jam sebelas malam. Abah dan mama tidak mengizinkan aku pulang sendirian. Jadi, malam ini mama akan tidur di rumah sewaku. Sudah agak lama aku tidak tidur dengan mama.

SELESAI majlis pertunangan Abang Hakim, rombongan meminang kami terus pulang ke homestay. Empat buah kereta berkonvoi ke

rumah bakal mentua Abang Hakim tadi. Saudaramaraku semua di dalam rumah, sedang mengemas barang. Bimbang pula ada yang tercicir. Tinggal aku, mama dan abah sahaja di meja batu. Ada perkara penting yang mama dan abah ingin nyatakan.

Kakak, minggu lepas ada yang datang bertanyakan kakak. Abah memberitahu dengan nada yang agak serius. Aku faham benar maksud abah.

Siapa pula kali ni Nada suaraku dilontar selembut mungkin.

Keluarga kawan kakak sejak sekolah lagi. Kawan kakak yang duduk dekat kampung sebelah tu. Giliran mama menjelaskan.

Aku cuba mengingat kawan lelaki yang tinggal di kampung sebelah.

Maksud mama, Syafiq Soalku berserta kerutan dahi. Mama dan abah sama-sama mengangguk. Aku menghela nafas sedikit panjang. Dahi kupicit sedikit.

Mama dengan abah tak paksa. Tapi, mama tengok Syafiq tu baik orangnya. Kakak pun memang berkawan dengan dia sampai sekarang, kan Kata-kata mama tidak mampu kusangkal.

Memang benar aku masih berhubung dengannya melalui Facebook atau kadangkala telefon. Tetapi, itu tidak menjadi punca untuk aku jatuh cinta dengannya. Hendak marah pun ada. Boleh pula suruh keluarganya datang merisik. Langsung tak berbincang denganku.

Mama, kakak tak fahamlah. Kan baru aje beberapa minggu lepas orang lain yang datang tanya, ni orang lain pula. Tak ada calon lain ke untuk dirisik selain kakak Aku soal mama pula.

Tak baiklah cakap macam tu. Sepatutnya kakak bersyukur orang suka kakak. Buatnya orang benci macam mana Mama menegur lembut.

Kakak tak nak kecewakan orang, tapi kakak juga tak boleh nak terima. Mama dengan abah tolong tolak elok-elok boleh Cakap kakak belum bersedia untuk pikul tanggungjawab yang besar sebagai isteri atau cakap yang kakak nak luangkan masa banyak lagi dengan mama, abah dan adik. Boleh, kan mama, abah Renungan mataku tepat ke wajah mama dan abah. Menanti dengan sabar anggukkan dari kedua insan tercinta dalam hidupku ini dan aku berjaya.

Kadang-kadang abah pelik dengan anak abah ni. Yang datang bertanya tu bukannya calang-calang orang. Sebelum ni doktor dan Syafiq tu pula pensyarah. Keluarga pun dari kalangan orang baik-baik. Abah menggeleng sedikit.

Entahlah abah. Allah belum bukakan pintu hati kakak. Insya-Allah bila tiba masanya, kakak akan terima juga seseorang dalam hidup kakak dan masa tu kakak dah tak kisah dah orang tu macam mana. Kali ini senyuman lebar menghiasi bibirku.

Nak cari calon suami kena cari yang mampu bimbing kita kakak. Tak boleh main terima aje. Mama sempat berpesan.

Insya-Allah mama. Kakak harap satu hari nanti kakak akan jumpa pembimbing kakak ke syurga. Tangan mama kucapai dan aku letakkan ke pipi. Kemudian kepalaku mama usap. Sungguh aku lega kerana mama dan abah memahami.

CAWAN plastik yang telah siap dibasuh aku susun di atas rak agar airnya tus. Pandangan sempat kualihkan pada tempat duduk pelanggan yang kian lengang. Hanya tinggal sebuah meja sahaja dihuni oleh tiga orang remaja perempuan. Pastinya pelajar kolej yang tinggal di rumah flat berhampiran.

Sha... Panggilan Nek Timah mencuri perhatianku.

Senyuman kuhadiahkan buat wanita yang makin dimamah usia ini. Senyumannya begitu manis untukku.

Nek Timah nak tutup kedai dah Soalku dengan sopan sambil berjalan menghampirinya.

Cadangnya macam itulah. Tunggu pelanggan tu selesai minum. Nek Timah menjawab seperlahan mungkin. Yalah takut didengar pelanggan, kecil hati pula nanti.

Sha minum dulu sebelum balik ya Terima kasih banyak-banyak tolong Nek Timah hari ni.

Tak ada apalah nek. Perkara kecil aje. Ahad ni bukannya buat apa pun. Kalau duduk rumah pun Sha tidur aje nanti. Housemate semua keluar. Bosan duduk sorang-sorang. Aku hadiahkan senyuman lebar.

Saat melihat tiga remaja perempuan tadi bangun dari kerusi, Nek Timah berlalu ke meja kaunter dan aku pula ke meja tadi. Tangan lincah mengutip cawan dan mengelap meja.

Siap menolong Nek Timah menyusun kerusi dan menarik tirai gerai, aku terus meminta diri. Dari awal tadi memang berniat untuk menghantar Nek Timah pulang tetapi katanya ada jirannya yang akan menjemput. Khidmat Nek Timah diperlukan sebagai tukang masak di salah sebuah kenduri di kawasan jiran tetangganya.

Setelah enjin Iriz dihidupkan, tanganku mula menggapai tas tangan. Rutin setiap kali sebelum memandu ialah semak Galaxy A dahulu. Bimbang ada SMS, panggilan atau WhatsApp yang penting. Hampir seminit tangan mengagau ke dalam tas tangan namun gagal. Akhirnya aku keluarkan semua khazanah di dalamnya. Ternyata memang tiada.

Gawat!!! Sah tertinggal di gerai Nek Timah. Terus enjin kumatikan dan aku bergegas keluar. Mintamintalah jiran Nek Timah belum sampai.

Kakiku spontan terhenti kira-kira 10 meter dari gerai Nek Timah saat mata menangkap susuk tubuh seseorang. Sedang berbual dengan Nek Timah, namun dia duduk membelakangkan aku.

Nek Timah yang bertentangan denganku, tetapi dia masih belum sedar akan kehadiranku. Seperlahan mungkin aku melangkah menghampiri mereka. Mata bulat tidak berkelip. Jantung pula bagai sedang dipalu. Dup dap dup dap.

Niel, pergilah jumpa Kak Sha kamu tu. Kesian dia cari Niel sampai ke sini. Apa yang berlaku ni sebenarnya Sayup dan perlahan sahaja suara Nek Timah namun jelas di cuping telingaku.

Tak mahulah. Niel dah serik. Buat apa pergi dekat orang yang tak reti hargai kita. Tak pandai nak jaga hati kita. Hati Niel dah tawar, terluka. Tak boleh nak ubat dah. Niel nak hidup Niel yang dulu sebelum Niel kenal dia. Siapalah Niel ni untuk kawan dengan dia. Makin lama makin terluka aje. Luahan Niel benar-benar merudumkan hatiku.

Bagai jatuh dari gaung rasanya hatiku sekarang. Sampai begitu sekali kesan kehadiranku dalam hidup Niel. Jika begitu yang Niel rasa, biarlah aku mengundur sahaja.

Sha... Sempat kutangkap bibir Nek Timah bergerak memanggilku. Namun terlalu perlahan untuk didengar sesiapa.

Wajah Nek Timah agak terkejut. Niel pula sedang tunduk jadi pastinya dia langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Perlahan-lahan aku menggeleng pada Nek Timah. Jari telunjuk aku letakkan ke bibir sebagai simbol untuk Nek Timah tidak lagi bersuara. Kakiku mengundur perlahan-lahan. Biar jauh sedikit dan aku akan terus berlari ke arah Iriz.

Entah kenapa terasa mataku kian basah. Permata jernih mula nakal bertakung di bibir mata. Bibir kuketap kuat bagi menahan sebak di dada yang kian menghimpit.

Selamat tinggal Niel! Luahku dalam hati.