Taklah, Akak terjumpa kawan universiti Akak dekat kafe tadi. Lepas tu sajalah lepak-lepak tengok wayang. Kenapa El cakap tu buah hati Akak ke Soal Lisa kembali.
Oh! Taklah, dia cakap Akak jumpa kawan. Tu je. Saja je adik nak tau.
Kiranya ni nak korek rahsia Akaklah ya Pandai adik sekarang ye
Lyn ketawa mendengar kata-kata Lisa. Ceh, tak boleh dia nak korek sikit. Tahu aje!
Eh, Akak nak tanya adik sikitlah. El tu kenapa macam pendiam je kalau depan lelaki Kalau dulu bukan main riuh, main kecoh mulut dia kalau jumpa lelaki... Lisa bertanya soal Elzaara kepada Lyn.
Akak lupa ke yang El tu kan memang anti dengan lelaki Akak lupa ya masa sekolah dulu kan El pernah mengamuk dekat sekolah sampai kena masuk bilik kaunseling gara-gara ada budak lelaki cium pipi dia.
Sejak kes itulah dia anti lelaki sampailah sekarang ni. Kalau sebut pasal lelaki je memang dia buat tak layan. Macam orang tak ada nafsu dekat lelaki. Kalau orang luar tengok perangai El tu, mau orang cakap yang El tu lesbian. Lupa eh Sanggah Lyn.
Oh! Aahlah, Akak lupa. Aduh! Macam mana Akak boleh lupa eh Lisa menepuk dahinya sambil tersengih mengenangkan kealpaan dia sendiri.
Mesti sebab Akak dah tua, kan Lyn menyeringai.
Lisa menepuk bahu Lyn perlahan, Eh, ceritalah macam mana Haziq tu boleh cedera sampai masuk hospital... soal Lisa tiba-tiba.
Lyn yang sedang meneguk air memandang wajah Lisa dengan kerutan seribu di wajah. El tak ada cerita kat Akak ke tadi penuh tanda tanya di wajah Lyn.
Nope. Tak ada pun. Akak pun tak naklah tambahkan lagi kesedihan dia tadi. Dahlah dia pun nampak serabut, kalau Akak tanya lagilah tambah serabut dan kesedihan dekat budak tu, jawab Lisa selamba. Padahal dia sudah tahu cerita yang sebenar daripada Brian siang tadi.
Lyn pun menceritakan kepada Lisa apa yang berlaku pada hari Haziq cedera di taman permainan dan sepanjang Lyn bercerita, Lisa tidak henti-henti bergelak ketawa kerana kelucuan. Hah, memang sama macam Brian cerita siang tadi. Gumam Lisa dalam hati.
Tapi, kenapa adik cakap El tu Mama Haziq Kan tak baik menipu Tegur Lisa.
Nak buat macam mana Kak, El dah bagi warning dekat adik. Dia punya jelingan tu kalau Akak tengok memang menikam sampai ke ulu hati kot... Lyn menjawab sambil mulutnya memuncung.
Erm.. macam-macamlah kau orang ni. Habis lelaki tu percaya ke Lisa menggelengkan kepalanya tetapi mulutnya masih lagi ingin mengorek rahsia. Dia cuba menahan tawanya daripada tersembur keluar.
Entah. Adik pun tak surelah Kak. Dia percayalah kot. Tapi, kan Kak... adik sukalah tengok muka dia tu. Cute sangat-sangat. Dia mat saleh tapi fasih sangat berbahasa Melayu.
Cute Siapa Lelaki yang kau orang jumpa dekat taman permainan tu ke Siapa nama dia Lisa masih lagi berpura-pura.
Brian William. Sedapkan nama dia Lyn menyebut nama Brian dengan sepenuh hati.
Brian William Aka Ahmad Bunyamin... Lisa meleret panjang.
Eh, Akak kenal dia ke Soal Lyn.
Yes, of courselah Akak kenal dia. Dia tu kawan baik Akak masa dekat London. Tadi kebetulan Akak jumpa dia.
Seriously ke Kak! Lyn terkejut tetapi dalam hati ada taman. Mendengar saja Lisa menyebut mamat itu adalah kawan baiknya semasa di London hatinya terus berbunga-bunga. Macam ada jodoh je ni... dia jungkit kening.
Yelah, betullah dia kawan Akak. Kenapa Adik minat dia ke provok Lisa.
Ish tak adalah Kak. Lagipun dia mesti dah ada girlfriend punya. Muka handsome, cute macam tu memang tipulah kalau tak ada girlfriend. Merah muka Lyn apabila tembakan Lisa mengenai sasaran. Sebut sahaja nama Brian William, membuatkan dia tersengih-sengih.
Hah, yang dok tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa dik oi...
Ish mana adalah. Akak ni.
Ha ha ha pandailah tu nak cover line. Macammacam. Sudahlah Akak nak masuk tidur dulu. Esok nak daftar diri kat office. Karang lambat pula Akak nak bangun esok pagi, Lisa terus menyuraikan perbincangan mereka berdua. Angin malam sudah semakin menusuk ke tulang hitam mereka.
Lyn yang baru sahaja ingin mengorek rahsia Brian dari Lisa, tetapi Lisa sudah mengangkat punggungnya untuk beredar masuk ke dalam rumah.
Adik pun nak masuk juga. Karang esok mahu kelam kabut nak pergi dating. Lyn membuntuti langkah Lisa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
Hmmm, tak apalah. Masih ada banyak masa lagi boleh korek rahsia. Oh my Brian! Lyn senyum-senyum sendirian. Dalam kepalanya sudah macam-macam pelannya. Tetapi, disabarkan hatinya. Dia tidak mahu Kak Lisa berfikir yang bukan-bukan kepadanya apabila dia mengajukan persoalan tentang Brian William. Dia tidak mahu menampakkan seolah-olah dia yang terhegeh-hegeh pada mamat mat saleh itu. Nanti Lisa menganggap bahawa dia seperti wanita gedik pula.
Good night Kak!
Good night!