Qamra Ain menyeluk ke dalam beg galasnya lalu dikeluarkan BB Z10. Dia terus menekan dail pantas yang disetkan pada nombor 1 dan kemudian mendekatkan di telinga.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi, dia mengeluh perlahan. Sejak seminggu lepas dia tak dapat menghubungi Tunku Hardie. Hanya suara perempuan yang menyuruh meninggalkan pesanan dalam peti simpanan suara. Hatinya mula terdetik yang bukan-bukan.
Takkan disebabkan terlampau sibuk urusan di hospital, seminit pun tak boleh menjawab langsung panggilan. Sehingga ke tika ini, dia masih tak mengetahui di mana lokasi hospital yang Tunku Hardie bertugas. Kalau tak, boleh dia terus mencari pemuda itu di situ dari melangut tunggu di sini.
Tak mungkin Tunku Hardie lupa temujanji hari ini, meraikan ulangtahun usianya. Dia juga sudah siap menempah meja di Restoran Berputar Atmosphere 360 di Menara KL. Sementara itu, Qamra Ain membelek semula telefon dan terus ditekan ikon WhatsApps. Yang buat dia lebih teruja adalah dia bakal ditemukan dengan ayahanda Tunku Hardie.
Qamra
Ai, where are you now
You lupa hari ni kita celebrate birthday I!
Mylovely_Hardie
I masih di kondo lagi. You datang boleh tak I ada surprise untuk you, cayunk!
Qamra
Really Tapi, I tak tau alamat you
Mylovely_Hardie
Level 9, Kondo Sri Permaisuri. Cepat sikit tau, I tak sabar nak jumpa you!
Dengan wajah yang ceria Qamra Ain menyimpan semula BB Z10. Sejambak bunga anggerik berwarna putih berserta sekotak coklat Ferrero Rocher dipandang dengan lirikan senyuman. Bunga itu mengingatkannya pertama kali dilamar oleh Tunku Hardie. Disebabkan itu wujudnya id YM Anggerik_ Putih. Apatah lagi bunga itu berwarna putih suci, sesuci cinta dan kasih pada lelaki itu. Bila teringatkan detik terindah itulah dia mampu bertahan menyintai lelaki itu hingga ke saat ini.
D
IA tersenyum sinis selepas membalas mesej yang dihantar oleh Qamra Ain. Perasaannya mula berbunga-bunga. Satu agenda sudah disusun rapi bakal menjadi kejutan untuk gadis itu. Dia yakin, kejutan ini akan menjadi kejutan ulang tahun yang paling bermakna mengiringi perjalanan hidup Qamra Ain selepas dari hari ini.
Sudah lama dia nantikan saat ini, kejutan buat Qamra Ain. Cuma, waktu dan masa yang menjadi penghalang untuk berbuat demikian. Dan hari ini, adalah masa yang sesuai untuk dia lunaskan dendamnya.
Selamat Harijadi, Qamra Ain! Moga hari ni menjadi hadiah ulang tahun paling tragik buat kau! Bisiknya dalam hati.
SG N5 diletakkan semula seperti mana kedudukan asal di atas meja solek bila gegendang telinganya menangkap detapan kaki yang semakin jelas menuju ke arah bilik.
Macam mana kau boleh masuk ke sini! Baik kau berambus sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Berambus!!! marah Tunku Hardie.
Dia yang tak menahu entah bila masanya wanita itu sudah berada di dalam biliknya. Dia yang juga hanya bertuala putih melingkari pinggang diperhatikan penuh ghairah oleh sepasang anak mata itu dari atas katil.
I nak stay dengan you kejap, please... kat luar cam nak hujan. I perlukan you, kehangatan asmara you.
Ketika dia hendak mengambil baju kemeja putih yang tersidai di penyangkut baju, ada tangan yang memeluk dari belakang, semakin lama semakin erat. Tunku Hardie melihat dengan ekoran mata yang tajam ke sisi tanpa menggerakkan kepala. Dia harus kuatkan iman agar tak lemas lagi dalam permainan hina dari seorang kaum wanita yang perdagangkan maruah demi menghancurkan cintanya.
Baik kau lepaskan aku sebelum aku tempeleng kau! Jerkah Tunku Hardie yang sedaya upaya meleraikan tangan wanita yang semakin erat memeluk belakang badannya.
Kenapa tak sampai lagi si budak kampung ni! Lembab!
Q
AMRA AIN mendongak ke arah kondo Sri Permaisuri. Kediaman mewah Tunku Hardie di situ. Walaupun hubungan mereka sudah begitu lama, inilah pertama kali dia melangkah ke sini. Lagipun, Tunku Hardie tak membenarkannya untuk datang apatah lagi membawa ke sini.
Hari ini, dirasakan bagaikan sebuah mimpi. Tunku Hardie tiba-tiba memberi alamat kondo setelah sekian lama dirahsiakan. Itu yang menjadi tanda tanya sejak dari perhentian bas hingga kakinya menjejaki lobi kondo ini. Jika dikira jarak, hanya beberapa batu saja jarak dengan tempat tinggalnya bersama Tunku Hazreen.
Hari ini juga dia perlu menerangkan kedudukan sebenar hubungannya dengan Datuk Zackry menjadi bahan viral di A-AH. Baru saja hati baran Tunku Hardie lega, dikejutkan pula dengan viral tentang hubungan hubungan sulit dengan lelaki yang dianggap seperti abangnya iaitu Reza Rizman.
Menggeleng kepalanya sebaik berita itu sampai
ke pengetahuannya. Hubungan sulit Murah sangat ke maruah aku sampai mereka kata aku ada hubungan sulit dengan lelaki yang dah aku anggap macam abang aku
Sejak gosip itu tersebar, sekelip mata Tunku Hardie berubah walhal bukan dia kenal rapat Reza Rizman sebelum ini. Kalau dulu, jejaka itu tak kisah dengan siapa dia berkawan asalkan pandai menjaga batas pergaulan dengan sesiapa siswa lelaki di dalam A-AH. Dia ingat lagi pesanan itu.
Sejak bertugas di hospital, sikap Tunku Hardie terus berubah. Malah mudah sangat menunjukkan panas baran tak kira tempat dan waktu. Ada saja yang tak kena bila mereka bertemu muka. Adakalanya, mereka kerap bertengkar walaupun hanya perkara kecil dek cemburu buta Tunku Hardie yang semakin menggila.
Qamra Ain mempercepatkan langkah menuju ke pintu lif. Sementara menanti pintu lif terbuka dengan sendiri, dia menghala pandangan ke luar. Langit vanilla tadi berubah rona. Awan kumulonimbus sudah mula kelihatan tanda-tanda menunjukan seperti hujan bakal turun dengan lebat.
Nasib baik dia membawa sekaki payung berwarna merah, hadiah pemberian Tunku Hardie di ulangtahun tahun lepas. Sejak dari hari itu, ke mana saja pergi payung itu yang menjadi teman setia jika jejaka itu tak menemani.
Pintu lif masih belum terbuka. Qamra Ain memperluaskan pandangan dan di akhiri ke arah parkir kereta. Terus buntang bebola matanya.
Aku pernah tengok nombor plat kereta ni, tapi tak mungkin dia atau takkan dia tinggal kat kondo juga selama ni
Dadanya mula merasa debaran yang kuat. Di kala pintu lif terbuka, terus dia melangkah masuk. Butang lif ditekan yang terus membawa dia ke aras penthouse. Sesudah sampai ke aras itu, pintu lif terbuka dan lekas dia melangkah keluar.
Qamra Ain melangkah dengan lebih pantas. Terhoyong-hayang dia membawa kotak coklat, bunga berserta payung. Sampai di hadapan muka pintu berukiran kayu itu, dia menyandarkan payung ke dinding. Jari telunjuknya ringan mahu menekan loceng namun tak jadi dia menekan. Dia mahu kehadirannya menjadi kejutan buat Tunku Hardie.
Dia terkedu sebentar bila terlihat pintu masuk ke dalam penthouse nampak renggang sedikit. Keningnya berkerut. Setahunya, Tunku Hardie seorang yang cerewet dan terperinci dalam segala hal. Sampailah hal remeh seperti pintu kereta pun adakala ditekan alarm berkali-kali sehinggalah jejaka itu berpuas hati benar-benar berkunci. Inikan pula pintu masuk kondonya. Pintu berukir kayu itu ditolak perlahanlahan hingga terbuka setengah. Dia melangkah masuk dengan berhati-hati.
Qamra Ain memerhati di segenap penjuru. Keluasan penthouse ini memukau pandangan mata. Cantik sungguh susun atur perabot, ditambah pula dengan kertas dinding bercorak abstrak yang menjadi pilihan Tunku Hardie. Dalam keterujaan memerhati, kilat memancar secara tiba-tiba di luar jendela membuatkannya terkejut sejenak. Sela beberapa minit kemudian hujan sudah mula menitis di kala langit berubah menjadi gelap.
Ai panggil Qamra Ain lirih sambil anak mata melilau mencari.
Dia memberanikan diri melangkah masuk ke ruang tengah. Di sudut kiri pula ada satu lorong kecil yang menempatkan sebuah bilik di hujung lorong itu. Tanpa berlengah, langkahnya dihalakan ke arah bilik tidur Tunku Hardie. Mungkin kekasih hatinya masih dibuai mimpi ketika ini. Jika benar, tak sabar rasa hati untuk mengejutkan jejaka itu. Bahagia sungguh dirasakan dapat melihat wajah tenang Tunku Hardie di kala sedang lena di pembaringan.
Tiba di depan muka pintu, didapati pintu itu juga renggang sedikit. Dadanya berdebar-debar laju. Mengigil tangan menolak pintu tersebut perlahanlahan.
Ai, you ada kat dalam ke Anak matanya terus tertancap ke arah katil. Tergamam dia seketika. Terkejut, pilu, hiba dan tak menyedari kedua-dua belah pipi sudah dibasahi dengan air mata.
Ma... Maria Jadi kau kaulah Avon yang selalu aku dengar orang perkatakan, keluh Qamra Ain perlahan tapi masih boleh didengari oleh mereka berdua.
Air matanya semakin deras mengalir. Tak rela lagi hati melihat apa yang berlaku di depan mata sekarang. Manusia yang dipanggil sahabat sedang memeluk Tunku Hardie, kekasih hati yang sedia maklum Maria tahu tentang hubungan mereka berdua.
Maria tersenyum sinis sambil merangkul manja leher Tunku Hardie. Selama 4 tahun hubungan cinta dengan jejaka itu, tak pernah sekali pun dia berani berbuat demikian. Dia tahu batas agama. Pesanan Babah senantiasa berada di ingatan, untuk dia sedar tentang realiti kehidupan yang penuh dengan cabaran dan godaan syaitan.
Sanggup kau lakukan perbuatan yang dilaknati ALLAH SWT, Hardie Dan kau Maria! Kau tau agama melarang menghampiri khalwat dan zina Tergamak kau Qamra Ain tak terdaya untuk meneruskan katakata. Sungguh dia berasa terhina dek cinta suci yang dipermainkan oleh Tunku Hardie yang telus dicintai.
Tunku Hardie terpaku tanpa kata. Tanpa dipinta, Maria serta-merta meleraikan pelukan di leher jejaka itu. Qamra Ain berpaling muka ke arah pintu tanpa perlu menunggu sedetik lebih lagi. Lama lagi dia tercongok di situ, bertambah parah lagi luka di hati. Terus dia melangkah keluar seraya menarik pintu bilik. Akibat gegaran pintu yang kuat, bingkai yang tergantung di dinding jatuh berkecai ke lantai.
Qamra tunggu! Tunku Hardie yang hanya berseluar pendek sempat mencapai seluar jeans lalu disarung dengan cepat.
Terhenti seketika di depan pintu. Bingkai gambar yang berkecai di atas lantai direnung sepi. Gambar Qamra Ain bersamanya di majlis konvokesyen tahun lepas. Dia tunduk mengambil gambar tersebut dan membiarkan bingkai yang berkecai di situ. Tergamak dia melukakan hati satu-satunya insan yang menyintainya sepenuh hati.
Dont leave me! Rayu Maria yang masih tak berganjak dari atas katil. Puas hati kerana dapat melunaskan dendam yang sudah lama diaturkan.
Kau sengaja buat semua ni, kan!
I cintakan you, Hardie! I lakukan semua ni demi cinta I pada you! I yang layak untuk you, bukan dia!
Jadi, selama ni kau fitnah Qamra Tergamak kau khianati satu-satu gadis yang tulus cintakan aku!
Empat tahun I pendam cinta I pada you, Hardie! I sakit hati, bila you pilih Qamra tapi bukan I. Hanya cara ni saja yang I dapat miliki diri you!
Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Mulai hari ini, berambus kau dari hidup aku!
Hardie!
Tunku Hardie tak mempedulikan rayuan Maria. Dia memulas kuat tombol pintu lalu ditarik dengan kuat. Dia yang tak berbaju melangkah tergesa-gesa menuju ke ruang tamu. Anak matanya yang berwarna hazel itu melilau mencari kelibat Qamra Ain jika gadis itu ada duduk menangis di sofa tamunya.
Pandangannya terpaku kepada sejambak bunga Lily yang diletak sekali bersama sekotak coklat yang cantik tersusun di atas meja.
Dia mengambil sekuntum bunga Anggerik dari dalam jambangan. Hidungnya menangkap bau semburan wangian kegemarannya di bunga itu, White Musk. Di kala itu juga dia ternampak sekeping PostIt Notes yang terselit di celahan bunga. Diambil lalu dibaca tulisan yang tertera di atasnya.
Tunku Hardie,
Aku harap agar hubungan kita kekal hingga akhir, tapi aku tak terdaya lagi untuk bertahan, jika wanita itu lebih membahagiakan kau lebih dari aku, aku relakan kau pergi.
Good bye.
Qamra Ain
Tunku Hardie Ya! Dia ingat lagi pesan Qamra Ain. Jika 4 tahun lamanya, Qamra Ain memanggilnya Ai dan di hari ini nama penuhnya dilafaz semula. Ini petanda bahawa Qamra Ain benar-benar mahukan perpisahan darinya.
Mulai saat ni... I panggil you, Ai. Ai yang bermaksud sayang dalam bahasa Jepun. Bila I start panggil nama penuh you semula, bermakna hubungan kita berakhir tau!
Dia terpijak sesuatu yang di atas permaidani. Tunku Hardie sedikit tunduk untuk mengambil.
Sekeping kad kecil yang direnyuk lalu dibuka perlahanlahan.
Ai,
Tiada apa yang boleh gugatkan cinta I pada you dan I akan cintakan you hingga ke akhirnya.
I cintakan you, Hardie!
Qamra Ain
Tunku Hardie merenyuk kad itu semula. Rasa menyesal semakin membuak-buak di dalam hati. Ternyata Qamra Ain benar-benar setia selama 4 tahun ini. Dan dia Menodai cinta suci yang didambakan dengan menjalinkan hubungan rahsia dengan Maria secara paksa dek termakan dengan kata-kata fitnah Maria a.k.a Avon itu. Entah kenapa berani sungguh dia melayan perempuan murahan itu kerana sakit hati pada Qamra Ain. Mulutnya yang lancang menuduh gadis itu yang curang dan sekarang Sedangkan terang-terangan dia yang mencurangi cintanya sendiri.
Kilat sabung menyabung mengejutkannya dari lamunan. Dia pantas berlari ke arah pintu dan terus menuju ke arah pintu lif. Resah gelisah menunggu rupa-rupanya lif yang ditunggu tersekat di tingkat 1. Dia bergegas melangkah ke arah laluan anak tangga. Dia perlu cepat sampai ke bawah sebelum Qamra Ain pergi tanpa berpaling lagi. Sampai di depan lobi kondo, dari jauh Tunku Hardie ternampak gadis itu sedang melangkah pergi bertemankan sekaki payung merah melintasi hujan petus di petang ini.
Qamra! Tunggu! Laungnya sambil berlari sekuat hati namun gadis itu melangkah lebih pantas dan akhirnya hilang di sebalik hujan. Qamra! Jangan pergi
A
KU perlu cari Qamra! Katanya serius.
Maria yang hanya berbaju kemeja-T paras peha datang mendekati lalu merangkul erat pinggangnya dari belakang. Rangkulan erat Maria dileraikan dengan kuat. Rimas sudah dia melayan karenah Maria selama ini. Kerana perempuan ini, dia kehilangan Qamra Ain. Kerana perempuan ini juga, Qamra Ain menjeruk hati.
Ah! Memang salah dia! Semuanya kerana dia! Pujuk rayu perempuan ini yang membuatnya bertindak sejauh ini. Tak menyangka sama sekali yang Qamra Ain akan melihat perbuatan jijiknya dan di bilik tidurnya sendiri.
Kalau you pergi cari dia, you menyesal, Hardie! I yang berhak ke atas you, bukan dia!
Kau ingat aku peduli sangat dengan ugutan kau! Pergi berambus sekarang! Jerit Tunku Hardie seiring dengan raut wajah yang menyinga. Dia menolak kuat Maria hingga terduduk wanita itu semula di atas katil. Qamra Ain perlu ditemui secepat mungkin di waktu hujan petus begini. Entah di mana dia sekarang, dia tak pasti.
Dia membuka pantas pintu almari baju dan mengeluarkan T-shirt serta jaket hitamnya. Baru saja dia hendak menyarung T-shirt ke badan, tiba-tiba ada sekumpulan rombongan sedang berkumpul di hadapan pintu bilik. Mereka berdua di dalam bilik berpandangan sesama sendiri.
Kamu berdua perlu mengikut kami ke Jabatan Agama Wilayah (JAWI) kerana ditangkap berkhalwat di dalam bilik tanpa ada hubungan yang sah. Tenang salah seorang Pegawai Agama (RO) itu berkata. Tugas mereka yang tak kira hujan atau ribut taufan sekali pun, jika ada yang memaklumkan mereka tentang perkara sebegini, mereka tak boleh melengahkan penangkapannya.
Apa! Tunku Hardie tergamam.