Senyuman itu juga tidak terlepas daripada perhatian Yoohwan. Dia tidak tahu sama ada dia harus bergembira atau bersedih saat melihat wajah kusut Jaejoong dan wajah pilu Abriel yang memendam kesedihan. Di dalam pesawat, dia bertanya apa yang telah terjadi. Jaejoong sekadar menjawab. Perjalanan cinta tidak semestinya mudah. Kadang-kadang ada fasa sukar yang perlu ditempuhi. Dan aku sedang melalui fasa sukar itu.
Yoohwan yang mahu memancing cerita pura-pura tidak faham Fasa sukar bagaimana
Semalam aku memperkenalkan Abriel pada ibuku, sahut Jaejoong. Pendek tapi cukup membuat Yoohwan faham arah penceritaan itu.
Dia sudah tahu tentang keluarga kau Kau ada ceritakan padanya sebelum kau bawa dia ke rumah
Jaejoong menggeleng. Yoohwan mengetapkan bibir. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menumbuk muka Jaejoong kerana marah. Tergamak lelaki itu membiarkan Abriel disakiti.
Aku faham kalau ibuku susah nak terima keadaan Abriel. Keadaan apa
Dia orang asing, Kerjanya sebagai pelayan dan sebagainya. Yoohwan berdengus. Kau tahu yang keluarga kau susah nak terima kehadiran orang macam dia. Kenapa kau masih kenalkan dia pada keluargamu Dan kenapa kau tak ceritakan pada dia latar belakang keluarga kau Ada nada marah sedikit pada suaranya.
Jaejoong tertunduk. Aku ingatkan keadaannya takkan jadi seburuk itu. Dan waktu itu aku sebenarnya berharap ayahku akan ada di rumah, ujarnya membela diri.
Kalau pun ayahmu ada di rumah, kau fikir keadaannya akan berbeza Hyung, kau patutnya sedar yang keluargamu bukan orang biasa. Bahkan mereka tak akan terima kalau ada orang biasa yang mahu masuk ke dalam keluarga kalian. Kau sendiri buat keadaan jadi sukar dengan tak menceritakan latar belakang keluargamu pada Abriel. Kali ini Yoohwan benar-benar bernada kesal. Dia tidak lagi dapat mengawal emosinya. Tuan Muda Park ini memang bodoh dan naif!
Kenapa kau pula yang marah soal Jaejoong kurang senang.
Yoohwan tidak menjawab. Dia menoleh ke luar, memerhati kepulan-kepulan kecil awan berwarna putih, cuba meredakan kemarahan di dalam dadanya. Selepas beberapa minit membisu, dia kembali menoleh ke arah Jaejoong. Kau tahu ini semua angkara Chaekyong kan
Jaejong mengerutkan kening. Kenapa Kau tahu sesuatu Yoohwan terhenti seketika, tidak pasti apa yang harus diceritakan. Semenjak kejadian masa parti hari jadi Kibum tu, tak susah untuk mencantumkan kesemuanya. Kau tahu dia tidak akan melepaskan orang macam kau walaupun harus mati sekalipun. Ibumu bukanlah orang yang terlalu mengikuti perkembangan hidup kau, bahkan selama ni pernah ke dia peduli Jadi siapa yang memberitahu dia tentang kekasihmu kalau bukan Chaekyong
Sial! maki Jaejoong perlahan. Dia langsung tidak teringat pada Chaekyong. Tapi itu akan berubah selepas ini. Aku akan berusaha melindungi Abriel!
Sementara itu, Yoohwan kembali memandang ke luar. Dia sedang berfikir, betulkah tindakannya untuk tidak menceritakan tentang pertengkaran yang berlaku di antara Abriel dan Chaekyong. Tapi dia tahu hyungnya tak bodoh. Dia kenal Chaekyong dan dia tahu apa yang perempuan itu boleh lakukan. Pasti dia akan faham selepas mendengar penjelasannya tadi.
Akhirnya Yoohwan memutuskan untuk menyimpan kisah antara Abriel dan Chaekyong untuk dirinya sendiri. Mungkin kelihatan agak menyedihkan tetapi saat ini dia sedang mengais momen-momen bersama gadis itu dan memahatnya di dalam hati. Saat ini, memang dia menyokong Jaejoong tetapi tidak ada sesiapa tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Yang pasti, dia sangat ingin memiliki gadis itu.
jjj
Sepulangnya dari lapangan terbang, Abriel menerima SMS dari abangnya Rafael. Kata Rafael, dia akan tiba di Seoul esok kira-kira jam empat petang. Masih ada sehari lagi untuk Abriel bersedia menerima kehadiran abang kandungnya itu.
Kalau ada orang yang mahu Abriel rahsiakan tentang Jaejoong dengannya, orang itu ialah Rafael. Rafael ialah sahabat baik Ruben. Rasanya lebih mudah untuk dia bercerita dengan ibu Ruben dari dengan Rafael. Dia yakin Rafael akan membangkang sekeras-kerasnya perhubungan itu.
Keesokan harinya, Abriel menanti kehadiran Rafael dengan dada berdebar-debar. Namun dia gagal menyembunyikan perasaan gembiranya saat melihat kelibat abang yang sudah beberapa bulan tidak ditemuinya. Rafael memeluk dan mencium pipinya mesra. Namun keceriaan Abriel tidak dapat menutup kegusarannya tentang sesuatu. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena pada adik kesayangannya.
Saat ditanya, Abriel hanya menjawab Nanti adik cerita. Jangan tanya dulu tau
Rafael mengangguk. Mereka menaiki teksi menuju ke apartmen Abriel. Sebaik masuk, ada dua perkara yang menarik perhatian Rafael. Yang pertama ialah hiasan dalam apartmen itu yang sangat Abriel, Personalitinya terserlah dalam pemilihan warna dan dekorasi apartmen itu. Dan yang kedua, saiz apartmen itu yang bagi Rafael terlalu kecil untuk seseorang seperti Abriel.
Kalau Papa dengan Mama nampak apartmen adik ni, menangis kot dorang, ujar Rafael saat Abriel menuangkan teh panas ke dalam cawannya.
Okay apa Tinggal sorang kan Tak perlulah besar sangat, sanggah Abriel sebelum melabuhkan punggung.
Yes, tapi ni kecik sangatlah dik. Tengok, dari meja makan ni nak pergi ke TV adik cuma perlu empat langkah. Kenapa tak sewa apartment yang besar sikit Bukannya adik tak mampu.
Abriel tersengih. Sunyilah apartment besar-besar. Macam sekarang ni kalau adik masak kat dapur, boleh dengar bunyi TV. So taklah sunyi sangat. Lagipun apartment ni dekat dengan kampus.
Rafael tertawa sebelum meneguk teh di dalam cawannya. Adiknya yang seorang ini memang banyak akalnya. Sentiasa ada jawapan untuk menegakkan pilihannya sendiri.
Abang buat apa dekat Seoul ni Jarang abang datang sini kan
Papa yang suruh, katanya nak tengok kot-kot ada peluang bisnes kat sini. Katanya alang-alang adik dah di sini, why not bukak satu cabang perniagaan di Korea. Jadi taklah siasia masa dekat sini bertahun-tahun.
Abriel mengeluh. Abang pun tahu adik tak minat dengan perniagaan Papa. Tak kiralah pasal minyak ke, janakuasa, stesen petrol ke. Lainlah kalau Mama suruh buka cawangan butik atau kilang fabrik dia dekat sini. Itu baru best, ujarnya.
Rafael tersengih. Sudah dijangka pasti banyak alasan Abriel. Yang adik uruskan cuma bahagian kontrak dan sebagainya. Kerja adik cuma membaca dan tandatangan. Yang lain-lain tu akan diuruskan oleh pekerja-pekerja Papa yang lain. Kalau tak faham boleh call Papa atau abang. Senang kan
Abriel menggeleng. Adik tak minat.
Abang dengan Papa dah sangka adik akan jawab macam tu. Kami cuma mintak adik jadi pengurus sekaligus pengarah urusan di sini. Lagipun adik fasih bahasa Korea, kan Macam mana
Abriel terdiam seketika. Kemudian dia menggeleng lagi. Memang dia langsung tidak berminat. Rafael mendengus, separuh kesal tetapi separuh lucu. Dia tahu Abriel memang super keras kepala orangnya. Dia akan bermati-matian mempertahankan pendapatnya.
Abang tak tau pun teh jenama ni ada dijual di sini, ujar Rafael merujuk kepada teh yang dibancuh oleh Abriel tadi. Sambil itu mata Rafael singgah pada gitar di tepi tingkap dan beberapa keping gambar yang terlekat di pintu peti sejuk. Gambar adiknya bersama seorang lelaki Korea. Kacak seperti seorang model.
Ada banyak barang dari negara kita yang dijual di sini. Kena pandai carik je, sahut Abriel, tidak menyedari fokus pandangan abangnya.
Yang ni pun ada dijual soal Rafael sambil menuding ke arah gambar-gambar itu.
Abriel tersenyum. Itulah yang adik nak cerita dekat abang. Rafael mengangguk. Sebenarnya dia gembira kalau benar adiknya sudah menemui teman yang baru. Kehilangan Ruben satu peristiwa pahit untuk seluruh keluarganya. Mereka bukan saja kehilangan Ruben, tetapi mereka nyaris-nyaris kehilangan Abriel juga. Ruben ialah teman baiknya sejak kecil. Menerima Ruben sebagai sebahagian dari keluarganya juga sangat mudah dan menggembirakan. Tetapi kadang-kadang dia seakan menyesal kerana tidak menghalang perkahwinan Abriel dan Ruben. Dia merasa seperti seorang abang yang gagal kerana tidak dapat melindungi adiknya dari sakit dan terluka saat melihat penderitaan suaminya. Ruben, walaupun dia baik dan sangat mencintai Abriel, ialah penyebab semua duka itu.
Selepas Ruben meninggal, Rafael hampir-hampir tidak mampu menatap wajah adiknya. Setiap kesakitan yang dirasai oleh Abriel seakan menghentam dirinya, apa lagi setiap kali dia melihat wajah pucat Abriel atau mendengar tangisannya. Mujurlah kini Abriel sudah mula dapat melupakan Ruben. Dia hanya ada seorang adik. Dia tidak mahu kehilangannya lagi.
Hensem boyfriend adik. Siapa nama
Park Jaejoong, sahut Abriel dengan senyuman malu. Abang tak marah
Kenapa nak marah
Abriel menunduk. Abang kan kawan Kata-katanya terputus. Tidak tega menyebut nama itu saat ini.
Rafael terdiam. Begitukah dia di mata adiknya Lebih mementingkan hubungannya dengan Ruben dari dengan Abriel, adiknya sendiri Dia memang kawan abang, but youre my sister. Park Jaejoong ni kerja apa
Abriel terdiam sesaat sebelum menjawab. Penyanyi.
Mata Rafael terbeliak. Serius Artis terkenal ke
Abriel mengangguk. Dia tidak perlu cerita betapa berjaya dan terkenalnya Jaejoong dan ahli kumpulannya. Nanti abangnya pasti akan mencari maklumat tentang lelaki itu. Abang tak marah
Menyedari apa yang terbuku di fikiran adiknya, Rafael menggeleng. Abang tak marah kalau dia boleh buat adik bahagia.
Bahagia. Bahagia itu subjektif. Jadi adakah sekarang aku bahagia dengan Jaejoong Belum lagi. Tapi adakah aku akan bahagia kalau dia tinggalkan aku Pun tak.
Jaejoong banyak mengajarnya tentang kehidupan. Jaejoong mengajarnya untuk percaya bahawa dia akan melakukan apa saja untuk membahagiakan Abriel, membuatnya percaya yang suatu hari nanti Abriel akan melupakan kepahitan silam. Jadi, sekali lagi. Adakah dia membuat aku bahagia Jawapannya mungkin ya. Tapi tak ke terlalu awal untuk aku mengatakan aku bahagia Perhubungan kami baru saja bermula.
Dia buat adik rasa hidup, kata Abriel akhirnya. Itu benar. Dia tidak berbohong sama sekali. Lelaki itu pernah memberitahunya, bunyi degupan jantung insan tersayang adalah muzik paling indah di dunia. Lelaki itu telah mengajarnya banyak perkara. Antaranya adalah cara menyusup masuk ke dalam panggung wayang tanpa disedari, memperkenalkan muzik sebagai teman saat mendengar lagu dan sebagainya.
Rafael mengangguk. Adik tahu kan Bungee jumping pun akan buat adik rasa hidup dan tu lagi selamat dari bercinta. Abriel mengeluh. Abang tak faham rupanya.
Mungkin. Tapi yang pasti, abang tak nak adik jadi mayat hidup lagi.
Jadi tak apa ke kalau yang melukakan perasaan adik tu best friend abang sendiri soalnya agak emosi. Dia tahu dia tidak patut berkata begitu tetapi hatinya saat mendengar kata-kata abangnya yang seakan menyerang peribadi Jaejoong tanpa mengenalinya.
Adik tahu risikonya sebelum adik ambil kesempatan kahwin dengan dia dulu, kan ujar Rafael dengan suara yang agak tinggi.
Mungkin masa tu adik terlalu muda untuk tahu risikonya, kan Abang pernah fikir ke tak
Ya, memang dia tidak pernah memikirkan perkara itu.. Saat itu dia terlalu gembira kerana Ruben akan menjadi sebahagian dari keluarganya. Malah, Papa dan Mama pun tidak berkata apa-apa walaupun dia tahu mereka tidak rela Abriel dinikahi untuk ditinggalkan pada suatu hari nanti. Jadi sebenarnya dulu adik nak abang larang adik daripada kahwin dengan dia
Abriel berdengus sambil menggigit bibirnya. Itu ke yang aku nak
Kalau abang suruh adik jangan kahwin dengan dia, adakah adik akan ikut cakap abang
Tidak. Jawapannya adalah tidak. Dia mencintai Ruben separuh mati. Sudah berapa lama dia dan Ruben bercinta sebelum mereka berkahwin Mungkin hampir sepanjang umurnya. Dia sudah menyukai Ruben sejak dia masih kecil lagi. Dan saat Ruben mula menyedari kehadirannya, dia rasakan bagaikan dunia ini miliknya.
Sekarang adik dah mula ragu-ragu dengan kehidupan adik yang dulu kan soal Rafael lagi. Jadi adik nak kata adik menyesal kahwin dengan Ruben Adik tak bahagia hidup dengan dia Dan adik jauh lebih bahagia dengan lelaki Korea ni
Ragu-ragu Apa yang harus aku ragui Yang aku akan bahagia kalau saja aku tak jatuh cinta dan berkahwin dengan Ruben
Jadi sekarang abang nak kata adik sepatutnya menyesal sebab berkahwin dengan Ruben soal Abriel lirih. Air mata membasahi pipinya. Adik tak pernah menyesal berkahwin dan hidup dengan Ruben. Dan adik tak kata adik tak bahagia dengan Ruben. Adik sayangkan dia, dan hidup dengan dia buat adik bahagia. Tapi susah untuk bertemu alasan untuk tersenyum lepas adik kehilangan dia. Hidup adik musnah, mati lepas pemergian dia. Dan lelaki ini dia menoleh ke arah gambar-gambarnya bersama Jaejoong di pintu peti sejuk. Lelaki ini dah berjaya buat adik senyum kembali. Dia beri warna dalam kehidupan adik yang kelabu sejak Ruben pergi. Ini tak penting untuk abang ke
Rafael menelan liur. Matanya kembali menatap gambargambar itu. Adiknya kelihatan begitu riang di samping lelaki berambut perang itu. Sudah lama dia tidak melihat Abriel segembira ini.
Abang akan tinggal di hotel malam ni, ujar Rafael. Dia bingkas bangun dan berjalan mendapatkan bagasinya yang ditinggalkan berhampiran pintu. Selepas merenung adiknya seketika, dia beredar.
Abriel yang ditinggalkan terduduk di sofa. Dia menangis. Marah pada abangnya. Pada dirinya sendiri. Dia mahu menghubungi Jaejoong tetapi telefon bimbit lelaki itu tidak aktif. Abriel sendirian saat ini.
jjj
Keesokan harinya, Rafael menghantar SMS mengajak Abriel keluar makan malam. Katanya dia akan kembali ke Kuala Lumpur esok kerana urusannya di Seoul sudah selesai. Walaupun masih terasa dengan reaksi abangnya semalam, akhirnya dia bersetuju untuk bertemu Abriel di sebuah restoran mewah. Dia menyarung sehelai gaun kerana kod berpakaian di restoran itu adalah formal. Abang minta maaf pasal semalam, ujar Rafael lembut selepas meneguk gelas berisi jus anggurnya. Abriel hanya diam, membiarkan abangnya berkata-kata. Adik kena faham, tak mudah untuk abang terima kenyataan yang adik dah bertemu pengganti Ruben.
Jadi abang suka kalau adik kembali macam dulu soal Abriel agak geram.
Tak. Bukan tu maksud abang. Abang memang nak tengok adik bahagia. Tapi abang tak pasti sama ada lelaki tu boleh buat adik bahagia.
Abriel menarik muka masam. Ini hidup adik. Adik ada hak tentukan dengan siapa adik nak berkawan atau bercinta.
Rafael menghela nafas panjang. Abang tahu. Abang cuma tak nak kau sakit lagi. Bercinta dengan lelaki yang terkenal seperti lelaki tu boleh membuat adik hancur. Lagipun dengan latar belakang keluarganya yang macam tu. Mereka tu territorial. Sangat protektif terhadap keluarga dan harta benda mereka dari orang luar. Adik tak terfikir ke benda tu semua
Abriel mengeluh. Itu bukan sesuatu yang baru pertama kali difikirkannya. Sejak kali pertama dia mengetahui latar belakang keluarga Jaejoong, persoalan itu sentiasa berlegar di mindanya. Lebih-lebih lagi sejak ibu Jaejoong terangterang menolak kehadirannya serta penghinaan yang dilemparkan Chaekyong tempoh hari. Adik dah kata, tu urusan adik. Ill take care of that myself, ujarnya.
Okeylah. Up to you. Keluarga kita sendiri pun apa kurangnya kalau nak dibandingkan dengan keluarga mereka. Mungkin kalau keluarganya tahu siapa adik, mereka akan merestui hubungan adik dengan Jaejoong.
Kalau abangnya tahu betapa sederhananya hidup Abriel di Korea, pasti abangnya akan terkejut. Kalau dia tahu aku bekerja sebagai pelayan kedai di Kims Store, mungkin aku akan diheret pulang ke Kuala Lumpur sekarang juga. Dan kalau dia tahu aku sudah dihina oleh Puan Park, mungkin dia akan pergi ke rumah agam itu, memecahkan pintu mewahnya dan membentangkan kekayaan keluarga kami di hadapan Puan Park. Kalau soal harta, memang kedudukan keluarganya boleh dikatakan setaraf dengan keluarga Jaejoong. Begitu juga dengan jaringan empayar perniagaan Papa di luar negara.
Izinkan abang jaga kau, untuk jadi abang dalam erti kata sebenar. Abang tak nak adik terluka lagi. Abang akan terima dia kalau dia boleh membuat adik bahagia tapi dia kena buktikannya. Is that fair enough for you soal Ruben lembut.
Abriel mengangguk lagi, kali ini wajahnya lebih cerah.
Kalau dia buat apa-apa kat adik, janji adik cerita dekat abang
Kali ini tiada anggukan, tetapi senyuman masih di bibir Abriel.
Tahu tak. Ibu dengan ayah Ruben sekarang tengah bercuti mengelilingi dunia. Nak bercuti berdua katanya. Perniagaan mereka sekarang diuruskan oleh orang kepercayaan mereka. Cuma kalau ada apa-apa mereka berurusan melalui e-mel or video conference. Dah lama juga, dalam sebulan lebih dah. Tak tau lah bila mereka nak balik, cerita Rafael. Sememangnya dia agak rapat juga dengan keluarga mertua Abriel itu. Satu lagi, baru-baru ni mereka ada buat pembacaan wasiat. Kalau ada apa-apa terjadi, semua harta mereka akan jatuh pada adik. Adik tahu kan
Abriel mengangguk. Ibu mertuanya ada menghubunginya beberapa minggu lalu dari Madrid. Dia sudah dimaklumkan tentang wasiat itu. Tetapi bukan itu yang menjadi fokus perbualan mereka. Ibu dan bapa mertuanya ingin tahu sama ada dia bahagia di Seoul atau tidak. Bagi mereka, kebahagiaan Abriel lebih penting daripada harta berjutajuta ringgit yang diwariskan kepada balu anak mereka itu. Mujurlah kedua-dua orang tuanya dan orang tua Ruben bukan jenis yang materialistik. Walaupun dikelilingi harta benda, mereka masih menekankan sifat kerja keras dan tanggung jawab pada anak-anak untuk meraih sesuatu yang diinginkan. Abriel, Rafael dan Ruben tidak pernah terlalu dimanjakan dengan wang ringgit sehingga mereka sombong dan lupa diri. Malah tidak seorang pun kawankawan barunya di Seoul ini tahu yang Abriel ialah anak orang kaya di Malaysia.
Mengingati ibu dan ayah mertuanya membuat Abriel terfikir akan Ruben. Sudah berapa lama dia tidak mengingati lelaki itu Sebulan Dua bulan Tiba-tiba Abriel terbayang wajahnya yang pucat dan cengkung di ruang mata. Hidungnya tiba-tiba terhidu kembali bau ubat-ubatan dan hospital. Tekaknya berasa mual. Wajahnya menjadi pucat. Rafael yang menyedari perubahan wajah adiknya itu bingkas bangun. Dia pergi ke sebelah Abriel dan melutut di sisi adik kandungnya itu. Adik tak apa-apa soalnya cemas.
Abriel menggeleng. Adik teringat Ruben. Sayangnya kenangan adik tentang Ruben tak semanis kenangan abang dengan dia. Setiap kali teringat dia, adik akan terbayang penderitaannya. Bau hospital. Bangun tengah-tengah malam untuk melihat sama ada dia masih hidup atau tak. Adik tahu maksud abang baik. Abang tak nak adik lupakan dia. Air mata sudah mula membasahi pipinya. Tapi kalau abang nak adik bahagia, biarlah dia jadi samar-samar dalam kenangan adik. Menjadi kotak kenangan yang akan adik buka selepas adik cukup kuat nanti.
Ruben mengesat pipi Abriel yang basah dengan air mata. Abriel meneruskan kata-katanya.
Adik cuma nak ingat kenangan manis aje tentang dia, tapi adik belum mampu. Adik tak boleh move on kalau adik masih hidup dalam kenangan silam.
Jadi adik pilih untuk lupakan dia soal Rafael lembut.
Adik tak pernah lupakan dia. Dia pernah jadi sebahagian hidup adik, bantah Abriel. Kalau abang fikir adik buat ni semua sebab adik tak cintakan dia lagi, abang salah. Adik tak pernah berhenti mencintai dia. Sebab itu adik kena move on, kalau tak. Abriel teresak kecil. Kalau tak, mungkin adik dah mati bersama dia.
Rafael mengeluh. Dia kembali duduk di tempatnya. Tangan Abriel di atas meja digenggamnya, memberi sokongan tidak berbelah bagi untuk adiknya.
Sekarang adik bukan memilih seorang antara dua lelaki. Sekarang cuma ada seorang lelaki. Walaupun restu abang penting, tapi rasanya terlalu kejam kalau adik minta restu abang sekarang. Adik tahu macam mana hubungan abang dengan Ruben. Adik cuma berharap satu hari nanti abang akan terima kehadiran dia.
Melihat Rafael yang hanya tunduk, Abriel mengambil beg tangannya dan bingkas bangun. Adik balik dulu. Adik minta maaf tak boleh hantar abang ke airport esok. Kirim salam dengan Papa dan Mama. Abriel berjalan, mengucup pipi abangnya dan terus berlalu pergi.