Mana
Itu, cuba kau tengok betul-betul. Sama tak dengan kiblat kita solat tadi
Yalah. Wah, terbaik. Mana kau tahu semua ni
Abah aku ceritalah. Ahli astronomi Arab menamainya dari kanan ke kiri, sebagai Mintaka, Al-Nilam dan Al-Nitak sempena tali pinggang pemburu itu. Walaupun terdapat beberapa nama lain, nama inilah yang diguna pakai dalam buku falak hari ini. Bapak aku selalu kata akulah Al-Nilam sebab selalu bercahaya macam permata. Cewah, kau ada tambah Leman.
Faduli ikut ketawa.
Bagusnya bapak kau, aku tak pernah tahu semua ni, harapkan bapak aku kena tunggu dia balik dari memandu. Faduli menundukkan pandangan. Leman terdiam dan memujuk.
Mintaka yang dimaksudkan dalam bintang tiga serangkai ini ialah tali pinggang kepada pemburu Arab. Manakala Al-Nilam itu adalah aksesori penting di atas tali pinggang pemburu itu, iaitu untaian mutiara yang bergemerlapan. Manakala Al-Nitak disebut sebagai bengkung yang mengelilingi pinggang pemburu sebelum dipakai Mintaka.
Kebiasaannya bintang ini digunakan oleh pemburu dan pelayar Arab dalam melalui kehidupan seharian sebagai saudagar juga panglima. Bintang Mintaka mempunyai kecerahan yang boleh menurun mengikut kecerahan paksi sekeliling. Malah bintang ini juga biasanya menjadi rujukan para pengemudi Parsi dan Yunani dalam pelayaran.
Al-Nilam pula mempunyai kecerahan paling utama. Sinar putih yang benderang dan dikelilingi oleh pancawarna kuning menaikkan seri Al-Nilam. Dan yang paling menarik, bintang ini dikatakan akan terpacak tepat di atas bumi setiap 25 hari bulan Januari setiap tahun.
Dan yang terakhir ialah bintang Al-Nitak yang mempunyai jisim cahaya ungu. Al-Nitak boleh dikatakan penyeri penting dalam memberi petunjuk pelayaran. Walaupun jaraknya dengan bumi ialah sejauh 800 tahun cahaya dari bumi, bintang ini tetap setia bercahaya sebaris dengan Al-Nilam dan Mintaka.
Inilah bintang-bintang kita Duli. Nanti lepas dua puluh tahun, kau dah berjaya aku pun berjaya kita pandang bintang ini samasama. Entah-entah aku dah di Kuala Lumpur dan kau entah di luar negara.
Faduli hanya memandang jauh ke atas. Tiada respons. Sungguhpun begitu, Leman tetap bersemangat bercerita. Sesekali Faduli memandang wajah Leman dalam-dalam. Dilihat wajah ini banyak membentuk dirinya yang serba banyak kekurangan. Dalam masa sama dia bersyukur. Beruntungnya punya sahabat sehebat ini di kala masih hidup dan dapat menghirup udara
Tuhan. Ya Tuhan, terima kasih!