Anasztasia Bathory sedang khusyuk memberus kain di belakang rumah. Dia mencedok sedikit air di dalam tempayan menggunakan tempurung kelapa lalu dicurahkan ke atas kain yang diberus. Dia meletakkan berus yang diperbuat daripada sabut kelapa ke tepi dan memerah kain perlahan. Kain tersebut diletakkan di atas bahu kanan menuju ke ampaian baju.
Perempuan! Perempuan!
Anasztasia Bathory berpaling ke arah suara tersebut. Wajahnya dihiasi bibir yang pecah dan mata kanan yang separuh tertutup dan bengkak.
Perempuan!
Abang, saya di belakang! Sebentar.
Terkocoh-kocoh Anasztasia Bathory pergi mendapatkan suaminya di beranda rumah. Raut wajah bengis Suparman Mulia jelas kelihatan. Dia memikul seekor kambing betina yang bunting.
Ambil kambing ini. Tikam perut dan robek terus kandungannya. Kandungan yang dua tiga itu kamu salai di atas bara api. Jangan sesekali hangus. Aku mahu sedang-sedang sahaja, arah Suparman Mulia. Dia menyerahkan kambing tersebut kepada isterinya.
Limpa dan hati kambing ini kamu rebus dengan rempahrempah yang tersedia di dapur. Elok untuk salur darah kamu. Kandungan yang kamu mahu salai nanti pastikan diperasa dengan lada hitam dan garam. Lekas, buat sekarang!
Abang, kenapa tidak ternak sahaja sampai kambing ini beranak Kita boleh dapat lebih banyak hasil dengan susu segar dan..
Pap!
Mahu mempersoalkan keputusanku, perempuan asing! Lebih enak rasa daging jikalau dilapah ketika hidup sewaktu nyawa sudah dihujung tanduk! Herdik Suparman.
Anasztasia Bathory menekup wajahnya yang ditampar. Dia cuba bertahan untuk tidak memberikan sebarang reaksi.
Maaf. Aku yang cela, yang banyak khilaf. Aku uruskan
kambing ini dan kandungannya segera.
Anasztasia Bathory mengheret kambing betina yang sedang sarat itu ke bahagian belakang rumah. Dia dapat mendengar rintihan haiwan itu yang seakan-akan meminta simpati untuk diri dan kandungannya.
Aku minta maaf. Aku terpaksa lakukan semua ini demi keturunanku, demi zuriatku. Air matanya tumpah jua. Dia tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan dirinya dan nasib yang bakal menimpa kambing betina itu. Haiwan itu diikat empat penjuru secara melintang. Ikatan dikemaskan supaya ia tidak meronta sewaktu proses melapah dilakukan. Anasztasia Bathory memanaskan pisau besar pada bara api.
Anasztasia Bathory mengambil pisau besar seraya membelah perut kambing betina itu. Isi perut kambing tersebut terburai menampakkan tiga ekor anak kambing yang sudah cukup sifat. Sedikit najis keluar dari bahagian belakang kambing itu tanda betapa terseksanya ia menghadapi maut. Maut yang dicipta oleh manusia yang tidak berakal dan kejam.
Aku seharusnya melepaskan kau dengan cara yang cepat dan bermaruah. Tetapi, kalau aku berbuat begitu aku akan diseksa oleh suamiku. Dia mahukan daging yang segar seolah-olah kamu masih hidup ketika dimasak, terang Anasztasia kepada kambing yang tidak mengerti apa-apa.
Air matanya laju berderai. Dia menghampiri kepala kambing betina yang sudah tidak bernyawa itu dan mengucupnya perlahan.
Aku redha jika kau mencariku di alam lain untuk
menuntut bela.
Anasztasia Bathory cepat-cepat mengutip tiga ekor bayi kambing dari dalam rahim dan terus diperasakan dengan garam, lada hitam dan sedikit rempah ratus. Bayi kambing itu diletakkan di atas baraan api yang dilapik dengan jaring-jaring besi halus. Bunyi bising desiran api kedengaran. Tidak lama kemudian, aroma enak mula menusuk rongga hidung. Jantung, limpa dan hati juga sudah direbus. Baki tulang-temulang dan isi kambing diperap dengan garam dan rempah secukupnya. Kulit kambing ditawas dan disidai di ampaian. Darah kambing yang ditadah dipanaskan dengan suhu sederhana. Anasztasia Bathory memasukkan rempah ratus, garam dan sedikit asam jawa. Dia memasukkan jarinya dan mencolek sedikit darah untuk dirasa. Sayur-sayuran dan beberapa biji kentang dan lobak turut dimasukkan. Apabila ramuan tersebut sudah mendidih, dia memasukkan segenggam beras dan digaul perlahan. Enak sungguh aromanya. Tidak sia-sia aku mengambil kau sebagai isteri, puji Suparman sambil membelai rambut Anasztasia Bathory.
Terima kasih. Abang tunggu di depan, saya akan
hidangkan semuanya apabila sudah siap. Mahu sedikit tuak
Kau memahamiku, perempuan.
*****
Hidangan tadi masih berbaki. Suparman Mulia duduk bersandar di dinding rumah sambil menghisap rokok daun. Anasztasia Bathory mula mengangkat pinggan mangkuk.
Terlalu sedap hidangan yang kau sajikan untukku.
Sesedap tubuh mungil dan montokmu. Kamu boleh pergi berjalanjalan selepas selesai mengemas. Aku izinkan. Tetapi, lekas pulang. Aku tidak mahu kamu menjadi ratahan penduduk kampung yang lain.
Baik, suamiku.
Lantai rumah disapu dan dikemaskan sebaik mungkin. Baki-baki lauk diletakkan ke dalam almari kayu. Anasztasia Bathory perlahan-lahan menuruni tangga pondok dan menuju ke hutan. Kepalanya ditutup sedikit menggunakan kain batik.
*****
Makhluk Gelap Bersayap duduk di bawah pohon berbuah sambil memerhatikan budak perempuan jagaannya bermain riang. Budak perempuan itu sudah pandai berlari dan sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak diketahui maksudnya. Raja Mawas duduk tidak jauh dari Makhluk Gelap Bersayap.
Kau bercahaya hari ini, puji Raja Mawas sambil memandang wajah Makhluk Gelap Bersayap.
Makhluk Gelap Bersayap memalingkan wajahnya.
Wajahnya merah menahan malu. Raja Mawas mendekatkan diri. Ia mencuit sayap megah Makhluk Gelap Bersayap. Kalau erti kata manusia, kau janganlah sombong. Raja Mawas cuba bergurau senda.
Tunggu!
Raja Mawas melompat. Makhluk Gelap Bersayap bersiap dalam posisi menyerang. Budak perempuan itu cuma ketawa. Orang. Budak perempuan yang sudah boleh bercakap itu menghalakan jari kecilnya ke arah Anasztasia.
Anasztasia Bathory terkejut. Wajahnya jelas kelihatan cemas. Dia berdiri menghadap Raja Mawas, Makhluk Gelap Bersayap dan seorang budak perempuan.
Jangan apa-apakan aku. Aku cuma manusia biasa yang
singgah membawa hati yang luka.
Raja Mawas melompat dan menghampiri Anasztasia
Bathory. Dia menghidu-hidu bau badan perempuan itu.
Kamu tiada sebarang bau mencurigakan. Tetapi, ada bau darah kambing yang sarat dengan tiga ekor anak. Apa kamu baru selesai melakukan korban Siapa sebenarnya kamu Apa niat kamu ke sini Raja Mawas menyoal Anasztasia Bathory bertalu-talu.
Aku.. Aku isterinya Suparman Mulia.
Sebaik sahaja mendengar nama Suparman Mulia, Raja Mawas terus menyambar budak perempuan yang sedang leka bermain. Dia melompat ke posisi hadapan Makhluk Gelap Bersayap. Pergi! Jangan kau berani datang ke sini lagi. Baik kau berambus sekarang kalau kau mahu selamat. Raja Mawas mengugut Anasztasia Bathory.
Tapi aku.. Aku..
Orang. Orang.
Tanpa disedari budak perempuan itu menghampiri
Anasztasia Bathory. Anasztasia Bathory menghulurkan tangan.
Anak ini sungguh comel.
Tangan Anasztasia Bathory disambut oleh budak perempuan itu. Budak tersebut didukung dan pipinya dicium bertalu-talu.
Harum seperti bau syurga. Anasztasia Bathory tersenyum. Makhluk Gelap Bersayap menapak perlahan menghampiri Anasztasia Bathory. Ia duduk berhadapan Anasztasia Bathory sambil mengipas-ngipas sayapnya dengan pandangan curiga. Raja Mawas masih memerhatikan kelakuan Anasztasia dari belakang. Ia bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Aku hanya mahu berkawan. Percayalah.
Pipi Anasztasia Bathory basah dengan air mata. Budak perempuan yang didukung menampar-nampar manja wajah Anasztasia Bathory. Makhluk Gelap Bersayap pantas menyambar bayi perempuan tersebut daripada pelukkan Anasztasia Bathory. Jangan khuatir. Ini hanya air mata. Lihat Masin sifatnya. Raja Mawas mendekati Anasztasia Bathory, Makhluk
Gelap Bersayap dan bayi perempuan tersebut. Apa benar kamu ikhlas mahu bersahabat, wahai isteri Suparman Mulia Soal Raja Mawas.
Anasztasia Bathory mengangguk laju.
Ya. Aku cuma perlukan teman.
Apa kau tidak takut dengan kami berdua Duga Raja Mawas.
Sedangkan anak kecil yang comel dan cantik ini kamu berdua jaga dengan penuh kasih sayang. Maka, tidak ada sebab untuk aku berasa takut. Aku tahu kamu berdua mempunyai hati yang suci. Aku malu. Aku sebagai manusia yang punya darjat tertinggi selepas terjadinya Adam dan Eve di syurga berkelakuan
seperti binatang.
Makhluk Gelap Bersayap dan Raja Mawas saling berpandangan. Budak perempuan itu sudah kembali ke pangkuan Anasztasia Bathory. Sepasang mata berwarna kuning memerhatikan perlakuan mereka berempat dari jauh.