Satu hari, ayahnya menatap akhbar tersebut. Dengan perasaan bangga, wartawan itu menjelaskan bagaimana proses dia menghasilkan tulisan tersebut. Dia berasa sangat puas hati dengan kerja kerasnya dan rasa berbaloi.
Namun kali itu, ayahnya diam sahaja. Tidak seperti selalu, memberi dorongan. Wartawan itu meminta pandangan ayahnya. Tetapi ayahnya masih terus menatap akhbar dan tidak bersuara. Melihat reaksi ayahnya yang begitu, dia tidak puas hati lalu mendesak supaya ayahnya mengkritik penulisannya.
Akhirnya ayahnya bersuara. Satu tulisan yang baik tetapi kau menyakiti hati banyak pihak!
Wartawan itu terus terdiam. Di dalam hatinya, dia mengakuinya. Apa tidaknya, hampir seluruh unit, segmen dan individu yang terlibat dalam majlis besar itu telah disentuhnya. Namun tanpa sedar dia telah menyakiti hati ramai orang.
Pesan ayahnya, Anakku, apa gunanya satu hasil kerja yang baik, dipuji dan dianugerahi pelbagai hadiah, tetapi dalam proses menghasilkannya kau menyakiti hati ramai orang!
Wartawan itu terdiam. Diam yang panjang. Kritikan ayahnya kali itu lain daripada sebelum-sebelumnya.
Pendek tetapi mendidik!