SAYA BUKAN FANATIK - 15
Percaya tak bahawa maaf adalah satu perkataan yang simple tetapi salah satu perbuatan yang amat sukar dibuat Ada dua cabang maaf iaitu meminta maaf dan memaafkan orang lain. Kebanyakan orang mempunyai masalah dengan kedua-dua cabang maaf dan saya tidak terkecuali.

Dulu, saya seorang yang pemarah. Saya paling pantang dengan orang yang biadap. Orang yang tak ada adab memang senang buat saya melenting serta-merta. Saya akan terus beri mereka syarahan mengenai nilai-nilai adab. Saya juga tak tahan dengan orang yang menyombong diri dan merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain. Kalau dulu memang saya akan put these people in their places tetapi sekarang, saya hanya maafkan mereka dan beredar.

Bila direnungkan kembali, memang dalam perjalanan hidup, saya banyak mengalami kekecewaan dan sakit hati. Setiap kali saya dikecewakan atau disakiti, rasa seperti dunia akan berakhir akibat keperitan patah hati. Dramatik kan Nak buat macam mana, memang dah diva!

Dalam masa yang sama, saya juga sedar bahawa

saya juga telah menyakiti hati orang lain sama ada sengaja atau tidak. Perbuatan itu bukan sesuatu yang dibanggakan dan sekiranya saya boleh undo perkara tersebut, memang dah lama saya buat.

Saya masih ingat lagi semasa menghadiri kursus haji dengan suami. Fasilitator kursus memberitahu peserta-peserta yang hadir, salah satu perkara yang harus dilakukan sebelum memulakan ibadah suci itu adalah meminta maaf dari orang-orang yang telah kita sakiti dan juga memaafkan orang-orang yang telah menyakiti kita. Sebabnya kita tidak tahu sama ada akan pulang dengan selamat atau berakhir di Tanah Suci. Adalah lebih baik untuk kita cuba memperbetulkan segala kesalahan sebelum pergi.

Hhmmmm memang ketika itu saya rasakan amat sukar. Macam mana nak meminta maaf dari orang yang saya telah sakiti bertahun-tahun dulu Bagaimana saya nak cari mereka Takde loophole ke Susah tu! Kalau tak minta maaf, adakah saya akan dipanah petir di Tanah Suci nanti

Jadi, saya pun bertanya kepada Wise Owl, manalah tau kot-kot ada cara untuk melepaskan diri. Wise Owl berkata, Sister, walaupun kesalahan itu dah bertahun lamanya, ianya tidak akan terpadam kecuali orang itu maafkan kita. Aisey! Punah harapan! Hah! Kemudian saya dapat idea! Saya bertanya kepada Wise Owl, Tuhan Maha Pengampun, jadi boleh tak saya minta ampun dari Dia sahaja Saya tersengih gembira kerana telah menjumpai short-cut. Sebenarnya, memang berat untuk saya berjumpa dengan orang-orang yang pernah disakiti kerana ego dan juga perasaan malu yang menebal.

Wise Owl memandang sambil tersenyum, sister, bukan begitu caranya. Tuhan akan ampunkan dosa antara kita dan Dia tetapi bukan dosa antara manusia. Hak untuk memaafkan terletak pada orang kita sakiti itu. Hanya orang itu boleh maafkan kita. Alamak! Punah harapan kali kedua! Terus saya berhenti tersengih.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkaraperkara yang baik.

Surah Al-Imran 3:133-134

OK, ketika itu saya mempunyai pilihan untuk dibuat. Saya hendak memulakan satu perjalanan yang suci. Saya berharap ibadah dan pengorbanan diterima oleh Allah SWT dan diampunkan semua dosa. Tetapi, sebelum inginkan Tuhan ampunkan semua dosa, saya perlu memaafkan orang lain dan perlu meminta maaf dahulu. Kalau tidak, saya merasakan bahawa perjalanan saya sia-sia sahaja.

Nabi SAW bersabda, Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.

Riwayat Muslim

Memang sah tak ada escape clause. Mau tak mau saya kena lakukan juga. Jadi, dengan mengheret kaki yang seberat anak gajah ini, saya mulakan ekspedisi. Saya mulakan dengan menyenaraikan nama-nama orang yang pernah disakiti dulu. Ya Allah! Panjangnya!

Kemudian, saya mula mencari mereka perlahanlahan. Mula-mula, memang berat untuk mulut ucapkan maaf tetapi lama-lama, ianya menjadi lebih mudah. Practise makes easy!

Tapi sebelum itu, ada caranya untuk kita meminta maaf ke atas kesilapan yang lalu. Kalau orang itu tak sedar kita telah buat salah terhadapnya, janganlah pula tiba-tiba mengaku. Nanti, daripada baik, keadaan boleh menjadi buruk. Dosa yang kita lakukan ketika itu, Tuhan telah menutup dan menyembunyikannya maka kita tidak patut reveal kepada orang lain.

Semua umatku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu.

Riwayat Bukhari dan Muslim

OK, berbalik kepada ekspedisi saya. Saya berjaya track down orang-orang yang ada dalam senarai yang amat panjang tu. Separuh dari mereka terkejut bila saya berjumpa mereka untuk meminta maaf. Ada juga yang terharu. Ada yang telah maafkan saya serta-merta selepas saya lakukan kesalahan tersebut. Betapa mulianya hati mereka yang boleh memaafkan orang dengan senang tanpa berdendam. Akan tetapi, ada juga yang berdendam dan masih enggan memaafkan saya. Oh, well! At least saya dah cuba. Kalau mati ketika itu, saya harap usaha ini diambil kira nanti.

Saya juga nekad untuk memaafkan orangorang yang menyakiti saya walaupun mereka tidak meminta maaf.

Nabi SAW bersabda, Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia. Riwayat Muslim

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkaraperkara yang baik.

Surah Al-Imran 3:133-134

Sebenarnya egolah yang menjadi penghalang untuk kita minta maaf atas kesilapan kita. Cuba kita ketepikan ego dan ianya akan menjadi lebih mudah. Tak percaya Cubalah sendiri