Macam mana ni Jaki Salah seorang dari lelaki-lelaki itu bertanya.
Budak tu memang beri masalah pada kita. Sudah! Tinggalkan dia saja. Suruh Jaki. Kereta yang dinaiki oleh empat lelaki itu segera beredar perlahan-lahan meninggalkannya.
Setelah mencari-cari dalam keadaan kelam kabut, akhirnya dia terpandang rantai miliknya terdampar berhampiran dengan tubuh lelaki itu. Dia cepat-cepat mengutip rantai pemberian ayahnya yang menemaninya sejak dia masih kecil. Hatinya benar-benar lega kerana bertemu semula dengan rantai tersebut. Tapi apabila dia menoleh, kereta Jaki dan orang-orangnya sudah hilang dari pandangan. Dia kecut perut. Kenapa mereka semua pergi meninggalkannya begitu sahaja Bagaimana dia mahu balik Sudahlah tempat itu agak jauh dari perhentian bas. Suasana di situ yang agak gelap dan sunyi juga membuatkan bulu romanya meremang.
******
Tiba-tiba kakinya seram sejuk. Sepasang tangan menarik pergelangan kakinya. Dia terkejut lalu tersembam ke arah kujuran tubuh di hadapannya. Melihat mata lelaki itu terpisat-pisat memandangnya, dia tidak mampu menahan getar rasa yang datang berkunjung.
To..tolong s..saya. Suara lelaki itu lemah. Kelopak matanya hanya separuh dibuka. Dia mula keresahan. Rupa-rupanya lelaki itu belum mati. Apa patut dia buat Sedang dia cemas dan panik, ingatannya tiba-tiba menjalar pada Danira. Kalau kakaknya ada, tentu gadis itu tahu apa yang harus dilakukannya. Matanya memandang-mandang persekitaran tempat itu, namun dia gagal menemui sebarang pondok telefon. Dia memandang lelaki itu pula. Dari gaya lelaki itu, dia tahu lelaki itu bukan calang-calang orang kerana kemeja yang dipakai lelaki itu nampak mahal. Pasti lelaki itu memiliki telefon bimbit.
Tanpa berfikir panjang, dia segera menyeluk saku seluar lelaki itu lalu mengeluarkan telefon bimbit kepunyaan lelaki itu. Nombor telefon kakaknya segera didail. Suaranya cemas dan tergagap-gagap apabila menjelaskan pada gadis itu tentang segala-galanya yang berlaku malam ini.
Bodoh! Kau memang bodoh Naufal! Kerana tindakan kau malam itu, kakak kau yang tak berdosa telah dituduh membunuh. Malah panggilan telefon kepada kakaknya yang dibuat dari telefon bimbit lelaki yang tercedera itu, tambah memburukkan keadaan. Bila Danira sampai ke tempat itu, Firdaus telah pun menghembuskan nafas terakhir. Dan sebelum mereka berfikir apa yang harus dilakukan, sebuah kereta peronda polis tiba-tiba muncul di tempat itu. Dan segala-galanya menjadi mimpi ngeri yang berpanjangan dalam hidup mereka.
Dia jatuh lemah di bahu jalan. Nafasnya tercungap-cungap. Segalanya semakin jelas kali ini. Dan takdir benar-benar telah mempermainkan dirinya. Dia telah membunuh Firdaus, anak ayahnya. Tapi keluarga lelaki yang dibunuhnya itu yang memberi perlindungan kepadanya. Dan kakaknya yang tak berdosa menerima penghinaan di atas kesilapan yang dilakukannya. Ya ALLAH, bukankah lebih baik jika aku mati sahaja Agar kakakku tak perlu lagi menanggung dosa yang telah aku lakukan selama ini. Rintih Aliff kesal.
******
Filman membuka pintu biliknya lalu melangkah lemah. Dia segera melabuhkan dirinya di atas sofa di hadapan mejanya. Kelopak matanya dikatup rapat. Hembusan nafasnya ketara kasar dan mendesah. Pergaduhan antara dia dan ayahnya baru kali pertama ini berlaku. Selama ini dia patuh pada lelaki itu, tapi kali ini dia berani bersuara di hadapan lelaki itu.
Jika diikutkan hatinya dia malas mahu datang bekerja di saat-saat hatinya gelisah dan tidak keruan. Namun untuk berada di rumah itu juga dia tidak sanggup. Marah ayahnya benar-benar berapi kali ini. Bukan setakat dia dan adik-adiknya yang lain, malah ibunya juga menerima tempiasnya. Sebaik ayahnya tahu Danira bermalam di rumah itu, ibunya pula dipersalahkan. Teresak-esak ibunya mendengar kata-kata pedas ayahnya. Lagi-lagi dikatakan memberi makan dan tempat tidur kepada pembunuh anak sendiri.
Saya tak tahu dia siapa bang. Saya tak berapa cam dia. Jelas ibunya sebak.
Enam tahun bukannya lama sangat. Atau awak dah tak ingat apa yang berlaku pada anak kita Sindir ayahnya.
Abang! Mustahil saya lupa semua itu. Firdaus bukan anak awak sorang. Dia anak saya jugak. Saya yang lahir dan besarkan dia. Tengku Saida cuba membela diri. Nada suara wanita itu jelas terharu. Najla segera memeluk Tengku Saida sambil turut menitiskan air mata. Sedih kerana ibunya dimarahi dengan teruk. Dia pula pada mulanya sekadar membisu dan mendengar setiap patah perkataan yang dilontarkan ayahnya dengan penuh kemarahan. Tapi lama kelamaan kesabarannya mulai menipis mendengar herdik tengking lelaki itu terhadap mereka semua.
Semua ini salah ayah! Dia tiba-tiba bersuara. Tengku Amar berpaling. Wajah lelaki itu berkerut seribu ketika memandangnya.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang akan dilakukan keluarga Filman terhadap Danira