Mencari Kiblat Cinta - 151
Kalau dari awal ayah benarkan kami ambil tahu fasal kes Firdaus, tentu takkan berlaku kesilapan seperti ini. Sekurang-kurangnya Fil kenal siapa pembunuh Firdaus. Dia bersuara meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Ayah cuma tak mahu kamu hilang fokus kamu semasa belajar. Alasan Tengku Amar.

Hilang fokus Ayah tahu tak apa akibatnya semua ini pada Fil Disebabkan ayah, Fil macam orang bodoh! Tuturnya dengan getir.

Kata-katanya membuatkan setiap pasang mata tertumpu ke arahnya.

Melly sayangkan Danira. Dia sering bermain-main dengan Danira. Malah kami pernah ke Port Dickson bersama-sama. Dia juga pernah uruskan hari jadi Melly di taska, malah dia buatkan kek untuk Melly bila Wirda sendiri tidak pernah melakukannya. Dan kerana ayah, Fil terpaksa menelan hakikat bahawa Fil telah membenarkan pembunuh abang Fil sendiri menghabiskan banyak masanya dengan Melly. Dia juga yang sering bawa Melly pulang dari taska kalau Fil sibuk. Dan semuanya sebab ayah. Tuduhnya dengan wajah marah padam. Hatinya benar-benar sakit setiap kali dia mencanang begitu di hadapan anggota keluarganya yang lain.

Tengku Amar terdiam. Ibunya Tengku Saida hanya mampu merenung sayu ke arahnya. Najla dilihatnya menarik nafas panjang.

Dan ayah nak dengar lagi apa yang paling kelakar Disebabkan ayah jugaFil telah jatuh cinta pada pembunuh abang Fil sendiri!

Dan kata-katanya telah membuatkan setiap orang terkejut besar. Terutama ibu dan ayahnya Tengku Amar sendiri. Pengakuan itu akhirnya meletus jua dari bibirnya. Tanpa upaya, dia telah menjolok sarang tebuan. Membuatkan darah ayahnya meruap-ruap. Tapi itulah kebenarannya. Dia mencintai Danira! Dia menyayangi gadis itu tanpa mengetahui kebenaran yang tersimpan antara mereka sebenarnya jauh lebih pahit dari hempedu.

******

Tuhan! Kenapa begini jadinya Kenapa ini yang KAU aturkan untukku Mungkin kenyatan bahawa Danira bekas banduan masih tidak apa-apa. Tapi hakikat bahawa gadis itu pembunuh abangnya sendiri terlalu pahit untuk dilalui.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Perbualannya dengan Haris teman lama yang sedang berkhidmat dengan pasukan polis membuatkan dia bingkas bangun dari kerusi. Hampir dia terlupa yang Haris ada mengirimkannya semua dokumen-dokumen berkaitan kes Danira enam tahun yang lalu. Semua itu dilakukannya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun apabila dia mengetahui tentang Danira dari mulut Kamila.

Melihat sekeping sampul surat yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis isinya sudah berada di atas mejanya, dia terpaku. Jiwanya bergelodak resah. Separuh hatinya ingin segera membuka dan membacanya. Tapi sebahagian lagi seolah-olah enggan menyentuhnya. Bimbang apa yang bakal diketahui akan membuatkan hatinya jadi lemah. Ya ALLAH! Berilah aku kekuatan dan hidayahMU. Jangan buat aku jadi lemah sebelum aku mengetahui segala kebenaran peristiwa enam tahun yang lalu. Doa Filman dengan wajah kusut.

******

Kamila merenung satu persatu wajah di hadapannya yang kelihatan takut-takut mahu memandangnya. Apabila matanya menjengah ke wajah Lynn, renungannya terpaku agak lama pada gadis itu. Lynn kelihatan serba salah mahu memandangnya. Zulbhan yang berdiri tidak jauh dari situ hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia sendiri dapat merasakan bahang kemarahan kakaknya kali ini.

Kenapa Lynn Kenapa Lynn buat macam ni pada Danira Tercetus keluhan itu dari bibir Kamila. Dia sungguh kecewa bila terdengar dari mulut Siti tentang kemungkinan besar Danira lari dari situ kerana kata-kata Lynn yang menyakiti hati gadis itu.

Apa salah Danira pada Lynn Soal Kamila lagi ingin tahu.

Lynn terpisat-pisat memandang Kamila. Lynn cuma tak suka Danira tu susahkan Kak Mila macam ni. Dia dah huru-harakan tempat ni sejak dia datang. Dulu tempat ni aman aje, tapi selepas dia datang, macam-macam hal berlaku pada dia. Lynn cuba memberi alasan.

Lynn, memang ada macam-macam benda berlaku di sini. Tapi Kak Mila tak pernah salahkan Nira. Nira tu budak baik Lynn. Selama dia datang ke mari, Kak Mira nampak dia rajin membantu kerja-kerja Lynn, Mira dan Siti. Anak-anak kat taska ni pun sayangkan Nira. Ujar Kamila.

Tapi dia tu penjenayah Kak Mila.

Habis kalau ya kenapa Nira pernah kacau atau ugut Lynn Jerkah Kamila tiba-tiba. Mulanya dia cuba bersabar. Tapi semakin lama, Lynn semakin melampaui batasnya.

Lynn terdiam. Umaira dan Siti yang turut dipanggil di ruang tamu itu hanya mampu tunduk. Langsung tak berani memandang Kamila yang nampak berang.

Lynn kena ingat, kita ni hanya manusia biasa sahaja. Kita tak berhak walau sezarah pun untuk menilai seseorang hanya dari luaran. Mak cik kakak pun dipenjarakan kerana membunuh suaminya. Lynn tahu kenapa Sebab dia nampak suaminya cuba mencederakan anak-anaknya. Kalau dia tak ambil pisau dan tikam suaminya, tentu anak-anaknya yang akan mati.

bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah kehidupan Danira selepas ini Adakah kebenaran akan memihak kepadanya