Mencari Kiblat Cinta - 152
Apakah dia pun penjenayah di mata Lynn Tanya Kamila sedikit beremosi.

Lynn tidak menjawab. Kepalanya hanya mampu dipanggung ke bawah.

Untuk pengetahuan Lynn dan yang lain-lain, Nira memang dipenjarakan kerana membunuh. Tapi dia dibebaskan setelah peguamnya menemui bukti yang Nira bukan pembunuh sebenar. Selama enam tahun ini dia terpaksa merengkok di penjara kerana kesilapan yang tak dilakukannya. Sepatutnya kita kena bantu Nira untuk mulakan hidup baru. Bukan melayan dia seperti ini. Hujah Kamila.

Umaira dan Siti saling berpandangan. Kata-kata Kamila membuatkan hati masing-masing dipagut rasa bersalah kerana pernah menyimpan syak wasangka pada anak gadis itu.

Betul ke Mila Astaghfirullahalazim, kasihan Nira. Keluh Siti benar-benar kesal. Dia memandang ke arah Lynn yang hanya tahu membisu.

Lynn, kita kena minta maaf dengan Nira. Kalau bukan sebab kita, dia tentu tak lari dari sini macam tu aje. Pujuk Siti cuba meredakan ketegangan yang dirasai di situ.

Kakak bukan nak marah Lynn. Tapi Nira tak macam Lynn dengan Mira. Dia dah tak ada sesiapa lagi yang boleh diharapkan. Nira tu sebatang kara. Kalau dia pergi dari sini, di mana agaknya dia akan tidur. Lynn sampai hati ke biar Nira tidur tepi jalan Lynn tak ingat ke macam mana kakak jumpa Lynn dulu Masa Lynn sampai ke Kuala Lumpur dulu, dompet Lynn diragut. Kalau kakak tak jumpa Lynn sedang menangis di tepi jalan dan bawa Lynn ke sini, pasti Lynn pun akan tidur di tepi jalan dalam kesejukan. Kamila memperingatkan gadis itu.

Kata-kata Kamila membuatkan kelopak mata Lynn bergenang. Dia mengangkat wajahnya memandang Kamila. Hatinya kesal!

Maafkan Lynn, Kak Mila. Lynn sebenarnya cemburu tengok Kak Mila layan Danira dengan baik. Lynn tak tahu kenapa Lynn ada perasaan macam ni pada dia. Sepatutnya Lynn sedar diri Lynn ni siapa. Dahulu Lynn pun pernah susah dan Kak Mila bantu Lynn walaupun Kak Mila tak kenal Lynn. Lynn tak patut rasa cemburu bila Kak Mila bantu Danira pula, tapi sepatutnya Lynn sokong usaha Kak Mila tu. Maafkan Lynn kak. Tutur Lynn sebak.

Kamila mengangguk. Dia lega bila Lynn menyesal dan tahu salahnya. Memang dia mahu Lynn berubah. Sejak Lynn tinggal lama di Kuala Lumpur, sikap anak gadis itu tidak seperti dahulu. Syukurlah Lynn mahu sedar cepat kesalahannya.

Kita cari Danira lepas ni ya Kak Mila. Pinta Lynn. Dia mahu bertemu Danira dan memohon maaf pada anak gadis itu.

Kamila mengeluh. Entah di mana patut mereka cari Danira Zulbhan memegang bahu kakaknya. Kamila berpaling, lalu merenung Zulbhan dengan wajah muram. Sedar tak sedar kelopak matanya turut bergenang. Sedih mengenangkan nasib anak gadis itu.

******

Pak Maidin dan cucunya Nina baharu selesai mengemaskan warung mereka. Jarum jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Sejak dia sudah tua dan uzur, warungnya hanya dibuka setakat pukul 5 petang sahaja. Kalau dulu dia mampu berniaga sehingga ke malam. Tapi dengan keadaannya yang sering sakit-sakit, dia lebih betah pulang awal agar dapat menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau berhampiran rumahnya.

Pintu warungnya sudah ditutup. Dia tersenyum memandang Nina yang sudah bersiap-siap mahu pulang. Tapi belum sempat mereka mahu menuju ke arah motorsikal kapcai miliknya yang sudah buruk, telinga Pak Maidin terdengar suatu bunyi. Dia lekas-lekas berpaling. Melihat sesusuk tubuh sedang bersandar di sebatang pohon besar tidak jauh dari warungnya dengan mata terpejam rapat, raut wajah Pak Maidin terus berubah. Secara tiba-tiba, fragmen wajah anak gadis berusia belasan tahun yang kesejukan di luar pintu warungnya sepuluh tahun yang lalu mendadak muncul di fikiran. Dengan cepat dia mengecam tubuh gadis itu.

Nira, kamu ke tu Panggil Pak Maidin. Namun tubuh itu tidak bergerak-gerak. Pak Maidin cepat-cepat menuju ke arah gadis itu. Apabila dia membalikkan tubuh si gadis, wajah yang pucat dan kebiru-biruan itu membuatkan dia tersentak. Ya ALLAH!

******

Pak Maidin menjenguk sebentar ke dalam bilik kecil berdekatan dapur. Mak Minah yang berada di dalam menoleh ke arah suaminya. Melihat raut wajah Pak Maidin, Mak Minah hanya mampu mengeluh. Sudah berulangkali lelaki itu mundar-mandir begitu. Dia mengerti kegelisahan yang dirasakan lelaki itu. Dia juga begitu.

Demamnya belum kebah bang. Awak jangan asyik ulang-alik ke mari, rimas saya dibuatnya. Malam ni biar saya temankan dia. Ujar Mak Minah.

Saya risau. Ujar Pak Maidin.

Saya pun sama bang. Tapi biarlah Nira berehat puas-puas malam ni. Saya dah beri dia makan ubat. Nanti kebahlah demamnya tu. Sahut Mak Minah pula.

bersambung

Bab akan datang :

Adakah Danira sedang bersembunyi di rumah Pak Maidin