Mencari Kiblat Cinta - 154
Danira terdiam. Dia tidak pernah terfikir begitu. Dia hanya mahu Naufal hidup bahagia dan melupakan segala-galanya tentang dirinya. Dia mahu Naufal terus hidup sebagai Aliff. Kalau bukan kerana kemunculan Tengku Amar, ia pasti akan berlaku seperti kehendaknya. Tapi setelah peristiwa pahit siang tadi, tak mungkin Naufal akan mampu hidup bahagia bersama keluarga itu lagi. Kalau bukan kerana dia beria-ia mahu mencari Naufal, pasti semua ini takkan berlaku. Apa yang kakak dah buat Naufal Sedar tak sedar, rupa-rupanya kakak telah menghancurkan hidup Naufal sekali lagi! Bisik Danira bersama mendung di hatinya.

Disebabkan Naufal, kamu sanggup tanggung kesalahan adik kamu. Disebabkan Naufal juga, kamu rela dia tak panggil kamu kakak asalkan dia boleh hidup sebagai Aliff. Memang kamu berhati murni, Nira. Alangkah baiknya kalau Naufal benar-benar sedar yang kamu terlalu sayangkan dia selama ini. Keluh Pak Maidin. Rambut anak gadis di hadapannya diusap-usap penuh kesal. Hanya itu yang mampu dilakukannya untuk memujuk hati yang parah menanggung derita.

******

Langkah kakinya diatur lemah. Rumah banglo besar yang tersergam di hadapannya dipandang dengan wajah kosong. Di sinilah dia membesar selama enam tahun. Di sini juga dia menerima kasih sayang yang melimpah ruah tanpa menyedari bahawa ia sebenarnya racun yang boleh membunuhnya. Rumah ini bukan lagi syurga tapi neraka di hatinya. Dalam sekelip mata dia merasa terasing di tempat ini.

Dahulu dia menyangka dia insan yang paling bertuah. Dia diselamatkan oleh Tengku Amar lalu dijadikan anak angkat di rumah itu. Malah kasih sayang Tengku Amar dan Tengku Saida tidak pernah berbelah bahagi padanya. Tapi siapa sangka semua ini akan berubah dalam sekelip mata. Sejak dari awal dia sebenarnya tidak layak untuk menghuni rumah ini. Malah dia juga tidak layak mendapat kasih sayang dari keluarga itu. Ini bukan tempat aku! Hati kecilnya berbicara.

Aliff memejamkan kelopak matanya sejenak. Cuba mengumpul kekuatan diri. Namun wajah Danira terus mengisi setiap pelupuk fikirannya. Dia masih ingat raut wajah Danira yang kesedihan, melangkah keluar dari rumah itu dengan segala macam tuduhan dan makian Tengku Amar. Tak cukup dengan itu, lelaki itu telah menempeleng kakaknya yang tak bersalah. Kasihan kakaknya, namun dia langsung tidak ada keberanian diri untuk bersuara, Jiwanya ingin meraung sekuat hati, mengatakan pada isi rumah itu bahawa dialah sebenarnya yang membunuh Tengku Firdaus. Dialah yang telah mencarik-carikkan kebahagiaan ayahnya. Dialah yang telah menumpahkan airmata ibunya Tengku Saida. Danira tidak pernah ada kaitan dengan kematian Tengku Firdaus. Kakaknya benar-benar tidak bersalah!

Aliff Suara itu menegur. Dia membuka mata lalu berpaling. Melihat Tengku Saida tercegat memandangnya, dia menarik nafas panjang. Wajah wanita itu pudar tidak berseri. Raut wajah itu sembab dengan kesan-kesan airmata. Ibunya jenis wanita yang tabah dan kuat, tapi dia tahu peristiwa siang tadi benar-benar memberi tamparan hebat pada ibunya.

Aliff dah makan Kalau belum nanti ma siapkan. Sambung Tengku Saida. Ketika wanita itu berpaling mahu beredar ke arah dapur, dia sudah tidak mampu menahan perasaan. Dia segera meluru ke arah ibunya lalu memeluk bahu wanita itu sekuat hati. Matanya dipejamkan. Dadanya sebak.

Tengku Saida terkejut namun hanya membiarkan. Senyuman Tengku Saida hambar di bibir. Ma tahu Aliff terkejut dengan kejadian tadi, sebab tu Aliff keluar rumah tadi kan Jangan bimbang sayang, ayah tu bukan marahkan ma dan kita semua, dia cuma sedih dan kecewa. Orang yang sedih dan kecewa selalunya akan marah-marah. Pujuk Tengku Saida. Sangkanya itulah sebab kenapa anak muda itu menghilangkan diri sejak pagi tadi.

Maafkan Aliff ma. Aliff buat ma susah hati. Bisik Aliff dengan perasaan berat. Entah kenapa dia benar-benar merasa bersalah terhadap wanita itu.

Tengku Saida membalikkan tubuhnya. Dia merenung wajah anak muda di hadapannya dalam-dalam. Dia ingin mengatakan sesuatu sebenarnya.

Ma sebenarnya nak minta tolong Aliff. Ujar Tengku Saida.

Tolong apa ma Soalnya ingin tahu. Apa sahaja permintaan wanita itu akan ditunaikannya. Sekalipun wanita itu mahukan nyawanya, dia juga akan memberikannya tanpa ragu-ragu.

Tolong pujuk ayah untuk ma. Selama ini Aliff sahaja yang boleh buat ayah lupakan hal-hal lama tu. Dan sekarang ma dah tak tahu nak buat apa lagi. Dia benar-benar marah sebab hal tadi. Keluh Tengku Saida.

******

Aliff terdiam. Dia serba salah. Namun melihat wajah Tengku Saida yang penuh berharap, dia tidak sampai hati. Dengan segera dia mengangguk, meskipun hatinya terasa berat mahu menemui lelaki itu kali ini.

Oh ya, Aliff ada jumpa Filman Soal Tengku Saida lagi.

bersambung

Bab akan datang:

Kemanakah Filman pergi Ada sesuatukah yang berlaku