Naufal, kenapa ni
Kak, kita jangan balik boleh tak Pinta Naufal.
Dia tersentak. Wajah Naufal ditatap dengan dahi berkerut.
Naufal tak tahan dengan Pak Long dan Mak Long tu. Sejak mereka tinggal dengan kita, mereka selalu susahkan kakak. Mereka selalu marah-marah Naufal. Rungut Naufal.
Dia termenung panjang mendengar kata-kata yang meniti keluar dari bibir adiknya. Seperti Naufal, dia juga berat hati mahu bersua muka dengan Kamal dan Musliha. Tapi apa boleh, rumah peninggalan arwah ayahnya itu harus dilindunginya.
Kakak tak boleh tinggalkan rumah tu, Naufal. Itu rumah ayah dan umi kita. Kakak dah janji dengan aunty Zaharah supaya tunggu umi balik dari hospital. Pujuknya.
Tapi Pak Long dan Mak Long selalu marah-marah kakak
Biarlah mereka nak marah pun, kakak tak kisah. Bukan luak pun. Itu rumah kita bukan rumah mereka. Lagipun Naufal dah tak sayangkan umi Nanti umi balik rumah tak nampak kita, umi tentu risau. Ujarnya lagi, cuba memujuk adiknya.
Naufal terdiam. Wajah itu seperti tidak senang hati. Beg sekolah dikemaskan di bahu lalu Naufal mendahului langkah berlalu pergi. Dia hanya mampu tersenyum melihat gelagat Naufal. Sejurus dia mengekori adiknya dari belakang.
Sebaik sampai di rumah, hidung mereka terhidu aroma enak datangnya dari dalam rumah. Dia memandang Naufal yang sedang meraba perut. Dia tahu Naufal tentunya kelaparan kerana sehari suntuk berada di sekolah tanpa duit belanja.
Sedaplah kak, siapa masak Naufal bertanya. Dia menggelengkan kepala. Perlahan-lahan dia melangkah masuk, diekori Naufal dari belakang.
Dari jauh, dia terlihat makcik dan pakciknya sekeluarga sedang berada di meja makan sambil menghadap hidangan makan tengahari yang menyelerakan. Menyedari kehadiran dua beradik itu, Kamal dan Musliha menoleh.
Hah dah balik pun budak berdua ni. Yang tercegat kat situ macam tunggul mati tu apasal Pergilah naik atas. Herdik Kamal yang sedang menyuap udang kara ke mulutnya. Musliha hanya memandang mereka dengan wajah dingin.
Naufal, jom kita naik atas. Dia menarik tangan Naufal, tapi anak itu tidak berganjak dari situ.
Kak, Naufal lapar. Rengek Naufal.
Dia terdiam lalu memandang pasangan suami isteri itu dengan pandangan sayu. Berharap agar pakcik dan makciknya itu mengasihani mereka berdua.
Oh lapar Habis kamu ingat makanan yang ada ni aku simpan untuk kamu Banyak cantik muka kamu! Musliha tersengih.
Mak long, tolonglah bagi Naufal makanan tu sikit. Kasihan dia, sejak pagi tadi dia tak makan apa-apa. Duit belanja pun kami tak ada. Dia merayu. Kasihan melihat keadaan adiknya.
Habis kamu ingat kami ni cap duit nak bagi kamu duit belanja tiap-tiap hari Kami duduk sini jaga kamu pun dah kira nasib baik tahu. Nak tunggu mak kamu sembuh, sampai kiamatlah jawabnya. Balas Musliha lancang.
Dia terdiam. Kepiluan mula menusuk ke jiwanya. Hatinya hiba melihat raut wajah Naufal yang asyik memandang makanan-makanan enak yang terhidang di atas meja makan. Tapi apa daya dan kudrat yang dimilikinya untuk mengisi perut adiknya yang kosong
Tak apalah Naufal, nanti kakak masakkan untuk Naufal. Dia cuba memujuk. Naufal mengangguk lesu. Akur dengan kata-katanya kali ini.
Dia mengesat pinggir mata. Hatinya benar-benar sedih melihat kehampaan yang bertaut di wajah adiknya. Kasihan Naufal! Ketika kanak-kanak lain belajar dengan tenang, dia dan Naufal belajar dengan perut kosong. Sewaktu anak-anak lain makan nasi berlauk enak, mereka hanya menelan nasi dengan telur goreng berkuahkan kicap. Dan semua rutin itu berlaku hampir setahun lamanya.
Nira, saya tengok pelajaran awak dari hari ke sehari semakin merosot. Dulu awak pelajar cemerlang. Sekarang ni awak gagal tiga subjek. Kenapa boleh jadi macam ni Nira Soal Cikgu Hamidah, guru kelasnya yang berusia dalam lingkungan 40an.
Dia hanya diam. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya pada guru tersebut. Bagaimana mahu dinyatakan masalah yang melanda keluarganya setelah kematian ayah tersayang Malah sehingga kini, orang yang membunuh ayahnya masih belum ditangkap. Meskipun dia telah memberitahu pihak polis tentang lelaki bertatoo yang ditemuinya di luar pejabat ayahnya, namun maklumat yang diberikannya itu seolah-olah tidak ada gunanya.
Nira, awak ada masalah Suara Cikgu Hamidah lembut menyoal.
Dia memandang guru itu. Kepalanya digelengkan.
Maaf cikgu, saya tak berapa sihat masa buat ujian hari tu. Insya Allah, lain kali saya janji saya akan belajar bersungguh-sungguh, Ikrarnya meskipun dia sendiri ragu-ragu dengan janji yang dibuatnya.
Dengan kerja sambilan yang dibuatnya selepas balik dari sekolah sehingga ke malam, dia tak pernah ada masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran. Selepas pulang dari warung tempat dia bekerja, jarum jam sudah menginjak pukul 10 malam.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Danira akan mengadu kepada Puan Zaharah tentang keadaannya dan Naufal