Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 16
BAB 16

TERGESA-GESA Felisha melangkah ke kedai bunganya. Di tangannya sarat dengan bunga dahlia. Keretanya terpaksa diparkir jauh dari kedai. Entah kenapa hari ni ramai pula yang singgah di bangunan kedai itu.

Dah la bunga ni berat. Ada tiga lot lagi nak sampai kedai aku. Felisha berhenti sebentar di kaki lima di depan kedai kek. Tangannya sudah terasa lenguh.

Hmmkek. Dah lama aku tak makan kek. Felisha senyum. Bila pandang kek yang dipamer di situ, teringat kejadian dulu. Krim kek terpalit pada muka Fariz.

Pintu kedai kek dibuka perlahan. Lama dia memerhati kek yang cukup membuat tekaknya terliur.

Dik! Bagi kek ni sebiji! Felisha tuding ke arah sebiji kek butterscotch.

Errawak owner kedai bunga Felishas Lov Flower kan

Felisha menoleh ke kiri. Seorang gadis manis berbaju kurung dan bertudung agak labuh menegurnya sambil tersenyum.

Err..ya. Kenapa

Saya pernah beli bunga di kedai tu. Hmm..kenal jugak saya dengan awak. Memang cantik.

Felisha berkerut kening. Siapa dia ni

Maafsiapa awak Saya kenal ke Felisha cuba berbahasa.

Awak tak kenal saya tapi awak akan kenal juga saya nanti.

Felisha tak sempat bertanya banyak. Gadis itu sudah melangkah keluar setelah membayar harga kek. Kek yang dibeli sama dengan kek yang dibeli Fariz dulu.

Siapa dia ni Kenal aku tapi tak nak kenalkan diri dia. Felisha jenguk ke luar kedai. Gadis itu sudah memasuki kereta Mercedes kelabu.

Kak! Ni keknya!

Felisha berpaling semula ke arah gadis penjual kek. Dia segera membayar dan tergesa-gesa menapak keluar.

Hish! Jalan tak pandang orang!

Maaf! Saya nak cepat. Maaf! Felisha tidak menoleh ke arah lelaki tadi. Fikirannya masih pada gadis tadi.

Huh! Alasan lapuk! Dik, bagi kek yang tu sebiji. Fariz tuding ke arah kek coklat indulgence.

Eh, ni bunga siapa yang tinggal kat siniFariz pandang sebuah bakul di atas lantai.

Bunga Penjual kek tu turut melihat ke atas lantai marmar.

Fariz angguk.

Agaknya bunga kakak tu tadi. Masa dia masuk tadi, saya rasa dia bawa bakul bunga tu.

Tak apasaya kenal dia. Fariz membayar harga kek dan mengambil bakul bunga sekali masuk ke keretanya.

FELISHA masih memikirkan gadis tadi. Kek yang dibeli diletakkan atas meja pejabat. Dia duduk di kerusi sambil bersandar. Mata sudah menala ke siling.

Kenapa dia cakap macam tu

Kak Sha! Ada orang nak jumpa! Ainul terjongol di muka pintu bilik pejabat.

Siapa

Aku!

Felisha menelan liur. Fariz Nak apa dia datang lagi kedai aku ni

Kaksaya ke sana sekejap Ainul minta diri sambil melemparkan senyuman pada Fariz.

Awak nak apa lagiFelisha bingkas bangun.

Awak dah buat keputusan

Keputusan apa

Buat tanya lagi. Kan saya nak keputusan hari ni. Pasal balik kampung opah saya la! Fariz mengetap bibir.

Nak buat apa

Fariz bercekak pinggang. Eii..rasa nak cubit je mulut sejemput minah ni. Buat tak reti pulak!

Awak kena jelaskan kedudukan sebenar pada opah. Kalau tak, kita kena nikah! Fariz semakin hilang sabar.

Kan semua dah tahu perkara sebenar. Saya dan awak tak buat apa pun malam tu. Pintu tu yang rosak. Saya tengok opah boleh terima je penjelasan kita malam tu. Felisha jeling Fariz yang sudah kemerahan mukanya. Haihmacam mana la aku nak dia ni jatuh cinta dengan aku ni..kalau dah sikap macam ni.

Memanglah tapi penjelasan awak hanya setakat melepas batuk di tangga. Opah masih ingat kita ni ada apa-apa! Suara Fariz sudah naik satu oktaf.

Baiklah. Saya akan ikut tapi dengan syarat.

Apa

Saya nak awak pulangkan semula duit lima ribu tu!

Fariz terdiam. Duit lima ribu Err..duit apa

Duit yang awak gandakan dulu. Tu dah dikira riba! Awak gandakan duit dari baki bayaran kereta rosak awak dulu dengan sebab remeh temeh. Felisha sengih.

Eh, dulu awak jugak yang setuju kan Fariz pandang Felisha tidak berkelip.

Terpulang! Kalau awak tak nak pulangkan, saya akan mengaku yang awak cuba buat benda tak senonoh pada saya malam tu! Felisha jeling Fariz yang sudah gelisah.

Fariz bercekak pinggang. Pandai kau ek!

Baiklah! Saya akan serahkan duit tu setelah awak jelaskan segala-galanya pada opah.

Tidak! Awak bayar dulu baru saya jelaskan! Felisha berkeras.

Mana saya tahu awak akan ikut saya ke kampung Mana tahu bila awak dapat semula duit tu, bukan saja tubuh awak, dengan bayang-bayang sekali hilang! Fariz senyum sinis.

Wei! Aku tak macam kaulah! Felisha sudah menyinga.

Fariz hanya ketawa.

Baik! Oh ya, kalau awak nak bunga awak tu, datang rumah saya petang ni. Fariz sengih.

Bunga Bunga apa awak cakap ni Felisha sudah berkerut kening.

Satu bakul ada dalam kereta saya. Fariz mula menapak keluar. Biarkan Felisha terpinga-pinga sendiri.

Bunga Melilau Felisha mencari bakul bunga dahlia yang dibawa tadi. Meluru dia ke kedai kek semula.

Fariz tersenyum dalam kereta memerhati gelagat Felisha terkocoh-kocoh ke kedai kek. Tu laberangan sakan minah ni!

BALIK dari menghantar bunga yang dipesan pelanggan, kereta Honda Accord Felisha dipandu ke arah rumah Fariz. Terpaksa! Kalau bukan kerana bunga tu, tak nak aku datang rumah tu lagi. Aku ni mudah kasihan melihat raut wajah Puan Suraya yang begitu mengharap aku jadi menantunya.

Hmmmana mamat ni Kata nak suruh aku datang petang macam ni. Felisha meliar melihat sekitar laman rumah Fariz. Kereta Camry tak ada di situ. BMW hitam pun tak nampak bayang.

Aku tunggu jelah dalam kereta. Masuk karang, nampak sangat aku ni muka tak malu. Dituduhnya aku muka tembok la, minah kerek la, macamlah dia tu baik sangat! Felisha kembali masuk ke dalam kereta.

Sambil menunggu Fariz, dia mendengar lagu Afgan. Lagu Pesan Cinta memang menjadi halwa telinganya setiap hari.

Siapa pulak ketuk cermin kereta aku ni Cermin tingkap dibuka perlahan. Felisha mendongak. Fariz sudah tercegat di situ. Bergaya dengan kaca mata hitam.

Bagusnya anak dara duduk dalam kereta macam ni. Dah la parking kat luar. Kalau ada penjahat merompak macam manaFariz buka kaca mata hitam.

Suka hati sayalah! Mana bunga saya Felisha buka pintu kereta.

Kalau ya pun..masuklah dulu. Tak ada adab langsung!Fariz menapak semula ke keretanya dan memasuki ke laman rumah.

Felisha biarkan saja keretanya di luar pagar. Dia melangkah perlahan ke arah kereta Fariz yang sudah diparkir di depan laman, dekat anjung rumah.

Mana bunga tu Felisha jenguk ke dalam kereta Camry milik Fariz. Tak ada.

Masuklah dulu! Fariz buat tak reti. Dia melangkah ke ruang tamu.

Eii! Saja nak suruh aku masuk! Felisha masih berdiri di tepi kereta Camry.

Kak Sha! Berlari Alia mendapatkan Felisha yang terpacak sebelah kereta Fariz.

Felisha terpaksa senyum. Ikutkan hati nak cepat-cepat ambil bunga dan terus balik.

Masuklah kak! Kak Sha nak jumpa abang eh Alia kenyit mata. Lengan Felisha dipaut lembut. Mereka beriringan ke ruang tamu.

Felisha jeling Alia. Ke situ pulak budak ni! Tak kuasa nak jumpa mamat tu kalau tak ada hal penting.

Eh, Sha! Bila sampai Puan Suraya muncul dari dapur.

Baru sekejap makcik.. Felisha cium tangan Puan Suraya.

Riz, ajak la Felisha berbual. Nanti mama sediakan kuih dan minuman petang. Sha duduklah dulu. Puan Suraya ke dapur semula.

Errmakcik. Tak payah susah-susah. Saya datang ni pun sekejap je... Felisha senyum kelat.

Eh, tak apa. Sha boraklah dulu ya. Puan Suraya laung dari dapur.

Mana bunga saya

Bunga tu saya dah letak dalam bilik saya.. Selamba Fariz menutur. Sempat jeling Felisha. Muka Felisha sudah berubah rona.

Apa Felisha ketap bibir.

Sampai hati awak buat macam ni! Awak tahu tak, bunga tu saya nak hantar pada pelanggan esok pagi. Felisha sudah gelisah. Dah la bunga dahlia di belakang rumahnya baru nak berputik. Bunga yang dipetik pagi tadi itulah yang terakhir. Kalau ada tempahan, dia terpaksa beli dari Cameron Highlands. Kalau tak, kena tunggu dua minggu baru dapat petik lagi bunga tu.

Selagi awak tak tolong saya, bunga tu tetap di bilik saya. Fariz tak pandang sedikit pun pada Felisha. Dia capai surat khabar dari atas meja kecil.

Kan saya dah setuju dengan syarat awak kembalikan semula duit saya tu! Felisha ketap bibir. Geram!

Err..kak, duit apa Alia mula mencelah.

Err..tak ada. Duit yang dipinjam je. Felisha senyum hambar.

Alia angguk tanda faham.

Kak Sha! Minggu depan kami nak balik kampung. Kak Sha ikut ya Alia duduk sebelah Felisha.

Err Felisha mula serba salah.

Jom la kak. Ikut ya! Pujuk Alia.

Fariz hanya jeling gelagat Alia. Bagus juga adik aku ni. Tak ada la aku bersusah payah nak pujuk minah ni.

Alah, akak jangan bimbang. Kali ni akak tidur sebilik dengan Alia. Jadi, abang tak akan kacau akak. Alia jeling Fariz yang masih menatap surat khabar.

ApaFariz letak surat khabar.

Alia sengih.

Sha, makan dulu. Puan Suraya keluar bersama kak Timah, pembantu rumahnya membawa makanan dan kopi panas.

Terima kasih makcik. Felisha cuba mengukir senyum.

Makcik minta maaf pasal kejadian malam tu. Sha kena beritahu hal sebenar. Jangan sorok dari makcik. Kalau betul Riz ni buat tak baik pada Sha, makcik akan suruh dia bertanggungjawab. Puan Suraya pegang lembut tangan Felisha.

Mama! Riz tak buat apa pun! Takkan mama tak percaya cakap Riz! Fariz jeling tajam ke arah Felisha.

Errmakcik, sebenarnya saya tak tahu itu bilik Fariz. Saya masuk bilik air sebab tak tahan sakit perut. Tak sangka dia kunci pintu bilik tu.

Felisha jeling Fariz. Rasa kau!

Riz..kenapa kunci pintu

Mama..memanglah Riz kunci sebab tu bilik Riz. Mana Riz tahu dia ada dalam bilik air tu. Fariz tak puas hati.

Dah tu, dah tahu Sha ni keluar dari bilik air, kenapa tak bagi dia keluar dari bilik Riz Riz sengaja nak buat benda tak baik ke Puan Suraya tenung anak bujangnya.

Sha, berterus terang je dengan makcik. Kalau betul Riz ni buat benda tak senonoh, makcik akan paksa dia nikah dengan Sha. Biar dia bertanggungjawab sikit. Puan Suraya menala pula ke arah Felisha.

Felisha tunduk. Nampak ketara Puan Suraya nak sangat pernikahan tu terjadi. Boleh je aku mengaku yang Fariz tu ambil kesempatan, tapi aku bukan nak nikah. Aku nak dia jatuh cinta kat aku je! Itu saja!

Err..makcik, saya memang suka Fariz. Kalau boleh beri kami masa saling kenal dulu sebelum bernikah. Dia tak sukakan saya. Saya tak nak pernikahan dibina atas dasar paksa. Tiada kasih sayang. Jadi, selagi Fariz tak cintakan saya, saya tak akan bernikah. Kan Fariz Felisha kenyit mata pada Fariz.

Ha..err..ya mama. Beri kami masa.. Fariz sengih. Apa hal minah ni Cintakan kau Dah kemaruk sangat ke nak mengurat aku

Hmm..lega makcik dengar. Makcik bukan apa, jangan bagi muka kat anak makcik ni. Dia kena bertanggungjawab kalau betul dia buat benda tak senonoh malam tu. Riz pun satu. Jangan biarkan hati tu sekeras batu. Perempuan yang macam mana lagi yang Riz suka Puan Suraya cubit lengan Fariz.

Err..makcik, saya minta diri dulu. Dah nak maghrib ni. Felisha mula minta diri.

Kak, jangan lupa tau minggu depan! Boleh mandi sungai lagi! Alia hantar Felisha sampai ke kereta.

Puan Suraya hanya senyum melihat kemesraan Alia dan Felisha.

Apa yang mama senyum ni Fariz menapak ke arah Puan Suraya yang berdiri di muka pintu.

TuAlia macam seronok je jumpa Sha tu. Bertuah Riz dapat isteri macam Felisha tu.

Fariz pandang Felisha yang sedang berborak dengan Alia di tepi kereta di luar pagar rumah. Hmmilmu apa yang kau pakai sampai adik dan mama aku beria menyebelahi kau