NELISSA sudah gelisah. Adam mengajaknya keluar bersama. Dia mundar-mandir di bilik. Sekejap duduk, sekejap pula berdiri. Tidak sangka, dia hanya bergurau saja ketika dia perkenalkan diri sebagai Ary Rose dulu.
Ish! Aku main-main aje. Nelissa mundar-mandir lagi. Dia menapak ke meja solek. Kalendar dicapai dan dia melihat tarikh yang sepatutnya dia berjumpa dengan Adam.
Apa aku nak buat ni Aku bukannya suka kat mamat saleh tu. Nelissa mundar mandir lagi.
Dia mula berfikir apa yang harus dilakukan. Nelissa senyum. Wajah Arissa mula terbayang di ruang matanya. Lantas saja dia menghubungi Arissa.
ARISSA letak telefon. Apa yang diminta oleh Nelissa tadi memang tak masuk akal langsung!
Ada ke suruh aku ganti tempat dia Arissa mencebik. Dia pula mundar-mandir di bilik. Teringat kata-kata Nelissa tadi, siap ugut bagai kalau tak gantikan tempatnya.
Dia yang nak dating, suruh aku pulak ganti. Banyak cantik muka minah tu Arissa garu kepala. Dia masih memikirkan cara untuk menolak permintaan Nelissa tadi.
Esok, dia sudah berjanji dengan Tuah. Hati Tuah perlu dijaga dan dia sudah buat keputusan untuk menerima Tuah saja sebagai kekasih hati dan kalau Tuah serius dengan hubungan mereka, dia akan suruh Tuah masuk meminang. Habis cerita. Nelissa pun tak boleh buat apa lagi. Arissa mula senyum.
ARISSA meneguk jus epal sementara menunggu kedatangan Tuah. Sesekali dia melihat jarum jam. Hampir sepuluh minit dia menunggu. Kelibat Tuah masih belum kelihatan. Bibirnya mula mengukir senyum sebaik terpandang kelibat lelaki yang ditunggu sudah mula muncul di depannya.
Maaf, saya terlambat tadi. Motor saya buat hal pulak hari ni. Hmm..awak dah makan Tuah letak helmet dan mula melabuhkan punggung di situ.
Belum..saya tunggu awak la. Arissa mengukir senyum.
Kalau macam tu, kita pesan makanan dulu okey Tuah melambai ke arah seorang pelayan restoran dan mula memesan makanan.
Awak..awak serius ke berkawan dengan saya Arissa pandang Tuah yang agak kacak. Memang melayu tulen. Warna kulit agak sawo matang.
Kenapa Awak ingat saya main-main ke Kalau awak sudi, esok juga saya masuk meminang. Tuah sengih. Dalam hati dia memang inginkan kata-katanya tadi menjadi kenyataan.
Betul ni Arissa pula teruja.
Apa maksud awak Tuah mula keliru.
Tadi..awak kata nak masuk meminang. Kalau awak serius dengan kata-kata awak tadi, saya sudah bersedia..Arissa tunduk. Namun apa yang dikatakannya tadi semata-mata kerana rasa kecewanya dengan Adam yang telah memilih Nelissa. Tidak mengapalah..
A...awak tak main-main Tuah terkejut.
Arissa pandang Tuah. Saya serius.
Tuah meraup muka. Sejak dulu dia menunggu gadis itu dan minggu lepas dia beranikan diri menyapa. Hari ini, gadis itu menyahut cintanya.
Tiada kata-kata yang terluah ketika ini, hanyalah sebuah kesyukuran yang dirasai.
Arissa...terima kasih. I really love you..so much.. Tuah akhirnya meluahkan apa yang ada dalam hatinya.
Arissa melemparkan senyuman manis. Dia percaya jodohnya dengan Tuah.
Kalau macam tu, saya akan hantar rombongan meminang. Tuah sudah teruja.
Tapi...saya...saya.. Arissa tunduk. Dia mula sebak. Hidupnya sebatang kara. Tiada siapa yang boleh menemaninya untuk majlis itu. Apakah keluarga Tuah akan menerimanya seadanya
Kenapa
Arissa mendongak. Saya seorang diri. Saya tiada sesiapa.
Saya faham..saya dah tahu pasal awak. Kita boleh guna wali hakim. Ujar Tuah sambil tersenyum.
Majlis macam mana Arissa sudah bergenang air matanya.
Itu jangan risau. Kita nikah di masjid dan majlis tu hanya di sebelah keluarga saya.Macam mana Tuah semakin teruja. Dia tidak sanggup melepaskan gadis itu begitu sahaja.
Keluarga awak boleh ke terima saya..tak ada mak..tak ada ayah... Suara Arissa semakin sebak.
Arissa...famili saya tidak kisah. Saya yang nak nikah. Saya sayang awak tahu tak Tuah ingin saja peluk Arissa yang sudah mula bergenang air matanya, namun dia tahu batas hukum.
Sudahlah..makanan dah sampai. Lepas ni, kita shopping, okey Pujuk Tuah.
Arissa hanya mengangguk lemah. Mereka berdua mula menikmati makanan bersama.
BEGITU cepat masa berlalu. Arissa dan Tuah semakin rapat. Tuah pula rajin menemani Arissa ke mana saja jika dia tidak sibuk dengan kerja.
Awak, dua minggu lagi jadi ke Tuah renung mata bundar Arissa.
Jadi apa Arissa pula tercengang.
Laa...kan saya nak masuk meminang. Barang semua dah beli. Tuah sengih. Cepat sangat lupa minah ni.
Oh..maaf. Mungkin saya banyak fikir tadi. Jadi la.. Arissa berkata lemah. Dia sebenarnya sudah bingung dengan semua itu. Dia tiada sesiapa. Takkan nak suruh keluarga Nelissa datang teman Takkan tak ada orang tua langsung Kenduri Aduh..pening.
Saya tahu apa yang awak fikir. Awak tak ada sesiapa kan Saya dah arrange semuanya. Saya dah tempah catering untuk hari tu. Tinggal awak jemput tetamu je lagi. Tuah mengukir senyum.
Terima kasih awak..Arissa tunduk. Dia malu sebenarnya.
Mereka beriringan berjalan menuju ke tempat letak kereta.
Eh, awak bawa kereta ke Arissa pandang Tuah yang sudah tersenyum lebar.
Ya..pinjam kereta ayah saya je.. Tuah merendah diri.
Arissa memerhati kereta Nissan Teana hitam di depannya. Dia kemudian mengalih pandang pada Tuah.
Betul ke pinjam Usik Arissa.
Tuah hanya sengih. Dia bukakan pintu kereta untuk Arissa. Kereta Nissan Teana Tuah mula meninggalkan kawasan pusat membeli belah itu.
ARISSA termenung di birai katil. Selama dia mengenali Tuah, lelaki itu dilihat sungguh jujur dan tidak pernah mengambil kesempatan. Tuah terang-terang mengaku dan terus kepada niatnya untuk menyunting dirinya sebagai isteri. Itu yang membuatkannya rasa terharu dan tidak teragak-agak memilih Tuah. Terasa hidupnya tidak lagi keseorangan, sebatang kara. Tuah, lelaki yang hadir dalam hidupnya kini ternyata serius menjalinkan hubungan ini dengan ikatan yang sah. Senyuman lebar meniti di bibir.
Tak apalah..untuk apa aku ada rasa pelik pada lelaki Inggeris tu. Entah-entah dia juga hanya main-main dengan Nelissa. Arissa pujuk hati sendiri. Dia harus lupakan perasaan pelik dalam hatinya untuk Adam dan cambahkan rasa sayang dan cinta untuk Tuah. Tuah bakal suaminya nanti walaupun dia merasakan semua itu seperti kilat. Baru kenal dan baru selami hati masing-masing, Tuah sudah mengambil keputusan untuk masuk meminang.
Mungkin dia sudah lama sukakan aku...aku saja yang tidak tahu. Tinggal satu tempat pun aku pun buat tak kisah je. Arissa sengih.
Arissa jeling telefon bimbitnya. Ada teks mesej dari Nelissa.
Arissa..minggu depan aku nak kau temankan aku jumpa klien. Klien tu nak invest dalam makmal JN Biotech. Jadi, aku nak kau hadir sekali in case kalau dia tanya pasal analisa.
Arissa berkerut kening. Mimpi apa Nelissa rajin sangat bekerja ni Mesej Nelissa dibalas.
Weh, kau tak beritahu kat mana, bila, pukul berapa
Tidak lama selepas itu, nada teks mesej masuk lagi ke kotak mesej telefon bimbitnya.
Sorry, aku nak cepat tadi. Kat kafeteria Hotel Le Meridien KL, hari khamis, 12haribulan, 9 pm.
Arissa berkerut kening. Biar betul minah ni Takkan nak jumpa klien malam-malam
Dia segera ke bilik air, maghrib sudah lama masuk. Dia mula menunaikan solat maghrib. Usai membaca Quran, Arissa berehat seketika di atas katil. Dia buka semula mesej dari Nelissa dan mesej itu dibalas. Hampir terlupa yang dia perlu menjemput Nelissa dan rakan sekerja yang lain pada majlis itu nanti untuk meramaikan di pihak perempuan memandangkan dia sebatang kara.
Hmm..aku harap semuanya berjalan lancar dan aku harap, sebelum aku menikah, aku dapat jumpa ibu aku dulu.. Saat ini Arissa mula bergenang air mata bila mengingati ibu yang terpisah dua puluh tahun yang lalu.
PAGI lagi Arissa sudah bersiap-siap ke makmal. Dia perlu selesaikan analisa ke atas produk yang dihantar oleh sebuah kilang untuk analisa bakteria merbahaya. Hanya dia sahaja yang tahu melakukan ujian itu. Usai membuat analisa, Arissa menapak semula ke bilik pejabatnya. Dia teringat temujanji yang telah dibuat oleh Nelissa dengan seorang klien JN Biotech. Kalendar di atas meja diperhatikan seketika.
Hmm...hari khamis...Arissa merenung lagi tarikh kalendar. Dia mula tersenyum bila melihat foto Tuah yang dibingkai cantik dan diletakkan di atas meja kerjanya.
Amboi! Angau nampak
Arissa mendongak. Bila kau masuk
Tu la..macam nak tembus tengok foto tu. SiapaNelissa melabuhkan punggung di depan Arissa.
Tak ada..Tuah.. Arissa sengih. Dia telangkupkan foto Tuah yang direnung tadi.
Hmm..kau serius ke dengan dia Nelissa pandang Arissa tidak berkelip. Dia tahu Arissa sebenarnya suka pada Adam.
Ya..dia jujur dan berani berterus terang. InsyaAllah dua minggu lagi keluarganya datang meminang. Alang-alang kau dah ada ni, aku nak jemput kau ke rumah aku di Villa Indah tu. Aku harap sangat kau datang. Kau kan tahu, aku tak ada sesiapa. Boleh ek Arissa pegang lembut tangan Nelissa.
Boleh tu memanglah boleh tapi pelik la. Tiba-tiba je kau nak bertunang. Kau dah fikir masak-masak ke Nelissa renung Arissa yang sudah tunduk.
Ya..dia ikhlas cintakan aku dan aku ikhlas terima dia.. Arissa berkata perlahan.
Lebih baik hubungan kami ni dihalalkan secepat mungkin. Arissa menambah.
Wait! Aku tak faham. Dulu kau kata, kau tak kenal Tuah tu. Sekarang ni pula, kau nak bertunang dengan Tuah. Kau biar betul Setahu aku, kau dan Tuah tu...baru je kenal kan Nelissa berkerut kening.
Aku yang baru kenal tapi dia sudah lama cintakan aku dan baru sekarang ni saja dia berani luahkan dan mengaku depan aku. Arissa pertahankan Tuah.
Hmm..whatever. Aku rasa kau lebih layak untuk Adam.. Nelissa sengih.
Arissa diam. Lelaki Inggeris itu
Ni, kau dah terima mesej aku malam tadi Nelissa kembali ke tujuan asalnya.
Arissa angguk.
Aku minta tolong sangat. Aku harap sangat kau dapat temankan aku. Kau kan tahu pasal analisa ni..Nelissa buat muka merayu.
Tapi..aku mana pernah jumpa klien malam-malam. Arissa mula serba salah.
Kalau kau tak nak temankan aku, aku tak nak datang majlis pertunangan kau.. ugut Nelissa.
Arissa menjeling. Ok,ok.
Nelissa senyum lebar. Rancangannya menjadi.