Tika Cinta Berbisik - 16
Bab 15

PAGI-PAGI lagi Nurul sudah bangun menyiapkan diri. Usai solat subuh, dia tidak terus tidur. Arwah ibunya selalu berpesan agar dia tidak tidur selepas solat subuh. Tidak elok katanya kerana menjauhkan rezeki.

Setelah menyiapkan sarapan pagi untuk Harlina dan Khairul, Nurul keluar ke bandar untuk membeli barang dapur yang sudah habis. Dia memilih sayur-sayur yang segar. Nurul memang cukup prihatin tentang penjagaan kesihatan.

Sehinggakan memilih ikan pun dia melihat pada matanya merah atau tidak. Dia periksa insangnya, sama ada masih merah.

Agak lama juga Nurul berada di tempat ba-rang-barang basah hingga akhirnya dia tersedar ada mata yang memerhatikannya. Dia menoleh melihat sekeliling. Matanya tertumpu pada sesusuk tubuh yang berdiri di hujung rak susu. Seorang pemuda tersenyum melihatnya. Perlahan-lahan dia menghampiri Nurul.

Assalamualaikum, Puan Nurul.

Nurul terkesima. Eh, siapa awak Mana awak tahu nama saya Nurul

Pemuda itu hanya tersenyum. Matanya melihat-lihat barang di dalam raga Nurul.

Berjam-jam berdiri di sini tapi hanya sayur bayam je yang dipilih

Nurul lekas-lekas memalingkan muka. Malas mahu melayan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Puan Nurul, saya ni, Iwan, kata pemuda itu lagi.

Nurul memerhatikan pemuda yang berpakaian kemas itu. Senyumannya sungguh manis dan gadis itu tidak menafikan yang dia tertawan dengan senyuman itu.

Masih ingat aiskrim dan pantai. Anis

Kata-kata pemuda itu menyentak Nurul. Lama Nurul memerhatikan wajah Iwan. Pakaiannya kemas dan bertali leher. Sepatunya hitam berkilat.

Ah, mustahil! Dia tak sekemas ini, Nurul berbisik perlahan.

Tak ada yang mustahil, Puan Nurul.

Merah padam muka Nurul. Memang sah itu adalah Iwan. Hanya pemuda itu yang boleh mendengar suaranya yang mengutuk walaupun hanya berbisik perlahan.

Banyak barang nak dibeli

Nurul mengangguk. Tiba-tiba dia menjadi manusia yang pemalu.

Hm, saya pergi dulu. Nak cari ayam pula. Nurul berdalih.

Marilah. Saya pun sama. Iwan mengekori langkah Nurul.

Ternyata langkah Nurul menjadi teramat kaku. Terasa segan pula apabila pergerakannya diperhatikan begitu.

Saudara Iwan, saya minta maaf. Jika boleh saya tak nak kita jalan bersaing. Suami saya ada di sini. Saya tak mahu timbul fitnah di kemudian hari, Nurul berkata penuh sopan.

Maaflah, Puan Nurul. Saya tak berniat yang bukan-bukan. Tak apalah, saya cari ayam kemudian saja. Jangan lupa kirim salam pada suami dan juga Anis. Sebut tentang Anis, macam mana dengan permintaan saya dulu

Nurul teringat akan niat Iwan yang mahu mengambil Anis menjadi adik angkatnya.

Nantilah, belum saya fikirkan lagi, Nurul menjawab. Dia sebenarnya tidak tahu hendak jawab apa. Antara ya dengan tidak.

Tak apalah kalau begitu. Iwan berlalu pergi.

Nurul hanya membiarkan Iwan pergi. Mustahil dia mahu menerima permintaan lelaki itu. Dia baru mengenalinya hanya satu hari!

Setelah siap memilih barang, Nurul memeriksa kembali nota kecilnya. Diperiksa satu demi satu, takut ada barang yang tertinggal. Setelah berpuas hati, dia menuju ke kaunter.

Ya, Allah!

Muka Nurul berpeluh-peluh. Matanya sertamerta berkaca. Baru dia teringat, dompetnya tertinggal di atas meja dapur.

Penjaga kaunter itu memerhatikan tingkahnya yang kelam-kabut. Nurul masih tercari-cari di dalam beg. Manalah tahu kalau dia tersalah letak.

Ada apa Satu suara menegur.

Nurul berpaling dan mendapati Iwan telah berada di belakangnya. Segera dia ke depan bertanyakan penjaga kaunter masalah yang Nurul alami.

Biar saya bayar. Iwan memutuskan.

Nurul hanya membiarkan Iwan bertindak sendiri. Mukanya terasa pucat. Peluh sejuk mula mengalir. Rasa malu, takut semua bercampur baur.

Nurul keluar dan menunggu di pintu masuk. Dia mahu mengucapkan terima kasih.

Iwan, maaf... terima kasih. Tergagap-gagap Nurul mengucapkan terima kasih.

Perkara kecil. Hanya sedikit yang saya bantu. Mana suami, puan

Nurul terkesima. Rasa bersalah jika dia masih meneruskan lakonan ini. Iwan telah menolongnya. Nurul terasa tidak patut membohonginya.

Sebenarnya....

Sebenarnya

Mulut Nurul amat payah mahu dibuka. Risau jika Iwan menyangka dirinya sengaja menipu pula.

Saya belum kahwin.... Nurul tertunduk malu. Tidak berani dia memandang wajah Iwan.

Iwan terkejut mendengar jawapan itu. Kedengaran dia menghela nafas.

Marilah, saya hantar balik, usulnya.

Antara percaya dengan tidak, Nurul mengikutnya. Di dalam kereta, tidak sepatah pun ayat keluar daripada mulut Iwan.

Hm... saya belum kahwin. Nurul mengulang kembali. Anis adalah adik saya.

Iwan tetap mendiamkan diri. Dahinya berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu. Nurul baru teringat akan rahsianya. Rahsia tentang hubungannya dengan keluarga Harlina.

Berhentikan saja saya di sini. Lagipun dah dekat ni.

Iwan memberhentikan kereta di hujung jalan berhampiran dengan rumah Harlina. Nurul terjenguk-jenguk sewaktu keluar dari kereta. Risau jika kereta Harlina masih ada di garaj.

Terima kasih. Nurul melemparkan senyuman.

Iwan menganggukkan kepala.

Hmm... jumpa lagi.

Itu saja balasan Iwan.

NURUL termenung mengingati kembali per jumpaannya dengan Iwan. Lelaki itu seakan mempunyai aura yang tersendiri. Bila berada dekat dengannya, perasaan Nurul terasa damai dan di lindungi. Hatinya seakan tertarik untuk mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya. Terasa lucu apabila mengenangkan permintaan Iwan un tuk menjadikan Anis sebagai adik angkatnya. Silapsilap haribulan nanti, dirinya sendiri yang terangkat! Nurul spontan ketawa gelihati.

Tapi....

Nurul seperti terkejut daripada lena. Mustahil Iwan dapat menerima dirinya. Lelaki mana pun takkan memandang wanita seperti dirinya. Kalaulah Iwan tahu yang Nurul adalah seorang wanita yang mengikat kontrak dalam satu perjanjian sebuah perkahwinan, lelaki itu pasti memandang hina padanya. Walaupun Nurul belum secara rasmi bernikah dan sah menjadi isteri kepada Khairul, tapi statusnya yang masih terawang-awang telah memberikan persepsi itu.

Ah...! Nurul mengeluh berat.

Sudah hampir tiga bulan Nurul tinggal di rumah Harlina, namun masih belum ada tandatanda perjanjian itu akan termenterai. Dia sendiri bingung.

Hendak bertanya kepada Harlina, Nurul takut. Nanti dikatanya pula yang dirinya sudah tidak tahu bersabar. Daripada menanggung malu, baiklah jika dia berdiam diri. Aib di muka Nurul ini pun selamanya tidak mampu terpadam.

Nurul! Nurul!

Nurul sedang menjemur pakaian di belakang rumah. Dia mengeluh apabila mendengar sua ra panggilan itu. Inikah perjanjian yang dia tanda tangani dulu Dipanggil-panggil seperti orang gaji!

Nurul...!

Teriakan Harlina semakin kuat. Dia sedang berdiri di tangga sambil tangannya mencekak pinggang. Ke manalah budak seekor ni! gerutunya.

Kakinya dihalakan memasuki sebuah bilik yang agak luas. Di dalam bilik itu telah tersedia peralatan kelengkapan untuk bersenam. Dia memilih basikal beroda kecil. Kakinya dikayuhkan mengikut rentak muzik yang dipasang.

Nurul! Suaranya memetir lagi.

Ya, kak Nurul masuk ke dalam bilik dan menghadap Harlina.

Awak ke mana saya panggil tak jawab-jawab Naik sakit tekak saya ni.

Saya di belakang kak, jemur baju.

Hai, dah pukul berapa ni Takkan tengah hari baru awak nak jemur baju! Bila nak kering baju tu Dari tadi awak buat apa

Lepas buat sarapan, saya ke pasar beli barang dapur yang dah habis kak.

Pergi beli barang macam buat barang!

Nurul berasa tidak sedap hati. Hatinya mula mendongkol. Harlina tidak habis-habis berleter.

Sudah! Buatkan saya jus limau nipis satu gelas.

Nurul ke dapur menyediakan minuman yang dipesan.

Lambat sangat! Harlina merampas gelas yang Nurul hulurkan dengan kasar.

Akak tak kerja hari ni tanyanya dengan mesra.

Cuti. Saja nak berehat kat rumah.

Nurul melihat Harlina bersenam sambil kepalanya terhinggut-hinggut mengikut rentak lagu. Baju yang dipakainya sudah basah di bahagian depan.

Awak buat apa lagi kat sini. Dah tak ada kerja nak buat sergah Harlina.