KEKASIHNYA QASEH - 16
PEPERANGAN melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan jauh lebih hebat daripada peperangan zahir. Ini kerana medan peperangan, tikaman dan ledakan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak terdengar bunyi dentumannya tetapi biasanya lebih berkesan. Begitulah sedikit sebanyak bunyi leteran yang keluar dari mulut Sofia terhadap suaminya Inspektor Badri, setelah hampir 3 bulan lamanya Qaseh menghilangkan diri entah mana. Wajah Sofia seperti bulan kesiangan hari, pucat dan muram kerana terlalu kecewa dengan suaminya, yang masih gagal mengesan Qaseh dan Zed hingga kini. Badri pula seperti ayam berak kapur, mendengar sahaja leteran isterinya itu. Dia sadar dirinya telah dipersalahkan atas pekara yang berlaku.

Kebetulan hari itu 11hb Oktober 2016 adalah hari ulang tahun kelahiran Qaseh yang ke 15. Dan setiap tahun Badri mesti akan ambil cuti pada hari ulang tahun kelahiran Qaseh. Maka pada hari itu Badri berada di rumah, dan terpaksa menahan keperitan telinganya mendengar leteran Sofia yang macam murai tercabut ekor. Sememangnya sejak kebelakangan ini Sofia selalu berleter. Sofia mengadap i-pad di depannya, terpampar gambar Qaseh memotong kek harijadi pada hari ulang tahun kelahirannya, tahun lepas. Ternampak ada Zed tercongok berdiri sebelah Qaseh. Berlenang airmata Sofia merenung gambar itu.

INT. RUANG DAPUR RUMAH QASEH / SIANG.

DI MEJA MAKAN; SOFIA SEDANG MENANGIS SAMBIL MEMBELEK GAMBAR-GAMBAR HARIJADI QASEH DI DALAM i-PAD DI DEPANNYA.

KEMUDIAN KITA LIHAT BADRI SEDANG BERDIRI TERMENUNG DI MUKA PINTU, TERMENUNG JAUH.

WAJAH SOFIA BERTUKAR MARAH. DI MEMANDANG BADRI YANG SEDANG MEMBELAKANGKANNYA.

SOFIA

Ini semua awak punya pasal!!!

Ikutkan sangat nafsu marah awak tu.

Buat semua benda macam polis! Anakanak kita pun awak anggap anggota polis! Tentulah budak-budak tu lari!

SOFIA TERMENGAH-MENGAH, BERHENTI BELETER SEKETIKA. BADRI SELAMBA SAHAJA; DIA HANYA MENDENGAR DARI TADI.

SOFIA

Awak perang dengan perompak, bukan main hebat. Tapi perang dengan nafsu

setan dalam diri awak tu, awak kalah! (airmata mengalir)

Kalau awak tak drastik hantar Qaseh pergi Melaka, tak jadi macam ni...tau tak!

Sekarang...mana anak kita Awak tu polis, tapi tak dapat cari anak hilang...herk, herk!

SOFIA TERUS MENANGIS TERESAK-ESAK SAMBIL MENGURUT DADA.

BADRI MASIH DI MUKA PINTU; MENOLEH MEMANDANG SOFIA DENGAN PENUH RASA

BERSALAH DAN SIMPATI.

KEMUDIAN BADRI BERJALAN KE MEJA MAKAN; DUDUK DI SEBELAH SOFIA DAN MEMELUK SOFIA DENGAN PENUH KASIH SAYANG.

BADRI

Sudahlah sayang. Tak payah membebel. Abang tau semua tu.

Memang abang silap. Zed tu budak baik. InsyaAllah...dia akan bawak Qaseh balik. Percayalah...

SOFIA

Tau pun Zed budak baik. Kenapa hari tu abang hina dia. Inilah akibat kita aniaya anak yatim piatu...

BADRI

Tak aniaya la! Abang tegur je.

Apa la sayang ni. Tau la polis buat kerja. Lagi pun mana sangat

budak-budak tu nak pergi

BADRI TERMENUNG SEKETIKA; KEMUDIAN MEMBELEK TALIFON BIMBITNYA, MENYEMAK DATA DARI DALAM TALIFON ITU.

BADRI

Last Zed keluarkan duit, di Mersing.

Balance akaun dia 318 ringgit. Tapi dah dua bulan dia tak keluarkan duit. Qaseh, langsung tak usik duit dia yang 400 tu.

SOFIA

Zed baik, cerdik, berbakat, apa lagi!

Sekarang tengah musim periksa PT3.

Patutnya budak-budak tu sekarang ni tengah ambik periksa. Tapi mana diorang Astarafirrullahalaazim...!

SOFIA MENGELUH PANJANG; DAN MENGELAMUN SAMBIL TONGKAT DAGU DI MEJA. PADA WAJAHNYA TERGAMBAR KEKECEWAAN.

MILA BARU BANGUN TIDUR DATANG MENEGUR SOFIA YANG SEDANG MENGELAMUN ITU; MILA MERENGET MINTA SUSU.

KEBINGITAN SUARA MILA DISAMBUT BUNYI DERINGAN TALIFON BIMBIT BADRI. PANTAS DIA JAWAB PANGGILAN ITU.

BADRI

Hello...ya! Saya!

Baik, saya datang sekarang!

BADRI NAMPAK GABRA; BOLAK BALIK BERJALAN KELILING DAPUR MACAM KUCING NAK BERANAK.

SOFIA Kenapa, abang Sapa call

BADRI

Erhhh...dari balai. Abang kena pergi sana sekarang dengan Jefri sekali.

SOFIA

(teruja)

Allah huakhbar...!

Dah jumpa ke anak kita, abang

BADRI Entah! Lebih kurang gitulah agaknya.

BADRI MULAI TENANG, BERJALAN KELUAR. SOFIA PULA GELABAH SAMBIL DUKUNG MILA, CAPAI TUDUNG DAN BERJALAN KELUAR.

CUT TO.

EXT. BALAI POLIS PEKAN / SIANG.

KITA LIHAT DARI SUDUT LEBAR, SELURUH KAWASAN BALAI POLIS PEKAN, PAHANG.

TIDAK LAMA KEMUDIAN, KELIHATAN KERETA BADRI MENYUSUL MASUK KAWASAN PARKING; TERUS PARKING DI SEBELAH KERETA JEFRI YANG SUDAH SEDIA ADA DI SITU.

CUT TO.

INT. BALAI POLIS PEKAN / SIANG.

KELIHATAN BEBERAPA ORANG AWAM MEMBUAT LAPURAN. JEFRI SEDANG MENUNGGU BADRI.

BADRI DAN SOFIA MASUK; JEFRI BERSALAMAN DENGAN BADRI DAN SOFIA. KEMUDIAN MEREKA TERUS BERJALAN MASUK KE BILIK PEJABAT BADRI.

CUT TO.

INT. PEJABAT BADRI BALAI POLIS PEKAN / SIANG.

KITA LIHAT BADRI DI TEMPATNYA; BERBUAL DENGAN SEORANG ANGGOTA POLIS. SOFIA DAN JEFRI SERIUS MENDENGAR.

ANGGOTA POLIS ITU MENUNJUKKAN LAPURAN BERTULIS KEPADA BADRI. DI TANGANNYA MEMEGANG SAMPUL SURAT.

ANGGOTA POLIS Tuan, ini lapuran terbaru.

BADRI Terima kasih....

BADRI TENANG MEMBACA LAPURAN RINGKAS SEKITAR DUA MUKASURAT. TIDAK SAMPAI SEMINIT LAPURAN HABIS DIBACA.

BADRI

Memang bijak. Tak sangka pulak dia ada sana.

ANGGOTA POLIS ITU KELUARKAN SEKEPING GAMBAR DARI DALAM SAMPUL SURAT DAN DISERAHKAN KEPADA BADRI.

ANGGOTA POLIS Tuan, ini gambar yang kami

dapat. Betul ke itu orangnya

Setelah tuan pastikan orangnya, kami akan bertindak seterusnya.

BADRI

Ya Allah! Ya..itu memang dia.

BADRI TERKEJUT MELIHAT GAMBAR ITU. KITA DILIHATKAN KEPADA GAMBAR ITU; GAMBAR ZED, MUIZ DAN DUA ORANG LAGI TEMAN, SEDANG MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KELAB MALAM.

BADRI HULURKAN GAMBAR ITU KEPADA SOFIA DAN JEFRI YANG DARI TADI TAK SABAR-SABAR NAK TENGOK GAMBAR ITU.

JEFRI Laa...jadi pemain kelab.

SOFIA Gambar Qaseh takda ke

ANGGOTA POLIS

Anak puan kami tak pasti.

Tapi kami yakin dia ada dengan Zed.

BADRI

Polis tak boleh terus ikut Zed sampai rumah. Diorang nak pastikan

itu betul-betul Zed, baru diorang akan intip dia pelan-pelan nanti.

ANGGOTA POLIS

Ya...puan. Kami tak mau Zed syak dia sedang diekori. Takut dia hilangkan diri lagi sekali.

JEFRI

Yang penting now, kita dah tahu budak-budak tu selamat.

BADRI

Ye, kita tak boleh terburu-buru.

Ada caranya...tau lah kami.

(pandang Jefri dan Sofia)

Korang balik dulu. Jef...kau tolong bawak kak Sofia dengan Mila balik, ya.

JEFRI DAN SOFIA FAHAM BADRI HARUS BERKERJA JUGA WALAUPUN CUTI, KERANA INI KES ANAK SENDIRI.

JEFRI, SOFIA DAN MILA PUN BEREDAR KELUAR DARI SITU.

CUT TO.

EXT. KAWASAN PARKING BALAI POLIS PEKAN / SIANG.

KELIHATAN JEFRI, SOFIA DAN MILA SEDANG MASUK KERETA SAMBIL BERBUAL SERIUS.

SOFIA

Jef...tadi kau perasan tak.

Abang Badri kata, budak-budak tu ada kat mana

JEFRI

Tak perasan. Rasanya dia tak sebut. Itu la, saya pulak happy sangat, sampai lupa nak tanya.

SOFIA

Akak rasa dia sengaja tak nak bagitau. Polis memang macam tu. Adalah sebab-sebab diorang tu..

MEREKA BERTIGA MASUK KERETA; PADA WAJAH JEFRI DAN SOFIA TERGAMBAR PERASAAN MEREKA YANG BERCAMPUR BAUR, ANTARA GEMBIRA DAN RAGU-RAGU.

KITA LIHAT KERETA MENYUSUL KELUAR; BEREDAR MENINGGALKAN KAWASAN BALAI POLIS PEKAN.

DISSOLVED BACK TO.

INT. PEJABAT BADRI BALAI POLIS PEKAN / SIANG.

KITA LIHAT BADRI SEDANG BERBINCANG SERIUS DENGAN ANGGOTA POLIS TADI. BADRI NAMPAK SEPERTI MARAH-MARAH SIKIT.

BADRI

Macamana dia boleh terlepas masuk ke Golok Thailand tu. Apa orang imigresen kat Pengkalan Kubor buat!

ANGGOTA POLIS Kita dah siasat imigresen seluruh

Malaysia, tuan! Memang takda pasport bernama Zeidi bin Zakaria atau Qaseh binti Badri keluar atau masuk dari negara ni, tuan!

BADRI

Hish! Kau tengok muka Puan tadi.

Dia tersengeh sampai telinga. Sukanya dia, konon kita dah jumpa Qaseh. Aduh...apa aku nak cakap.

BADRI MENGELUH PANJANG; KEMUDIAN MENYAMBUNG PERBUALAN DALAM KEADAAN FIKIRAN YANG BERCELARU.

BADRI

Macamana korang dapat gambar tu

Macamana korang tau itu kelab malam di Golok, bukan di Malaysia!

ANGGOTA POLIS

Macam yang tertulis dalam lapuran tu, tuan! Kami dapat dari anggota

di Pengkalan Kubor, Kelantan.

BADRI

Ya...aku baca lapuran tu tadi! Tapi sekarang aku nak dengar dari kamu!

ANGGOTA POLIS

Kebetulan anggota tu ada kes di kelab tu. Bila dia tengok muka Zed tu serupa dengan Zed yang ada dalam file kita. Dia pun curi-curi ambik gambar guna handphone.

TERKIAL-KIAL ANGGOTA ITU MEMBERI PENJELASAN PADA BADRI YANG SEDANG MARAH.

KEMUDIAN BADRI KEMBALI TENANG.

BADRI

Pukul 9.00 malam ini, susun mesyuarat tergempar dengan semua

anggota penyiasat khas. Ooo...tunggu!

(tarik nafas panjang)

Lagi satu, pastikan ada anggota dari

Pengkalan Kubor pergi ke lokasi di Golok, malam ini juga! Faham!

ANGGOTA POLIS Baik tuan!

ANGGOTA POLIS ITU PUN BEREDAR PERGI. BADRI TERSANDAR DI KERUSI MEMBELEK GAMBAR. MULUTNYA MEMBEBEL SORANG DIRI.

BADRI

Sapa bawak dia masuk Golok

Kalau dia kat kelab situ, malam tu aja, macamana Hish! Kalau ikut hati...

nak aja aku ke sana, sekarang jugak.

BERIBU-RIBU PERSOALAN SEDANG BERLEGAR DI DALAM FIKIRAN BADRI KETIKA ITU. WAJAHNYA KELAT DILANDA KERISAUAN.

Tanpa membuang masa pada malam itu selepas bermasyuarat, Inspektor Badri ditemani dua orang anggotanya, terus berangkat ke Pengkalan Kubor menaiki helikopter polis. Di sepanjang perjalanan Badri berdoa pada Tuhan dan berjanji di dalam hatinya, tidak akan memarahi Zed atau Qaseh, jikalau dia ditakdirkan berjumpa mereka.