EPILOG KITA - 16
APA Macam mana boleh lari Puan Maizurah menampar bahu anak

gadisnya sambil menggeleng. Suara tu kalau boleh menjerit kuat macam bom atom, memang anak dia menjerit sekuat tu agaknya.

Hani mengeluh. Rumah Cahaya an-Nur dah macam rumah keduanya. Sebelum dijadikan anak angkat oleh Puan Maizurah yang juga merupakan pekerja sukarela di situ, di sini la dia tinggal. Tempat dia membesar.

Tak tahu la kak. Lala cakap dia rindu ibu dan ayah dia. Tadi dia pergi toilet lepas tu dia dah tak balik-balik. Seorang budak dalam lingkungan empat belas tahun menjawab.

Tak ada siapa teman dia pergi tandas

Tak ada Hani. Budak-budak ni cakap, Lala tak bagi siapa-siapa ikut dia. Bonda tak tahu dekat mana dia sekarang ni. Tapi, bonda dah suruh beberapa orang cari dia. Kita doakan, dia selamat dijumpai ya Puan Zuraidah, pemilik rumah anak yatim ini bersuara. Jelas riak risau pada wajah wanita yang dipanggil bonda itu.

Buat sekian kalinya, Hani mengeluh.

Mama, Hani ingat nak cari Lala. ucap Hani tiba-tiba.

Hah Bahaya Hani. Malam dah ni. Lagipun tengok langit tu. Macam nak hujan. larang Puan Maizurah terkejut.

Betul tu. Kamu perempuan. Bonda dah buat report dan bonda dah suruh Pak Deris dengan anak dia tolong carikan Lala. Kita tunggu je. sokong Bonda Zuraidah.

Mama, bonda jangan risau. Hani dah besar. Hani nak cari Lala. Mana tahu, Hani jumpa dia nanti. Lagipun Hani tak kan pergi jauh.

Hani degil la! Baik, kalau macam tu mama ikut sekali.

Jangan mama. Mama duduk sini teman bonda dan adik-adik. Hani janji Hani balik dengan selamat. Hani pergi dulu. Assalamualaikum. Dengan salam itu, Hani terkoncoh-koncoh pergi. Kalau ditunggu, mahu dua wanita separuh abad tu menahan dia.

Hampir tiga puluh minit mencari, Hani keletihan. Dia berhenti sekejap sambil memandang sekeliling. Saat itu juga bunyi guruh bergema sampai dia hampir saja melompat.

Lala... Mana kau dik Hani sedikit kesal.

Teringat Lala. Budak pendiam yang selalu merindukan kedua ibu bapanya. Lala memang jarang bercakap dengan orang. Bermain dengan kawan-kawan pun tak nak. Wajah kecil itu selalu memaparkan riak sedih. Tapi, tak sangka, Lala akan melarikan diri.

Saat terbayangkan Lala, sekali lagi bunyi guruh bergema diikuti dengan langit yang mencerah untuk sesaat. Terperanjat Hani dibuatnya. Hampir saja dia menutup mata, namun satu imej di depannya buat matanya membesar.

Za.. Zara... perlahan bibirnya mengungkap sepotong nama.

Ada getaran di bibirnya membuatkan dia nampak seperti mengalami kejutan yang sangat besar.

Zara... Zara... panggil Hani dengan suara lirih.

Gadis kecil di depannya sedikit pun tak menjawab sebaliknya gadis kecil yang bernama Zara itu menunjuk ke suatu arah. Hani ikut walaupun matanya seakan tidak mahu beralih dari wajah polos kecil itu.

Terpanar Hani saat melihat seorang gadis berbaju putih berlari laju ke arah jalan. Jalan yang lengang dan hanya ditemani lampu jalan, membuat pandangannya agak suram. Hani kembali memandang Zara yang muncul di depannya namun gadis kecil itu sudah hilang.

Zara... Zara... Zara...

Hani terduduk di tepi jalan saat wajah Zara sudah hilang dari depannya. Setitis air matanya menitis sebelum dia ketawa kecil. Seolah-olah mengejek dirinya.

Mana mungkin Zara masih ada. Zara sudah meninggal. Adiknya sudah meninggal dunia. Mungkinkah semua itu hanya bayangan

Bayangan kerana dia terlalu rindukan adiknya.

Bum!!!

Tangisan Hani terhenti. Terkejut dia mendengar satu dentuman yang agak kuat. Pantas dia palingkan wajahnya ke arah. Mata hitamnya membesar tiba-tiba diikuti dengan dada yang berdegup kencang tiba-tiba.

Tiada kata yang terluah dari mulutnya melainkan bibirnya yang bergerak seakan ingin menyatakan sesuatu. Bagai lumpuh seluruh badannya saat melihat tubuh berbaju putih tadi melambung sebelum terjatuh meniarap di atas tar jalan raya. Ada sebuah kereta Mercedez putih di depan gadis itu.

Ya! Kereta itu melanggar gadis itu. Dalam kekejutan itu Hani nampak pemandu kereta itu keluar dari kereta. Hanya sekejap sebelum tergesa-gesa berlari mendapatkan keretanya dan berlalu pergi. Bila kereta itu pergi, Hani tergesagesa bangun, berlari laju ke arah gadis yang berlumuran darah diatas jalan itu.

Cik... cik bangun cik. Hani menggelebah saat kedua-dua lututnya dilabuhkan ke lantai jalan.

Ambulan! Telefon bimbitnya dicari, tapi sayangnya dia tertinggal. Dia memandang gadis yang sudah tidak bergerak. Ya Allah, ngerinya buat Hani menitis air mata. Sumpah! Dia terlalu terkejut dan takut.

Telefon..telefon mana soal Hani pada gadis yang tidak bergerak itu malangnya tiada suara membalas.

Hani bangun mencari kalau-kalau telefon gadis itu tercampak mana-mana. Tapi, tiada! Beg tangan gadis itu juga tiada! Dia kembali ke arah gadis itu.

Cik... bangun cik... bangun... sebak suara Hani.

Dia perlu mencari bantuan! Hani bingkas bangun. Hanya dua saja jalan di kepalanya. Sama ada meninggalkan gadis itu ataupun menunggu jika ada kereta lalu lalang. Namun saat dia ingin bangun, tangannya terasa dicapai.

Cik sedar Cik tunggu sini. Saya pergi cari bantuan. Ujar Hani. Tangan lemah itu terkulai lemah kembali ke atas jalan.

Hani melihat gadis tak berdaya itu. Seperti nyawa-nyawa ikan lagaknya. Dia tahu bahaya jika dia mengangkat gadis itu, tapi apa pilihan yang dia ada Tak kan dia nak meninggalkan gadis itu tengah-tengah jalan sementara dia mencari bantuan

Saya angkat cik ke tepi ye Tutur Hani saat gadis itu mula membuka matanya perlahan. Hani cuba memegang tangan gadis itu, tapi gadis itu menggeleng perlahan.

Ja... ja... ngan... sa... saya... gadis itu terbatuk sebelum menghabiskan ayatnya.

Cik jangan risau. Cik akan selamat. Saya cari bantuan. sekali lagi Hani ingin bangun, tapi tangan gadis itu menghalang.

Hani memandang tak faham pada gadis itu. Mata itu merenungnya dengan penuh simpati dan lemah. Air matanya menitis buat sekian kalinya. Dalam kesuraman malam, dia melihat gadis itu seakan berusaha menarik sesuatu si lehernya.

Rantai! Hani terpanar.

Bu..bunuh... ka..kasut... Sebab.. ran.. rantai.. dalam keadaan nazak, gadis itu cuba menyampaikan sesuatu.

Apa

Kere..ta.. bunuh... Kasut sa..saya. Dia bu.. nuh se..bab.. Ran..tai...Lili saat itu nafas gadis itu sudah berada di hujung tanduk.

Hani mengenggam kuat tangan gadis itu. Dia tak faham apa yang gadis itu ingin beritahu. Saat dia cuba memahami ayat gadis itu, satu kereta menuju ke arah mereka. Tangan gadis itu dilepaskan dan Hani bangun. Kereta yang semakin menghampiri itu ditahan bersungguhsungguh. Dia mesti menyelamatkan gadis itu!

BUNYI benda jatuh, buat Hani tersedar. Kejadian enam tahun yang lepas hilang dari mindanya. Perlahan-lahan dia berkalih ke arah pintu. Memandang pintu tak bernyawa itu seperti dapat melihat Ryan. Entah apa yang dijatuhkan Ryan di dalam biliknya.

Riana!

Gadis yang dilanggar di depannya adalah Riana. Riana kekasih Ryan. Kekasih suaminya sendiri. Bagaimana dia ingin beritahu Ryan Melihat dia pegang bingkai gambar Riana saja, sudah buat Ryan marah. Apa reaksi Ryan jika Ryan tahu dia adalah perempuan yang membawa Riana ke hospital Dia adalah saksi utama dalam kes itu

Riana masih bernyawa saat di hospital, tapi nyawanya tak panjang. Dia terlalu nazak. Riana meninggal di hospital. Puan Laila yang memberi bantuan. Kereta yang datang ke arahnya saat itu tak lain tak bukan adalah ibu Ryan sendiri. Rantai yang diberi oleh Riana diberi pada Puan Laila. Saat itu dia tak tahu siapa Puan Laila. Baginya mungkin wanita itu saudara gadis malang itu kerana saat itu wanita tua itu tak henti-henti menjerit menyuruh Riana membuka mata. Ternyata wanita itu ibu kekasih gadis malang itu. Ibu Ryan!

R-Y-N

Itulah rantai yang pernah berada di tangannya walaupun hanya beberapa jam. Rantai yang sama ditunjukkan oleh Puan Laila.

Bunuh, kasut, rantai!

Hani teringat kembali ayat gadis itu. Ayat yang buat dia bingung saat itu. Tapi, selepas itu gadis itu ada bicara sesuatu. Apa ya Hani cuba mengingati ayat yang didengar enam tahun lepas.

Kereta, bunuh, kasut saya sebab rantai...

Sumpah dia tak faham! Riana meninggal dan kes itu hanya dianggap sebagai kes langgar lari. Kalau la Ryan tahu dia adalah saksi kematian Riana, apa yang lelaki itu akan lakukan

Tuk... tuk... tuk!

Bunyi ketukan buat Hani terkesima. Belum sempat dia mengalihkan dirinya, pintu sudah ditolak kasar.

Auch! jerit Hani bila bahunya menjadi mangsa pintu kayu yang dibuka ganas secara tiba-tiba.

Hani ketap bibir sebelum membuka matanya. Sakit kut! Buka saja mata, nah! Ryan sudah ada di depan. Sepantas kilat, seluruh tubuhnya seakan membeku.

Betul kata kau, kau ada di sini pun macam tak ada fungsi! tutur Ryan tegang.

Hani tayang muka tak faham.

Aku pun tak ingin simpan kau lama-lama.

Hani tetap diam dengan muka tak faham. Apa mahu Ryan Tiba-tiba datang cakap benda pelikpelik ni. Dia ingin berkata sesuatu, tapi suara Ryan mematikan suaranya.

Aku bagi kau masa sebulan! Lepas sebulan kau boleh balik ke pangkuan keluarga kau, tapi... Ryan senyum sinis.

Kau kena pastikan orang tua tu sakit. Aku tak kisah kau nak guna cara apa pun. Kalau kau gagal, aku akan pastikan kakak kau dipecat dan kau, tak kan dapat kerja di mana-mana syarikat pun! sambung Ryan dengan muka sebiji seperti samseng.

Ryan! Hani terkejut.

Ryan menjeling sinis. Langsung tak hairan dengan nada terkejut Hani.

Ingat! Sebulan! Cukup sebulan, kau boleh pergi. Faham!

Bengang Hani dibuatnya. Kenapa Ryan tibatiba buat keputusan seperti ini

Ini tak adil! jerit Hani tiba-tiba.

Ryan yang ingin pergi, menghentikan langkahnya. Matanya menikam tajam wajah gadis yang mula nampak kemerahan itu.

Adil atau tak, itu syarat aku!

Tapi...

Itu syarat aku jadi jangan persoalkan atau kau nak aku buat kakak kesayangan kau tu hilang kerja sekarang juga

Hani tergamam. Renungan mata tajam itu dibalas. Entah kenapa, hatinya terasa sebak. Kenapa Ryan tiba-tiba jadi begitu Kenapa Ryan bertukar jadi orang kejam Inikah Ryan yang ketawa seperti kanak-kanak di depannya Inikah Ryan yang menonton filem dengan penuh selamba di tepinya

Kenapa awak buat saya macam ni hah ujar Hani mula sebak. Renungan Ryan terus dibalas dengan mata yang mula bergenang.

Apa salah saya Apa salah kakak saya sampai awak ugut saya macam ni Apa dosa saya pada awak Kenapa awak nak musnahkan hidup orang lain Kenapa awak nak musnahkan hidup saya Kenapa lirih suara itu menyoal.

Ada dengusan kasar saat dia suaranya menyoal pilu. Dengusan yang seakan menyatakan, kepiluannya tiada makna bagi lelaki itu.

Kau tak perlu tanya aku. Ini hukuman untuk kau. Jangan nak menangis depan aku. Aku Ryan! Aku tak pernah kisah dengan perasaan orang lain. Senjata air mata kau tu, tak lut untuk aku!

Betapa sebaknya saat suara itu menusuk jiwanya. Terasa seluruh organ dalamannya ditikam-tikam kuat. Tanpa sedar, setitis air matanya menitis. Biarlah air mata ini tak berharga buat Ryan, tapi air mata ini menunjukkan hatinya yang mula terluka. Menjadi saksi hatinya disakiti dengan ucapan lelaki itu.

Hukuman hukuman sebab saya musnahkan kontrak awak Awak nak musnahkan hidup orang lain sebab kontrak awak tu

Ya! Memang betul! Aku akan musnahkan hidup siapa saja yang buat aku rugi. Siapa yang buat hati aku sakit.

Jadi inilah Ryan yang orang gelarkan Topeng Raksasa Tak ada hati, tak ada perasaan! Kejam! Sebab dendam awak pada nenek awak, awak musnahkan hidup orang lain. Awak manusia ke Hani ketawa dalam pedihnya.

Dia kesal dan kecewa!

Ya! Aku sanggup buat apa saja! jawab Ryan penuh bangga.

Hani menunduk. Diam buat seketika sebelum dia angkat wajah dengan riak sinis.

Awak dengan nenek awak sama saja. Awak bencikan nenek awak sebab dendam. Kononnya awak berdendam demi menuntut keadilan untuk arwah kekasih awak. Awak fikir, nenek awak kejam sebab buat arwah kekasih awak macam tu. Tapi, awak sedar tak, awak sebenarnya sama saja dengan orang awak benci tu. Tak ada beza sikit pun. Menyakiti orang lain demi kepentingan sendiri. Ryan, awak tak ada bezanya. Awak sama dengan dia. Awak memang...

Diam!!!

Kenapa Tak boleh terima hakikat yang awak dengan orang awak benci tu tak ada beza Awak nak nafikan Awak memang sama!

Hani!!!

Ryan naik minyak. Ditolaknya gadis kecil itu ke arah pintu. Tubuh dan wajahnya didekatkan pada gadis itu dengan hembusan nafas kasar. Tanpa sedar, leher Hani dicengkam bersama jeritan penuh kebenciaan. Dadanya turun naik.

Tersekat nafas Hani dibuatnya. Matanya membulat dek tindakan ganas Ryan. Pedih rasanya saat jari itu menekan tepi lehernya. Berkerut mukanya bila alur nafasnya seakan tidak mahu berfungsi.

Berapi mata Ryan menatap mata Hani. Hatinya menjerit kuat menafikan apa saja yang keluar dari bibir gadis itu. Dia tak sama dengan Datuk Fatimah. Dia tak sama!

Perlahan-lahan air mata Hani menitis. Sedikit pun dia tidak meronta, sebaliknya matanya memandang penuh kesal pada Ryan. Dia tak sangka Ryan mampu ke tahap ini! Ingin membunuhnya. Entah kenapa, hatinya terasa bagai dilapah-lapah penuh kekejaman.

Ryan tersedar saat air mata Hani jatuh ke tangannya. Tiba-tiba saja matanya membulat. Memandang tak percaya pada gadis itu. Tangan dileher gadis itu dijatuhkan dengan wajah serabut.

Ya Allah! Apa aku dah buat Ryan mula tersedar. Dia melihat Hani seakan tercungapcungap. Tangannya dipandang seakan mengalami kejutan.

Kenapa berhenti Kenapa tak bunuh saja saya Kenapa berhenti tanya Hani penuh rasa kecewa.

Sakit lehernya, lebih sakit lagi hatinya.

Buatlah apa awak nak buat. Sebulan! Saya akan buat apa yang awak suruh dalam masa sebulan. Lepas tu saya akan berambus dari hidup awak. Macam yang awak nak. Itu janji saya! Hani berpaling membelakangkan Ryan. Tanpa dipaksa air matanya mengalir laju. Semakin lama semakin laju sehingga esakannya mula hadir.

Dia terus menahan esakannya sehingga bunyi pintu ditutup kuat. Sejurus saja Ryan menghilang, air matanya menitis bagaikan empangan pecah. Esakannya mula kedengaran sehingga mampu menyebakkan hati sesiapa saja yang mendengarnya.

Sakit! Sakit sangat! Hatinya benar-benar sakit!