Les Criaturas - 16
PRESENT 9

Iman sedang berehat di halaman rumah sambil memeluk patung kain berbentuk naga. Sesekali dia mengacah-acah dirinya sendiri dan ketawa kecil. Dia bangun dan melompat-lompat mengikut sususan bongkah marmar di taman mini yang dibina oleh ayahnya. Telefon pintar di dalam poket berdering.

Iman kat mana Kami dekat taman hujung dekat dengan rumah jagaan kosong. Datanglah sini. Kita main kat sini nak Tapi babah larang Iman main kat situ. Dia kata ada tetamu dalam rumah tu.

Ala.. Jom la.

Iman menggaru kepala yang tidak gatal. Dia lari masuk ke dalam rumah menemui ibunya, Dynah.

Bonda, boleh Iman pegi main dekat rumah hujung tu Dynah yang sedang mengemas ruang tamu yang penuh dengan tin air dan sisa-sisa bertih jagung berhenti dan berpaling.

Iman nak apa Sorry bonda tak dengar tadi.

Eleina call. Dia ajak Iman pergi main dekat kawasan rumah kosong hujung tu. Boleh la. Iman menghayun lembut lengan Dynah.

Tak payah. Kan ada tetamu kat rumah tu. Nanti babah marah. Bonda tak boleh tolong. Iman nak babah marah lagi Dynah sengaja menyebut nama Hafez.

Iman mendiamkan diri. Dia membuat muka. Dynah menggeleng. Tidak sanggup dia melihat wajah masam anaknya. Okay. Tapi, balik cepat tau Kalau babah dah on the way

balik dari kedai bonda call Iman, okay

Yeay! Sayang bonda!

Iman melompat dan terus memeluk Dynah. Dikucup pipi

Dynah dan terus berlalu pergi.

Bonda sayang Iman sangat-sangat.

*****

Iman berjalan berjengkit-jengkit. Dia mahu menyergah Eleina yang sedang leka bermain barbie doll.

Yes, I am beautiful. You are beasty, no you are. Shine bright like a star, shine bright and be a star! Bibir Eleina rancak menyanyikan lagu daripada penyanyi kegemarannya.

Iman semakin hampir. Dia tersengih-sengih membayangkan reaksi Eleina. Eleina sebaya usianya tetapi gemar berkelakuan seperti budak kecil.

Aku dah tahu kau kat belakang. Kau boleh berhenti sekarang. Eleina ketawa kecil.

Ala, tak adil la macam ni, getus Iman. Adil la kalau kau dan aku sama-sama tahu. Eleina menyambung tawanya yang masih berbaki.

Kenapa tadi biarkan Eleina lama-lama dekat phone Tak

matikan pastu terus diam macam tu je. Habis kredit.

Sorry. Nanti Iman top up balik.

Eleina mencebik. Iman ketawa melihat gelagat Eleina. Dia mara ke arah raga berdekatan dan mengeluarkan sebotol sparkling water berwarna merah.

Boleh Iman ambil satu

Ambillah, banyak pun takpe.

Mana Umie Tak nampak pun

Eh, tadi ada kat sini.. Mata Eleina melilau mencari kelibat Umie.

Hai, Iman!

Hai, Um.. Hmm. Kau buat apa kat sini Nada suara Iman bertukar. Cheryl berdiri di hadapan Iman dan Eleina sambil tersenyum sumbing.

Ni bukan Umie. Kau pergi main jauh-jauh boleh tak Eleina memandang Cheryl dengan perasaan benci.

Main jauh-jauh boleh tak

Cheryl mengejek Eleina. Eleina memasamkan wajah dan memeluk tubuh. Iman mara ke hadapan.

Jangan cabar aku.

Kau nak serang aku lagi Hey, aku datang bukan nak cari pasal. Aku nak tanya kau pasal Selina. Mana dia Dah lebih seminggu aku tak nampak dia. Mesti dia berkepit dengan betina tu, kan Betina yang entah apa-apa kasta tu, ejek Cheryl. Dia ketawa kecil mengenangkan Mastura.

Iman menahan geram. Dia sedaya upaya menahan diri supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap provokasi Cheryl. Aku rasa kan, lagi elok tak ada kasta daripada jadi benda hina. Dah elok-elok berubah tapi nak rendahkan diri tu sampai tahap bawah kaki buat apa Perli Iman. Mimik mukanya jelas mengejek Cheryl.

Kau nak cabar aku Sejauh mana sangat sumpahan kau tu Cheryl mula hilang sabar.

Aku rasa baik kau blah je.

Giliran Eleina pula bersuara. Tiada lagi perwatakan gedik kebudak-budakan tetapi terserlah sisi seorang gadis yang matang dan garang.

Kau nak buat apa Siram aku dengan pelangi banyakbanyak Bagi aku wish happy birthday sekali dengan gula-gula, belon bagai Ke kau nak ramal nasib aku Itu je kerja kau kan Kerja kau yang buat semua manusia dan benda hidup kat dunia ni tertunggu-tunggu nak tahu

Jangan melampau! Kami tak kacau kau, tolong hormat

orang lain sikit.

Iman mara ke hadapan. Dia menggenggam buku lima.

Kau nak beradu tenaga

Aku cuma nak berbincang secara sivik..

Sivik ayah kau!

Cantik bahasa kau, budak Siapa ajar Mak

Bukan, aku.

Cheryl memusingkan tubuhnya ke belakang. Dia langsung tidak menyedari kehadiran kakak Eleina, Umie yang sedang berdiri di belakangnya.

Wah, kakak kembar dia dah datang! OMG, takunya!

Jangan nak provoke sangat. Baik kau blah sekarang,

betina. Umie bercekak pinggang. Cheryl menuding jari telunjuknya. Kukunya sudah bertukar panjang dan tajam. Matanya perlahan-lahan bertukar warna kuning.

Kau jangan biadab dengan aku, ugut Cheryl. Bola matanya tajam membalas pandangan Umie.

Look whos talking

Aku cakap jangan biadab!

Cheryl melompat tinggi dan mencengkam leher Eleina. Tindakannya yang terlalu pantas membuatkan Iman dan Umie terpinga-pinga.

Sekarang, kita bincang. Mana Selina Cheryl masih mencengkam leher Eleina.

Aku tak tahu. Dia suka berkurung dalam bilik lepas balik dari kolej. Mastura pun tak pernah langsung jejak kaki ke rumah kitorang. Kau lepaskan Eleina, okay rayu Iman. Dia tidak mahu Eleina menjadi mangsa cemburu Cheryl.

Penipu!

Cheryl membuka mulutnya hingga menampakkan barisan gigi taring yang tersusun rapi. Dia bersedia untuk menggigit leher Eleina.

Eleina, now! Umie sempat memberi arahan kepada

Eleina.

Eleina memejamkan mata. Serentak itu bintang-bintang kecil mula keluar dari pelbagai arah. Kumpulan bintang itu melindungi tubuh badan Eleina. Cheryl terpelanting ke belakang. Eleina berjaya menyelamatkan diri. Umie pantas mendapatkan Eleina dan memeluk adiknya. Terbit satu cahaya yang terlalu terang menyilaukan pandangan mata daripada tubuh badan mereka berdua.

Iman menutup mata serapatnya.

Kau jangan sesekali cari pasal dengan adik aku.

Cahaya yang keluar dari tubuh Umie dan Eleina memantulkan satu medan tenaga yang mencampakkan Cheryl jauh dari mereka. Iman kembali membuka mata. Eleina dan Umie ketawa mengekek. Mereka pasangan kembar seiras. Iman keliru untuk menegur siapa dahulu.

Okay, ni nak cakap Umie dulu ke Eleina dulu

Tak kisah.

Eleina dan Umie menyambung tawa. Eleina kembali bersikap kebudak-budakkan dan bermain dengan barbie doll. Umie datang merapati Iman.

Apa yang kakak kau pandang dekat dia tu Entahlah. Kadang-kadang manusia ni ada cat person, ada dog person. Macam tu lah.

*****

Cheryl sedaya upaya cuba untuk bangun. Matanya masih terasa perit dek cahaya yang terlalu terang. Dia menggelengkan kepalanya dua tiga kali sebelum pandangannya benar-benar pulih. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Ada satu objek besar di hadapannya. Tapi pandangannya masih kabur. Kelopak matanya digosok dan ditenyeh sekali lagi. Bentuk objek tersebut semakin lama kelihatan semakin jelas. Cheryl mengundur beberapa tapak ke belakang. Dia kini berhadapan dengan seekor singa betina yang dua kali ganda besar daripada saiz asalnya. Singa betina yang besar dan gagah itu mengaum kuat ke arah Cheryl. Kelam kabut Cheryl menguatkan langkah kaki dan berlari pantas. Dia terus melompat dari satu bumbung ke bumbung rumah yang lain.

Haha. Kelam kabut kau lari. Bongok. Umie tergelak besar melihat Cheryl.

Kau buat apa Satu suara menegurnya.

Tak ada apa-apa.

Singa betina yang besar dan gagah itu bertukar menjadi seekor burung pipit dan terbang melayang di udara. Suara yang menegurnya tadi cuma menggelengkan kepala.

Show off.