Saya pernah memberi komen kepada suami saya mengenai cuaca yang terik. Suami saya dengan selambanya berkata, Ini baru panas di bumi dah kita tak tahan, kalau panas di neraka kelak macam mana yea Ouch! Terkedu saya sebentar!
Sigh! Memang suami saya ada point yang betul. Sekiranya kita diberi secebis apa yang akan kita alami di neraka nanti, pasti kita tidak akan mengomel tentang panas di bumi. Tetapi, apa nak buat. Sememangnya saya ni seorang diva bila cuaca panas. Rakan-rakan memanggil puteri lilin kerana saya lembik dan cair kalau berada di bawah matahari. Saya tidak akan dapat berfungsi dengan betul sekiranya suhu menjadi terlalu panas. Suami kata saya ni addicted to air-con, suatu ekspresi yang amat tepat. Saya akan berlari ke mana-mana tempat yang berhawa dingin dan tidak akan berganjak dari situ.
Walau demikian, saya dah banyak kurang mengomel mengenai cuaca atau suhu yang panas. Tetapi kadangkala in the heat of the moment, saya terlepas komplen. Apakan daya Saya ni manusia biasa.
Wise Owl pernah memberitahu saya bahawa setiap kejadian ada bersebab. Tiada satu kejadian yang berlaku secara coincidence. Allah SWT mempunyai sebab-sebab tertentu untuk mencipta sesuatu benda atau kejadian. Setiap ciptaanNya mempunyai purpose yang tersendiri.
Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.
Surah Al-Anbiyaa 21:23
Penjelasan disebalik sesuatu kejadian atau ciptaan tersebut hanyalah di dalam pengetahuan Tuhan sahaja sedangkan para malaikat pun tidak mempunyai pengetahuan mengenainya kecuali jika diterangkan oleh Dia.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Surah Al-Baqarah 2:30
Jika difikirkan, memang susah nak puaskan hati manusia. Bila hujan kita komplen, bila panas pun kita mengomel. Nasib baiklah Malaysia hanya mempunyai dua jenis musim iaitu musim panas dan musim hujan. Cuba bayangkan kalau Malaysia ada empat jenis musim seperti di negara-negara Eropah, sudah tentu lagi banyaklah yang kita komplen nanti.
Bila saya berhenti dan berfikir, saya ini sebenarnya bertuah. Walau apa keadaan cuaca sekali pun, di kala cuaca panas terik, saya masih mempunyai tempat untuk berlindung. Masih boleh hibernate di bilik yang mempunyai penghawa dingin. Kalau hujan, saya masih duduk dalam keadaan kering sambil menghirup kopi panas dan menikmati udara yang segar. Kita di sini tak ada cuaca ekstrim seperti ribut taufan atau gempa bumi seperti negara-negara lain. Walau macam mana panas terik pun cuaca di sini, kita masih di anggap bertuah.
Rasulullah SAW juga bersabda,Janganlah kamu mencaci maki angin.
Hadis Riwayat Tirmizi
Saya selalu terbaca mengenai cuaca yang ekstrim di negara lain terutamanya negara-negara yang dilanda peperangan. Ramai penduduk terutamanya kanak-kanak mati. Mereka tidak mempunyai tempat berlindung yang sesuai atau selamat. Nasib mereka jauh lebih teruk dari kita.
Seperti yang Wise Owl pernah kata, setiap kejadian ada sebabnya. Kita hanya perlu membuka mata luas-luas jika ingin mempelajarinya. Kadangkala, kita perlu mencari jawapannya. Jika bertuah, kita akan diberikan pengetahuan mengenainya. Kalau tidak, kita harus terus mencari dan bukan duduk saja sambil mengomel.
Nabi SAW bersabda, Tangguhlah solat (Zohor ketika cuaca amat panas) kerana sesungguhnya kepanasan itu adalah daripada serpihan neraka.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Abu Hurairah RA meriwayatkan Neraka mengadu kepada TuhanNya: Wahai Tuhanku, sebahagian aku memakan sebahagian yang lain. Maka diizinkan bagi ia dengan dua nafas, nafas di musim sejuk dan nafas di musim panas. Justeru kerana itulah terdapatnya kepanasan dan kesejukan
(dalam cuaca).
Riwayat Bukhari dan Muslim
Subhanallah! Selepas ini sekiranya saya ingin mengomel mengenai cuaca, saya akan ingat hadis di atas. Sepanas-panas keadaan di bumi ini hanyalah seperti neraka mengeluarkan nafasnya. Cuba bayangkan kalau panas api neraka dikeluarkan secara keseluruhannya. Pasti kita akan rentung dibuatnya. Brr hanya dengan memikirkannya sudah cukup untuk saya mimpi yang ngeri beberapa bulan.
Jadi moral cerita ini adalah, saya seharusnya menutup mulut sahaja dan bersabar dalam apa jua keadaan cuaca dan bersyukur kerana masih hidup untuk mengalaminya.