Bagi pihak polis, bukti-bukti pembabitan Datuk Kamarudin dalam pembunuhan bersiri di luar keraguan. Mereka menganggap kes pembunuhan bersiri HKL selesai. Tindakan bunuh diri suspek mengakhiri rancangan pendakwa raya untuk mendakwanya di mahkamah. Walaupun berasa tekanan kes telah berakhir tetapi keadilan terhadap mangsa-mangsa belum terbela. Kerana yang menjatuhkan hukuman dan melaksanakan hukuman adalah pemangsa itu sendiri. Dr. Shukri dilantik sebagai pemangku pengarah IMN sehingga ada keputusan mengenai pengganti Datuk Kamarudin atau pengesahan jawatannya itu. Dengan kematian Datuk Kamarudin, UPUS dan ke giatannya dibongkar. Siasatan polis ke atas UPUS mendapati UPUS merupakan suatu organisasi yang tidak memiliki asas undang-undang yang sedia ada. Dengan kata Iain, kegiatan dan kewujudannya secara teknikal illegal. Siasatan juga mendapati UPUS dipelopori sendiri oleh Datuk Kamarudin. Dan, berlindung di bawah kekebalan Majlis Keselamatan Negara dan orang-orang kanan di majlis itu. Selama ini, Datuk Pengarah merahsiakan pembabitannya dengan UPUS. Padahal dialah minda di belakang penubuhan dan pelaksanaan kegiatan-kegiatan UPUS. Dalam masa sebulan selepas kematiannya, UPUS dibubar kan. Doktor tentera yang bertugas dengan UPUS diarahkan kembali ke Hospital Angkatan Tentera. Mereka dilarang memasuki IMN. Kebanyakan doktor tentera tidak menyedari status undang-undang UPUS. Mereka berfikir apa yang mereka lakukan di UPUS demi keselamatan negara. Aktivis-aktivis mahasiswa dan sosial di undang tanpa paksaan ke UPUS untuk dialog dan perbincangan. Dalam sesi-sesi perbincangan, indoktrinasi ala perang-psiko diterapkan. Kehadiran dua orang ahli antropologi Amerika berselindung di bawah ASG dan berpura-pura mengunjungi tuk batin, rupa-rupanya cuba menyelidiki kegiatan UPUS di IMN. Apakah pembubaran UPUS dikaitkan dengan kedatangan mereka, atau kerana kematian pelopornya tidaklah diketahui. Hal itu masih menimbul misteri pada mereka yang mengikuti kes bunuh diri berkembar di IMN dan Menara Petronas. Namun, selepas polis bersama pegawai-pegawai kanan KDN menyerbu dan menggeledah pejabat UPUS di IMN dan menyita dokumen-dokumen Operasi UPUS, secara senyap-senyap papan tanda UPUS bersama logonya diturunkan, baik yang di tingkat bawah mahupun yang di tingkat 17. Hilangnya papan tanda UPUS dari IMN menandakan pembubarannya mutlak. Berita tentang kewujudan dan pembubaran tidak pernah dilaporkan dalam mana-mana akhbar.
Di wad SU 11, tuk batin, Pak Omar dan Reza sudah dibenarkan pulang. Mereka diganti dengan pesakit-pesakit mental yang baru. Tuk batin telah kembali ke banglonya setelah anaknya melunasi tunggak lima tahun cukai pintu kepada PBT dan berjaya membatalkan tindakan penyitaan banglo. Dia masih perlu datang untuk rawatan susulan sebulan sekali di klinik pakar di OPD & DCC di tingkat 2, IMN. Pak Cik Omar telah kembali ke Yan dan menerima rawatan susulan di Jabatan Psikiatri, Hospital Alor Setar. Dia tidak lagi bergurindam dan berseloka dalam rima-rima yang kacau. Reza, pelajar nuklear fizik yang mempunyai waham kebesaran itu telah pulih dan kembali ke kampus meneruskan pengajian. Sofi, suspek HKL Killer dibebaskan tanpa syarat. Dia kembali bekerja sebagai MA tetapi telah dipindahkan ke Lawas, Sarawak. Stigma sebagai suspek HKL Killer berkekalan sepanjang hayatnya.
Sejak selesainya kes HKL Killer, ASP Dahlan jadi bertambah rapat dengan Dr. Shemelin. Mereka mengikat tali pertunangan beberapa bulan kemudian. Dr. Shemelin dilantik menjadi timbalan pengarah IMN. Dr. Siew berhenti kerja dengan IMN setelah ditawarkan bekerja di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya. Pakarpakar lain masih kekal dengan IMN walaupun agak terkilan dengan pelan tikan Dr. Shemelin sebagai timbalan pengarah IMN. Masing-masing berasa sama layak untuk jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, mereka menyembunyikan perasaan itu. Lamakelamaan mereka berjaya menghilangkan perasaan tersebut. Mereka menyedari jawatan timbalan pengarah hanya satu.
Kematian Dr. Ridzuan tidak disuguli sesiapa kecuali Dr. Fakaruddin. Dia sendiri yang menguruskan pengebumian Dr. Ridzuan di kampungnya di Batang Kali. Ibu dan bapa Dr. Ridzuan, yang berasal dari Pahang sudah lama meninggal dunia. Hanya ada Pak Su sahaja yang ada talian keluarga. Pak Su pun tiada pekerjaan tetap. Jadi, apa sahaja urusan yang memerlukan pembiayaan diselesaikan oleh Dr. Fakarudin. Ketika dia mengemas bilik Dr. Ridzuan di ATMA, dia menjumpai beberapa artikel yang ditulis oleh Dr. Ridzuan. Artikelartikel itu belum diterbitkan oleh sebarang jurnal atau buletin di ATMA atau UKM. Kebanyakannya mengenai migrasi orang-orang Neo-Melayu dari Dataran Asia Tengah ke Nusantara. Selain sebuah kertas kerja yang membahaskan laluan migrasi melalui Pulau-pulau Taiwan Luzon Mindoro Palawan Sabah Brunei Sarawak Puntianak Balikpapan Jambi Palembang, dia juga menulis mengenai laluan kedua iaitu Gurun Taklamakan Dataran Naga Assam - Myanmar Andaman Aceh Nias sepanjang Pantai Barat Sumatera hingga Padang dan Pagar Ruyung. Setelah membaca kertas-kertas kerja itu, Dr. Fakaruddin berhasrat untuk meneruskan penyelidikan asal usul orang Melayu Nusantara melalui pendekatan filologi dan DNA.
Yang paling menarik sekali, Dr. Ridzuan berhujah dalam satu lagi kertas kerja yang tidak selesai ditulisnya, berjudul Maori-Egyptian Connection. Ila rakura ilang ratuma, ara moana matariki, puanga, takurua, mahutanga. berdasarkan nyanyian pelaut Maori, Dr. Ridzuan mengemukan teori yang pelik bahawa orang-orang Maori merupakan keturunan pelaut-pelaut Mesir. Ini berdasarkan orang-orang Maori memanggil tuhan matahari sebagai Ra, sama seperti orang-orang Mesir di bawah pemerintahan Firaun. Pelautpelaut Mesir mencari kapur barus dan rempah-ratus untuk tujuan mumifikasi. Tetapi ada antara pelaut itu tersesat dan tidak kembalikembali, lalu menjelajah ke seluruh kepulauan Nusantara hingga ke Selandia Baru. Yang berjaya kembali, melaporkan kewujudan daerah Malayu Kulon kepada pemeta Mesir, Plotemy atau Batlamus pada kurun ke- Il Masihi. Dr. Ridzuan mahu membuktikan Melayu sudah wujud sebelum kurun ke-ll, malah sejak zaman batu dengan pembuktian filologi; makan, minum dan sumpah keramat yang selalu ditempikkannya. Dr. Fakaruddin tidak pasti dengan MaoriEgyption Connection, tetapi dia akan meneruskan kerja-kerja susur galur asal usul orang Melayu melalui pendekatan filologi yang cuba diketengahkan oleh Dr. Ridzuan.