Mencari Kiblat Cinta - 162
Aku yang bawa dia masuk ke kumpulan kami. Aku yang jadikan dia wanita anggun yang diidami oleh ramai lelaki. Tujuannya untuk memerangkap ayah kau agar bekerjasama dengan kami. Sambung Cobe.

Danira semakin bingung. Kenapa kata-kata lelaki itu kali ini cukup sukar mahu dicerna sedangkan lelaki itu bertutur dengan bahasa yang sama dengannya

Danira, ibu kau kahwin dengan ayah kau Adnan disebabkan kami yang mahukannya begitu. Kami yang merancang semuanya. Tapi Zahlia berubah setelah kau dilahirkan. Dia mula menyenangi hidupnya bersama Adnan dan dia mula mencintai ayah kau.

Kelopak mata Danira berair. Dia mula memahami sedikit demi sedikit kata-kata lelaki itu. Sungguh dia tidak mampu mempercayai apa yang diperkatakan lelaki itu tentang ibunya. Apakah selama ini uminya tahu apa sebenarnya yang berlaku pada ayahnya Apakah selama ini uminya bersubahat dengan mereka yang telah membunuh ayahnya

Bohong! Awak bohong! Tak mungkin umi saya sanggup buat begini. Tak mungkin! Danira menggeleng dengan wajah yang dipenuhi airmata yang mula meluruh. Terserah kau mahu percaya atau tidak. Tapi inilah kenyataannya. Selama ini ibu kau bekerjasama dengan kumpulan kami untuk mengawasi ayah kau. Untuk memastikan dia sanggup melakukan apa sahaja demi anak dan isterinya.

Danira terduduk lemah. Dua nesan yang tegak di hadapannya dipandang sayu. Ya Allah! Dugaan apa lagi yang KAU timbunkan atas bahuku kali ini Aku hanya manusia biasa. Aku tidak cukup kuat untuk menerima setiap perkara di luar jangkaan seperti ini.

Cobe terdiam. Melihat tangisan anak gadis itu, dia jadi lemah. Tangisan Danira meruntun jiwanya lalu wajah Zahlia terus mengasak dalam setiap rongga fikirannya. Dahulu Zahlia juga pernah menangis di hadapannya berkali-kali. Tapi ketika itu dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk Zahlia kecuali terus merosakkan hidup wanita yang dikasihinya.

Bila ayah kau cuba khianati organisasi kami, dia seharusnya tahu sejauh mana bahayanya. Dalam peraturan kami, mereka yang boleh menjejaskan organisasi kami akan mendapat habuan. Ibu kau tahu nyawa ayah kau dalam bahaya kerana kedegilannya. Dia datang bertemu aku dan minta aku selamatkan Adnan. Tapi ketika aku ke pejabatnya untuk menemuinya, dia sudah terbunuh. Bukan aku yang membunuhnya seperti yang kau sangkakan. Jelas Cobe berterus-terang.

Semuanya bertitik-tolak dari peristiwa sebelas tahun yang lalu saat dia bertembung anak gadis itu di luar bilik Profesor Adnan. Sesiapa sahaja pasti akan menyangka dialah pembunuh Profesor Adnan kerana dia yang terakhir dilihat keluar dari bilik lelaki itu. Ketika itu dia ke sana kerana mahu memujuk Profesor Adnan menyerahkan formula itu, tapi sebaik dia sampai ke tempat itu, lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi.

Danira mengesat kelopak matanya. Penjelasan lelaki itu tidak memberi sebarang erti lagi. Sesiapa pun yang membunuh ayahnya ada kaitan dengan organisasi yang pernah dikatakan Umar padanya. Juga tentang formula dadah yang menjadi rebutan mereka. Malah lelaki di hadapannya itu juga salah seorang dari mereka yang bertanggungjawab di atas kematian ayahnya. Tapi dia benar-benar tidak sangka selama ini uminya telah membohongi ayahnya sendiri.

Bagaimana dengan ibu saya Kejadian di hospital tu bukan kerana dia cuba membunuh dirinya bukan Danira ingin tahu.

Cobe terdiam. Wajahnya benar-benar muram.

Maaf, aku gagal lindungi dia. Selama ini aku benar-benar kesal kerana membuatkan Zahlia terbabit begini jauh sehingga dia terseksa. Aku kesal. Aku bersalah padanya. Ungkap Cobe dengan perasaan berat.

Apa gunanya awak cakap begini lagi Kalau benar awak ambil berat pada ibu saya, kalau benar awak rasa bersalah padanya, jadi tolonglah balik ke pangkal jalan dan mohon keampunan dari ALLAH. Bertaubatlah sebelum ada lagi keluarga bahagia yang awak musnahkan hidupnya. Tutur Danira sebak. Wajah lelaki di hadapannya dipandang sayu.

Cobe terdiam. Kata-kata Danira membuatkan hatinya bergetar. Selama ini dia cuba menebus salahnya pada Zahlia dengan menziarahi pusara wanita itu hampir setiap bulan. Tapi apa gunanya semua itu jika Zahlia tak mungkin bernafas kembali. Sesalnya hanya setakat itu sahaja. Dia tidak pernah terfikir langsung untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan!

******

Melihat lelaki itu termenung panjang di biliknya, Tim hanya mampu mengeluh. Mulanya dia mahu beredar sahaja dari situ, tapi sebaik mendengar bunyi bising, dia terus merempuh masuk. Apa yang dilihatnya membuatkan dia terpinga-pinga. Kaca jendela di bilik itu pecah dan dipenuhi dengan titis-titis darah. Cobe dilihatnya sedang mengepal-gepal penumbuk yang bermandikan darah segar.

Cobe Kau kenapa Tim bimbang. Lelaki itu segera didekati. Namun lelaki itu tetap tunduk tidak berganjak.

Tim mengeluh panjang. Tunggu sini, aku ambilkan kain basah untuk kau. Ujar Tim. Namun belum sempat dia mahu beredar, suara Cobe mematikan langkahnya.

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang ingin Cobe katakan pada Tim