MESYUARAT di antara pegawai bawahan telah selesai. Harlina menarik nafas lega. Bajunya dibetul-betulkan. Rambutnya disisir rapi. Serabut di kepalanya
sudah hilang. Harlina melewati meja setiausaha sulitnya.
Shila, apa lagi jadual saya hari ini
Tiada, puan. Cuma, esok puan ada temujanji dengan Datuk Razali, Pengarah Mercu Holdings. Shila menerangkan jadual Harlina esok.
Okey, jika ada sesiapa dari Menara Idaman call, bagi saya, arah Harlina.
Harlina memasuki pejabat. Ruang di biliknya terasa menyegarkan dengan haruman lavender. Sengaja dia mengatur biliknya dengan wangian itu. Sesuai dengan jiwanya.
Bunyi pintu dibuka menyebabkan Harlina berpaling. Wajah Zeti tersembul di muka pintu. Zeti melangkah masuk. Hari ini Zeti kelihatan daring dengan gaun pendek sendat yang menampakkan separuh dadanya.
Hai, cantik you hari ni, tegur Harlina.
Baru tahu I ni cantik ke
Zeti duduk di sofa sambil menyilangkan kaki. Skirtnya terangkat tinggi menampakkan seluar dalamnya.
Merahnya! Harlina menegur.
Zeti hanya tersenyum. Langsung tidak hairan dengan kata-kata Harlina. I datang nak tanya khabar, balas Zeti.
I okay. You
Good. Zeti mengangkat ibu jari. I sebenarnya bukan nak tanya khabar you. I tanya khabar husband you.
Oh... dia baik. Harlina membetulkan duduknya.
Hm macam mana dengan perempuan tu
Harlina yang faham maksud sebenar Zeti. Dia hanya mengangkat ibu jari dan menghalakan ibu jarinya ke bawah.
Dia buat hal. Habis barang di rumah I, banyak yang pecah, adu Harlina.
Maksud you
Pasu I, barang dapur I. Ada saja yang tak kena. Kalau tak pecah, jatuh. Suami you
Dia okey. Dia tak peduli langsung I marah perempuan tu.
Really
Ya, dia tengok perempuan tu macam tak ada perasaan.
Jadi dia belum menunjukkan perubahan ketaralah, gumam Zeti perlahan.
Harlina mengiyakan saja. Hatinya turut gembira bila memikirkan sikap suaminya yang langsung tak peduli akan kehadiran Nurul di rumah itu.
Cuma. Harlina teringat sesuatu.
Cuma apa tanya Zeti tak sabar-sabar.
Harlina terfikir tentang Nurul yang selalu minta cuti darinya.
Dia suka cutilah.
Oh... dia nak berjalan kot. Rumah you kan sunyi. Dahlah tak ada budak-budak.
Harlina terdiam mendengar kata-kata Zeti. Hatinya terusik.
You jangan cakap main lepas je tau. Harlina mengingatkan Zeti.
Zeti tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih.
Alah, I bergurau.
Namun Harlina tidak menganggap ia sekadar satu gurauan tetapi seperti ancaman kepadanya. Kepalanya mula berserabut kembali.
NURUL sedang membersihkan bilik air di belakang rumah ketika mendengar Harlina balik. Nurul segera masuk untuk menghidangkan minuman kepadanya.
Nurul ke ruang depan. Melihat Harlina tersandar lemah, dia berpatah balik lalu membancuh segelas air jus oren sejuk. Nurul meletakkan gelas di atas meja.
Jemput minum, kak, pelawanya.
Harlina tidak bergerak-gerak. Nafas di dadanya kelihatan turun naik.
Nurul melangkah ke dapur. Kembali menyambung tugas yang terbengkalai tadi. Setelah siap semuanya, dia ke ruang tamu ingin mengambil gelas yang dihantar kepada Harlina tadi.
Harlina masih memejamkan mata. Nurul hanya berdiri memerhatinya. Rasa kasihan melihat Harlina yang kepenatan.
Nurul menghala ke belakang sofa. Perlahanlahan dia memicit bahu Harlina.
Ish, apa ni Harlina menengking. Pantas tangan Nurul ditepis. Dia terundur ke belakang.
Siapa yang pandai-pandai suruh kau urut aku
Nurul terpingga-pingga. Harlina sudah beraku kau.
Saya... nak hilangkan letih di badan Kak Lina, balas Nurul perlahan.
Tak payah nak tunjuk rajin. Tugas kau hanya sebagai pembantu di rumah ini. Ingat!
Kak, saya bukan pembantu rumah! Saya tinggal di sini sebab syarat dalam kontrak kita dulu. Apa yang saya buat di sini hanyalah sebagai pertolongan untuk akak!
Muka Harlina pucat setelah mendengar katakata Nurul. Peluh mula menitik di wajahnya.
Pembantu rumah tak ada dalam perjanjian kita. Akak tak boleh layan saya macam ni!
Kau apa tahu Kau diamlah. Kau jangan nak menambah serabut kepala aku, tengkingnya tiba-tiba. Harlina mundar-mandir di ruang tamu. Nurul masih berdiri di tepi dinding. Terkejut melihat ting kahnya.
Sudah berapa lama kau duduk di sini soal Harlina.
Dah hampir lima bulan...!
Harlina memicit-micit kepalanya. Kerisauan jelas terpamer di wajahnya. Dia mengingati syarat-syarat kontrak mereka. Nurul perlu menjadi isteri Khairul dalam tempoh tujuh bulan dia menjadi penghuni di rumah itu. Sekarang sudah lima bulan, ada lagi dua bulan. Sejumlah besar wang akan dibayar kepada Nurul selepas gadis itu melahirkan anak. Jumlah yang cukup untuk menampung pembedahan Anis.
Harlina benar-benar takut jika Khairul berpaling pada Nurul seperti yang dikatakan oleh Zeti. Tetapi dia benar-benar mahukan anak.
Harlina mendengus. Dicapai beg dan terus berlalu ke bilik. Air yang disediakan langsung tidak disentuh.
Nurul terduduk di sofa. Terkejut dengan sikap yang ditunjukkan Harlina. Di mana kelembutan dan keikhlasan yang dipamerkan sebelum ini Bagaimana dengan kontrak yang telah dimeterai Nurul bertanya-tanya sendirian. Apa salahnya Adakah dia telah melanggar kontrak atau Harlina yang sedang menyesal