CEPATLAH sikit bawak kereta ni. Nanti kita lambat! rungut Afiqa tidak henti-henti di dalam kereta.
Airish di sebelah naik geram pula. Kau nak ke mana malam-malam buta ni
Airish memprotes dengan sengaja menekan kuat pedal minyak itu. Kereta yang bergerak pada kelajuan biasa, sudah bertukar laju seperti berlumba pula. Afiqa menggengam erat pada pemegang di pintu itu. Lajunya sungguh menggerunkan Afiqa. Sudahlah dengan jalannya yang berlintang pukang itu.
Perlahanlah sikit! Tak pandai memandu ke bentak Afiqa.
Kereta itu terus dipandu laju. Afiqa menarik nafas.
Dia faham yang Airish sudah bengang. Terasa berat benar mulutnya mahu mengukirkan kata.
Saya mintak maaf... perlahanlah sikit.
Hah Tak dengar! pekik Airish dek suara Afiqa yang dirasakan bagaikan tenggelam timbul oleh deruan angin yang menderu hebat itu.
SAYA MINTAK MAAF!
Airish tersenyum. Afiqa menghembuskan nafas kelegaan apabila pecutan kereta itu beransur reda.
Vroommm!
Ah!
Kereta Audi S4 itu menderum semakin laju. Mengenakan Afiqa lagi. Rasakan kau!
Mula-mula kau ajak aku pergi tengok wayang, lepas tu kau ajak aku pergi main skate Sekarang, nak pergi mana lagi ni marah Airish.
Dia sungguh bosan melakukan segala aktiviti ini. Tengok pulak wayang cerita apa entah. Apa kelas Lepas tu pulak pergi ice skating, tak seronok langsung.
Sekarang Kita makan aiskrim nak nada Afiqa bertukar ceria. Terbayang jelas aiskrim di matanya. Wah, seronoknya!
Macam budak-budak!
Tak nak sudah!
Memang tak nak pun!
AISKRIM
Huluran Afiqa bersambut. Afiqa pantas mengambil duduknya di buaian bersebelahan Airish. Airish merengus.
Tak ada tempat lain ke nak pergi Airish seakan memberontak.
Nak pergi mana lagi Dah kedai aiskrim yang saya suka dekat sini. Nak buat macam mana
Afiqa meluruskan jari telunjuknya ke arah kedai aiskrim yang tidak jauh daripada taman permainan di perumahan mereka. Taman permainan itu agak lengang sedikit dek orang di sekeliling rumah mereka adalah orang yang masih dilabel sebagai bujang dan orang berada. Masakan mereka mahu melepak di sini.
Airish terima kasih sebab selamatkan maruah Fiqa. Fiqa tak sempat nak cakap.
Kenapa kau terima untuk kahwin dengan aku, dulu Airish bertanya laju, sejurus kata-kata Afiqa terakhir itu. Afiqa pula sedikit sentap. Apa jenis soalan ni
Masa tu, Fiqa diberi pilihan ke Afiqa tersengih panjang.
Airish mencebik. Soalan itu baginya masih belum terjawab. Airish meninggalkan Afiqa yang masih di buaian itu. Matanya sibuk meneliti semua peralatan di situ. Ada jongkang-jungkit, ada papan gelongsor, ada patung mainan besar lagi kat sini. Teringat pula saat-saat kecilnya dulu. Bebas menerokai dunia di sini. Seperti kanak-kanak yang lain.
Cepat, Fiqa! Tolak aku.
Dalam keterpaksaan Afiqa bangun dan mula menolak buaian yang dinaiki Airish. Tak tolak nanti, merajuk lagi. Malas sungguh Afiqa nak layan.
Ah!
Penat! Sungguh, Afiqa penat. Rasa berasap tubuhnya. Panas!
Kuat lagi!
Angin yang kuat menyapa tubuh Airish yang kepanasan itu sungguh mengujakannya.
Fiqa! Kuat lagilah! arah Airish lagi.
Afiqa mencebik kegeraman. Buaian itu ditolak sekuat mungkin oleh Afiqa.
Tinggi lagi!
Buaian itu ditolaknya kuat. Sedaya upaya dia menolaknya kuat menggunakan keseluruhan tenaga wanitanya. Buaian tersebut semakin meninggi. Fiqa. Berhenti!
Aku cakap berhenti! Airish memberi amaran. Cuak pulak dirasakannya apabila buaian itu semakin meninggi. Dia takut skru buaian itu tercabut nanti. Mana taknya, ini taman permainan kanak-kanak. Dia ni pulak rasanya dah terlebih muatan.
Airish mencuba memberhentikan buaian tersebut dengan menggunakan kakinya. Buaian itu cuba dihentikan dengan sendirinya. Afiqa berhenti menolak buaian tersebut. Sudahnya, Airish berjaya memberhentikan buaian itu. Memang nak mati budak ni. Badannya dipusingkan ke belakang. Dahinya dikerutkan. Aik! Dah tak ada
Airish, Fiqa balik dulu!
Afiqa laju berlari menuju ke rumah mereka yang tidak jauh dari sini. Airish tergelak sakan. Sakit perutnya. Fiqa... oh, Fiqa!
Airish tersenyum sendiri. Di ruang matanya terbayang memori antaranya dan Afiqa sejak dua hari ini. Terbayang pula akan kecomelan patung yang dihadiahkan untuknya. Tubuh Afiqa sudah menghilang. Aku dah maafkan kau, Fiqa. Aku dah maafkan.
Segalanya....