MY SWEET ARISSA - 17
AWALNYA Bos Badrul memandang Hakimi yang sedang mengenakan kasutnya.

Saya nak ke Penthouse dulu. Nak jenguk Umi, balas Hakimi tanpa memandang Badrul.

Nak bersarapan dengan Puan dan Wafalah ni Badrul mengangkat tinggi menunjuk kepada mangkuk tingkat yang diberi oleh Arissa tadi.

Aah. Arissa suruh saya bersarapan dengan Umi.

Berpuluh kali Arissa berpesan kepadanya. Kalau ikutkan memang dia keberatan hendak berjumpa dengan Puan Hanim buat masa itu. Ditambah pula Wafa pun ada.

Itu yang dia masak nasi lemak sambal tUmis udang petai, ya. Badrul sengih.

Haish, banyak sungguh celoteh si Badrul pagi ni! keluhnya. Hakimi melangkah ke kereta tanpa membalas kata-kata Badrul.

Kena marah dengan Puan Hanim pun, Arissa masih nak masak kan, Bos Badrul meletak mangkuk tingkat tadi di tempat duduk belakang.

Hakimi senyap. Dia terus membolos diri masuk ke dalam kereta yang selalu digunakan untuk ke pejabat.

Umi saya tanya awak apa semalam Akhirnya Hakimi menyoal setelah beberapa minit berada di dalam kereta.

Dia tanya saya kenal tak dengan Arissa. Saya beritahulah apa yang Bos ajar saya hari tu, jelas Badrul.

Hakimi mengangguk.

Masa saya beritahu, Arissa yang buat proposal untuk resort Langkawi tu, Puan Hanim tercengang. Cik Wafa pun macam terkejutlah, cerita Badrul lagi.

Hakimi senyap. Pandangannya tancap ke hadapan. Kereta mula bergerak keluar dari halaman rumah sebaik pintu pagar terbuka.

Bos tak risau ke

Hakimi memandang Badrul. Risau pasal apa

Yalah... Arissa tu. Kesian saya tengok dia. Puan buat Arissa macam bukan... terhenti kata-kata Badrul. Macam apa Hakimi masih memandang Badrul.

Yalah... kami ni orang miskin. Tapi janganlah tengking-tengking kami macam anjing, lembu... kami pun manusia, ciptaan Allah. Macam Bos juga. Hamba Allah. Datang dari Allah, kita mati pun akan menghadap Allah juga. Bukan menghadap raja atau menteri, tegas Badrul. Dia amat tersinggung dengan sikap Puan Hanim semalam. Walaupun Puan Hanim hanya memarahi Arissa, dia tetap terasa.

Hakimi senyap. Pandangannya dilontar keluar.

Pedas sungguh kata-kata Badrul itu.

Saya minta maaf, Bad.

Saya harap Bos jangan biarkan orang marahmarah Arissa macam tu. Apa pun yang Bos nak buat, dia dan Bos sudah bernikah. Bos patut pertahankan Arissa bukan biar orang memperlekehkan dia. Sebab Arissa tu maruah Bos juga. Panjang nasihat Badrul pada Hakimi. Dia sudah tidak peduli. Rasa sakit hati dan marah semalam membuat dia terus masuk ke bilik tidur tanpa makan malam.

Terima kasih dengan nasihat awak tu Bad.

Sekali lagi dia memandang pemandunya yang sedang memandu. Ya, dia faham akan maksud Badrul.

Saya minta maaf Bos. Kalau Bos rasa tak dapat nak jaga Arissa, baik lepas kan dia sekarang daripada Bos sia-sia kan dia kelak. Kasihan dia... akad hari tu bermakna dia dah serahkan seluruh hidup dia untuk Bos tau. Saya faham, dia buat semua ni sebab nak balas budi Bos yang bayar hutang dia pada Along hari tu. Tapi itu tak bermakna Bos boleh buat dia macam tu. Bos sebagai seorang Islam dan orang berpelajaran tentu boleh berfikir dengan lebih baik dari kami kan Badrul memandang Hakimi sekilas. Hakimi senyap.

Bos marah ke

Hakimi kembali memandang pemandunya. Nak marah buat apa. Dah kau cakap yang betul. Saya tanya sikit boleh tak Badrul sengih.

Hmm...

Bos jangan marah tau.

Hakimi mengerling Badrul dengan ekor mata.

Macam budak-budak, selarnya.

Jangan marah saya tanya tau, Bos!

Ya! keras suara Hakimi sambil menyandar sikunya di cermin tingkap. Jarinya telunjuk kirinya bermain dengan dagu yang sudah ditumbuhi sedikit bulu-bulu halus.

Badrul berdehem beberapa kali. Hakimi berpaling.

Apa halnya pandang Hakimi kepada Badrul yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Bos suka kat Arissa, kan sekilas Badrul memandang Hakimi yang memandangnya.

Awak jangan merepek! mendatar suaranya namun ada nada keras.

Kalau suka mengaku je Bos. Tak ada siapa nak marah. Lagipun isteri Bos juga. Badrul ketawa kecil.

Hakimi menjeling dan tidak membalas kata-kata Badrul. Ya, tiada siapa yang akan marah kerana Arissa sudah menjadi miliknya. Tetapi, betulkah dia menyukai Arissa.

Awak ni perasan agaknya!

Badrul ketawa. Dia tahu Hakimi tidak akan mengaku. Bosnya memang ego sedikit. Kalau mengaku pun mungkin secara tak langsung atau berkias-kias.

Baik Bos mengaku... Mana tau tiba-tiba nanti ada pula orang yang suka dia. Melepaslah Bos! Badrul ketawa lagi sebaik menarik brek tangan setelah memakir kereta di tempat yang dikhaskan untuk Pengarah Urusan Hotel Sweet Arena itu.

Hakimi menjeling lalu membuka pintu. Malas dia melayan usikan Badrul. Kalau dilayan makin menjadijadilah usikan pemandunya itu lebih baik dia senyap.

USAI bersolat dan berdoa, Puan Hanim melipat telekungnya. Dia melangkah ke tirai yang menutupi biliknya dari pandangan luar. Hampir sahaja dia kesiangan tadi. Sukar betul hendak melelapkan matanya setelah melihat dengan mata sendiri dan mendengar pengakuan Hakimi semalam.

Nak buat macam mana ni soalnya sendiri sambil memandang laut yang kelihatan biru dari punca bangunan Hotel Sweet Arena. Kegusaran hatinya membuat dia tidak dapat menikmati keindahan yang kerap dipuji-puji apabila berada di sini.

Telefon bimbit yang berada di atas kabinet bersebelahan katil dicapainya. Lama dia memandang nombor suaminya, Encik Razali. Tentu lelaki itu sedang tidur memandangkan perbezaan waktu antara di sini dan Doha adalah 5 jam.

Dia meletak telefon bimbitnya semula di atas kabinet tadi. Yang paling dibimbangkan jika Puan Talha dan Encik Amar, orang tua Wafa dapat tahu. Harap-harap Wafa tidak bercerita perkara semalam kepada orang tuanya.

Ya Allah. Rasa menyesal pula dia berjanji dengan sahabatnya itu. Tidak disangka yang Hakimi sanggup membuat keputusan membelakanginya.

Dia melangkah keluar dari biliknya dan melangkah ke bilik Wafa.

Wafa, bangun... Solat! Kuat Puan Hanim mengetuk pintu bilik yang diduduki oleh Wafa.

Lama dia berdiri di situ namun tiada respons dari Wafa. Akhirnya dia ke dapur untuk melihat apa yang patut di makan.

Baru sahaja hendak membuka peti sejuk, loceng di pintu berbunyi. Bergegas dia ke pintu. Dia dapat mengagak siapa yang berdiri di luar pintunya.

Assalammualaikum. Hakimi senyum di luar pintu.

Waalaikumussalam, sambut Puan Hanim.

Automatik bibirnya mengulum senyuman. Marah macam mana pun apabila melihat senyuman Hakimi dia juga akan tersenyum. Nampak senyuman bahagia di wajah anak itu.

Kimi bawa breakfast untuk Umi. Arissa yang masak. Sengaja dia berkata begitu untuk melihat reaksi Uminya.

Hmm... itu sahaja sahutan Puan Hanim yang mengekori Hakimi menuju ke ruang makan.

Hakimi meletak mangkuk tingkat tadi di atas meja. Kemudian membuka dan mengaturnya. Puan Hanim membiarkan sahaja anaknya itu menghidangkan untuknya. Nampak sedap. Nasi lemak sambal tUmis udang petai. Itu kegemarannya. Lama dia tidak menjamah petai. Dan ia kegemaran Encik Razali juga.

Ayam masak merah tu, Mak Cik yang masak. Umi tak makan semalam kat rumah, jadi Arissa bekalkan untuk Umi. Hakimi duduk setelah meletak pinggan berisi nasi lemak di hadapan Puan Hanim.

Puan Hanim tidak membalas. Lama dia memandang juadah yang dibawa oleh Hakimi. Rasa tak sampai hati hendak menghampakan anak itu walaupun rasa marahnya belum padam.

Siapa pula tu tegur Puan Hanim sebaik mendengar bunyi loceng di pintu.

Hakimi bangun.

Budak kitchen hantar teh tarik kut. Dia melangkah menuju ke pintu.

Puan Hanim senyum mendengar jawapan

Hakimi. Lama dia memandang juadah yang terhidang di hadapannya. Nampaknya Arissa cuba untuk mengambil hatinya. Begitu juga dengan Hakimi yang sedang memujuknya. Hmm... Pandai juga Arissa ni memasak ya Hatinya bergumam sendiri.

Hmm... bau masakan ni seperti pernah dihidunya suatu masa dahulu. Tiba-tiba muncul sebuah wajah di ruang matanya.

Umi!

Terkejut Puan Hanim. Berdegup laju jantungnya dengan panggilan Hakimi dan wajah yang muncul di ruang fikirannya sekejap tadi.

Terkejut Umi! marah Puan Hanim sambil menepuk lembut lengan Hakimi

Hakimi ketawa meletak teko air yang di pegangnya di atas meja makan.

Apa ni Puan Hanim memandang Hakimi.

Teh tarik.

Amboi, sampai seteko! Terkejut dia melihat sampai seteko teh tarik.

Hakimi sengih. Kembali duduk di tempatnya tadi.

Dah sarapan ke ni soal Puan Hanim ingin tahu. Nak sarapan dengan Umilah.

Tak ralat ke tak sarapan dengan isteri Kimi tu, sindirnya. Sengaja hendak menduga anak itu.

Dia yang cadang Kimi breakfast dengan Umi ni. Ya, Arissa yang menyuruh bersarapan dengan Puan Hanim.

Baik sangatlah Arissa tu ya Puan Hanim terus memerli menantunya.

Manusia tak ada yang sempurna, Umi. Kimi tak demand apa-apa dari dia... asalkan dia boleh menjaga dirinya sebagai isteri Kimi dan menggembirakan hati Kimi. Itu sudah cukup Umi. Macam ya-ya je hubungannya dengan Arissa.

Kenapa Kimi tak beritahu Umi. Atau sekurangkurang bagi tahu Walid.

Sekali lagi Puan Hanim mengajukan soalan semalam walaupun ia sudah dijawab oleh Hakimi semalam. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan keputusan anak itu.

Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam sambil memandang wajah Uminya.

Kalau Kimi beritahu... Umi benarkan ke Diulang jawapan semalam.

Kimi dah bertunang tau tak Kalau Pak Cik Amar dan Mak Cik Talha tahu, apa Umi nak bagi tahu pada mereka Di mana Umi nak letak muka Umi ni.

Kalau Umi boleh bertolak ansur, perkara ni tak akan berlaku kan balas Hakimi.

Ya Allah, sabar jelah si budak Hakimi ni! Getusnya menahan rasa bengangnya mendengar dirinya pula ditempelak oleh anaknya itu.

Bukan Umi tak boleh bertolak ansur. Umi nak tahu mengapa Kimi nak putus dengan Wafa keras suara Puan Hanim menekan soalannya yang dirasa tidak pernah berjawab oleh Hakimi.

Kan Kimi dah cakap hari tu Umi... Kimi dah ada pilihan sendiri. Kimi bertunang dengan Wafa pun atas desakan Umi. Tanpa pengetahuan dan persetujuan Kimi! tekan Hakimi mengharap apa yang dikatakan itu tidak diulang dan ulang lagi. Penat!

Jadi Kimi salahkan Umi! selar Puan Hanim bengang.

Kimi tak mahu fikir tentang salah siapa. Apa yang Kimi mahu... Umi tolong hormat keputusan yang Kimi dah buat! tegas Hakimi lalu bangun dan beredar meninggalkan Puan Hanim di situ. Tidak jadi dia hendak bersarapan dengan wanita itu. Hilang segala seleranya. Cadangnya apa yang dihidangkan oleh Arissa dapat la memujuk hati wanita itu.

Kimi! Kimi! panggil Puan Hanim lalu bangun dari duduknya namun Hakimi melangkah begitu laju sambil menutup pintu Penthouse itu dengan kuat.

Nampaknya perkara ini tidak mudah seperti yang disangka.

PERLAHAN-LAHAN Wafa menutup pintu biliknya selepas Hakimi meninggalkan Penthouse itu.

Kenapalah dengan orang tua ni. Dah Kimi tak mahu, putuskan jelah! Hati Wafa menggerutu sendiri. Apa yang patut dilakukan sekarang Seboleh-bolehnya dia juga mahu pertunangan ini diputuskan. Dia sudah punya pilihan sendiri.

Wafa!

Terkejut dia sebaik mendengar ketukan di luar pintu bilik. Mujurlah dia sudah mengunci pintu biliknya tadi.

Ya, Umi! sahutnya.

Dah bangun

Dah lama dah... ni baru lepas mandi. Sekejap lagi

Wafa keluar.

Keluar ya. Kita breakfast ni. Ya, jawab Wafa.

Seketika dia tidak mendengar suara wanita itu. Beberapa minit kemudian dia keluar dari biliknya menuju ke ruang makan yang hanya beberapa langkah.

Wah, ada nasi lemak, katanya pura-pura tidak mengetahui siapa yang membawanya tadi.

Hmm... Kimi yang bawa.

Ya Wife dialah yang masak ni Sengaja dia menyoal begitu hendak melihat reaksi Puan Hanim.

Hmm... siapa lagi. Mendatar je suara Puan Hanim.

Okeylah tu Umi... sekurang-kurangnya dia cuba ambil hati Umi. Cuba dicucuk sedikit kebaikan Arissa.

Dah, jangan nak merepek. Sekejap lagi Wafa siapsiap... kita turun ke pejabat HR.

Bulat mata Wafa sebaik mendengar dua huruf itu. Kenapa

Umi nak Wafa bekerja di sini. Di bawah Kimi. Petang ni Umi nak balik ke sana!

Ternganga Wafa dengan rancangan yang dibuat oleh Puan Hanim. Memandai je perempuan ni merancang tanpa persetujuannya. Situasi beginilah yang membuat dia bengang dan marah. Semua rancangan dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu.

Umi... Wafa ditukarkan ke KL bukan Penang. Nanti marah pula management di sana.

Risau dia dengan rancangan wanita itu. Tiba-tiba dia rasa nak marah. Memang perkara itu silap Puan

Hanim dan mamanya, Puan Talha yang pandai-pandai membuat rancangan tanpa persetujuan dia mahupun Hakimi. Dan sekarang...

Nanti tahulah Umi nak cakap dengan Walid.

Nanti mesti Walid tanya sebab apa Jadi apa Umi nak beritahu Walid. Bila sampai ke telinga Walid mesti perkara ni jadi besar. Akhirnya mesti papa dan mama dapat tahu perkara yang sebenar, kan Laju tutur Wafa memberi seribu satu alasan.

Termangu Puan Hanim mendengar kata-kata Wafa. Betul juga alasan Wafa tu. Perkara itu bukan sekecil-kecil perkara. Segalanya harus disahkan oleh beberapa orang pihak atasan dari Sweet Arena Management. Untuk menukarkan Wafa ke Kuala Lumpur pun mengambil masa juga.

Nanti Umi beritahu Kimi biar dia uruskan. Tahulah dia.

Dia sudah tidak sabar dengan situasi itu. Semakin lama semakin sakit hatinya melihat Arissa tinggal di rumah Hakimi. Dia tidak boleh membiarkan perkara itu berlanjutan sebab kelak pasti sukar Hakimi melepaskan Arissa.

Wafa menghala nafasnya. Mahu je dia menjerit dengan desakan wanita itu! Namun santun dan bahasanya masih kuat.

Wafa nak balik KL, Umi. Mama dan papa pun Wafa belum jumpa lagi! tegasnya.

Tunggu kita selesai perkara ni dulu, ya, pinta Puan Hanim lembut. Dah makan... lepas tu siap, kita ke office Hakimi, hmm... pujuknya lagi.

Umi... tiba-tiba dia rasa tidak tahan dengan sikap mendesak Puan Hanim, namun untuk membantah, tak sampai hati. Rasa sangat-sangat menyesal mengikut wanita itu ke sini.

Dah jangan bimbang ya. Untuk kesekian kali Puan Hanim memujuk Wafa. Bimbang Wafa akan bosan dengan apa yang dilakukan.

Mana tak bimbang Umi... apa yang Umi nak buat ni akan meruntuhkan masjid yang baru Kimi bina. Umi tak rasa berdosa ke Kalau Wafa kahwin dengan Kimi pun belum tentu Wafa boleh bahagia dengan Kimi. Umi tak pernah fikir pasal tu ke sanggah Wafa.

Dia tidak boleh berdiam diri dan mengikut telunjuk Puan Hanim sahaja.

Terdiam Puan Hanim. Tidak disangka Wafa akan berkata begitu.

Wafa bangun. Wafa nak balik KL... nak jumpa mama dan papa. Lama tak jumpa dia orang selepas raya tahun lepas. Dia bangun dan berharap Puan Hanim faham dengan kata-katanya.

Wafa! Puan Hanim mengekori langkah Wafa.

Namun Wafa terus melangkah menuju ke pintu bilik dan menutupnya dari dalam. Dibiarkan Puan Hanim memanggilnya dari luar. Pandangannya dihala kepada beg pakaian yang terdedah menampak segala pakaian yang ada di dalamnya.

Pantas dia mengemas pakaian yang berterabur. Namun terhenti sebaik mendengar bunyi telefon bimbitnya yang menandakan ada mesej masuk.

Naim:

Im on my way to Penang.

Dia buat apa ke sini soal Wafa sendiri terkejut dengan mesej daripada Naim.

Wafa:

Kenapa

Wafa menjawab membalas mesej Naim. Begitu pun ada rasa gembira dengan mesej yang baru di terima. Lama mereka tidak berjumpa. Naim pun adakala tenggelam dan timbul tanpa isyarat. Kali terakhir mereka bertemu empat bulan yang lalu ketika Naim dan keluarganya bercuti di Doha.

Naim:

Saja nak jumpa you, Umi dan pengantin baru tu.

Wafa menghela nafasnya sambil memandang ke pintu. Tidak terdengar suara Puan Hanim di sebalik pintu lagi seperti tadi. Mungkin jemu memanggilnya yang tidak mahu menyahut.

Wafa:

Umi paksa I kerja di Penang ni tau.

Dia cuba untuk mengadu dan berharap Naim dapat memberinya kata-kata yang melegakan hatinya.

Naim:

Kenapa

Wafa:

Dia nak I sentiasa dekat dengan Kimi. Macam mana ni Pada I biarlah Kimi tu dengan isteri dia. Lagipun pertunangan ni kami sama-sama dipaksa.

Seboleh-bolehnya Wafa mahu memberitahu kedua orang tuanya tentang perkara itu agar pertunangannya dengan Hakimi boleh diputuskan dan dia boleh meminta Naim masuk meminangnya pula.

Lama Wafa menunggu balasan mesej daripada Naim. Penat menunggu dibiarkan telefon bimbitnya itu terbaring di atas katil. Nampaknya dia terpaksa membatalkan niatnya hendak pulang ke Kuala Lumpur memandangkan Naim akan datang keesokannya.