MY PRETTY BOY - 17
QAMRA AIN menghala pandangan ke luar jendela. Lagu mendayu All My Life yang dinyanyikan oleh KCi Jojo berkumandang sayu di segenap ruang kaf Starbucks Coffee. Relung hatinya terselar parah sewaktu menghayati bait-bait lirik yang menyelit kisah cinta mereka. Ditambah pula dengan nyanyian syahdu titisan hujan yang masih belum berhenti.

Boleh jadi hujan ini juga menangis hiba seolaholah mengerti kegelisahan yang melanda hatinya. Sekaki payung merah yang masih basah tersandar di tepi jendela direnung sepi. Dari perhentian bas tadi dia berniat hendak mencampak payung tersebut ke dalam longkang. Namun, bila difikirkan kembali jikalau dibuang sekali pun takkan mengubah segala yang telah berlaku. Kisah cintanya sudah berakhir meskipun tiada lafaz kata perpisahan yang sah antara dia dan Tunku Hardie.

Segala persoalan telah terjawab. Rupa-rupanya, Maria punca peretakan hubungan yang bertahun dibina. Dia tewas di tangan sahabat baiknya sendiri.

Licik sungguh Maria menyimpan rahsia hubungan sulitnya dengan Tunku Hardie. Tak sedikit pun terdetik dalam hati Qamra Ain mencurigai persahabatan yang terjalin selama ini.

Nah, peberet kau Mocha Vanilla, tegur Reza Rizman. Lamunannya terhenti. Lelaki itu meletakkan secangkir seramik yang masih hangat di atas meja berdepan dengan Qamra Ain.

Terima kasih, Reza, ucap Qamra Ain perlahan.

Reza Rizman hanya membalas dengan senyuman nipis. Dia menarik kerusi lalu duduk mengadap Qamra Ain.

And all my life Ive prayed for someone like you and I thank God that I, that I finally found you lunak kedengaran suara KCi Jojo menyanyikan bait-bait korus lagu tersebut.

All my life konon! Apa salah aku, Hardie Kenapa kau seksa aku macam ni soalnya sendiri. Sebuah keluhan dilepaskan.

Kau nak aku suruh diorang tukarkan lagu Soal Reza Rizman bila melihat reaksi Qamra Ain yang sedang berperang dengan emosi. Dia tahu sangat lagu itu adalah lambang cinta mereka berdua. Di malam meraikan graduan tahun akhir, Tunku Hardie pernah menyanyikan lagu tersebut di persembahan pembuka tirai khas untuk Qamra Ain.

Tak... tak apalah, Reza. Aku okey aje. Qamra Ain menggeleng perlahan, masih tunduk menyembunyikan esak tangis. Bila emosi mulai reda, baru dia mengangkat wajah.

Reza Rizman menyorot pandangan ke arah Qamra Ain yang sedang menghirup perlahan air di dalam cangkir. Selepas menghirup setengah, gadis itu meletakkan kembali di atas piring dan kemudian berpeluk tubuh menahan kesejukan penghawa dingin kaf. Reza Rizman bangun dari kerusi sambil menanggalkan jaket hitam. Dia berjalan menghampiri Qamra Ain dan terus menyelimutkan tubuh gadis itu dari belakang.

Pakailah dulu, takut kau demam nanti. Esok last paper exam kau, kan Ujar Reza Rizman sebelum gadis itu menyoal terlebih dahulu. Dia balik semula duduk di kerusi. Gilirannya pula menghirup air Cappuccino Caramel.

Apa salah aku Empat tahun, Reza4 tahun aku pertahan cinta aku pada Hardie. Tergamak dia buat aku begini, adu Qamra Ain. Air matanya laju mengalir semula. Dari hanya sendu terus menjadi esakan.

Masih terbayang lagi di saat Maria merangkul pinggang Tunku Hardie tanpa segan silu. Oh tak! Dia bukan lagi lelaki yang dicintai bahkan lelaki yang dibenci mulai sekarang! Lelaki yang mengkhianati cintanya!

Aku tau kau tengah marah, Qamra. Calm down. Cuba kau ajak Hardie, duduk berdua bawa berbincang. Face to face, itu jalan yang terbaik, pujuk Reza Rizman. Qamra Ain terdiam tanpa kata. Dia menghirup kembali baki Mocha Vanilla sambil melihat ke arah luar.

Bincang Untuk apa lagi aku nak bincang dengan lelaki keparat tu Semuanya dah berakhir, Reza. Jika Maria pilihan Hardie, aku relakan lepaskan dia. Aku sedar, yang aku hanya kekasih yang kolot dan tak versatile seperti Maria. Aku sedar orang kampung macam aku tak setaraf bercampur dengan golongan elit seperti kau dan Hardie, pantas Qamra Ain menyeka air mata yang semakin galak mengalir. Bebola matanya masih terpaku ke arah luar, mengekori ambulans dengan ekoran mata yang menderum laju membelok ke kiri dan hilang di sebalik hujan.

Reza Rizman turut berkalih wajah ke arah ambulans yang berdesup laju menghala ke jalan utama. Kemudian, dia menoleh semula ke arah wajah kusam Qamra Ain. Terbit rasa simpati di dalam hati tatkala melihat penderitaan yang terpancar di sebalik roman muka suci gadis itu. Kini, wajah itu hilang seri dek kisah cinta yang ditamatkan dia dalam pengakhiran yang menyakitkan.

Kau cukup sempurna meski pun kita dari dua dunia berbeza. Please jangan ungkit lagi pasal taraf. Kita semua sama aje, Qamra, serius Reza Rizman menyangkal kata-kata Qamra Ain.

Suka benar merendah-rendahkan diri. Sebab itulah Maria suka ambil kesempatan di atas sikap naf yang ada pada Qamra Ain.

Di sebelah luar kaf, kelihatan orang ramai berpusu-pusu menuju ke arah jalan utama di waktu hujan masih lagi turun. Tak ketinggalan pengunjung yang berada di dalam kaf juga bergegas keluar berlari ke arah yang sama.

Ada apa di luar sana Tanya Reza Rizman yang kebetulan seorang pelayan sedang mengemas meja yang bersebelahan dengan meja mereka.

Ada accident, dekat dengan kondo Sri Permaisuri. Jawab pelayan tadi dan kemudian menyambung semula mengemas meja.

Kondo Sri Permaisuri

Reza Rizman menoleh ke arah Qamra Ain dan ternyata gadis itu telah tiada di tempat duduknya. Sekejap sahaja gadis itu menghilang. Hanya jaket hitam saja yang ditinggalkan tersangkut kemas di belakang kerusi.

Ke mana pula dia pergi ni