JAGUH DEKLAMASI - 17
Terdapat banyak petua yang boleh dilakukan untuk menghilangkan gugup sebelum atau semasa mendeklamasikan puisi. Antara yang boleh dipraktikkan ialah:

Mulakan dengan doa yang tawaduk di dalam hati.

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan.

Pakaian mesti selesa kerana ketidakselesaan pakaian akan menghilangkan keyakinan diri semasa membuat persembahan.

Banyakkan latihan bercakap di hadapan cermin dan di hadapan audiens.

Yakin boleh dan katakan bahawa kita mampu mendeklamasikan puisi dengan baik.